Anda di halaman 1dari 11

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

SIKAP GURU TERHADAP PENYELIAAN PENGAJARAN YANG


DIJALANKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, ZON
BANGSAR, KUALA LUMPUR
Vijayaamalar Gunarasa & Suhaida Abdul Kadir
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
Abstrak
Kepentingan penyeliaan pengajaran kepada guru-guru di semua sekolah menengah dan rendah di Malaysia
adalah untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuan
utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan
di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 250 orang guru di tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon
Bangsar, Kuala Lumpur. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal selidik. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini termasuklah sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah
yang diubah suai dari Mohd Ruzi Shafie (2001). Dapatan kajian menunjukkan sikap guru terhadap
penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah adalah sederhana positif (Min = 3.32, S.P =
.56). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru terhadap penyeliaan
pengajaran berdasarkan faktor demografi iaitu jantina dan etnik.
Kata kunci : Sikap; Penyeliaan Pengajaran

Pengenalan
Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 aliran ke - 4
iaitu untuk mengubah profesion guru ke suatu profesion pilihan menunjukkan bahawa pencapaian
pelajar adalah berkaitan dengan kualiti guru sekolah. Oleh itu, profesion guru haruslah diubah ke
suatu profesion pilihan. Melalui kajian yang dijalankan oleh KPM pada tahun 2011 bagi melihat
kesan pengajaran di dalam bilik darjah, dilihat cuma 50 peratus daripada pengajaran yang
dijalankan adalah berkesan. Ini menunjukkan pelbagai faktor menyebabkannya seperti kurangnya
penglibatan pelajar, pengajaran sekadar penyampaian kandungan sahaja dan banyak lagi. Perkaraperkara di atas amat membimbingkan kerana berdasarkan statistik, ia menunjukkan pendidik yang
akan mendidik pelajar-pelajar dalam masa 20 tahun yang akan datang terdiri daripada 60 peratus
guru-guru yang masih mengajar pada hari ini (PPPM, September 2012).
Penyeliaan didapati selain membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran, ianya juga dilihat sebagai satu proses untuk memastikan kurikulum yang formal
dapat dilaksanakan di dalam kelas. Lebih penting lagi motivasi guru perlu ditingkatkan dengan
proses penyeliaan dengan maklum balas yang membina dari guru. Tidak dapat dinafikan juga
bahawa proses penyeliaan juga membantu pengetua sekolah untuk menilai kompetensi guru dari
segi kemahiran, pengetahuan guru dan sikap (Gurnam. dan Chan 2010).
Yamina Bouchamma (2006) menyatakan maksud penyeliaan, sebagaimana ia difahami
oleh pengetua, sering berbeza dan tidak menentu, dan kesusasteraan menunjukkan kepercayaan
pengetua dalam keberkesanan mereka dalam penyeliaan pengajaran boleh berubah menjadi salah
satu faktor yang kuat untuk melihat prestasi guru. Pada pandangan Glickman, Gordon dan RossGordon (2004) guru sebagai seorang profesional mempunyai tahap perkembangan yang berbeza
dan keperluan pendekatan yang berbeza dan ianya akan menimbulkan permasalahan kepada
pengetua sebagai penyelia di sekolahnya untuk melaksanakan penyeliaan. Oleh itu, untuk
meningkatkan kemahiran guru, seseorang guru harus dinilai secara betul, adil dan sistematik
untuk mencapai kelengkapan.
Semua guru harus mempunyai tanggapan yang baik terhadap proses penyeliaan yang
dijalankan ke atas diri mereka. Manakala Glickman (1995) menyatakan perubahan sikap
seseorang guru dapat dilihat melalui penyeliaan yang wujud berserta dengan keyakinan diri dan
untuk mewujudkan atmosfera sekolah yang efektif maka keyakinan diri seseorang guru dapat
dipertingkatkan (Tanner dan Tanner, 1987). Pengetua iaitu penyelia di sekolah harus melihat
pendekatan yang dapat membantu untuk menilai guru dan pada masa yang sama dapat
mengelakkan daripada kewujudan sebarang halangan secara psikologi untuk perkembangan
kendiri guru (Zepeda, 2007). Untuk meningkatkan keberkesanan profesional tenaga pengajar,
penyelia mestilah mahir dalam bidang-bidang berikut: (a) apa untuk menilai, (b) bagaimana untuk
memerhati dan menganalisis maklumat dari pemerhatian di dalam bilik darjah data lain, dan (c)

