Anda di halaman 1dari 4

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam 1

malaysia.
Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera
Union Jack diiringi dengan laungan Merdeka!!! Merdeka!!!
Merdeka!!! oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang
Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah
yang tersemat kukuh dalam sanubari setiap rakyat Tanah
Melayu. . Sedarkah kita, sehingga detik berharga ini, selepas 55
tahun yang bersejarah, kita masih dapat mengecapi nikmat
kebebasan yang telah diperjuangkan oleh perwira2 negara?
Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju majlis,
kombinasi panel kehakiman berintelektual dan berintegriti, dif-dif
kehormat yang disanjungi, seterusnya, hadirin hadirat yang saya
hormati.
Hadirnya saya disini bukanlah untuk menyampaikan amanat
Merong Mahawangsa, bukan juga untuk melemparkan kata-kata
dusta, akan tetapi, hadirnya saya disini untuk menyampaikan
mauduk bicara yang berbunyi 55 Tahun Merdeka : Bangsa
Malaysia Terus Perkasa.
Putra-putri anak merdeka,
Frasa Bangsa Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum
yang ada di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India, manakala
Terus Perkasa saya takrifkan sebagai kejayaan dan kemampuan
dalam mendepani cabaran sepanjang 55 tahun kita merdeka dari
aspek politik, ekonomi dan sosial. Secara tuntasnya, pidato saya
pada hari ini akan melihatkan pencapaian Bangsa Malaysia dalam
pelbagai bidang dan kejayaan-kejayaan ini terus diperkasakan
dari dulu, kini dan selamanya . Hadirin sekalin marilah sama-sama
kita hayati pidato saya melalui empat fokus bicara yang berbeza.
Putera-Puteri anak pertiwi,

Pertama, Ilmu diperkasa, mentaliti diperkaya. Menurut Nelson


Mandela, Mantan Presiden Afrika Selatan, ilmu merupakan senjata
paling berkuasa untuk mengubah dunia. Senjata yang boleh
mengubah perspektif manusia dan membuka mata dunia.
Misalnya, perkembangan dan pembudayan ilmu telah berlaku
secara intensif di malaysia. Jika dahulu kebanyakan masyarakat
Tanah Melayu buta huruf namun, pada hari ini kita mampu
berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia sehingga mampu
mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan. Semua
anak-anak kecil diberikan peluang sama rata untuk belajar. Dari
lahirnya Penyata Razak 1956 yang memungkinkan masyarakat
kita diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahun, sehinggalah
kepada dasar-dasar yang digubal dewasa kini bagi melahirkan
Bangsa Malaysia yang cintakan pengetahuan serta memugar
ilmu. Sekolah-sekolah di seluruh negara terus bertambah bagi
memberikan peluang semaksimum mungin untuk anak-anak
Bangsa Malaysia mendapat pendidikan yang sebaiknya. Hari ini
kita berbangga apabila kita berjaya melahirkan ramai ilmuan dan
cendikiawan negara. Mentaliti bangsa kita semakin meningkat
hari demi hari, semuanya kerana nilai ilmu yang diangkat ke
tahap yang lebih tinggi.
Kedua, ekonomi dijana, rakyat sejahtera. Sehingga detik ini,
bangsa malaysia terus memacu ekonomi malaysia dengan
jayanya. Strategi ekonomi yang mantap telah direncana sematamata untuk kesejahteraan bersama. Empat tonggak transformasi
ekonomi telah dirangka, khas untuk pembangunan negara yang
tercinta. Koridor pertumbuhan ekonomi telah dibina, tidak lain
tidak bukan untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.
Sedarkah anda, sejak dari penubuhan Malaysia pada tahun 1963,
pelbagai inisiatif telah dijalankan.dasar ekonomi baru, model baru
ekonomi,program transformasi ekonomi dan berbagai-bagai lagi
inisiatif telah dijalankan. Kita telah berusaha menaikkan taraf
ekonomi rakyat. Kita telah berusaha untuk menaikkan gaji bangsa
sejagat. Masalah ekonomi negara kita ubat. Masalah korupsi, cuba
kita sekat. Hasilnya, menurut Buku Tahunan Daya Saing Dunia

2010, yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan


Dunia, Malaysia telah menempah tempat ke 10 dalam negara
paling kompetetif dunia. Tidak cukup dengan itu, pada tahun
2010 juga, ekonomi malaysia telah berkembang sebanyak 7.2
peratus dan kita mempunyai kadar integrasi global yang sangat
tinggi. Krisis kewangan pada akhir tahun 90-an dan tahun 2008
dapat kita tangani. Kadar keluaran dalam negara kasar kita telah
mencapai tahap tertinggi. Sekarang, kita menuju kepada negara
berpendapatan tinggi. Lihat, hasil usaha sama seluruh bangsa
malaysia tak kira dari melaka, bintulu nun jauh di sana, masih
menyumbang bakti kepada pembangunan ekonomi negara.
Hadirin Hadirat sekalian,
Ketiga, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Tun Dr mahathir
Mohamad pernah berkata, Manusia yang lemah sekalipun jika
bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah
kesannya perpaduan. Pada setiap hari, kita tidak akan pernah
lekang daripada disemai bibit-bibit perpaduan dalam lubuk hati
kita. Gagasan 1 Malaysia, yang menekankan elemen perpaduan,
telah diperkenalkan dan menjadi buat mulut seluruh rakyat
Malaysia. Kini, sekalian rakyat mempunyai satu haluan, satu
tujuan. Perpaduan telah disemai subur sejak dahulu lagi melalui
sistem pendidikan kebangsaan yang telah diusulkan dalam
Laporan Razak. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa
penghantar utama dalam pembelajaran. Kerajaan sedar, untuk
menyemai perpaduan, kita perlu menyemai dari kecil, bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak cukup
dengan itu, dari aspek politik,parti-parti politik yang dahulunya
memperjuangkan semangat perkauman sahaja telah bergabung
untuk menjadi satu parti gabungan yang memperjuangkan
semangat kenegaraan atau nasionalisme. Inilah sebenarnya
perpaduan yang ingin kita bentuk agar bangsa malaysia akan
terus perkasa dan disegani dunia.
Warga dewan yang budiman,

Ke empat, pencapaian hebat, nama malaysia terpahat. Hari ini,


Bangsa malaysia telah melahirkan ramai insan-insan hebat yang
telah mengharumkan mana Malaysia di persada jaya. Dari
ketokohan Tun Dr Mahathir Mohammad memimpin negara,
kehebatan Dato Dr Muzhafar Shah menjeki anagkasa sehinggalah
kemampuan Dato Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong untuk
meraih pingat Olimpik, kita tidak pernah ketandusan nama-nama
terbilang. Semuanya bertolak dari kehebatan, semangat dan
keinginan untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
Usaha yang bukan sedikit dari mereka , perlu dijadikan panduan
dan tauladan. Kemmapuan Bangsa Malaysia dalam berdiri sama
tinggi, duduk nampak sama rendah bersama bangsa-bangsa lain
di dunia harus kita banggakan. 55 tahun bangsa kita terus hebat.
Anak-anak bangsaku,
Saya dapat menyimpulkan bangsa Malaysia mempunyai kekuatan
dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai keperkasaan dan
kegemilangan masih utuh mendasari bangsa Malaysia. Ayuhlah
anak-anak bangsaku, kita kita kibarkan potret kegemilangan
Malaysia selagi hayat dikandung badan. Sekian, Salam Bangsa
Malaysia Perkasa, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai