Anda di halaman 1dari 4

RUKUN NEGARA MERUPAKAN SATU IDEOLOGI KEBANGSAAN YANG DIWUJUDKAN

SELEPAS 1970 UNTUK MELAKSANAKAN PERPADUAN DAN KETENTERAMAN NEGARA.


BINCANGKAN
Pada tahun 1969 ,Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang merangkumi beberapa
prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang
meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan.
Penggubalan Rukun Negara cetusan daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan
kaum yang mengggugat keamanan,keharmonian dan keutuhan negara ketika kerajaan
berparlimen telah digantung.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk memupuk
perpaduan, mengembalikan keamanan, mendirikan semula undang-undang negara dan
memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan.
Tidak dinafikan setiap daripada kita tahu kelima-lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas
kepada pembentukan negara.Tetapi persoalannya, berapa ramaikah dalam kalangan rakyat
negara ini yang benar-benar faham atau menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai asas
dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan, cinta akan
negara dan cinta akan kedamaian.
Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai
rakyat Malaysia. Dalamnya terangkum kesemua nilai hidup yang menjadi pegangan kita
memegang serta mengamalkannya tanpa rasa berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja
rakyat negara ini hidup aman damai tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan negara
terjamin.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Prinsip pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan yang membawa maksud bangsa dan
negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh terhadap Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama, inilah menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari bahawa pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia seharian. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian dan sahsiah seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Prinsip ini menekankan tanggungjawab individu sebagai makhluk Tuhan dan harus mematuhi
dan akur pada agama masing-masing.Seterusnya,walaupun tidak semua agama di Malysia
mempunyai konsep Tuhan dalam doktrinya namun melalui ikatan keagamaan , manusia
memahami apakah dimaksudkan dengan dosa dan pahala dan akibat jika melakukannya.
Melalui ajaran agama,manusia bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab ,dan
sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian Negara Malaysia ini.Mereka juga berasa

bertimbang rasa,bersyukur dalam


pertelingkahan antara satu sama lain.

kehidupannya

tanpa

sebarang

pergaduhan

dan

Prinsip ini juga menitikberatkan sikap kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa
dan agama dengan ajaran agama yang merangkumi beberapa nilai-nilai murni yang bermutu
tinggi mengarah kepada pembentukan kehidupan yang harmoni sejahtera.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . selaras dengan
kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.
Prinsip kedua pula Kesetiaan kepada Raja dan Negara berdefinisi setiap rakyat hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan
Agong dan juga agama yang dianuti yang menjadi simbol kedaulatan negara dan lambang
tumpuan taat setia.
Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada
negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan
yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh
menyatukan rakyat Malaysia. Dengan memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang
bertanggungjawab,patriotik dan sanggup berkorban untuk negara demi mejaga keamanan dan
kesejahteraan negara .
Kes Hina Institusi Diraja
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek dipercayai menghina Sultan
Terengganu setelah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya mengesan
kejadian tersebut di laman sosial Facebook.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh
disebut mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara setahun dan
denda RM50,000 jika sabit kesalahan.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ketiga ialah Keluhuran dan Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan
keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri.

Prinsip ini yang menekankan tanggungjawab insan masyarakat sebagai warganegara


demokrasi berperlembagaan.Penekanan prinsip ini adalah supaya rakyat dapat menerima,
mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Negara kerana perlembagaan
berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat tanpa mengira
bangsa dan agama.
Aspek-aspek utama Perlembagaan yang terkandung dalam prinsip ini ialah berkaitan dengan
kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan
agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sekiranya, semua pihak mematuhi perlembagaan Negara
ini, nescaya masalah hubungan etnik yang bakal mengancam ketenteraan negara dapat
diselesaikan.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan Undang-Undang merupakan prinsip keempat yang terkandung dalam Rukun
Negara. Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada
rakyatnya di sisi undang-undang negara.Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undangundang dan tertakluk kepadanya. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur dalam kehidupan. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan berasa selamat.
Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undangundang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kedaulatan undang undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam
keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran
seluruh rakyat.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan telah menitikberatkan
perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk
warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai
murni. Prinsip ini juga menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Individu yang bersopan
santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di
negara ini..

Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa
yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan
yang harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Prinsip ini jika
dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu .
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah
negara Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah
dan sukar untuk dibangunkan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta mudah diancam sama
ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.
Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum ataupun agama serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.
Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.
Kesimpulannya, Rukun Negara telah menggariskan lima prinsip yang amat berguna sebagai
panduan hidup bernegara. Hal tentunya akan membawa impak yang besar kepada perpaduan
negara. Penghayatan dan pengertian terhadap Rukun Negara dalam kalangan rakyat pasti
tidak akan menggoyahkan keamanan dan kedamaian negara.