63

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


bagaimana untuk menterjemahkan hasil pemerhatian dan ringkasan data ke maklum balas yang
bermakna untuk membimbing dan menggalakkan guru-guru untuk meningkatkan arahan. Ia juga
menunjukkan bahawa penyeliaan pengajaran mesti dibina atas pemahaman pemerhatian yang
teliti dan pengetahuan yang mendalam akan teori pengajaran, bukan mengikut senarai semak yang
patut ada dalam pengajaran (Fisher, 2001).
Menurut Thobega dan Miller (2007) mendapati bahawa guru lebih menyukai penyelia
yang secara tidak langsung lebih dari kerjasama, arahan yang bermaklumat, dan arahan
penyeliaan yang membangunkan. Menurut Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2001),
penyeliaan terhadap guru-guru yang mengajar akan menjadi sama, mengikut pandangan yang
berbeza, untuk pengajaran. Dalam kedua-dua situasi, ia adalah tentang peningkatan tingkah laku,
sikap, dan prestasi.
Sorotan Literatur
Terdapat beberapa model dan teori yang boleh dikaitkan dengan sikap guru terhadap
penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Menurut Hussin (1997) terdapat tiga jenis
teori penyeliaan yang boleh dipraktikkan iaitu seperti teori penyeliaan tradisional, teori hubungan
manusia dan juga teori penyeliaan saintifik moden. Ianya adalah seperti Teori Penyeliaan
Tradisional oleh (Frederick Taylor, 1900-an). Penyeliaan dilihat secara keseluruhan terhadap
tugas seseorang guru dan teori ini memberi penekanan terhadapnya, terutamanya untuk melihat
kesan pengajaran guru. Penyeliaan ini memberi penjelasan bahawa harus wujud jarak dan ruang
yang jelas di antara penyelia dan guru di bawahnya dan berdasarkan teori ini guru harus dikawal
dengan teliti dan rapi. Maka, tujuan utama penyeliaan menurut teori ini adalah untuk memastikan
guru yang diselia mencapai matlamat pengajarannya dan ini akan meningkatkan prestasi dan mutu
pengajaran mereka.
Teori Penyeliaan Hubungan Manusia oleh (Elton Mayo, 1930 1950). Teori penyeliaan
hubungan manusia ini juga boleh dikenali sebagai teori humanistik. Oleh itu, Mayo mempercayai
bahawa hubungan yang sihat dan positif di tempat kerja boleh meningkatkan produktiviti kerja di
sesebuah organisasi. Oleh itu, teori ini sangat mementingkan hubungan yang baik di antara
pengetua iaitu sebagai penyelia dan guru yang diselianya. Apabila timbul perasaan sebegini maka,
kepuasan kerja dan komitmen yang tinggi dapat dilihat wujud di dalam diri seseorang guru.
Penglibatan guru di dalam proses membuat keputusan, kesempatan untuk berhubung sesama
mereka dan diperlakukan dengan sopan dapat dilihat. Sebagai seorang yang profesional guru akan
diberi kepercayaan dari segi melibatkan diri dan menghadiri sebarang kursus yang melibatkan
jangka masa yang panjang dan sangat penting boleh dilihat. Hubungan seperti ini akan dapat
meningkatkan semangat dan motivasi seseorang guru.
Teori Penyeliaan Saintifik Moden oleh (Sergiovanni dan Starratt, 2002) menyatakan
bahawa peningkatan pengajaran guru, kecemerlangan di dalam pengajaran dan perhatian yang
khusus terhadap keterampilan adalah fokus utama teori penyeliaan saintifik moden ini.
Penggalakan diberikan dari segi memikir secara kreatif dan kritis, pengiktirafan dari segi
kepuasan dan komitmen, pujian dan motivasi dapat diwujudkan memandangkan ianya adalah
kriteria atau implikasi teori ini. Ianya juga melibatkan komunikasi yang sihat atau dua hala wujud
dan peningkatan dari segi daya usaha. Untuk melahirkan guru yang cemerlang, bersemangat
tinggi, serta iltizam dapat dibentuk kerana teori ini bersifat untuk memberi bantuan dan dorongan
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Penyeliaan ini kurang fokus terhadap peribadi seseorang tetapi lebih fokus terhadap
memberi penyeliaan yang baik, berakauntabiliti serta kebijaksanaan di dalam membuat
penyeliaan.
Teori penyeliaan saintifik dan teori penyeliaan hubungan manusia digabungkan dan ini
digunakan oleh sekolah-sekolah di Malaysia untuk menjalankan penyeliaan atau pencerapan
(Hussin, 1997). Penyeliaan atau pencerapan yang dijalankan di sekolah adalah untuk memastikan
bahawa matlamat pendidikan negara berserta Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai, di
samping itu untuk memastikan wujud satu hubungan yang baik di antara penyelia dan guru-guru
yang dicerap. Maka kedua-dua teori ini sangat penting untuk membantu penyelia supaya bersifat
lebih profesional, membimbing dan memberi dorongan untuk melahirkan guru yang bersemangat

64

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


tinggi dalam tugas dan mewujudkan pelajar yang dapat meningkatkan prestasi mereka dalam
pembelajaran.
Keputusan yang dibuat oleh orang atasan yang berdasarkan kuasa luaran adalah faktor
penting di dalam penyeliaan saintifik moden. Berdasarkan teori pengurusan manusia oleh Dougles
Mcgregor (1960) guru tidak harus dimanupulasikan padahal sebagai pengurus sekolah seseorang
penyelia harus juga memberikan tumpuan mereka terhadap keperluan dan kepuasan manusia serta
pengurusan sumber manusia. Menurut teori Y Mcgregor (1960), guru adalah seorang individu
yang sangat proaktif di mana mereka ada potensi diri untuk memperkembangkan diri mereka dan
meningkatkan pengetahuan dan berfikiran secara kreatif. Di dalam proses penyeliaan pengajaran
implikasi teori ini sangatlah membantu di dalam proses penyeliaan kerana ianya membantu guru
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat sekolah. Pendekatan oleh teori Y
ini harus sentiasa disokong oleh pentadbir sekolah terutamanya pengetua kerana ianya dapat
membantu meningkatkan stail kepimpinan pengetua untuk memberi galakan dalam proses
pengajaran guru supaya lebih berkesan. Dari konteks pendidikan, penyeliaan adalah bertujuan
untuk melihat perkembangan psikologi dan peningkatan profesionalisme guru di dalam
menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kebanyakan guru mempunyai kepercayaan bahawa soal pengajaran di dalam kelas adalah
hak mereka ataupun kepakaran mereka dan tahap kecekapan mereka di dalam bilik darjah tidak
boleh dinilai oleh pengetua (Boardman et al., 1953). Manakala kajian yang dijalankan oleh
(Nazaruddin et al., 1992), menunjukkan bahawa 80% daripada guru-guru mempunyai pendapat
yang penyeliaan pengajaran tidak patut dijalankan terhadap mereka di dalam bilik darjah. Ada
juga segelintir daripada guru-guru yang berpendapat atau bersetuju bahawa pengetua harus lebih
memberi fokus kepada tugas sebagai pengurus sekolah berbanding sebagai penyelia. Ini adalah
kerana guru-guru tersebut berpendapat bahawa pengajaran di dalam kelas adalah hak mereka dan
tidak suka apabila pengajaran mereka diperhatikan dan mendapat perhatian pengetua. Menurut
Ramaiah (1999) sistem penyeliaan yang sedia ada dipersoalkan oleh guru dan begitu juga dengan
metodologinya dan pengetua iaitu sebagai penyelia diragui kepakaran mereka.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Sharifah dan Azizah (1989) mengenai sikap guru
terhadap penyeliaan pengajaran mendapat hasil kajian dengan peratusan sebanyak 56 peratus
guru-guru yang dikaji oleh mereka bersikap positif terhadap penyeliaan pengajaran dan 44 peratus
lagi tidak bersetuju dengan penyeliaan pengajaran. Menurut mereka punca wujudnya pendapat
yang berbeza ini jelas kelihatan daripada peratusan di dalam kajian mereka dan ini menjelaskan
bahawa ianya berpunca daripada pandangan guru yang mempunyai perasaan yang berbeza
terhadapnya. Mereka menyatakan bahawa guru-guru yang mempunyai pandangan yang positif
terhadap penyeliaan pengajaran bersetuju apabila pencerapan dilakukan, serta tujuan dan
matlamat sebenar penyeliaan. Selain itu, mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
penyelia, berasa tidak risau atau terancam di samping tidak ada perasaan kehilangan autonomi dan
menganggap penyeliaan dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka sebagai guru.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Aminuddin (2005) bahawa penyeliaan pengajaran
dapat membantu seseorang pengetua untuk melihat peningkatan guru di dalam pengajaran
mereka. Kenyataan ini disokong oleh Alimuddin (2006) yang juga mempunyai pandangan yang
sama terhadap penyeliaan pengajaran. Menurutnya prestasi pembelajaran pelajar akan meningkat
dengan wujudnya penyeliaan pengajaran di dalam bilik darjah. Walaupun terdapat pelbagai kajian
yang bersetuju dengan pandangan pengkaji-pengkaji diatas namun begitu menurut kajian yang
dilakukan oleh Subaidah (2001) ada menjelaskan bahawa penyeliaan pengajaran tidak wajar atau
tidak patut dilakukan berdasarkan kajian yang diberikan kepada guru-guru sekolah menengah dan
rendah yang terlibat di dalam kajian mereka. Sesetengah hasil kajian mendapat penentangan yang
hebat daripada pengkaji seperti Hamdan & Nurlia (2011) yang berjaya menjelaskan melalui
kajian mereka bahawa tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran kini lebih positif kerana
guru-guru jelas akan kepentingan dan matlamat sebenar penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan
terhadap mereka di dalam kelas.
Kenyataan di atas disokong secara penuh oleh hasil kajian yang dilakukan oleh
Nazaruddin (1992) yang berpendapat bahawa penyeliaan pengajaran dapat melancarkan tugas
pengajaran guru disamping itu membantu mereka untuk mengajar dengan lebih efektif.
Kepimpinan pengajaran yang cemerlang oleh pengetua dapat melihat keperluan guru

65

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


dilaksanakan oleh pengetua yang memegang peranan tersebut. Kenyataan di atas tidak begitu
dipersetujui oleh Ramaiah (1999) bahawa terdapat segelintir guru-guru yang masih berasa raguragu akan kemahiran serta kepakaran penyelia atau wakilnya yang membuat penyeliaan
pengajaran terhadap mereka. Oleh disebabkan itu, kita boleh melihat guru yang mempunyai
pandangan yang negatif terhadap penyeliaan pengajaran masih wujud.
Terdapat juga segelintir pengetua yang jarang melakukan penyeliaan terhadap pengajaran
guru. Ini adalah kerana penyelia-penyelia tersebut lebih fokus terhadap alat bantuan mengajar
yang digunakan oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Perkara di atas
menyebabkan peningkatan profesionalisme guru akan terbantut memandangkan aktiviti
penyeliaan yang dijalankan kurang berjaya dari yang sepatutnya. Oleh disebabkan itu, penyeliaan
pengajaran harus memberi keutamaan terhadap kesan pengajaran guru, profesionalisme guru
harus dipertingkatkan dan kursus yang berkaitan untuk memberi guru pengajaran di dalam
mengatasi kelemahan dan kekurangan mereka ketika penyeliaan pengajaran harus dijalankan
(Hashim, 2000).
Menurut Abdul Shukor (1998), telah timbul konflik di antara guru dan penyelia iaitu
pengetua di sesetengah sekolah, walaupun pada dasarnya penyeliaan bertujuan untuk membantu
guru dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Ini adalah kerana di dalam kajian mereka
didapati bahawa tugas penyeliaan telah menambahkan beban tugas kerja mereka sebagai pengetua
manakala guru-guru berperasaan bahawa penyeliaan yang dijalankan cuma untuk mencari
kelemahan dan kesilapan mereka ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di sini guruguru melihat penyelia iaitu pengetua sebagai polis yang mencari kesilapan dan memberikan
hukuman. Ini telah menyebabkan guru-guru tersebut bersikap negatif terhadap penyeliaan
pengajaran dan berpendapat bahawa ianya tidak akan mendatangkan faedah atau meningkatkan
mutu pengajaran mereka.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Hamsam (2002) terhadap penyeliaan pengajaran
di 18 buah sekolah menengah yang melibatkan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup iaitu
seramai 150 orang guru mendapati hasil kajian menunjukkan bahawa 23.33 peratus daripada
responden diselia oleh pengetua dan 76.67 peratus di selia oleh wakil pengetua iaitu seperti
penolong kanan atau ketua bidang. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penyeliaan di 18 buah
sekolah itu kebanyakannya dijalankan oleh wakil pengetua berbanding dengan pengetua. Mereka
akan cuma membuat penyeliaan jikalau guru tersebut harus diberi kenaikan pangkat. Perkara di
atas menyebabkan guru-guru tidak mendapat bimbingan dan bantuan yang sepatutnya daripada
pengetua dan mengakibatkan mereka mengalami masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Sullivan dan Glanz (2000) penyeliaan boleh dilihat sebagai pemantauan
terhadap guru berbanding sebagai perbincangan. Perkara di atas dipersetujui oleh Muaz Abd
Karim (2002) bahawa ramai guru masih mempunyai keraguan terhadap penyeliaan pengajaran
dan ini menjelaskan ketidakyakinan mereka terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di
dalam bilik darjah. Penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan haruslah berlandaskan kepada
Surat Pekeliling Ikthisas Bil. 3/1987) dan tanggapan negatif terhadap penyeliaan pengajaran
haruslah diperbetulkan. Menurut Chan dan Gurnam (2009) pengetua yang juga berperanan
sebagai pengurus kurikulum di sekolah mereka haruslah melibatkan diri secara profesional dan
secara aktif dalam penyeliaan pengajaran yang dijalankan. Oleh disebabkan itu, mereka
mempunyai tiga tanggungjawab yang utama iaitu memupuk program pengajaran dan
pembelajaran yang mantap dan meningkatkan budaya sekolah supaya lebih aman dan kondusif
bagi melihat peningkatan pembelajaran pelajar, kedua mencemerlangkan organisasi di bawah
mereka dan akhir sekali memajukan atau meningkatkan profesionalisme guru-guru di bawahnya
supaya dapat melihat kecemerlangan.
Menurut Hamdan dan Nurlia (2011) pandangan yang negatif dan kurangnya kefahaman
mengenai konsep dan cara proses penyeliaan pengajaran dijalankan menyebabkan penyeliaan
pengajaran dianggap sebagai mencari kesilapan dan kelemahan guru. Ini akan menimbulkan
keraguan dan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran akan dipersoalkan. Selain itu,
disebabkan tugas penyeliaan diberikan kepada guru penolong kanan dan ketua bidang dan
sebagainya maka kekeliruan ini bertambah dan keraguan terhadap kemahiran dan kepakaran
pengetua juga dipersoalkan. Ini menunjukkan bahawa konsep asal penyeliaan telah terkeluar dari
konsep dan amalan penyeliaan yang sepatutnya diamalkan. Menurut Wilson et. al..( 2005) untuk

66

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


meransangkan pertumbuhan guru serta memberi dorongan dan sokongan yang penuh merupakan
matlamat yang cukup mencabar untuk dilalui sebagai penyelia. Dorongan yang diberikan oleh
pengetua akan menyebabkan wujud tindak balas yang baik dari guru untuk peningkatan
pengajaran dan pembelajaran dan juga mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia. Ini
juga menjelaskan daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh Glanz (2007) bahawa jikalau
seseorang penyelia tidak mahu bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada guru-guru
maka akan kelihatan guru-guru mempunyai kekeliruan dan tidak berminat dengannya. Menurut
kajian yang dijalankan oleh Alma Harris (2003) pengetua sebagai seorang pemimpin pengajaran
mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam membuat penilaian dan melihat perkembangan
guru. Mereka harus berfikiran jauh dan berakuantabiliti terhadap tanggungjawab mereka.
Pengetua juga harus mempunyai pandangan yang luas dan positif terhadap proses penyeliaan
pengajaran supaya guru-guru dapat menerimanya secara positif dan juga demi pengajaran yang
lebih berkesan di dalam bilik darjah.

Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengetahui sikap guru terhadap penyeliaan
pengajaran dalam kalangan guru-guru Sekolah Menengah Zon Bangsar.
Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :
i) Menentukan sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran
Menengah.
ii) Membandingkan sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran
iaitu jantina.
iii) Membandingkan sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran
iaitu pengalaman mengajar.
iv) Membandingkan sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran
iaitu bidang pengajaran.
v) Membandingkan sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran
iaitu etnik.

yang dijalankan di Sekolah


berdasarkan faktor demografi
berdasarkan faktor demografi
berdasarkan faktor demografi
berdasarkan faktor demografi

Metodologi
Kajian ini merupakan kajian tinjauan atau survey yang menggunakan soal selidik sebagai
instrumen. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak. Responden yang telah
mengisi maklumat secara sukarela dan sejumlah 250 orang guruguru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Borang
soal selidik dalam kajian ini telah dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A di
dalam borang soal selidik mengandungi item berkaitan dengan faktor demografi yang bertujuan
untuk mendapatkan latar belakang untuk subjek kajian. Soalan-soalan adalah terdiri daripada
jantina, bangsa, bidang pengajaran, pengalaman mengajar dan kekerapan diselia dalam tempoh
setahun. Para responden dikehendaki untuk menandakan () pada ruangan yang disediakan.
Di dalam bahagian B ianya mengandungi item kajian yang berkaitan dengan sikap guru
terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan terhadap responden kajian atau ianya lebih
diketahui sebagai pencerapan yang dijalankan oleh penyelia di dalam kelas dalam tempoh setahun
dan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 yang merupakan arahan pelaksanaan
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pengetua terhadap semua guru dibawahnya.
Jumlah soalan atau item di dalam bahagian B adalah 20 item.
Responden diminta untuk menandakan darjah persetujuan pada skala berbentuk likert.
Setiap item menggunakan 5-mata Skala Likert, iaitu dalam bentuk; (1) Sangat Tidak Setuju, (2)
Tidak Setuju, (3) Kurang Setuju, (4) Setuju dan (5) Sangat Setuju. Penyusunan setiap item dalam
bahagian ini menggunakan kombinasi item negatif dan positif, walau bagaimanapun semasa
pengkodan dilakukan maka setiap item negatif akan dikod semula secara terbalik (reverse coded)
iaitu seperti (1) Sangat Setuju, (2) Setuju, (3) Kurang Setuju, (4) Tidak Setuju dan (5) Sangat
Tidak Setuju.

67

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


Dapatan dan Perbincangan
Maklumat demografi
Taburan kekerapan bilangan responden yang terlibat di dalam kajian ini berjumlah
sebanyak 250 responden yang terdiri daripada 74 responden lelaki iaitu (29.6%) dan ini diikuti
oleh 176 responden perempuan iaitu (70.4%). Bangsa responden, didapati analisis data
menunjukkan 130 (52%) dari bilangan responden adalah berbangsa Melayu, ini diikuti oleh 78
(31.2%) adalah responden Cina, manakala bagi responden India adalah 42 (16.8%). Dapatan ini
jelas menunjukkan bahawa kebanyakan responden kajian adalah berbangsa Melayu iaitu 130
(52%) dan jumlah responden yang sedikit adalah responden berbangsa India iaitu 42 (16.8%).
Berdasarkan bidang pengajaran, didapati seramai 75 (30%) daripada guru-guru mengajar di dalam
bidang Sains dan Matematik, ini diikuti oleh 74 (29.6%) mengajar di dalam bidang Bahasa,
seterusnya bilangan responden yang mengajar Sivik dan Kemanusiaan adalah 70 (28%) dan akhir
sekali bagi bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional didapati terdapat sebanyak 31 (12.4%)
responden. Ini menunjukkan bilangan tertinggi sebanyak 75 (30%) di dalam bidang Sains dan
Matematik. Selain itu, bidang Bahasa juga menunjukkan peratus yang lebih kurang sama iaitu 74
(29.6%). Bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional menunjukkan peratus yang paling rendah 31
(12.4%) sahaja.
Dari segi pengalaman mengajar, mendapati bilangan responden bagi guru-guru yang
mengajar kurang dari 5 tahun ialah 56 (22.4%), seterusnya bagi guru-guru yang mengajar 5
hingga 10 tahun ialah 65 (26%), pengalaman 11 hingga 15 tahun ialah 41 (16.4%), 16 hingga 20
tahun ialah 41 (16.4%) dan akhir sekali lebih daripada 21 tahun pengalaman mengajar adalah 47
(18.8%). Analisis data di atas menunjukkan bahawa bilangan responden yang paling tinggi adalah
dalam lingkungan 5 hingga 10 tahun iaitu 65 (26%). Manakala, bagi guru-guru yang mengajar 11
hingga 15 tahun ialah 41 (16.4%) dan 16 hingga 20 tahun menunjukkan 41 (16.4%) juga dan ini
menunjukkan jumlah data yang sama.
Dari sudut kekerapan diselia dalam tempoh setahun, mendapati bilangan responden yang
diselia 3 kali dalam setahun adalah sebanyak 34 (13.6%) responden, manakala bagi responden
yang diselia 2 kali setahun adalah sebanyak 65 (26%), ini diikuti oleh bilangan responden yang
diselia cuma 1 kali setahun adalah 151 (60.4%) dan akhir sekali bagi bilangan responden yang
tidak pernah diselia adalah 0 (0%) dari bilangan responden.
Jadual 1-Maklumat Demografi Responden
n

Frekuensi (%)

Jantina

Lelaki
Perempuan

74
176

29.6
70.4

Bangsa

Melayu
Cina
India

130
78
42

52.0
31.2
16.8

Bidang Pengajaran

Sains & Matematik


Bahasa
Sivik & Kemanusian
Pendidikan Teknik &
Vokasional

75
74
70
31

30.0
29.6
28.0
12.4

Pengalaman Mengajar

Kurang 5 tahun
6 hingga 10 tahun
11 hingga 15 tahun
16 hingga 20 tahun
Lebih daripada 21 tahun

56
65
41
41
47

22.4
26.0
16.4
16.4
18.8

68

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


Kekerapan Diselia

3 Kali
2 Kali
1 Kali
Tidak Pernah

34
65
151
0

13.6
26.0
60.4
0

Sikap Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran


Analisa data (Jadual 2) menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai sikap yang
sederhana positif terhadap penyeliaan pengajaran iaitu dengan skor (min = 3.32) dan (S.P = .56)
dan ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru di Sekolah Menengah mempunyai persepsi
atau sikap yang sederhana positif terhadap penyeliaan pengajaran. Ianya juga menggambarkan
bahawa guru-guru bukannya tidak setuju akan pelaksanaan penyeliaan pengajaran atau sangat
bersetuju supaya penyeliaan pengajaran diadakan. Ini menunjukkan guruguru boleh menerima
pelaksanaan penyeliaan pengajaran yang dijalankan terhadap mereka di dalam bilik darjah.
Dapatan kajian (Jadual 3) dengan min yang paling tinggi di dalam soal selidik
menunjukkan bahawa cadangan yang diberikan oleh penyelia mengenai penyeliaan pengajaran
membantu untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan nilai skor (min = 3.80), (S.P = .95). Ini
menunjukkan guru-guru berpendapat bahawa mereka yang sentiasa diberi galakan dan nasihat
oleh penyelia akan dapat meningkatkan kaedah dan cara pengajaran mereka. Manakala item yang
mendapat skor min yang paling rendah menjelaskan bahawa guru yang baru mengajar perlu kerap
diselia berbanding dengan guru yang telah lama mengajar menunjukkan skor min = 2.50, (S.P =
1.14) dan ini menunjukkan bahawa guru-guru berpendapat bahawa ianya tidak adil untuk
membuat penyeliaan yang kerap terhadap guru yang baru dalam profesion ini.
Jadual 2: Taburan Sikap Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran di Sekolah
____________________________________________________________________
Pernyataan
Min
S.P
Tahap
____________________________________________________________________
Keseluruhan
3.32
0.56
Sederhana
____________________________________________________________________
Jadual 3- Min dan Sisihan Piawai Sikap Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran di bilik darjah
Pernyataan
Min
s.p
Penyeliaan yang sistematik tidak membebankan saya.
3.65
1.15
Penyelia saya mahir melakukan proses penyeliaan.
3.72
1.03
Penyeliaan adalah berguna dalam proses pencapaian matlamat
3.67
1.11
kurikulum seperti yang dirancang.
Penyeliaan tidak dapat membantu saya dalam membina keyakinan
3.11
1.24
sewaktu pengajaran.
Cadangan yang diberikan berdasarkan penyeliaan pengajaran
3.80
0.95
membantu meningkatkan mutu pengajaran.
Penyeliaan adalah perlu untuk memastikan objektif pengajaran saya
3.70
1.05
tercapai.
Penyeliaan lebih kepada mencari kelemahan dan kesalahan guru.
2.71
1.13
Penyeliaan perlu dijalankan terhadap semua guru setiap tahun.
3.63
1.22
Penyeliaan penting untuk melihat kekuatan dan kelemahan
3.76
1.09
pengajaran saya.
Penyeliaan sepatutnya hanya dijalankan ke atas guru yang kurang
2.71
1.29
pengalaman atau bermasalah.
Guru yang baru mengajar perlu kerap diselia berbanding guru yang
2.50
1.14
telah lama mengajar.
Saya tidak berpuas hati dengan penyeliaan yang telah dijalankan.
3.03
1.08
Penyelia mendorong saya mempelbagaikan kaedah pengajaran.
3.38
1.12
Penyelia berperanan sebagai pembimbing pengajaran saya yang
3.50
1.04
berkesan.

69

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


Dengan adanya penyeliaan, saya memperolehi kaedah pengajaran
yang baru daripada penyelia.
Penyelia dapat membantu saya menyelesaikan masalah berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dihadapi.
Saya sangat memerlukan proses penyeliaan di dalam kelas untuk
menilai keupayaan saya dalam proses pengajaran.
Penyeliaan tidak membantu saya memperolehi maklumat tambahan
mengenai kandungan tajuk pelajaran yang diajar.
Penyeliaan dapat membantu saya komited dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di bilik darjah.
Penyeliaan dapat mewujudkan rasa kepuasan saya terhadap kerja
yang dilaksanakan.

3.22

1.22

3.29

1.27

3.38

1.17

2.79

1.06

3.52

1.00

3.40

1.23

Analisis Perbezaan Sikap Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran Antara Jantina,


Pengalaman Mengajar, Bidang Pengajaran dan Etnik
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan ujian t dan Anova sehala untuk menentukan
perbezaan antara sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran antara guru berlainan jantina,
pengalaman mengajar, bidang pengajaran dan etnik. Hasil ujian t menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran antara guru lelaki
dan perempuan (t = -2.178, p<0.030). Dari segi pengalaman mengajar pula, hasil ujian Anova
sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru yang mengajar
kurang daripada 20 tahun dan lebih daripada 20 tahun (F=1.079, p= .367). Hasil ujian Anova
sehala bagi bidang pengajaran menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru
yang mengajar bidang masing-masing (F= .244 , p= .866). Hasil ujian Anova sehala bagi etnik
pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu (F=6.417, p= .000) antara guru yang
berbangsa Melayu dan guru berbangsa Cina. Secara umumnya, dapatan ini menunjukkan bahawa
faktor jantina dan etnik memainkan peranan yang penting dalam menentukan sikap guru terhadap
penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan di antara responden lelaki dan perempuan terhadap penyeliaan
pengajaran. Kedua-dua jantina iaitu responden lelaki dan responden perempuan mempunyai
tanggapan yang sederhana positif kerana nilai min mereka menunjukkan bahawa responden lelaki
ialah 3.20 dan responden perempuan adalah 3.37. Nilai skor min menunjukkan bahawa responden
perempuan mempunyai sikap yang sederhana yang positif yang lebih tinggi terhadap penyeliaan
pengajaran daripada responden lelaki. Keseluruhannya responden mempunyai tanggapan yang
sederhana positif terhadap penyeliaan. Ianya menggambarkan bahawa kedua-dua jantina
bukannya begitu bersetuju atau langsung tidak bersetuju dengan penyeliaan pengajaran.
Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang
positif terhadap penyeliaan pengajaran di mana 162 orang guru iaitu (64.8%) daripada guru
bersetuju bahawa penyeliaan dapat membantu mereka dan menimbulkan perasaan yang komited
di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Selain itu, 162
(64.8%) daripada guru-guru berasa bahawa penyeliaan adalah sangat penting dan perlu dijalankan
untuk memastikan objektif pengajaran tercapai. Selain daripada itu, majoriti daripada responden
176 orang (70.4 %) menyatakan bahawa penyelia mereka mahir melakukan proses penyeliaan dan
penyeliaan yang sistematik tidak membebankan mereka dan penyeliaan pengajaran dapat
meningkatkan kualiti dan keadah pengajaran mereka.
Jadual 4 - Analisis Perbezaan Sikap Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran Antara Jantina,
Pengalaman Mengajar, Bidang Pengajaran dan Etnik
Ujian t/Ujian Anova Sehala
Jantina
Lelaki
Perempuan

min

s.p

t/F

Sig-t/p

74
176

3.20
3.37

0.51
0.58

-2.178

.030

70

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Pengalaman Mengajar
< 5 tahun
5 hingga 10
11 hingga 15
16 hingga 20
>21 tahun
Bidang Pengajaran
Sains & Matematik
Bahasa
Sivik & Kemanusiaan
Pendidikan Teknik &
Vokasional
Etnik
Melayu
Cina
India

56
65
41
41
47

3.44
3.34
3.33
3.25
3.24

0.62
0.56
0.56
0.47
0.58

1.079

.367

75
74
70
31

3.29
3.32
3.37
3.30

0.64
0.55
0.55
0.46

.244

.866

130
78
42

3.45
3.12
3.25

0.55
0.52
0.56

6.417

.000

Signifikan pada aras 0.05

Cadangan
Secara keseluruhan dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa sikap guru terhadap
penyeliaan pengajaran adalah sederhana positif. Guru perempuan bersikap lebih positif
berbanding guru lelaki. Guru berbangsa Melayu bersikap lebih positif terhadap penyeliaan
pengajaran berbanding guru berbangsa Cina. Harus diwujudkan kesedaran kepada guruguru
lelaki terutamanya dan guru perempuan akan pentingnya penyeliaan pengajaran yang dijalankan
dengan memberikan kursus yang lebih mendalam akan kepentingannya. Dalam meningkatkan
sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran supaya lebih positif maka dicadangkan pihak sekolah,
pejabat pelajaran daerah atau pejabat pelajaran negeri menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan
penyeliaan pengajaran. Kursus-kursus ini dijangkakan akan dapat meningkatkan kefahaman lebih
mendalam untuk guru-guru terutamanya kepentingan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di
dalam kelas.
Kajian ini mendapati bahawa sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran berada pada
tahap yang sederhana positif, oleh itu, kajian ini boleh dilakukan kepada sampel yang lebih besar
dan boleh juga dilakukan perbandingan di antara guru-guru sekolah menengah dan rendah;
sekolah kerajaan dan sekolah swasta; pelajar-pelajar yang menghadiri sekolah harian dan sekolah
berasrama penuh dan selanjutnya. Latihan yang diterima di peringkat universiti atau maktab
perguruan mungkin tidak sama apabila seseorang guru berhadapan dengan situasi sebenar.
Disamping itu juga dicadangkan pihak KPM, JPN dan PPD terutamanya pegawai melaksanakan
pemantauan ke atas sekolah-sekolah dari semasa ke semasa. Dengan ini, sikap guru terhadap
penyeliaan pengajaran dapat dikenalpasti dan dibuat penambahbaikan. Selain itu, dicadangkan
juga pihak KPM mengambil inisiatif dan tindakan sewajarnya dalam menyediakan satu
jawatankuasa bagi pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah. Ini bertujuan
meringankan beban tugas pengetua atau guru besar yang terpaksa menguruskan penyeliaan
pengajaran terhadap guru-guru. Dengan adanya jawatankuasa ini guru-guru dapat menumpukan
perhatian yang lebih terhadap pengajaran dan pembelajaran untuk pencapaian pelajar secara
berterusan.
Kajian yang dijalankan ini diharap tidak akan memberi tumpuan kepada guru-guru sahaja
malahan kajian juga boleh dijalankan terhadap penyelia-penyelia yang menjalankan penyeliaan
pengajaran. Selain itu, oleh kerana kajian ini cuma tertumpu atau mewakili Sekolah Menengah
Kebangsaan Zon Bangsar sahaja maka kajian lain juga boleh dijalankan dengan lebih luas lagi
dengan merangkumi zon-zon lain seperti Zon Pudu, Zon Keramat, Zon Sentul dan sebagainya.
Perbandingan juga boleh dijalankan di antara zon-zon tersebut. Ianya adalah bertujuan untuk

71

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


memberikan gambaran yang luas mengenai sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran yang
dijalankan terhadap guru-guru di Sekolah Menengah.
Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan bahawa sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran adalah sangat penting
untuk melihat peningkatan di dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar-pelajar. Guru
mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk meningkatkan sistem pendidikan ke arah
antarabangsa. Ini adalah supaya pelajar-pelajar kita dapat berdaya saing dengan pembangunan
dunia yang kini lebih berteknologi dan pendidikan yang berkesan bolehlah membawa kita ke arah
tujuan yang sama.
Rujukan
Abdul Shukor Abdullah. (1998). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah-Isu Dan
Strategi. Jurnal Kementerian Pendidikan, 32 (7): 33-39.
Alimuddin Mohd Dom. (2006). Kepimpinan Instruktional : Peranan Pengetua Dan Guru Besar
Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Putrajaya :
Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan.
Al Ramaiah. (1999). Kepimpinan pendidikan: cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.
Bhd. m.s.8.
Alma Harris. (2003). Teacher leadership: A New Orthodoxy. In Davies, B & West Burnham J.
(EDS) Handbook of Leadership and Management London: Pearson Publishing.
Aminuddin Adam. (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar
Kepimpunan Instruktional Untuk Pengetua/Guru Besar
Boardman, W. Charles, Dougless R. Harl, dan Bent K. Rudyard. (1953). Democratic Supervision
In Secondary School. Massachusetts: Houghton Mifflin Company.
Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu. (2009). Investigating Leadership Characteristics of an
Excellent Principal in Malaysia. International Education Studies, 4(2), 106 116.
Fisher, K. (2001). 'Building Better Outcomes: The impact of school infrastructure on student
outcomes and behaviour', Department of Education, Training and Youth Affairs: Australia.
Glanz, J. (2007). On vulnerability and transformative leadership: An imperative for leaders of
supervision. International Journal of Leadership in Education 10: 115_35.
Hamdan Bin Said & Nurlia Binti Mohamad. (2011). Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Journal. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Hashim Hamad. (2000). Peranan Pengetua Sebagai Penyelia dan Pemimpin di Sekolah. Tesis
Sarjana, UPM.
Mohd Hamsam Abd Latif. (2002). The Effectiveness of Teaching Supervision Towards Living
Skills Teachers at the Secondary in the Kluang District, Johor.Universiti Teknologi
Malaysia, Unpublished Final Year Project Report.
Mohd Ruzi Muhammad Shafie. (2001). Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran di
Lima Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana
Muda.
Nazaruddin Hj. Mohd. Jali. (1992). Penyeliaan Pendidikan: Kepimpinan Instruksi Guru Besar &
Pengetua. Jurnal Pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia,
September 2012.
Ramaiah, A. L. (1999). Penyeliaan Klinikal : Satu Pendekatan Terhadap PengajaranPembelajaran di Sekolah. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharifah Md. Nor., & Azizah Abd. Rahman. (1989). Penyeliaan Pengajaran Sebagai Satu Ciri
Kepimpinan Profesional. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 33.20.39.
Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil: 3/ 1987. Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas
Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah.
Sergiovanni. Thomas. J., & Starratt. Robert. J. (2002). Supervision: A Redefinition. 7th Edision.
New York: McGraw-Hill Companies,Inc.

72

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)


Sullivan, S., & Glanz, J. (2000). Supervision that improves teaching: Strategies and techniques .
Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Subaidah Haleed. (2001). Persepsi Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Terhadap
Kesan penyeliaan Pengetua Ke Atas Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru. UTM,
Skudai:Tesis Sarjana Pendidikan.
Tanner, D., & Tanner, L. (1987). Supervision in Education: Problem and Practices. New York:
Macmillan Publishing Company.
Thobega, M., & Miller, G. (2007). Supervisory behaviors of cooperating agricultural education
teachers. Journal of Agricultural Education, 48(1), 64-74.
Wilson, K., & J. Charker, A., & Lizzio, K., & Halford, & S. Kimlin. (2005). Assessing how much
people work at their relationships: The Behavioural Self-Regulation for Effective
Relationships Scale, Journal of Family Psychology 19: 385_93.
Yamina Bouchamma. (2006). School Principals Perceptions of Personal and Professional
Efficacy With Regard To Teacher Supervision in New Brunswick. EAF Journal 2006; 17,2;
ProQuest Central. Pg.9.
Zepeda, S. J. (2007). Instructional Supervision: Applying Tools and Concepts. Second edition.
New York: Larchmont.

73

Anda mungkin juga menyukai