Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Motosikal

Aku ialah sebuah motosikal Modenas. Aku memiliki reka bentuk yang menarik dan dibuat di
kilang Modenas di Gurun,Kedah. Aku mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan
sederhana kerana hargaku amat berpatutan.
Selepas aku dan rakan-rakanku siap dipasang,kami dimasukkan ke dalam sebuah lori
kontena. Kami dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk dijual. Sampai di sana, kami ditempatkan di
sebuah kedai menjual motosikal. Di badan kami diletakkan tanda harga dan dipamerkan di hadapan
kedai tersebut.
Pada setiap hari aku melihat ada sahaja rakan-rakanku dibawa pergi oleh seseorang. Aku
berasa sangat sedih dan kesepian. Pada suatu hari, datang seorang lelaki ke kedai kami. Dia
membelek-belek badanku sambil memuji kecantikkanku.
Wajahnya mempamerkan perasaan puas hati, lantas dia brjumpa dengan tuan kedai untuk
membeli aku. Kemudian, aku ditunggangnya pulang ke rumah. Isterinya sangat gembira sebaik
sahaja melihat aku,lalu mengajaknya mengelilingi kampung. Inilah pertama kali aku melihat
pemandangan yang indah sambil menghirup udara yang nyaman.
Sejak hari itu, aku ditunggang oleh tuan aku ke tempat kerja. Pada suatu hari ketika dia
menunggang aku ke tempat kerja, tiba-tiba seekor anjing melintas di hadapannya. Dia cuba
mengelaktetapi tidak berjaya. Akhirnya aku melanggar anjing tersebut, lalu tuan aku tercampak
di tepi jalan dan aku terbaring di tengah jalan.
Mujurlah kami hanya cedera ringan. Aku dihanta ke bengkel untuk dibaiki. Aku sangat
gembira dan amat menyayangi tuan aku yang baik hati itu.