Anda di halaman 1dari 13

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA

TUGASAN INDIVIDU

1.0

Pengenalan

Setiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu.
Begitu juga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama
yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik
untuk masyarakat pada ketika itu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata
yang terkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak
tajam serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za ba (1962,165),
peribahasa berfungsi untuk perkara berikut:
(i)
(ii)
(iii)

Menghiasi karangan dan percakapan.


Menguatkan tujuan karangan atau percakapan.
Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.

Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.


Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina
minda. Peribahasa ditakrifkan Keris Mas sebagai percakapan atau ujaran-ujaran yang
mengandungi kebijaksanaan fikir dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang
ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.
Abdullah Husain menakrifkan peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa
dan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia mulai mengenal peradaban ketika
organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan
untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan sesama manusia.
Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja
memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan
hidup, nilai, sikap, cara berfikir atau keperluan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu.
Peribahasa mengandungi ciri-ciri komunikasi moden, keringkasan, ketepatan dan kepadatan
maklumat. Oleh sebab cakap-cakap itu dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah,
maka melekatlah di mulut orangramai, lalu di pakai untuk menjadi bandingan, teladan dan
pengajaran.
Peribahasa menggambarkan tasawwur atau world view masyarakat ataupun bangsa yang
mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak
kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


peribahasa yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu
nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya
2.0 Bagaimana peribahasa memberi pengajaran dan nasihat dalam aspek sosial,
ekonomi dalam masyarakat Melayu.
Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa
Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi bangsa
Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. Peribahasa
Melayu yang telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati
budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada
peribahasa Melayu.Peribahasa berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam
mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya yang berdasarkan
fenomena sebenar kehidupan masyarakat turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu
tentang alam kehidupan yang mereka tempuhi. Peribahasa yang dihasilkan kebanyakan
memberi nasihat dan pengajaran.
2.1 Aspek sosial
Selanjutnya bahasa adalah pemakluman akan kandungan pemikiran dan budaya
penuturnya. Kramsch (2001), menjelaskan bahasa adalah wahana yang mendasari tindakan
manusia untuk melakukan kehidupan sosial. Sewaktu digunakan dalam konteks komunikasi,
bahasa terikat dengan budaya secara berlapis dan rumit. Dengan perkataan lain, bahasa
mengungkapkan elemen budaya; bahasa mewujudkan elemen budaya dan bahasa
melambangkan entiti budaya. Intipati bahasa dan budaya sesuatu masyarakat itu terjadi
secara ilmiah dan terlihat pada bentuk sosialisasi atau penyesuaian diri manusia yang
beragama. Peranan bahasa amat luas sehingga dapat memupuk resam, nilai, dan GEMA
Online Journal of Language Studies 34 Volume 11(3) September 2011 ISSN: 1675-8021
norma serta pemikiran sesuatu bangsa, (Aziz Deraman, 2007).
Pemupukan resam, nilai dan norma masyarakat ini turut terpancar dalam peribahasa Melayu
yang berikut; Contohnya,
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin menegak,


Ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

Daripada lima contoh peribahasa di atas, jelas terpancarnya pemikiran bangsa Melayu yang
memandang dunia ini secara kolektif dan kreatif. Peribahasa (i) memaparkan nilai adat dan

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


resam bangsa Melayu yang mementingkan nilai kerendahan hati, tidak bongkak dan
sombong dalam kehidupan bermasyarakat. Sifat jagung yang menengak apabila telah berisi
dikaitkan dengan sifat manusia yang sombong apabila telah memperoleh kesenangan.
Begitu juga dengan peribahasa (ii) yang menyarankan bangsa Melayu supaya sentiasa
bersikap sederhana dan merendah diri walaupun sudah berjaya dan berilmu. Selain itu, nilai
adat dan norma bangsa Melayu yang mengutamakan nilai kesederhanaan terpancar dalam
peribahasa (iii), (iv) dan (v). Pemikiran bangsa Melayu yang terpancart dalam peribahasa
(iii), (iv) dan (v) secara tersiratnya mengehendaki setiap ahli bangsa Melayu berbudi mulia,
berhemah tinggi dan bersih dari segi fizikal dan mental sekali gus berperilaku sopan,
bertindak secara bijaksana dan pandai menyesuaikan diri apabila berada di sesuatu tempat
atau ketika merantau ke negeri orang. Tegasnya pemikiran Melayu yang terpancar dalam
peribahasa tersebut adalah merujuk kepada perihal berfikir bangsa Melayu dan pandangan
hidup bangsa Melayu tentang sistem nilai, sistem sosial, adat, budaya, kepercayaan
beragama dan peradaban bangsa Melayu yang diungkap serta dirakamkan menggunakan
bahasa yang kreatif, padat dan indah, iaitu peribahasa.
Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan.
Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya
secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian
ataupun melalui khabar-khabar yang disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan
mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup sementara mereka yang tidak
pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat
melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta.
i.

Kurang wang ringgit boleh dicari


Kurang akal fikiran habis bicara.

ii.

Arang habis besi binasa


Tukang bekerja penat sahaja.

iii.

Berguru kepalang ajar


Bagai bunga kembang tak jadi

2.2

Aspek ekonomi

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha
yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa
yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap
yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:
i.

Sehari selembar benang


Lama-lama menjadi kain.

ii.

Ditangkap buaya nampak riaknya


Ditangkap malas tak bertanda.

iii.

Berhemat sebelum habis


Sediakan payung sebelum hujan.

iv.

Besar pasak dari tiang


Besar sendal dari gelegar.

v.

Sekali merengkuh dayung


Dua tiga pulau terlangsung
Sekali mengorak pura
Dua tiga hutang langsai

2.3

Aspek Politik

Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang
memerintah jelas terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan,
perundangan atau seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu negara dengan yang
diperintahnya. Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang
diperintah.Sesebuah kerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi
melaksanakan undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepadanya, seperti dalam
contoh berikut:
i.

Raja adil raja disembah


Raja zalim raja disanggah.

ii.

Biar mati anak


Jangan mati adat.

iii.

Hidup dikandung adat

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Mati dikandung tanah.
Terdapat peribahasa Melayu yang mengingatkan agar kita berhati-hati apabila mengeluarkan
kata-kata. Bahasa dan kata menggambarkan fikiran, emosi, watak dan personaliti
seseorang.
Masyarakat hari ini semakin selektif kesan daripada globalisasi yang membawa pelbagai
bentuk saluran maklumat dengan kadar yang cepat. Menyedari hakikat itu, pentingnya
pemimpin politik menggunakan fakta semasa berdepan dengan khalayak masyarakat.
Persepsi parti, pemimpin dan calon pula banyak ditentukan oleh isu dan bagaimana
komunikasi atau bahas dalam politik dilakukan. Komunikasi politik sebahagiannya
membabitkan pengolahan bahasa, iaitu bagaimana kata, ungkapan, slogan dan wacana
diujarkan.
Bagi ahli politik, kata-kata yang digunakan boleh menjulang imej dan namanya; dan boleh
juga menjahanamkan dirinya. Oleh itu, pemimpin politik perlu berpegang kepada peribahasa,
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sekiranya terlajak perahu
dapat diundurkan, terlajak kata buruk padahnya. Meskipun seseorang itu boleh memohon
maaf selepas itu, namun kredibiliti dan nama baiknya sudah terjejas.
Contohnya, apa yang ditekankan oleh Menteri Pertahan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia pada 15 April 2014. Pemimpin yang konsisten
berhujah menggunakakan fakta tidak ustahil akan mempengaruhi tanggapan rakyatnya
walaupun sebelum itu mungkin mereka begitu tegar untuk tidak berpihak dengannya ibarat
batu yang keras sir pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya. Sebaliknya keadaan
umpama kita membawa jarum, dia menyambutnya dengan gunting akan timbul kerana
kegagalan pemimpin berhujah dengan fakta walaupun mungkin pemimpin itu ikhlas mahu
membantu kepada pencerahan masa depan rakyatnya.
Pemimpin yang berhujah tanpa fakta juga umpama hendak menepung tiada berberas
Akibatnya, mesej yang mahu di sampaikan kepada rakyat gagal difahami kerana mudah
benar dimani;pulasi. Tidak dapat disangkat lagi fakta yang jelas adalah syarat utama dalam
proses menangi persepsi rakyat. Usahlah seseorang pemimpin itu bersikap tak tahu
menganyam , pandan disalahkan atau tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang
jongket . Mengganggap rakyat sebagai lupa diri atau tidak kenang budi atas jasa bakti yang
sebelum ini diberi pasti tidak akan timbul jika pemimpin bijak mengatur fakta dalam berhujah

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Namun, dalam masa fakta dalam hujah diberi keutamaan ada ketikanya sesuatu perkara itu
menjadi lebih baik untuk tidak dihebahkan. Biarlah hal itu "ditelan menjadi manikam" kerana
jika "dimuntahkan menjadi sekam".Hujah yang mengandungi fakta juga dapat mengelak
daripada berlakunya persengketaan kerana "setajam-tajam pedang tumpul dijilat lidah"
manakala pelaksanaan sebarang tindakan eloklah menurut resmi sirih.
Orang tua-tua dahulu telah berpesan "umpama sirih, menjulur dahulu kemudian melilit,
sudah melilit barulah memanjat ke pucuk junjung". Jelas, para pemimpin pun tidak terkecuali
daripada mematuhi ketertiban dan peraturan apabila tampil berkomunikasi dengan rakyat.
Pemimpin yang bercakap tanpa fakta sebaliknya hanya cakap besar tetapi kosong akan
dilihat oleh rakyat "bagai gelegar buluh" serta tidak dipercayai lagi seperti "gaharu dibakar
kemenyam berbau"
3.0

Kesimpulan

Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat
Melayu yang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak
semata-mata sebagai pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam
kehidupan sehari-hari.
Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri
masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam
kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak
bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan
menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah
berfungsi sebagai oral constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu
tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa
depan sebagai pegangan dan panduan hidup.

4.0 Teks ucapan


Yang Berusaha Puan Naaimah Bt Ismail,Guru Besar SK Galing,Yang Dihormati Puan
Rojmah Bt Abdullah, Guru Penolong Kanan, Puan Maimunah Bt Abdul Ghani, Guru

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berbahagia Encik Muhammad Johari Bin Mustafa,
Yang Dipertua PIBG,guru-guru, para pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Salam Satu Malaysia dan Salam Mercu Hari Guru.

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada pihak majlis yang telah memberi peluang
kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada hari yang mulia ini. Alhamdulillah, saya
ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta inayahnya
dapat kita bersama sama meraikan sambutan hari guru yang sungguh bermakna dan penuh
erti pada hari ini.
Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua
mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita dan inilah waktu yang terbaik untuk
meluahkan setinggi tinggi rasa terima kasih, penghargaan,dan penghormatan terhadap
mereka yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Pepatah Melayu ada berkata, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang
sempurna kepada kita semua. Sememangnya tugas sebagai seorang guru bukanlah satu
tugas yang mudah. Tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah
berubah maka guru sebagai penjana transformasi pendidikan perlu memikul semua
perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Selain itu, guru juga
mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anak-anak
muridnya. Antaranya, ada saja dalam kalangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin
malah guru-guru juga terpaksa berhadapan dengan segelintir ibu bapa yang menuding jari
ke arah guru apabila timbul sebarang masalah.
Hadirin sekalian,
Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke
arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guruguru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda.

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum
mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai jasa seorang guru. Guru mana yang tidak
gembira apabila anak didiknya mengukir kejayaan dalam peperiksaan. Hati guru yang mana
yang tidak berbunga bangga apabila anak didiknya cemerlang dalam peperiksaan. Justeru,
belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk kecemerlangan diri tetapi dalam
masa yang sama mampu menggembirakan hati seorang guru serta turut dapat
mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperoleh secara langsung dapat
menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu
bertungkus-lumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
semua peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Persekolah Malaysia(STPM). Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah
berharga serta memastikan jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja ibarat
mencurahkan air ke daun keladi ataupun mencurahkan garam ke laut. Dalam hal ini, pelajar
seharusnya sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan
yang tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih

Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya tidak
melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh merosakkan
nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh para pelajar
kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau di luar
kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para pelajarnya.
Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa
menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah.
Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum
semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap tugas dan
peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan perbuatan yang
positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif selepas tamat masa
persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan
kepada guru yang telah banyak berjasa. Jelaslah bahawa frasa 'guru, jasamu dikenang,
budimu disanjung' bukanlah sekadar omongan kosong.
Hadirin sekalian.

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


Bersempena dengan Hari Guru ini, saya mewakili semua pelajar ingin merakamkan setinggi
tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus mendidik dan
mengajar kami agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.
Jasa guru-guru demi memakmurkan murid dan memajukan sekolah amat dihargai. Semoga
Allah S.W.T.akan membalas segala jasa dan bakti guru guru terhadap kami. Sesungguhnya
guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang terus mewangi mengiringi kejayaan seseorang
anak didikmu'.
Guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh setiap insan. Sudah terang lagi
bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan
Melahirkan insan yang lestari menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru siapalah
kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan
pengorbanan guru yang berkaliber dan tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangan
mereka, nescaya sukar untuk pemimpin atasan melaksanakan visi dan misinya bagi
mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Justeru, marilah kita bersama-sama
menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan
daripada Tuhan. Untuk itu marilah kita renung bait-bait puisi di bawah
Guru
Kau ibarat dian yang membakar diri
Tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
Harapan saya kepada rakan-rakan dan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah nasihat
nasihat daripada guru agar kita akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru
dengan menghadiahkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Akhir sekali, saya mewakili semua pelajar SK Galing ingin memohon maaf atas kesilapan
yang pernah kami lakukan. Segala nasihat dan teguran yang diberikan guru-guru akan kami
sematkan dalam sanubari. Jasa guru terhadap kami tidak akan kami lupakan selagi hayat
dikandung badan. Kami juga berharap agar guru-guru yang disayangi akan sentiasa
mendoakan kejayaan kami pada masa hadapan.
Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh-

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA

5.0

Kesimpulan

Dalam peribahasa, kita dapat menghayati keindahan satu peribahasa dengan mengkaji
bandingan atau kiasan yang digunakan dalamnya, dan juga ketepatan penggunaan kiasan
itu untuk melahirkan maksud, sama ada tersurat ataupun tersirat yang hendak disampaikan
oleh pengguna peribahasa itu dalam satu kedaan atau konteks tertentu. Contoh:
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.(Cita-cita dan keinginan
tidak akan tercapai jikalau tidak berusaha dan bersusah payah dahulu)
Jikalau menampi jangan tumpah padinya.(Hendaklah berhati-hati memilih
sesuatu supaya tidak terbuang benda yang berguna)
Kita dapat mengetahui, memahami dan menghayati keistimewaan peribahasa Melayu
dengan lebih mendalam sekiranya kita dapat membandingkannya dengan peribahasa
bangsa-bangsa lain di Asia. Kita dapati ada persamaan penggunaan kata yang indah untuk
menyampaikan nasihat atau ajaran. Susunan kata-kata indah yang dijaga kehalusan dan
mempunyai kaitan rapat dengan perilaku manusia menjadikan sesuatu bahasa itu begitu
indah dan amat berkesan sebagai medium nasihat dalam masyarakat.

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA


720422035090

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA

Bibliografi

Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010). Pengkategorian
peribahasa Melayu berdasarkan aspek nilai dan pemikiran: Satu analisis pragmatik.
Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Samin Siregar (1998). Pemakaian Bahasa Melayu sebagai Budaya dan Cara Berfikir
Masyarakat Melayu Sumatera Timur. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42,
(11): hlm. 995-1002.
Aripin Said (1992). Peribahasa dan pembangunan masyarakat. Kuala Lumpur: Pelita
Bahasa, Disember 1992: hlm. 46-47.
Aripin Said (1993). Cerita dalam peribahasa. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa, Mac 1993: hlm.
44-45.
Asiah Idris (2004). Bahasa iklan: Yang indah dan yang cela. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa,
Februari 2004: hlm. 16-18.
Asmah Hj. Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hasan Hamzah (1997). Peribahasa Melayu global. Kuala Lumpur: Piramid Perdana (M) Sdn.
Bhd.
Izani Hj. Daud (2001). Peribahasa dan amalan negatif. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa, Me
i 2001: hlm. 16-17.
Mohamad Radzi Salleh (1999). Peribahasa dalam masyarakat Melayu Satu Analisis
Pemikiran dan Cerminan Falsafah. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
S. Nathesan (1998). Simpulan bahasa: Satu tinjauan dari sudut makna. Kuala Lumpur:
Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42, (11): hlm. 985-994.
Zulkefley Hamid (1994). Bahasa Melayu sebagai penyerlah hakikat kehidupan dan akal
budi orang Melayu. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 38, (11): hlm. 10381041.

FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA