Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya dan rakan sekumpulan saya berasa bersyukur kepada
Tuhan kerana dengan keberkatan-Nya, saya dan rakan dapat menyelesaikan kerja
kursus ini dengan berjaya dan pada masa yang ditetapkan.
Selepas itu, saya dan rakan juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Pn. Hjh.Rusyati Binti Hanafiah kerana dengan pertolongan beliau,
yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan kepada
menyiapkan kertas kerja ini.

kami dalam

Beliau sentiasa memberi penerangan dan idea yang

bernas kepada kami apabila kami menghadapi masalah. Dengan pertolongannya, kami
telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini. Beliau juga selalu mengingati kami
tentang apa yang seharusnya dibuat agar kami tidak melakukan kesilapan semasa
menyempurnakan kerja kursus ini.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekerja yang sentiasa memberi
kerjasama yang tinggi kepada saya. Kami selalu bersama berbincang dan saling
memberi pendapat dan berkongsi idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga
meluangkan masa mencari bahan bahan atau maklumat yang diperlukan dalam kertas
kerja ini. Sikap mereka inilah yang membolehkan kerja kursus ini dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan. Dalam hal ini juga, ia juga mengeratkan hubungan antara saya
dan rakan saya.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang sudi menolong kami dalam usaha menyiapkan
tugasan kerja kursus pendek

ini. Bak kata pepatah: Hutang emas dapat dibayar,

hutang budi dibawa mati. Kami tidak akan lupa budi baik dan jasa semua pihak yang
telah memberi bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada kami. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai