Anda di halaman 1dari 2

Gejala Kasta Di India

Secara umumnya,kasta di India mempunyai ciri-ciri yang tertentu, iaitu keanggotaan


dalam kasta berlaku untuk seumur hidup diperolehi daripada keanggotaan yang diwariskan.
Oleh yang demikian, seseorang itu tidak mungkin dapat mengubah kedudukannya kecuali
apabila ia dikeluarkan daripada kastanya.
Misalnya, jika seseorang tidak dapat melaksanakan kewajipan sebagaimana status
yang disandang olehnya. Sebagai contoh, individu yang lahir di dalam keluarga Brahman
dapat digantikan kepada gelaran Sudra jika seseorang tersebut tidak memiliki wawasan
rohani yang luas dan juga tidak layak menjadi pendeta.
Selain itu, ia juga disusun berdasarkan kepada tingkat kepentingan dalam masyarakat.
Tamsilnya, penentuan urutan tersebut kadangkala merupakan hasil penaklukan dari kelompok
yang berada di luar masyarakat. Dalam kedua-dua kes tersebut, sistem distabilkan melalui
nilai-nilai di dalam masyarakat. Konsep kasta merupakan gejala khas masyarakat feudal,
sedangkan kelas tersebut adalah gejala pasca feudal.
Seterusnya, sistem kasta ini tidak hanya kepada bidang-bidang sosial sahaja, tetapi
tertumpu juga dalam bidang lain terutamanya ekonomi. Bagi sosial, seperti perkauman,
perbuatan, bahasa, gerak tubuh dan sikap adalah diatur. Bahkan kadangkala pakaian dan tata
cara mengenakan pakaian adalah bertujuan untuk menunjukkan kelas status seseorang dari
kasta yang mana ia berasal.
Dalam penelitian Joan Mecher, penguasaan kasta ternyata hanya tertumpu pada aras
ekonomi, iaitu kelas kasta memberi legimitasi kaum penguasa tanah (yang disokong oleh
rohaniawan Hindu yang merupakan lapisan kelas yang tertinggi di India) mengeksploitasikan
kelas petani yang merupakan lapisan terendah.

Pengakhiran sistem kasta ini juga wujud di dalam negara-negara lain bukan hanya
tertumpu di India. Antaranya ,di Afrika Selatan misalnya sewaktu era aparteid penduduk
berkulit putih dianggap lebih baik berbanding masyarakat berkulit hitam. Manakala, sewaktu
pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman yang berbangsa Yahudi disisihkan dan dinggap
sebagai kelas kedua. Kebanyakkan sistem kasta pada abad ke-20 ini adalah rekaan manusia
semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.
Begitu juga hal yang terjadi berkenaan dengan sistem kasta di India adalah tidak berkait
dengan ajaran agama.

Anda mungkin juga menyukai