Anda di halaman 1dari 16

Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]

(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme


Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan
mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk
penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada
kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah. Contohnya
sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol
Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh
telah bermula pada awal abad ke-20.
Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan
Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar
penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah
disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang,
Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri
Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini,
penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan
peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih
Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan
membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat
tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana
British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi
dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan
tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada
penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British
menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti
mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan
penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British
yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W.
Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan
orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah
mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin
tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini
memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal

pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan
undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi
sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan
sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang
British.
Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew
Clarke telah memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik
tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih
pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat
mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem
atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan
kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang
diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu
berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan
fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru
untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja
yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang
asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan
kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang
perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal
dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan
orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan
ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos,
telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini
menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan
penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang
Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu
gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan
kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep
ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan
memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan
ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk
Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka
semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945
juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran
ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah
dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai
penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu

terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh
orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku,
akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan
kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan
intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif
terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini
didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh
Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas.
Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang
menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya menuju
kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain
itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara,
terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia
yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan
intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British.
Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang Pentadbiran British
Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada
tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada
wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka.
Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat
di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan
jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan
Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan
British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak
tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar
ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang menolak
untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke
Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya
menewaskan serangan British yang membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh
Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat
bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai
Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar
seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya menewaskan
Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak
dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol
Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833.

1.2 Tok Janggut di Kelantan


Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila British
memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah
memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh
mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah
sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai
sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan
beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah
mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun
1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam,
Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir
Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah
kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja,
Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang
Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri
Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British
telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun
dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan
pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan
oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di
pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan
berani menentang British.
1.3 Dato Maharajalela di Perak
Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu oleh semua
pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W. W Birch memungkiri
fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para
pembesar menolak system cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak
pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga para pembesar menolak
campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan
menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak
pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar
Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang- undang British pada 21 Julai 1875.
Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch
pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera
melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan
diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri
Ngah Ibrahim , syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.
1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala
Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300
penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn
Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan
jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat
ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan
kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.

Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan
untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British menghantar
tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa
sahaja yang menghalangnya.Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana
orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah
menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan
dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah
dibuang negeri ke Makkah.
1.5 Dato Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain bangkit
menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato Bahaman menentang
perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik
tempatan seperti system kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan
pasukan polis luar.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang
Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok
Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis
Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892menyerang dan menawan semula Lubuk Terua, 1894- Menyerang dan menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat tekanan British, Dato
Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar
Terengganu dan
Kelantan Dato Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan
keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke
Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap
di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht.
Dato Bahaman kemudiannya meninggal di sana.
1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh Yam
Tuan Antah Sri
Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-duanya telah
menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato Syahbandar Sungai Ujong
enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Dato Syahbandar
juga menentang Dato Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa
British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai
kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato
Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal untuk
menguasai Sungai Ujong. Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai
Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Dato
Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato
Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah
penguasaan British.

Sarawak Rentap
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak
menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah
menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James
Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah
bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke
Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke
berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai
Entabai dan serangannya semakin lemah.
2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun
1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak
balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di
Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul
Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di
Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut
cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah
membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau
dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching.
Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi
beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul
Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan
kepada James Brooke.
Sabah
Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo
Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh.
Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak
menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh
Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak
dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat
Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah
menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun,
SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.
Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau
akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke 19.
Penghulu Dol Said
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar 1/10 hasil sebagai
ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British
pimpinan Kapten Wyllie.
Dato Maharaja Lela

Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan
terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato Maharajalela juga berjaya membina
kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah berjaya membunuh
residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.
Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. DatoBahaman
menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan
berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah
kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai
Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang
tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan
melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan berjaya
menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan
berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.
Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan serangan
mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa
menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.
Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada
abad ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19 ialah
kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk
Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya
membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan
daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan
Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831.
Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed
Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai 150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji
akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar British.
Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan
menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa pembesar tempatan juga telah
menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan
keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali
mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk
kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.

Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya


menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato
Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yam
Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato Kelana Sungai
Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British.
Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat
Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya,
menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak
SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu
SBUB di Pulau Gaya.
Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan
mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu
Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya
mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah
milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong
menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya.
(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British telah
menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi dikalahkan oleh
penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh
British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan
terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato Maharaja
Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala
Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau
Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk
pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di
Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan
mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan
kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan yang
menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan
Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan
menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga
mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan
seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang
ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung
Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh
apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di

atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap
British di Sabah.

Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat


nasionalisme di negara ini.
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini dapat dilihat
melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah.
Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk Melayu
Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi
orang melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin
B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan
bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan
perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk
membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan
perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah
ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini
ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan
masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut
menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu Muda
(KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM
bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap
pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau British, menjadi
propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang
British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan
kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak
negeri, Resolusi kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi
permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu
dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan
orang Melayu dalam persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu.
Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan
nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya
bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi
memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan
persaudaraan dikalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak
(1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama
penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan
kerajaan.

Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah persatuan
separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin
oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda
Melayu di seluruh semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah ditubuhkan
Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah
untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan
maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat
cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan
Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung.
Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru
sekolah Melayu.
Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad
ke 19 dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat
nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berjuang
untuk kedaulatan negara.
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat
nasioanilsme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama
agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang
menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang
kehebatan perjuangan pemimpin tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin
tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka
penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat
nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid
sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang
lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuang-pejuang
terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada
cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa
terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan
yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara
berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani
dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih.
Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk
mempertahankan kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga
kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru
melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara.

(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan


kedaulatan negara. Berikan alasan anda.

Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu


mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan
jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi
dan semangat sanggup berkorban untuk negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan
agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah,
penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia
yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan
antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan
tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran
agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undangundang dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri
dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti
ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk
merealisasikan wawasan negara.
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh
negara melalui media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan
kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada
umum dengan lebih cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat di
peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun
melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada
umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan
boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya
bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal
ini dapat dilihat melalui penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang
kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus
membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam
mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan
perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas
berjaya disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.

(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah
mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan
dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara
Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.

Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas
kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan
pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama
kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang
menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi
memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya
berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di
dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara
daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian
dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan
perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan
dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti
teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan
Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.
(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya.
Berikan hujah anda.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang
penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah
menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu
.Contohnya perjuangan Dato Maharajalela, Pandak Lam, Pandak
Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah
menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa
dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut
dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari
ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat bantuan
ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana
Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malaysia
negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan
kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa. Buktinya
perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan
seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan
British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu
melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei,
Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.
Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan
kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan
kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran
ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini yang akhirnya menjadikan negara Malaysia
sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang boleh
dipasarkan di luar negara.

Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu
melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam
arena perbincangan antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana
Menteri kita dalam membela nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang
MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri
lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar
bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan
politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau
sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air
yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama
dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti
Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi
kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk
perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar
sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh
menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan politik yang
stabil melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan
utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat
penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta akan
bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan
ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan
perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan
negara demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini,
apakah tema penulisan yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat? Berikan alasan anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema
penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat
ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri
daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai
contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaumkaum yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara
bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis
persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini
dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini
akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang
pendaki negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung

Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan
keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di
Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri
daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat
kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta
oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of Record untuk dijadikan
inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai
angkasawan pertama negara dan Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia
dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi
muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering
dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok
Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini
adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam
suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat
nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara
tercinta.
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat. [5 markah ]
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran
mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada
membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan programprogram yang berunsur patriotisme menyebabkan semanagat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut
kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat
nasionalisme dalam diri pelajar.
7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 Markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan
menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan
perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar
sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya
mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai
ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan
bertanggungjawab.

Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan


program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz
kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat
kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.
7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan
generasi muda pada hari ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah
disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka juga
tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di samping
itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di
negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan
semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan
bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak
memahami konsep Rukun Negara.
Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan.
Seterusnya,kurangnya ilmu pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme dalam diri generasi muda kini.
7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan
berpecah belah.
Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya
individu yang mementingkan diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda
akan mudah dijajah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan
generasi muda turut meningkat dan sukar dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda juga
tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi
lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada
negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam
mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara
supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani
dan tabah menghadapi cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan
berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan
kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan
kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita
juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga
sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan
menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan
harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat
juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap
kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia
Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah]
Pengetahuan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat tempatan
penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada
kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan
daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran
penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British
telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam
mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki
sikap berani menentang musuh. Disamping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak
mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan
semangat setia negara yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan
negara dengan mengetepikan kepentingan diri.
Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi
dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan
mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.
Harapan dan masa depan
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi.
Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan
seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia
saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan.