Anda di halaman 1dari 26

Tajuk 5

CABARAN PROFESION KEGURUAN

Sinopsis
Aspek-aspek perbincangan dalam tajuk 5 ini adalah merangkumi konsep pembinaan negara
bangsa, peranan guru dalam membina negara bangsa, cabaran-cabaran yang harus
ditempuhi oleh guru serta memikirkan bagaimana menghadapi pelbagai cabaran dalam
pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. Akhirnya pelajar-pelajar diharap dapat
mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di institusi pendidikan
guru di sekolah khususnya dalam bidang pendidikan amnya.
Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:


1. Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negara.(3.5)
2. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.(6.4)
3. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk
kecemerlangan diri yang berterusan.(7.5)
4. Menghubungkaitkan pelbagai idea untuk menghasilkan pelbagai projek baharu(8.4)
5. Menyusunkan strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan
inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.(8.5)
6. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baharu
untuk penambahbaikan yang berterusan. (7.2)
7. Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah (7.3)

68

Kerangka konsep tajuk ini

KANDUNGAN
5.1.

Menangani perubahan-perubahan dalam pendidikan


Terdapat banyak perubahan yang telah berlaku dalam bidang pendidikan sama ada
di peringkat negara kita mahupun pada peringkat global. Di Malaysia, kita dapati
akibat perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, pelbagai aspek turut
perlu dilihat semula, lebih-lebih lagi dalam usaha negara mencapai taraf negara maju
menjelang 2020. Dalam bidang profesion keguruan, semua pihak yang terlibat mesti
proaktif menghadapi cabaran ini. Menerusi reformasi pendidikan yang dirancang
maka diharapkan semua pihak mampu menghadapi segala cabaran yang datang.
Cabaran-cabaran yang perlu diatasi boleh dilhat daripada rajah di bawah.

Cuba fikirkan rajah di bawah.

69

Meningkatkan
Meningkatkan
kualiti dan kuantiti
Guru-guru
bertauliah

Memperbaiki
infrastruktur dan
kemudahan

Cabaran-cabaran
pendidikan
Merombak
pengurusan dalam
pendidikan dan
pentadbiran
sekolah

Menggalakkan
perpaduan dan
intergrasi
nasional serta
memupuk nilainilai murni

Mengimplimentasika
n strategi reformasi
kurikulum
pendidikan negara
Rajah 3: Cabaran-cabaran pendidikan

Sebagai seorang guru nyatakan apakah cabaran pendidikan yang


Sebagai seorang guru nyatakan apakah cabaran pendidikan yang
paling kritikal yang anda alami sepanjang pengalaman anda menjadi
paling kritikal yang anda alami sepanjang pengalaman anda menjadi
guru. Adakah anda berpandangan anda harus terlibat dalam sebarang
guru. Adakah anda berpandangan anda harus terlibat dalam sebarang
perubahan pendidikan di Malaysia ini? Jika ya..mengapa dan jika
perubahan pendidikan di Malaysia ini? Jika ya..mengapa dan jika
tidak adakah anda rasa itu bukan sebahagian daripada tanggungjawab
tidak adakah anda rasa itu bukan sebahagian daripada tanggungjawab
anda?
anda?
i.

Meningkatkan kualiti dan kuantiti guru-guru yang bertauliah


Penghasilan guru-guru bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 50%
guru sekolah rendah memiliki ijazah pertama menjelang 2020 adalah satu
cabaran. Dalam masa yang sama untuk memastikan guru-guru mempunyai
kreditabiliti dan efektif dalam hal pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,
satu cabaran juga bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyediakan
pendidikan jarak jauh dan penguasaan teknologi maklumat.

ii.

Mengimplimentasikan strategi reformasi kurikulum pendidikan negara


Usaha memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
adalah satu cabaran. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris adalah satu cadangan yang baik dalam memastikan
guru-guru dan pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran
70

dalam bahasa Inggeris. Namun usaha itu tidak dapat diteruskan kerana
tercetusnya beberapa isu. Negara terpaksa menghadapi masalah graduan
yang kurang mahir berbahasa Inggeris yang akhirnya negara kurang mampu
membekalkan pekerja mahir peringkat global apabila aspek kemahiran
bahasa ini tidak dapat diteruskan.
iii.

Merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah


Ini juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
memastikan pengurusan sekolah menjadi lebih efisyen. Peranan guru besar
atau pentadbir sekolah sangat penting. Gaya kepimpinan pendidikan yang
ditunjukkan seharusnya dinamik dan membawa kepada pencapaian matlamat
visi dan misi pendidikan di sekolah khususnya dan negara amnya. Cabaran
yang getir ialah apabila usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mahu
mengimplimenkan sesuatu dasar yang melibatkan komitmen yang tinggi
daripada warga sekolah yang kadang-kadang tidak terlaksana dengan
optimum.

iv.

Memperbaiki infrastruktur dan kemudahan


Pelaksanaan sesuatu dasar pendidikan melibatkan implikasi kewangan. Oleh
itu penyediaan kemudahan infrastruktur seperti peralatan dan kemudahan
pembelajaran mahupun premis dan bangunan sekolah sentiasa mengalami
masalah dan kurang berkualiti. Kadang-kadang usaha untuk menyediakan
kemudahan pendidikan berkualiti terjejas apabila sumber dan peruntukkan
tidak mencukupi. Kelancaran sesuatu sistem biasanya akan terganggu dan
menjejaskan keseluruhan sistem.

v.

Menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional dan memupuk nilainilai murni


Cabaran paling jelas dalam aspek ini ialah usaha mencapai matlamat
perpaduan nasional. Dalam konteks masyarakat Malaysia walaupun dasardasar pendidikan sedia ada berpaksikan laporan-laporan pendidikan
71

terdahulu dan banyak aspek pelaksanaan dasar terjelma dalam kurikulum


pendidikan di pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan menengah serta
institusi pendidikan tinggi namun masih boleh ditingkatkan lagi. Setiap guru
harus mendukung dan menghargai kepelbagai perbezaan dan budaya yang
ada agar terlaksana matlamat pendemokrasian pendidikan.

5.2.

Strategi mengurus cabaran dan perubahan


Berikut dihuraikan cadangan-cadangan bagaimana cabaran dan perubahan yang

berlaku boleh diurus dengan berkesan. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut tentang
mengurus perubahan-perubahan tersebut tinjau dahulu maksud pengurusan perubahan.
i.

Definisi Pengurusan Perubahan


Pengurusan perubahan didefinisikan sebagai suatu pendekatan sistematik
untuk menghadapi perubahan. Jika sesuatu perubahan yang berlaku itu
diurus dan ditadbir dengan baik, perubahan tersebut akan membantu
organisasi menuju ke arah mencapai matlamat visi dan misi pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan
pendidikan, berusaha bersungguh-sungguh dan lebih peka kepada apa
sahaja perubahan yang hendak dilaksanakan di negara ini dan menjadi
barisan hadapan dalam menempuh segala cabaran yang ada.

bertanggungjawab, berusaha, memahami konsep perubahan


dan menghayati konsep pengurusan perubahan demi mencapai
matlamat pendidikan.

72

Dalam sistem pendidikan di Malaysia perubahan dalam dasar, pengenalan


kaedah pengajaran yang inovatif dan baharu atau perubahan kurikulum
membawa

kesan

kepada

organisasi

sekolah.

Sebarang

perubahan

melibatkan semua pihak, iaitu daripada pihak pengurusan dan pentadbiran


hinggalah kepada ibu bapa. Dalam hal ini perbincangan akan lebih berfokus
kepada peranan yang boleh dimainkan oleh para pentadbir dan guru-guru
sekolah.

ii.

Terdapat beberapa sebab mengapa sekolah perlu mengurus perubahan

faedah perubahan
seperti kemahiran
teknologi maklumat
dapat dikuasai

mengurus bebanan dan


emosi guru dalam
mengendalikan elemen
perubahan

Keperluan
mengurus
perubahan

sesuatu perubahan
memerlukan masa
untuk diterima dan
difahami oleh guru

memastikan dasar
pendidikan berada
73

memastikan
komunikasi
dan maklumat
disampaikan
dengan betul

pada landasan yang


betul dalam arus
perdana

Dengan merancang dan mengurus perubahan, ia dapat mengurangkan


segala tentangan dan cabaran yang wujud di dalam sistem organisasi sekolah seperti sikap
guru, ciri-ciri perubahan serta organisasi keseluruhannya dapat diatasi dengan mudah dan
menjadi lebih efektif. Sehubungan dengan itu di sini diperkenalkan sebuah model yang telah
dipermudahkan mengikut kesesuaian. Model tersebut ialah model Kotter (1996). Model ini
boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
iii.

Bagaimana mengurus perubahan


Peringkat 1: Penyesuaian kepada perubahan
Dalam proses penyesuaian kepada perubahan, sesebuah organisasi akan
melalui dua fasa:
i.
ii.

Membuat keputusan untuk berubah


Menggalakkan segala perubahan

Dalam hal ini organisasi perlu menggalakkan perubahan. Ini kerana sebagai sebuah
negara sedang membangun dan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,
perubahan yang berlaku di peringkat tempatan dan global perlu diberi perhatian
serius. Kita tidak mahu rakyat negara ini tertinggal dalam pelbagai aspek
pembangunan khususnya dalam aspek ledakan ilmu khususnya teknologi maklumat
dan komunikasi. Misalnya aplikasi penggunaan komputer dan elemen pengajaran
dan pembelajaran mengikut konsep bestari perlu diikuti dan dilaksanakan oleh
semua sekolah sejajar dengan sistem pendidikan di negara-negara lain. Walaupun
terdapat sekolah yang masih kurang kemudahan infrastrukturnya namun usaha
kerajaan ke arah membantu sekolah-sekolah terlibat sedang dan telah dilaksanakan.
Misalnya pelaksanaan Kurikulum Stanndard Sekolah Rendah (KSSR), seharusnya
semua pihak harus bertanggungjawab dan mengambil peranan masing-masing.
Kotter juga menekankan menggalak perubahan. Di sini peranan pentadbir sekolah,
guru-guru dan warga sekolah seharusnya digalakkan menganjurkan pertandingan
inovasi dengan memastikan pengilbatan menyeluruh pelajar. Aktiviti ke arah inovasi
74

ini akan meningkatkan tahap aras pemikiran kritis dan kreatif pelajar ke satu tahap
yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar dengan teknologi maklumat dan komunikasi
akan membawa perubahan besar kemahiran

dan penguasaan pelajar dalam

pelbagai bidang.
Peringkat 2: Mengawal perubahan
Apabila sesuatu perubahan itu ingin diserapkan dalam organisasi sekolah
maka sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dengan perubahan seperti penggubal
dasar, pegawai pendidikan daripada pejabat pelajaran daerah mahupun jabatan
pelajaran negeri seharusnya dapat menyampaikan perubahan tersebut secara bijak.
Dalam erti kata lain amalan komunikasi berkesan harus dilaksanakan dan dengan ini
warga yang akan melaksanakan perubahan tersebut dapat memahaminya dengan
jelas, tepat dan telus. Proses penerimaan tersebut harus berlaku dalam keadaan
yang tidak menekan dan boleh menyakinkan guru-guru. Maka sudah tentulah segala
proses pelaksanaan perubahan itu menuntut satu prosedur yang sistematik dan
pemantauan dilakukan dengan berkesan.

Peringkat 3: Menjalankan perubahan.


Sekali lagi peranan pentadbir dan juga pihak yang membawa perubahan
seharusnya mampu menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan kursuskursus jangka pendek untuk membantu guru besar dan guru-guru
melaksanakan perubahan tersebut dengan lancar. Kita lihat sahaja contoh
bagaimana perubahan kurikulum yang dilakukan iaitu daripada Kurikulum
Bersepadu Sekiolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah

(KSSR).

Bagi

memastikan

penerimaan

guru-guru

terhadap

perubahan tersebut maka kursus-kursus pendek berkala telah dilaksanakan.


Begitu juga dengan konsep pemulihan LINUS, iaitu literasi dan numerasi
telah didedahkan kepada guru-guru berkaitan supaya mereka dapat
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif.
Oleh itu jelaslah bahawa pemahaman dan persediaan untuk menghadapi
cabaran dalam pendidikan akan mempertingkatkan kesediaan guru-guru
untuk menerima, mengawal dan menjalankan sesuatu perubahan.

75

Ciri-ciri guru yang mampu menghadapi cabaran globalisasi pendidikan

Komitmen yang
tinggi terhadap
profesion

Bersikap
optimisti

Mempunyai visi
dan misi yang
jelas

Berilmu
pengetahuan
tinggi dan
sanggup
mencari ilmu

Berpandangan
global
terhadap
pendidikan dan
tidak bersifat

Boleh
menyesuaikan
diri dalam situasi
yang dihadapi

Mempunyai kemahitran
tinggi dalam bidang
teknologi maklumat
dan komunikasi

5.3

Pembinaan Negara Bangsa


Pembinaan negara bangsa bermaksud satu proses pembinaan dan pembentukan

sebuah negara bangsa dengan menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana
prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, komuniti dan
budaya serta lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan
mampu dipertahankan dalam satu jangka masa yang panjang. Bagi negara Malaysia
pembinaan negara bangsa sangat penting demi menjamin kestabilan dan keharmonian
kaum yang terkenal dengan kepelbagaian budayanya.
Dapatkah kita menyelami matlamat pembinaan negara bangsa? Secara umumnya
hasrat tersebut dapat dihayati menerusi rajah di bawah:

Membentuk dan melahirkan warga


negara yang memiliki jati diri yang
bercirikan latar belakang tempatan
negara namun mempunyai kekuatan
untuk bersaing di peringkat antarabangsa
76

Melahirkan modal insan cemerlang yang


mempunyai minda kelas pertama serta
bersifat glokal iaitu sebuah masyarakat
yang berakal nasional tetapi mampu
menerjah ke peringkat antarabangsa.

Membina dan melahirkan sumber manusia


yang berkualiti yang mampu mencorakkan
hala tuju negara ke arah wawasan 2020.

Membentuk insan seimbang bukan sahaja


tinggi penguasaan ilmunya malah
mempunyai nilai-nilai kerohanian yang
terpuji dan mampu mencetus kepada
terbentuknya kehidupan yang harnoni

Rehat sebentar

5.4

Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru


Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru sering berhadapan

dengan pelbagai cabaran, halangan dan tentangan. Segala permasalahan dan isu berkaitan
dengan guru sedikit sebanyak telah mencetuskan tekanan kepada guru. Misalnya jika
disebut sahaja masalah disiplin maka guru mahu tidak mahu terpaksa menjawab segala
persoalan. Ini menyebabkan tekanan kepada guru. Apabila masyarakat merasa kurang
yakin dan percaya dengan guru maka timbullah bermacam masalah pula sehingga
hubungan ibu bapa dan guru menjadi semkin renggang.
5.4.1

Konsep tekanan emosi


Mengikut Kyriacou (2000) stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap

emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan
77

kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stres merupakan tindak
balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku. Dalam keadaan tertentu seseorang guru akan menghadapi
stres apabila, contohnya terlupa menekan butang

save semasa sedang menaip pada

komputer. Pada ketika itu maklumat yang kita inginkan telah hilang. Ini menyebabkan badan
kita bertindak menangani keadaan kritikal seperti itu. Situasi ini sebenarnya merupakan cara
badan melindungi kita. Jika bertindak dengan betul, stres membolehkan seseorang
memberikan fokus dan peka terhadap situasi berkenaan.
Dalam hal di atas hilangnya maklumat kerana terlupa save, stress membantu badan
guru tersebut seperti melakukan beberapa operasi.merujuk kembali dan melakukan operasi
yang berkaitan untuk mendapatkan semula maklumat tersebut. Dalam kata lain stres yang
minimum adalah positif. Bagaimana pula jika stres yang berlaku datang daripada situasi
guru yang terpaksa menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama di institusi
pendidikan guru. Kurang bijak mengurus masa menyebabkan guru panik, dan sukar
mengatasi masalah pembelajaran di mana terpaksa mengimbangi antara tugas di sekolah
dengan tugasan menyiapkan tugasan semasa melakukan aktiviti kuliah atau tutorial.

Berdasarkan pengalaman anda di institut, berikan satu contoh tekanan emosi


yang
5.4.2 Jenis-jenis
stres Cuba buat refleksi sama ada tekanan emosi membawa kesan
anda dihadapi?
positif
negatif
kepada (1996)
anda. Jika positif, mengapa? Jika negatif, bagaimana
Lima jenis
stresatau
menurut
Cockburn
anda cuba menangani tekanan tersebut?

Here or now

Stress
anticipation

Situasi yang wujud pada sesuatu


masa. Contohnya katakan sukar
menjawab
soalan
peperiksaan,
pertengkaran, atau ketika tertinggal
telefon bimbit di tempat awam

3
stres
imaginatif

Situasi di mana guru akan bertindak


balas terhadap sesuatu peristiwa atau
kejadian
yang
dijangkakan.
Contohnya apabila seseorang guru
yang tidak berpengalaman diminta
menjadi pengacara majlis dalam satu
majlis forum menggantikan seorang
guru lain. Ini menyebabkan beliau
merasa tertekan

78

4
Stres reaktif

Stres di mana anda berada dalam


situasi yang menyebabkan anda
berimaginasi atau memikirkan sesuatu
yang menakutkan atau mencemaskan
anda. Misalnya mendengar bunyi
anjing menyalak di hadapan rumah
dan menyebabkan kita menyangka
mungkin ada pencuri di luar rumah.

Stres yang terjadi akibat daripada


peristiwa lampau. Ia berlaku secara
semulajadi dan kadang-kadang
berlaku
sebagai
satu
proses
pemulihan. Contohnya mengingat
kembali
kehilangan
orang
tersayang.

5
Stres negatif

Satu situasi perasaan yang memuncak yang boleh berlaku dalam tempoh satu, dua
hari atau minggu mahupun tahun. Hal ini berlaku kerana masalah itu berlarutan yang
menggangu fikiran sepanjang masa, misalnya tidak cukup wang atau ada masalah
keluarga.

5.4.3

Langkah-langkah Menangani Stres

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan

Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda
tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri-biri, anda harus hentikan memakai
pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekanan anda adalah
disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan
dengan serta merta apabila menghadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada
satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara
untuk mengurangkan tekanan dan tegangan kepada berasa senang dan tenang. Berikut
ialah tujuh cara yang berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
Senaman pernafasan.
79

Pernafasan

membawa

banyak

manfaat,

termasuk

mengoksigenkan

darah

yang

membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui
lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung
secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi
lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk
mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat
di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah
menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

Penggambaran
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan
dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta
tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga,
membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan
cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan
prestasi anda melalui penggambaran.

Pengurutan (Massage)
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga
menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau
dapatkan khidmat seorang profesional bagi membantu anda.

Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher
mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja
dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami
tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan
80

darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik
ringan dan yang anda sukai dengar setiap hari.
Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya
anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan tanpa berlengah. Kenalpasti juga kerja
yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gosip kosong, perbualan telefon dan
yang membazirkan masa anda. gunakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih
penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan anakanak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau
pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menonton
kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan
gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan
tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

Langkah-langkah mengatasi stres


Langkah 1 Fahami Punca Stress
Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda Cari masalah dalam diri satu
persatu. Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan
ketegangan.
Langkah 2 Letakkan Keutamaan
Senaraikan keutamaan untuk dilakukan. Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa
memberi keutamaan kepada yang lebih penting. Bertindak mengikut keutamaan untuk
mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
Langkah 3 Selesaikan Masalah Satu Persatu.
Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar. Cuba selesaikan masalah yang
ada pada waktu yang sesuai. Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan
kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
Langkah 4 Bersenam Atau Beriadah

81

Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.
Ketegangan jasmani dapat dielakkan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otototot digerakkan. Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di
dalam badan.
Langkah 5 Curahkan Perasaan Dalam Diari.
Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segalagalanya di dalam diari. Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup
sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda. Kebiasaanya kita akan tertawa
apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh
tidak seperti apa yang digambarkan di dalam diari.

Langkah 6 Luahkan Pada Sahabat Karib.


Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib
anda.Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan
bebanan stress.Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan
sahabat anda itu.
Langkah 7 Meditasi Atau Bertafakur.
Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah
dilakukan. Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana
yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketenangan.
Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa
yang anda ingini.

Langkah 8 Tahu Had Kemampuan.


Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.Jangan terlalu
membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung. Serahkan
sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda
tidak terus-terusan tertekan.
Langkah 9 Bersantai
82

Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti
berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai
untuk memanjakan diri dan minda.Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan
minda dan memberikan keseronokan. Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan
baru.
Langkah 10 Ambil Mudah.
Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yangmudah dan jangan
terlalu membebankan fikiran.Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh
diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup
jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
Langkah 11 Mengadu Kepada Kaunselor.
Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,dapatkan kaunselor yang boleh
membantu.Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang
perlu diambil.Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai
diri sendiri.

Langkah 12 Terima Keadaan Seadanya.


Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak
semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.Dalam keadaan ini ada baiknya jangan
terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa
jika tidak memperolehinya.Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Langkah 13 Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.


Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima
sesuatu bencana.Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari
Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan
Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil

83

makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
Langkah 14 Berusaha Dan Berserah.
Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.Banyakkan
melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat)
serta

tambahkan

amalan-amalan

sunat

seperti

puasa,

sembahyang,

zikir

dan

sebagainya.Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar
bagi setiap masalah.
Pada pandangan anda adakah langkah-langkah di atas boleh membantu
Pada pandangan anda adakah langkah-langkah di atas boleh membantu
mengurangkan stres dalam kalangan guru. Jika ya, beri alasan anda dan jika
mengurangkan stres dalam kalangan guru. Jika ya, beri alasan anda dan jika
tidak adakah cara-cara lain yang lebih sesuai. Bincangkan dalam kelas tutorial
tidak adakah cara-cara lain yang lebih sesuai. Bincangkan dalam kelas tutorial
anda
anda

5.5

Burnout Guru
Renungan
Renungan

Adakah anda mengalami perkara-perkara berikut?


Jiwa tidak tenteram, kerisauan, lesu dan sentiasa
berdepan dengan rintangan
Merasakan tanggungjawab profesional dan
pengurusan tidak penting dan mengganggu jiwa dan
tidak bermanfaat
Merasakan rutin harian membosankan
Merasakan tugas yang dilaksanakan tidak dihargai
oleh pihak tertentu

Jika anda mengalami perkara-perkara di atas, anda mempunyai tanda-tanda burnout. Apa
yang dapat dinyatakan ialah kesan negatif burnout akan mempengaruhi aspek-aspek lain
dalam kehidupan seseorang termasuklah keluarga dan kehidupan sosial. Tanda-tanda
burnout guru termasuklah kegelisahan dan kekecewaan, prestasi dan hubungan
interpersonal merosot di tempat bertugas dan di rumah (Wood, 2000).
Ahli pendidik mendefinisikan burnout guru sebagai satu keadaan yang
disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin
menurun (Schwab et.al. 1986). Maka burnout merupakan suatu keadaan keletihan dari segi
emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh stres yang melampau dan berpanjangan.
Keadaan ini berlaku apabila

kita tidak dapat apa kehendak kita dan jika stres berterusan ,

anda akan kehilangan minat atau motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan anda.
84

Burnout akan mengurangkan produktiviti dan melemahkan semangat, menyebabkan anda


merasa tidak berupaya, tidak berguna, bersifat sinis dan berperasaan marah.

Tanda-tanda dan simptom burnout

Rasa letih sepanjang


masa; imuniti rendah,
perubahan masa tidur
dan pemakanan, sakit
kepala dan sakit otot

Rasa kegagalan dan keraguan


kendiri; kurang bermotivasi,
tidak bermaya, kurang berpuas
hati, mengasingkan diri, imej
semakin negatif

tandatanda
fizikal

Tanda-tanda
emosi

Tanda-tanda
Tanda-tanda
dan simptom
dan simptom
burnout
burnout
Tanda-tanda
Tanda-tanda
tingkah laku
tingkah laku

Mengundur diri daripada tanggungjawab


Mengasingkan diri daripada orang lain
Menangguhkan masa dan kerja dalam menyiapkan tugasan
Menggunakan
ubattanda-tanda
atau alkohol
untuk menangani
masalah
Cuba
anda catatkan
rakan-rakan
anda yang
mungkin mengalami stres
Cuba
anda catatkan
tanda-tanda
rakan-rakan
anda yang mungkin mengalami stres
Mengalihkan
kekecewaan
kepada
orang lain
atau burnout supaya kita boleh mendekatinya dan seterusnya membantu mereka
atau burnout supaya kita boleh mendekatinya dan seterusnya membantu mereka
menghadapi pelbagai masalah di sekolah.
menghadapi pelbagai masalah di sekolah.

Punca-punca burnout
Bil
1.

Punca-punca
Kurang atau tidak mendapat pengikhtirafan sewajarnya daripada pihak
tertentu walaupun sudah merasakan telah melaksanakan tugas dan
85

2.
3.

4.
5.

tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh


Telah mengalami keadaan stres dalam masa yang panjang
Tanggapan seseorang terhadap dunianya memainkan peranan dalam burnout.
Merasakan sumber sedia ada tidak mencukupi untuk mengatasi masalah
stresnya.Contohnya seseorang guru yang menghadapi masalah disiplin
pelajar serta menangani masalah komunikasi dan interaksi dengan ibu bapa
Kurangnya bimbingan daripada mentor dalam melaksanakan tugas yang
dialami oleh guru novis
Gaya hidup dan personaliti. Ada kalangan guru yang terlalu kuat bekerja dan
ingin mecapai kesempurnaan bekerja yang akhirnya membawa kepada stres,
lebih-lebih lagi apabila guru berkenaan kurang bersosial dan tidak beriadah

Langkah-langkah menangani burnout guru


Langkah-langkah pencegahan boleh diambil pada peringkat individu dan juga peringkat
sekolah.
Bagi peringkat individu beberapa perkara boleh diambil:
Aktiviti latihan atau sesi pengenduran, seperti meregangkan badan, membuat
meditasi atau membaca yang memberikan inspirasi.
Bengkel mengawal emosi seperti bengkel pengurusan tanpa stres serta kompetensi
kecerdasan emosi
Bengkel atau kursus pengurusan masa
Bagi peringkat pengurusan dan pentadbiran:
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
Membentuk persekitaran sosial dan fizikal yang mesra budaya
Menyediakan peluang komunikasi yang seluas-luasnya untuk guru-guru meluahkan
perasaan demi kebaikan bersama serta organisasi
Mengekal dan meningkatkan kejelekitan antara staf

5.6

Memartabatkan Profesion Keguruan


Bagaimana kita semua warga pendidik boleh memartabatkan profesion keguruan

yang kita cintai ini. Jika dilihat kepada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi
dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) maka kita dapat meneliti bahawa usaha yang
dilaksanakan ialah meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat
KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai
dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.
86

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan dan ilmu telah bertukar kepada
guru sebagai pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan
dan sumber inspirasi kepada murid. Oleh itu guru haruslah kreatif dan inovatif untuk
menjadikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan.
Bagaimanakah memartabatkan profesion keguruan?
Berikut adalah beberapa strategi yang telah dan sedang dilaksanakan;
Menambah baik sistem pemilihan calon guru
Memperketatkan syarat dan criteria pemilihan calon guru.
Menetapkan 30% daripada calon cemerlang untuk pemilihan
Memantapkan proses perlantikan dan pengesahan Pegawai

Perkhidmatan

Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi


memastikan setiap guru mencapai standard minimum.
Memantapkan latihan perguruan
Telah menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.
Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat.
Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan
Memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D)

Memantapkan kerjaya guru


Menambah baik laluan kerjaya guru supaya taraf hidup guru lebih baik.
Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat
Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, seperti kemudahan infrastruktur yang
lebih baik.
Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan

sokongan bagi meringankan beban

tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran


Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
Penyediaan mekanisme bekalan guru.
Membina hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi lain
tentang latihan guru
Memantapkan mekanisme unjuran guru
Menambah baik sistem maklumat guru
87

Memantapkan sistem penempatan guru supaya lebih menyeluruh dan mengikut


keperluan bidang dan lokasi

5.7

Pemikiran reflektif guru


Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui

perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Ini bermakna pemikiran guru merupakan
satu faktor penting

dalam menentukan variasi pendidikan selain daripada bahan

pengajaran, pakej program atau seumpamanya. Manakala refleksi pula merupakan suatu
proses seseorang guru yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti
pendidikan yang telah dilaksanakan atau dialami, menganalisis dan menilai kesannya,
termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk
digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Di bawah konteks pendidikan , refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang
berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan
atau dilaksanakan dalam bilik darjah.
Dewey menegaskan untuk berfikir secara reflektif, seseorang seharusnya mampu
mencantumkan idea-ideanya untuk membentuk satu hala tuju yang stabil ke arah
kesimpulan yang bersepadu akibat daripada pemikiran konsisten dan logik. Kebolehan ini
disifatkan sebagai sumber asli yang ketiga untuk pemikiran reflektif.
Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai "active, persistent and
careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds
that support it and the further conclusions to which it tends" (p.9).
Dengan berfikir secara reflektif, seseorang boleh "transform a situasion in which there is
experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear,
coherent, settled, harmonius" (pp.100-101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh
mengubah suatu keadaan keraguan, konflik dan gangguan yang dialami kepada keadaan
yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.
Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan
refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung
guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.
88

Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat,
mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan
utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk
mengubah tingkah laku atau amalannya.
Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan
refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan, sama
ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di
mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara
membuat penilaian kendiri.
Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa
amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya
sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang
menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara
kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat
amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933),
seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsif.
Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat
keputusan dalam proses pendidikan.
Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif
membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan
Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et
al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan
profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.
Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu
mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan
bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkatperingkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan
membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan
kritikal .

Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:


membuat penilaian kendiri
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
89

mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku
Dalam hal globalisasi pendidikan seseorang guru sangat dituntut melekasanakan pemikiran
reflektif. Apakah perkara-perkara yang perlu direflek oleh seseorang guru. Melaksanakan
pemikiran reflektif guru boleh ditinjau dari tiga elemen berikut.

Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah


Profesionalisme keguruan
Organisasi institutsi pendidikan

Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah


Pemikiran reflektif bermula dengan:
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
Mengamalkan dan meneroka bentuk pendidikan alaf baharu yang dinamik seharusnya
mempunyai beberapa kriteria yang telah dan sedang diperbincangkan pada ketika ini. Lihat
sahaja bagaimana konsep transformasi pendidikan yang mencetuskan Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013 2025. Seharusnya guru berfikiran lebih jauh ke hadapan dalam
membentuk generasi Y akan datang yang lebih berkemahiran, bercirikan modal insan
terpuji, berpemikiran minda kelas pertama serta dapat menjunjung warisan budaya negara.
Oleh itu perkara pertama yang perlu ada dalam minda guru ialah menghayati konsep
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang memberi penekanan kepada keseronokkan
belajar seperti dalam rajah di bawah;
A Positive Feeling Toward The Learning Experience Is The First Step In Learning

A Positive Feeling Toward The Learning Experience Is The First Step In Learning
(Dave Meier)

Persekitaran fizikal
Persekitaran fizikal
yang positif
yang
positif
How can I make the

Penggalakkan
Penggalakkan
yang positif
yang positif

How
can Ienvironment
make the
(learning
(learning environment
fun)
fun)

90

Persekiataran
Persekiataran
sosial yang
sosial yang
positif
positif
(How do we learn
(How do we learn
together)
together)

Matlamat yang
Matlamat yang
jelas dan
jelas dan
bermakna
bermakna

Pembelajaran
Pembelajaran
yang
yang
menyeronokkan
menyeronokkan
(learning is fun)
(learning is fun)

Kesedaran ingin
Kesedaran ingin
tahu
tahu
I want to know and

(learning is fun)
(learning is fun)

Memenuhi
Memenuhi
keperluan murid
keperluan
murid
(How does it benefit

I find
wantout
to more)
know and
find out more)

Penglibatan murid secara


Penglibatan murid secara
menyeluruh
menyeluruh
(How can I participate)

(How does
it benefit
me)
me)

(How can I participate)

Pengajaran dan pembelajaran menurut konsep sekolah bestari


Guru harus membuat refleksi tentang amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke21.
Fokus utama ialah:

Self-access learnning
Self-access learnning
Pembelajaran akses
Pembelajaran akses
kendiri
kendiri

Self-pace learning
Self-pace learning
Pembelajaran
Pembelajaran
kadar kendiri
kadar kendiri

Guru seharusnya

memikirkan bagaimana

mendorong

mencari

murid

maklumat

mewujudkan

sendiri

dengan

Self-directed learning
Self-directed learning
Pembelajaran Terarah
Pembelajaran Terarah
kendiri
kendiri
aktiviti pembelajaran
bimbingan

guru,

yang

misalnya

menggunakan internet, atau sumber rujukan lain seperti jurnal, artikel dan keratan akhbar.
Guru harus memikirkan bagaimana meningkatkan penguasaan pelajar dan master dalam
bidang yang dipelajari mengikut keupayaan dan kadar kebolehan murid serta potensi yang
ada.
Guru

juga

harus

mendorong

murid-muridnya

supaya

tahu

mengenadalikan

dan

menguruskan aktiviti pembelajaran masing-masing tanpa arahan guru semata-mata tetapi


berusaha menerokan bidang ilmu dengan teliti, penuh minat dan bermotivasi.
Era globalisasi pendidikan kini akan memberi fokus kepada peranan guru sebagai fasilitator,
pembimbing di sisi dan bukan lagi pemberi maklumat semata-mata. Tanggungjawab guru
sudah tidak lagi memberi maklumat atau penyampai seratus peratus tetapi tugas guru
sebenarnya lebih menumpukan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Guru harus membuat refleksi sepanjang masa bagi meningkatkan matlamat pembelajaran
yang menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif, penerokaan, memerhati,
91

membuat eksperimen, penyelesaian masalah, aktiviti projek, pembelajaran berasaskan


masalah dan projek seterusnya meningkatkan kemahiran-kemahiran belajar, mengumpul
maklumat dan membuat persembahan.
Apa yang harus direfleksi oleh guru ialah bagaimana mahu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bercirikan aspek abad ke 21. Amalan aplikasi teknologi maklumat akan
membawa dunia ke dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain the school is the world.
Adakah anda membuat refleksi tentang apakah yang anda lakukan bagi
Adakah anda membuat refleksi tentang apakah yang anda lakukan bagi
menghadapi era globalisasi pendidikan kini?
menghadapi era globalisasi pendidikan kini?

Profesionalisme keguruan
Apa yang harus difikirkan secara kritis dan kreatif oleh guru-guru untuk masa depan bidang
perguruan ini ialah:

Meningkat

perkembangan ilmu semasa


Mendapatkan bahan sumber ilmu daripada pelbagai sumber
Membudayakan amalan pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan berkesan
Sentiasa meletakkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Guru di hadapan sebagai hala tuju pendidikan negara


Memastikan usaha membentuk dan membina modal insan sentiasa berterusan dan

mencapai kejayaan.
Mengamalkan budaya berfikir aras tinggi (HOTS High Order Thinking Skill) selaras

ilmu

pengetahuan

bidang

kepakaran

masing-masing

seiring

dengan anjakan-anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidkan 2013 -2025.


Organisasi Institusi Pendidikan
Guru-guru harus memahami dan menghayati penubuhan dan pembentukan sesuatu konsep
atau dasar pendidikan sedia ada bagi mengukuhkan kefahaman tentang hala tuju
pendidikan negara. Oleh itu apa sahaja dasar pendidikan yang diperkenalkan seharusnya
difahami dengan mendalam dan diperhalusi agar guru-guru berada dalam proses
perubahan-perubahan pendidikan dan bukannya hanya melihat dari jauh sahaja. Semua
guru harus terlibat sama menjayakan program-program sedia dan yang akan dirancang
secara total dan bersungguh-sungguh. MIsalnya guru-guru boleh menyumbang idea dalam
usaha bagi menjayakan dasar-dasar pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seperti;

Sekolah
Bestari

Sekolah
Wawasan

Sekolah
Kluster
92

Sekolah
Berprestas
i Tinggi

Satu Murid
Satu Sukan

TUGASAN TERARAH
TUGASAN TERARAH
Bincangkan dengan pensyarah anda bagaimana anda mengimbangi antara
Bincangkan dengan pensyarah anda bagaimana anda mengimbangi antara
tuntutan pendidikan Islam dengan cabaran-cabaran pendidikan era
tuntutan pendidikan Islam dengan cabaran-cabaran pendidikan era
globalisasi?
globalisasi?

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan
kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN
RUJUKAN
Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978a), A Model of Teacher Stress, Educational Studies,
4, hlm 1 6.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 (2008)
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 (1985)
Undang-undang Malaysia, Perintah Am, Bab A-Bab C (2006)

93

Anda mungkin juga menyukai