Anda di halaman 1dari 5

PISMP MATEMATIK SJK(C) AMBILAN JUN 2014

WONG CHIEW PING

NEGARA MERDEKA, BEBAS RASUAH


DISEDIAKAN OLEH: WONG CHIEW PING

Pada era globalisasi kini, gejala rasuah semakin menjadi-jadi terutamanya


mereka yang bekerja di sektor awam. Hal sedemikian juga berlaku di sektor swasta.
Beberapa tahun lalu, kita dikejutkan dengan berita penahanan beberapa orang
kenamaan atas kesalahan rasuah. Penahanan yang dikira berprofil tinggi ini
menambahkan lagi kehangatan isu rasuah dalam media massa. Syed Hussein AlAttas

mendefinisikan

rasuah

sebagai

penyalahgunaan

kepercayaan

untuk

kepentingan peribadi. Ciri-ciri rasuah digalurkan seperti satu pengkhianatan


terhadap kepercayaan, sama ada melibatkan pemerintah, lembaga swasta atau
masyarakat umumnya.Menurut Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah
(CPI), Malaysia kini berada pada tangga ke-52 daripada 175 negara pada tahun
2014 dan keadaan ini amat membimbangkan.Gejala rasuah boleh mencemarkan
integriti dan maruah negara selain menimbulkan kesan negatif. Masyarakat luar
pasti akan memandang serong terhadap pemerintahan negara kita dan mungkin
mereka tidak berminat untuk melabur di Malaysia kerana mereka beranggapan
sistem pemerintahan negara kita kurang cekap dalam menangani gejala rasuah.
Rasuah ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai
upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri
daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Walaupun, gejala rasuah di malaysia masih berada pada tahap sederhana dan
terkawal. Namun begitu, amalan rasuah masih berlaku dalam semua peringkat
kehidupan manusia. Amalan rasuah merupakan penyakit masyarakat yang sukar
diatasi kerana pengetahuan tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui
oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang
masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara
kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini merupakan
amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman
masyarakat setempat mahupun negara. Pihak mahkamah akan menjatuhkan
hukuman yang berat kepada pemberi dan penerima rasuah jika mereka ditangkap.
Statistik yang terkini menunjukkan bahawa bilangan tangkapan juga meningkat dari
552 (Jan-Dis 2014) kepada 579 (Jan-Jul 2015). Jika amalan ini masih berterusan, ia

PISMP MATEMATIK SJK(C) AMBILAN JUN 2014


WONG CHIEW PING

dapat menggugat keutuhan masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara
kita akan tergadai dan masyarakat yang adil pasti tidak akan diwujudkan.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada puncanya seperti yang nyatakan dalam
perumpamaan melayu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu
puncanya ialah kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana,
pegangan agama yang kuat mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga
melarang

penganutnya

melakukan

sesuatu

yang

boleh

memudarkeluarga,

masyarakat dan negara. Orang yang tidak mempunyai iman yang kuat senang
terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar kekayaan.

Mereka harus

sedar bahawa setiap wang yang dibelanjakan hasil daripada rasuah merupakan
wang haram dan tidak boleh digunakan untuk keperluan harian anak-anak. Hal ini
demikian kerana, dari aspek agama terutamanya, melarang keras penganutnya
melakukan amalan ini dan jika mereka membeli makanan daripada wang hasil
rasuah makanan itu haram diberikan kepada anak-anak untuk dimakan kerana
makanan yang haram dapat menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan agama
amat penting dan merupakan asas untuk membendung segala masalah sosial
seperti rasuah.
Setiap punca masalah ynag berlaku pasti ada jalan penyelasaiannya bak kata
pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita ingin membendung gejala
ini, pasti ada langkahnya. Ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam
jiwa setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini demikian kerana, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri
iaitu, ibu bapa sendiri perlulah menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu bapa yang
melakukan rasuah dan cuba untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak melakukan
perkara itu, nescaya anak itu tidak akan mendengar nasihat ibu bapanya. Hal ini
disebabkan oleh ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau memupuk nilai
murni dalam diri anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh berkongsi maklumat
terkini tentang gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan
juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kerjasama daripada
pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni
yang baik dan benci kepada amalan rasuah.
Kalau kita melihat secara teliti dan mendalam, kesungguhan daripada pihak
kerajaan untuk membendung amalan ini juga amat penting. Kerajaan telah
menggubal Pelan Integriti Nasional PIN. Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan

PISMP MATEMATIK SJK(C) AMBILAN JUN 2014


WONG CHIEW PING

atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia


dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di
kalangan semua lapisan masyarakat Malaysi. Institut Integriti Malaysia (IIM),
ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti
Nasional (PIN). Objektif utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah bangsa
Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.
Kedua dua in juga ditubuhkan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan
pendidikan tentang keburukan rasuah. Pada tahun 2008, Undang-undang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM telah diluluskan di Dewan Rakyat dan ia
bermaksud SPRM diberi kuasa penuh untuk menghapuskan rasuah. Oleh itu,
rasuah merupakan penyakit yang perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih
serius.
Untuk mencegah rasuah, kita perlu menangani masalah ini secara
menyeluruh dan menyuburkan semula nilai-nilai murni dalam segala tingkah laku
dan tindakan kita. tidak ada gunanya jikamasyarakat malaysia kaya dari segi
kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika dan integriti. Kesemua ini
membolehkan Malaysia menjadi teratur dan lebih berkesan untuk melahirkan
individu terutamanya kaitangan awam yang beritegriti tinggi, dan seterusnya akan
mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri, serta
membinanya menjadi sebuah negara yang gemilang dan terbilang. Selain itu,
pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan
pemantauan yang berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat
mengkoordinasi segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah
pencapaian

matlamatnya.

Sinergi

bersama

secara

kolektif

ini

menjadikan

pemantapan integriti satu gagasan dan wadah yang sangat penting dan perlu
dilakukan dengan sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh keikhlasan. Hanya
dengan kerjasama semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai perkhidmatan
awam yang berintegriti tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai
yang mempunyai integriti bersifat kelas pertama di samping masyarakat

yang

berintegriti dapat dibina.


Malaysia memerlukan generasi masa hadapan yang mempunyai integriti yang
tidak boleh dipersoalkan. Hanya mereka yang berkebolehan, bertanggungjawab dan
benar-benar jujur sahaja yang layak untuk menjadi pemimpin. Mereka

yang. tidak

PISMP MATEMATIK SJK(C) AMBILAN JUN 2014


WONG CHIEW PING

efisyen, tidak kompeten, dan paling utama korupsi, harus dipinggirkan terus.
Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuankepada peningkatan integriti
daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas. Kesemua komponen dan
sektor berikut dilibatkan, iaitu keluarga, komuniti, dan masyarakat sivil, membawa
kepada sektor agama, sosiobudaya, ekonomi, politik dan pentadbiran. Dengan
demikian, gerakan ini benar-benar bersifat menyeluruh dengan meliputi semua
lapisan dan sektor negara dan masyarakat. Oleh sebab pendekatan ini melibatkan
penjalinan kekuatan pelbagai 'institusi dari bawah' serta penggemblengan
keseluruhannya dengan pihak atasan untuk tujuan meningkatkan nilai integriti, maka
ia mempunyai keampuhannya yang tersendiri.
Sebagai intiha, semua pihak tidak kira harta atau pangkat, mestilah bersatu
dan menggembleng tenaga untuk memeastikan rasuah gejala yang berjangkit ini
dapat diatasi. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Kita semua mengetahui
rasuah akan berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas waktu dan tempat. Pihak
berkuasa terutamanya perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala ini
kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima rasuah dan tidak amanah
melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya agar amalan rasuah ini
dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang diambil hendaklah saksama
dan bukan sekadar terhadap golongan ikan bilis tetapi juga terhadap golongan
atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang berat kerana telah
mereka telah menconteng arang kepada negara kita. Yang penting, nilai-nilai murni
mesti ditekankan secara berterusan, ia akan menjadi tabiat dan budaya yang akan
menjadi ikutan. Jadi, apa yang anda boleh sumbangkan dalam mencegah rasuah
supaya menepati Negara Merdeka, Bebas Rasuah? Tepuk dada, Tanya selera.

PISMP MATEMATIK SJK(C) AMBILAN JUN 2014


WONG CHIEW PING

RUJUKAN
SPRM. (2015). Apa itu rasuah? Muat turun pada 19 Ogos 2015. Dari http://www.
sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.html
Nic_Taylor. Statistik tangkapan 2014. Muat turun pada 17 Ogos 2015. Dari http://
tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/rasuah-statistik-bilangan-kes.html
SPRM. (2015). Statistik tangkapan 2015 (Jan - Jul). Muat turun pada 17 Ogos
2015. Dari http://www.sprm.gov.my/ statistik-tangkapan-april-2015.html
SPRM.(2013). Buletin Audit negara 2012 disiasat. Muat turun pada 15 Ogos 2015.
Dari http:// www.sprm.gov.my/files/Buletin_SPRM_Bil52013.pdf

Anda mungkin juga menyukai