Anda di halaman 1dari 16

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu
predikat sahaja.
1 subjek

1 predikat

Saya

sakit

Rumah Ali

cantik

Ahmad

tidak pergi ke
sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek
atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk

Suhaili suka makan


nasi lemak dan mi
sup.

Kata
hubu
ng

dan(a)
(b)

Rumah yang besar


itu rumah Fazli.

Yang
(a)
(b)

Ayat tunggal

Suhaili suka
makan nasi lemak.
Suhaili suka
makan mi sup.

Rumah itu besar.


Rumah itu
rumah Fazli.

Dia memberitahu
bahawa kakaknya
akan melanjutkan
pelajaran ke luar
negara.

baha
(a)
Dia
wa
memberitahu.

Dia akan balik ke


kampung apabila
ada masa lapang.

Apabi
(a)
Dia akan balik
la
ke kampung.

(b)

Kakaknya akan
melanjutkan
pelajaran ke luar
Negara.

(b)

Dia ada masa


lapang.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.
1.
Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan
menjimatkan masa.
- Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan
- Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa
2.
Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha
sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
- Golongan remaja hendaklah.
- Golongan tua hendaklah..++++
3.
Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat
bersaing dengan barang luar negara.
- Barangan buatan Malaysia ___________________
- Barangan buatan Malaysia ______________________
4.
Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak
harta benda akan musnah.
- Peperangan menyebabkan _______________
- Peperangan menyebabkan _______________
5.
Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
- Membaca buku ________________
- Membaca buku ________________
6.
Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan
dan keburukan.
- Pendatang asing di negara ini.
- Pendatang asing di negara ini ..

AYAT MAJMUK
8.2

Ayat Majmuk Gabungan

i) Ia menjerit lalu menangis.


ii) Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.
iii)Pegawai itu sombong tetapi pemurah.
iv)Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya.
v) Dia sudah mandi dan berpakaian.
vi)Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?
vii)
Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat tiap-tiap
hari.

i.

Dia berdiri tegak, bercekak pinggang dan merenung


lawannya.
ii.
Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat) kakak ke
pejabat ayah.
viii)
Ibu membeli ikan dan sayur
(penggabungan objek) di
pasar.

8.3
Ayat Majmuk Pancangan
- Budak yang menangis itu sudah diberi makan.
Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk)
Budak itu menangis. (Ayat kecil)
- Bahawa saya bersalah memanglah saya akui.
- Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di
UIA.
- Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah
- Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)
- Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan
syarat)
- Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah.
(Keterangan pertentangan)Kakak
- Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan
harapan)

8.4

Ayat Majmuk Campuran

Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam


peperiksaan, kita hendaklah selalu
membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun
lagi.

8.5

Ayat Majmuk Pasif

i.
Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana bergurau
keterlaluan dalam bilik kuliah.
ii.
Skudai.

Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM,

iii.
Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan oleh
pihak pentadbiran
jabatannya.
iv.
Komputer ini sering digunakan oleh pihak pengurusan
dan unit latihan ketika

membuat tunjuk cara.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :


Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
(1) Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar
malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual
pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. (2) Ramai
pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala
Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar
malam itu sungguh meriah./3) Golongan muda tidak melepaskan
peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi
bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan./

Jawapan :

1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang


diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang
dengan harga yang murah.
2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang
ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar
malam yang meriah tersebut.
3.

Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk


berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan
rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

(1) Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas.


Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan
persendirian untuk Mereka dikehendaki memasang tali
pinggang keselamatan ketiga, ramai pemilik kenderaan
masih engkar./ (2) Kerajaan terpaksa mengambil
tindakan tegas dengan Kerajaan menguatkuasakan

undang-undang iaitu pesalah akan ditangkap. Mereka


akan dan didenda RM300./(3) Pemilik kenderaan dan
tersebut akan disaman. penumpang ketiga itu akan
disaman juga. Saman ini dapat untuk dijadikan
pengajaran./

Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik
kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan
ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk


menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan
didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu


akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.

E. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.

Soalan 1 :
1) Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu
selera. Jamuan itu ialah di jamuan hari jadi. Jamuan itu
sempena hari jadi anak Tok Mudim.
(2) Ramai tetamu yang hadir. Mereka datang dari
seluruh kampung itu. Mereka untuk meraikan hari jadi
anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke
lima.
(3) Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk
para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh
dengan gembira.

Soalan 2 :

(1) Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia.


Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu
oleh penjajah Inggeris.
2) Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu______
menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah____
dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia.
(3) Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak _______
tanah telah ditebus guna. Tanah itu __________ dijadikan
kawasan industri. Tanah itu dijadikan _____ kawasan
tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 :
(1) Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar dan
berjimat cermat kerana harga minyak sedang
melambung tinggi menyebabkan harga barangan
meningkat.
(2)Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk
membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan
harga minyak.
(3) Kenaikan harga minyak mendadak sehingga US 45
setong adalah fenomena luar biasa

Soalan 4 :
Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah
England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511.
Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat
hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh
dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka
menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah.
Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN


Panduan kepada pelajar :
1. PADAMKAN PERKATAAN BERHURUF TEBAL ATAU BERWARNA MERAH
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!

2. PERKATAAN CONDONG IALAH PERKATAAN PERLU DITAMBAH.


LATIHAN spm 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita.


Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak
beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi
kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia.
Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada
kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung
kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita


binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak
beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan
ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu
sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan
pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan
mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan
liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka


untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah
dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan
televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai
penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah
dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-

adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi


masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap
hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para
penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang


televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia
manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan
membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap
kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil
penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas
dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil
penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para
penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di


televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM.
Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir
ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal
ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsurunsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan
remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik.
Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di


televisyen yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM
dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan
itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang
kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanakkanak dan golongan remaja.

3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan


mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas


komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal
ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam
bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar
bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini
memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari
komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar
mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas


komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal
ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam
bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah
luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan
peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta
langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami
bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong
dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam.
Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak
menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersamasama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka
terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib
mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan
itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong
dalam jenis novel kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh
Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti
ke Pulau
Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid
bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup
tetapi tanpa
disedari. nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya
menewaskan
kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini


berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia
pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke
sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan
memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu
dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan


ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi
Malaysia pula berterusan

2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini.


Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati
pelbagai keistimewaan yang disediakan walaupun keistimewaankeistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini


mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut
berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan
bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah
untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan
berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut
termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini
mencemaskan manusia di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang
manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka
berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai
fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti
peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.
LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha


ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini
dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar
perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan

laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan


tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha
ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan.


usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan
tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan
kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah
kepada nelayan tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan
pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber
ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri


daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai.
Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak
menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan
negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan.
Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.
Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan
pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka


terdiri daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun
pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak
menyenangkan kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai
kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah
untuk menarik pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut
dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan
yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan
di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah
pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhatihati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya
pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu
termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu
pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak
terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan
rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang
tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang
terkawal dan langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya adalah
untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.
3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan
pencemaran udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada
aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan.


Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di
kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahankelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya
penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah
ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga

siswazah bagi keperluan semalam. Yang diperlukan ialah siswazah


yang terlatih untuk keperluan esok.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan.


perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di
kalangan siswazah.
2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam
sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur dalam
kalangan siswazah.
3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem
tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan
semalam sedangkan yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih
untuk keperluan esok.

LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut


terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa
juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja
dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit.
Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan
remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan
dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang
melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan
kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah


tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut
terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.
2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah
tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah
pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut
peredaran masa.

3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang


perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan
tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat serta perlakuan
tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri.


Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika
perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat
pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam
kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari
luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara
kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan
sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri


perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika
perasmian sukan itu sungguh meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod
penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta
sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal
ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan
tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya


menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayatayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu


berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada
persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi
telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga
prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan
hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip
yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang
ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal
ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei
1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu


berlangsung pada Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada
persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi
itu berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah
Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang
penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan
kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu
mencatat sejarah hitam negara.