Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 3 : DINAMIKA BUDAYA DI MALAYSIA (CINA)

SAMBUTAN DAN PERAYAAN

1. Tahun Baru Cina


Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang
terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana
membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke
rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua
akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan
lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan
berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula
atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

2. Hari Chap Goh Mei


Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15
pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan
gembira dan ceria dimana mereka akan makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga.
Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon
di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula
boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau
mandarin.

3. Pesta Chingay
Perayaan Chingay merupakan perayaan kemuncak Cap Goh Meh. Perayaan Chingay diraikan
setiap tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar Cina. Chingay merupakan acara
agama dan acara budaya tradisi Tiong Hua. Chingay ialah perarakan yang menonjolkan
kehebatan membawa tiang bendera setinggi kira-kira 15 meter dan mengimbarkan bendera
tiga segi sepanjang kira-kira 10 meter. Apa yang menarik dalam perarakan Chingay ialah
pertandingan kehebatan pasukan-pasukan Chingay membuat persembahan akrobatik seperti
membawa tiang bendera itu dengan menggunakan kaki dan mulut. Selain itu, sambutan
Chingay turut memperlihatkan kenderaan berhias dan diserikan dengan persembahan tarian
singa, tarian kebudayaan, pertunjukkan bunga api dan seni mempertahankan diri.

4. Cing Ming /Cheng Beng (April)


Perayaan yang penting untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Anakanak dan cucu-cicit akan membawa makanan, buah-buahan, kertas-kertas wang ke kubur dan
membersihkan kubur nenek moyang. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang
nenek moyang disamping berbul-bual.Orang Cina percaya bahawa kertas wang tersebut akan
bertukar menjadi duit di alam yang lain.

5. Pesta Duan Wu / Festival Perahu Naga (5 Mei)


Merupakan perayaan tradisional Cina yang disambut pada hari kelima bulan kelima mengikut
kalendar Cina dimana ia melibatkan acara lumba perahu naga. Perayaan ini disambut untuk
mengenang budi dan jasa seorang menteri Negara Chu semasa zaman-zaman berperang.
Beliau merupakan seorang penyair yang patriotisme, berbakat dan banyak menyumbang idea
untuk memajukan negara Chu. Namun demikian, Maharaja terpedaya dengan kata-kata
pegawai yang jahat dan mengusir Qu Yuan dari ibu kota negara. Qu Yuan membunuh diri
dengan terjun ke Sungai Miluo kerana sedih dan kecewa terhadap maharaja yang tidak
mendengar nasihatnya dan akan mengakibatkan kemusnahan negara tersebut. Rakyat jeleta
berasa sedih dan mencari jenazah Qu Yuan di Sungai Miluo menggunakan perahu tetapi tidak
ditemui. Lalu mereka melemparkan nasi yang dibungkus dengan daun ke dalam sungai
supaya ikan dan udang dalam sungai tidak memakan jenazah Qu Yuan.

KESENIAN

1. Seni Kaligrafi
Masyarakat cina sangat terkenal dengan kemahiran seni kaligrafi yang cantik. Bagi kaum
cina, mereka bukan saja menggunakan kaligrafi untuk menulis, tetapi juga suka
menggunakan kaligrafi untuk melukis gambar ( ) seperti gambar feng-shui, bungabungaan, bukit-bukau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya. Biasanya gambar kaligrafi dilukis
pada kertas yang bermutu, berkualiti dan istimewa yang dipanggil 'Xuan Zhi'. Oleh kerana
kebanyakkan lukisan kaligrafi hanya berwarna hitam sahaja, maka berkembanglah seni
lukisan yang lain yang berwarna-warni dengan menggunakan tapak tangan, Qi-Gong dan
lain-lain.

2. Seni Bina
Di Malaysia, seni bina Cina terdiri daripada dua jenis: tradisional dan Baba-Nyonya. Contoh
seni bina tradisional termasuk yang terdapat pada kuil Cina di seluruh negara seperti kuil
Cheng Hoon Teng yang dibina pada 1646. Kebanyakan rumah lama terutamanya di Melaka
dan Pulau Pinang adalah daripada warisan Baba-Nyonya, dibina dengan halaman dalam
rumah serta dihiasi jubin cantik serta warna-warni. Kombinasi seni bina yang jarang dilihat
iaitu elemen Cina dan Barat ditunjukkan pada masjid Terengkera di Melaka. Rupanya seperti
pagoda adalah contoh terbaik bentuk bumbung berpengaruh Cina, digabungkan dengan
butiran Barat seperti pada birai dan susur.

2. Seni Tari
Tarian Singa Cina
Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina, Tarian Singa adalah bertenaga
dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman purbakala, hanya singa haiwan yang dapat
menghalau haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada
malam Tahun Baru. Tarian ini biasanya memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan
keberanian yang tinggi, tarian ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan
dentingan simbal.

Tarian Naga
Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan, kesuburan,
kegigihan dan maruah dalam budaya Cina. Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis
hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh
menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek
moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau ketika menyambut seorang dewa,
bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan
tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga. Biasanya apabila Tarian Naga
dipersembahkan untuk menyambut Tahun Baru Cina, ia dikatakan dapat memberi nasib baik
dan keuntungan kepada tahun yang mendatang.

ADAT RESAM
Adat resam orang cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran falsafah
serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itu, mereka
kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi hingga malam iaitu mengikut perubahan
musim dan pelbagai kuasa tertentu.
Tanpa kepercayaan khusus tentang tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan
pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia
ditandakan oleh sekeping papan peringatan ( tablet) yang dicatatkan nama keturunannya.
Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di ruang tamu rumah
untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan di rumah klen (huay
kuan) ataupun di rumah tokong.
Hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara
adik beradik lelaki dengan ketua keluarga dan antara sahabat amatlah penting. Oleh itu
mereka amat menghormati orang yang lebih tua yang di pandang sebagai mempunyai
kebijaksanaan. Secara tradisi terdapat nama keluarga dan diturunkan melalui anak lelaki.
Anak lelaki juga mewarisi harta dari bapanya. Kepentingan meneruskan keluarga
menyebabkan perkahwinan seorang lelaki adalah amat penting. Secara tradisi perkahwinan
mengikut beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah
perkahwinan.
Kelahiran anak mengikut beberapa adat pantang larang untuk menjaga kesihatan ibu dan
kandungan. Digalakan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat
benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibedung. Pada hari ke
29 anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan di gantung dekat
bantalnya selama 100 hari dan kemudiannya dibuang ke dalam sungai. Dia diharapkan berani
pada masa hayatnya. Setelah 1 bulan upacara Bulan Penuhakan diadakan dengan meriah.
Ulang tahun kelahiran tidak akan diperingati kecuali oleh anaknya pada waktu tua secara
besar-besaran.
Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak, keranda yang baik,
tanah kubur yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja yang besar.
Inilah hadiah terbaik anak pada ibu bapanya. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama
memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda
seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Upacara pengkebumian adalah acara
yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan pelbagai
upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan
hidup di akhirat. Oleh itu banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan
berkaitan kematian.
Sepanjang tahun banyak sekali perayaan yang diikuti oleh orang cina. Setiap bulan ada saja
kegiatan dan upacara serta dewanya untuk dipuja. Adat resam mereka amatlah banyak dan
dilakukan mengikut perubahan musim terutama musim pertanian dan iklim seperti di negara
China.

ALAT MUZIK TRADISIONAL

1. Bo yang juga dikenali sebagai Po adalah sejenis alat muzik yang diklasifikasikan dalam
kumpulan Idiofon. Alat ini sangat popular semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang (581-907).
Sepasang piring bulat yang rata yang biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa.
Masyarakat Cina biasanya menganggap bunyi yang kuat sebagai baik sepertimana amalan
mereka membakar mercun untuk menghalau hantu.

2. Ching dan Chap adalah alat muzik dalam kategori Idiofon. Alat ini dibuat serupa dan
digunakan secara berpasangan. Alat muzik dalam keluarga simbal berbentuk bulat dan
berlekuk di bahagian tengah seperti cawan. Ching dan Chap biasanya diperbuat daripada
kepingan gangsa nipis.Garis pusatnya adalah di antara 12 hingga 14 sm bagi alat yang kecil
dan 23 hingga 26 sm bagi alat yang besar. Ching dan Chap berfungsi sebagai penanda masa
dan menentukan tempo dalam pancaragam Piphat.

3. Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon. Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali
dua. Erhu adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China. Badan
Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga sementara di bahagian
bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan dengan kulit ular. Di dalam Orkestra Cina,
Erhu terbahagi kepada dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil
Erhu pertama dan kedua.

4. Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon. Ia merupakan alat muzik bertali yang
dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin. Liu Qin
dipetik dengan satu alat pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik
ini diperbuat daripada plastik. Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian
rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.

5. Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon.Ia merupakan alat muzik yang paling
simbolik dan terkenal dalam Orkestra Cina.Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun
dahulu. Kotak bunyinya diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan 30 fret.Empat talinya
ditala kepada A,D,E,danA dengan jarak suara sebanyak empat setengah oktaf. Rakyat
bermain alat ini untuk mengatasi perasaan marah mereka kerana terpaksa membina Tembok
Besar.