Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Pendahuluan
Semua pejajar di setiap sekolah diwajibkan menyertai aktiviti
kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang atau pun
pada sebelah pagi bagi pelajar sesi petang. Para pelajar wajib
menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab dan persatuan,
unit beruniform dan aktiviti permainan. Kini kegiatan kokurikulum
dilihat sama penting dengan bidang akedemik, malahan ada yang
berpendapat kokurikulum lebih berkesan dalam membentuk EQ
seseorang pelajar.
Isi 1
Melalui aktiviti ini, terutamanya aktiviti sukan dan permainan
tubuh badan akan menjadi sihat dan minda pun cerdas. Hal ini
dikatakan demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu
aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan
kita akan mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui peluh.
Apabila kita sihat, mudahlah untuk kita mengikuti pelajaran dan
yang pasti kita dapat hadir ke sekolah. Sebaliknya, jika seseorang
itu malas menghadiri aktiviti kokurikulum dia akan menjadi pasif
dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh badan kita tidak sihat,
kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya
seterusnya minat untuk belajar pun luntur.
Isi 2
Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat
memanfaatkan masa lapang dengan bijak. Sekiranya pelajar tidak
menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan
digunakan untuk menonton televisyen,
bermain permaiinan
video, melayari internet dan berkemungkinan akan mengikut
rakan-rakannya berpeleseran di pusat beli-belah, akhirnya boleh
terlibat dengan pennyalahgunaan dadah dan jenayah, atau
sekurang-kurangnya boleh terjebak menjadi perokok. Jelaslah

bahawa, aktiviti kokurikulum ini dapat mengelakkan megeka


daripada terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, seperti
jenayah, merempit, meragut, menagih dadah, mengedar dadah
dan banyak lagi.

Isi 3
Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung
para pelajar juga boleh menambah kenalan. Hal ini dikatakan
demikian kerana penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti
sukan adalah tidak mengira dari kelas mana, ataupun apakah
bangsa dan warna kulit seseorang pelajar itu? Jadi, apabila ramai
kenalan para pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat
berbincang tentang pelajaran dengan rakan rakan. Apabila para
pelajar di sesebuah sekolah kenal-mengenali maka wujudlah
perpaduan dan persefahaman antara mereka sekaligus dapat
mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di
negara ini.

Aktiviti kokurukulum juga diisi dengan aktiviti yang berbentuk


pertandingan, sama ada pertandingan di peringkat sekolah, zon,
daerah, peringkat negeri, malahan sehingga ke peringkat
antarabangsa. Melalui pertandingan dalam aktiviti kokurikulum
tersebut seorang pelajar boleh mencipta kejayaan dan
mengharumkan nama sekolah sekiranya dia atau pasukannya
memenangi kejohanan yang disertai. Jika pada peringkat sekolah,
para pelajar ini sudah berjaya mengharumkan nama sekolah,
apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini juga boleh
mengharumkan nama Negara.

Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberi manfaat


yang banyak kepada kita. Oleh itu, para pelajar, mesti

memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti


kokurikulum. Apalah gunanya menjadi pelajar pintar yang
mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan,
tetapi tubuh badannya tidak bermaya, lebih buruk lagi jika dia
hidup dalam kesepian kerana tidak mempunyai kawan.

FAKTA Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar


Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di
luar jadual waktu belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada
tiga komponen iaitu kelab dan persatuan, sukan dan permainan
serta unit pakaian seragam.
Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat
memantapkan pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para
pelajar mendapat ilmu mengenai kemahiran tertentu seperti
berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan yang
diikuti.
Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi
dalam diri. Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar
patuh kepada peraturan. Ini dapat menyemai jati diri dan menjadi
pelajar yang bertanggungjawab.
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para
pelajar dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dan
mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang dijalankan
dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat
aktiviti dalam suasana harmonis.

Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan


kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan
dikembangkan untuk kebaikan pelajar . Para pelajar dapat
menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada
masa hadapan.
Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam
kegiatan kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum
memberi banyak faedah kepada pelajar.

SYARAHAN
Kebaikan Bersukan
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
yang dihormati Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Tajuk syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan
merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah seperti
bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya,
Hadirin yang dihormati,
Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan
gerakan yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan
peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan
yang tidak diperlukan oleh badan.
Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga
mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak

sampai ke otak. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus


dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Hadiri yang dihormati,
Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau
merapatkan hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai
kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain.
Ini menjadikan kita seorang yang aktif.
Seterusnya, kita
boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan
banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita
tidak berlalu dengan sia-sia apabila kita bersukan.
Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan
yang ternyata banyak memberi faedah kepada kita. Sekian saya
syaraha saya kali ini, terima kasih.

CERAMAH
Cara-cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit
Salam sejahtera diucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, dan
murid-murid yang dihormati. Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada pihak sekolah ini kerana sudi mengundang saya
untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya
pada pagi ini ialah Cara-cara Menangani Masalah Penyakit
Berjangkit.
Hadirin yang dihormati,
Negara kita sering dilanda wabak penyakit berjangkit yang
berbahaya seperti demam denggi, demam kepialu, dan taun.
Penyakit-penyakit ini jika tidak dikawal akan memudaratkan
malahan membawa maut kepada penghidapnya. Oleh itu, kita

semua berperanan penting dalam mengawal


daripada merebak.

penyakit ini

Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah kebersihan


diri sendiri. Kita harus memastikan badan kita sentiasa bersih dan
sihat. Jadikan membasuh tangan sebelum makan sebagai amalan.
Elakkan makan di luar kerana makanan yang dimasak itu belum
tentu bersih dan selamat untuk dimakan.
Hadirin yang dikasihi,
Persekitaran rumah kita juga perlu diberi perhatian. Usah biarkan
sampah-sarap bertaburan atau berlonggok sehingga dihurungi
lalat. Parit dan longkang
hendaklah dibersihkan untuk
mengelakkan air bertakung. Tin-tin kosong, botol-botol minuman,
dan tayar-tayar lama perlu ditanam atau dibbuang di tempat
yang disediakan. Ini penting untuk mengelakkan pembiakan
nyamuk yang membawa penyakit.
Selain itu, penduduk sesebuah kawasan baik di kampung atau
di taman perumahan harus bergotong-royong membersihkan
kawasan masing-masing. Kawasan yang bersih menjamin
keselamatan penduduk daripada dihinggapi nyamuk yang
membawa penyakit. Kita hendaklah bekerjasama dalam
menangani masalah penyakit berjangkit ini.
Saya menyeru kepada hadirin agar mengambil berat akan
kebersihan diri dan persekitaran Saya akhiri dengan kata-kata
cegahlah sebelum parah. Sekian, terima kasih.