Anda di halaman 1dari 3

KERBAU BALAR

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah "Kerbau Balar".
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam
seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu
dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau
balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu
tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke
hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.Maka, selamatlah kedua-dua kerbau balar
itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
Begitulah kisah mengenai kerbau balar. Sekian, terima kasih.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah "Kawan yang Tidak Jujur".
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering
mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan
makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe.
Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka
terserempak dengan seekor singa.Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat
idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu
tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kearah singa.
Hai, Encik Singa. Tolong jangan makan saya. Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua.
Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah,
aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang.
Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita
pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua. Ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua,
singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi
makanan singa.
Itulah kisahnya kawan yang tidak jujur yang akhirnya membawa padah. Sekian, terima
kasih.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah "Anak Ikan yang Suka Menipu".
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikanikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka
tanpa belas kasihan.Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung!
Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakanrakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari
lalu bersembunyi di celah-celah batu.
Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Ia menyangka mereka cuba mepermainmainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua
mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
Kawan-kawan, itulah akibatnya jika kita suka menipu. Akhirnya diri sendiri yang rugi.
Sekian, terima kasih.

BUJANG TERBOYOI
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah "Bujang Terboyoi".
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang
anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu
boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung.
Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang.
Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya anak
kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda
yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu
bapanya amat merindukannya.
Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa
bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya
kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari
ibu bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah
mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan.
Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya .
Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka, kata
Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kearah sepasang suami isteri,pekerja istana.
Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun.
Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia memberi mereka makan
makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba
terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera
Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah, kata
Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis
kegembiraan.
Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang
Terboyoi di tabalkan menjadi raja.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai