Anda di halaman 1dari 7

GGGF3013

PEMAKANAN & AMALANNYA DALAM SUKAN

PENSYARAH
Dr. MOHD. RADZANI BIN ABDUL RAZAK

TAJUK
RUMUSAN DAN ULASAN ARTIKEL

DISEDIAKAN OLEH
NURUL SOFIAVIE BT NADZRI
A143806

TAJUK: SEGAR 24 JAM BERSENAM SEWAKTU RAMADAN


Artikel ini ditulis oleh Editorial Karangkraf. Secara keseluruhannya, artikel ini sangat
menarik dan menerangkan begitu jelas manfaat atau kebaikan bersenam dan bersukan walaupun
dijalankan pada bulan Ramadan. Sebagai buktinya, seorang para penyelidik di Barat telah
berjaya membuktikan apa sahaja aktiviti yang melibatkan fizikal seperti bersenam, bersukan dan
beriadah adalah selamat walaupun ia dilakukan ketika anda sedang berpuasa. Hal ini demikian
kerana, bersenam ketika berpuasa berupaya meningkatkan fungsi sistem tubuh seperti jantung,
paru-paru dan peredaran darah, otot dan tulang, dan lain-lain menyingkirkan bahan perkumuhan
dan toksin yang menjadi punca penyakit tertentu keluar daripada tubuh.
Oleh itu juga, bersukan sebelum, sewaktu dan selepas berbuka puasa juga dapat
mengurangkan risiko kehilangan glikogen di dalam otot di samping meningkatkan penggunaan
sumber tenaga yang diperoleh daripada lemak untuk bersukan. Kita dapat di sini, berpuasa
sebelum waktu berrbuka misalnya mampu mengurangkan kandungan lemak yang ada dalam
tubuh yang secara tidak langsung dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan. Tambahan
lagi, apa yang menari ialah satu kajian lain menyatakan bahawa individu yang bersenam sewaktu
berpuasa boleh mengurangkan berat badan lebih cepat berbanding orang yang bersenam tetapi
tidak berpuasa.
Seterusnya, di dalam artikel ini juga ada menerangkan bahawa semasa berpuasa bukanlah
alasan seseorang atlet mahupun bukan atlet itu tidak boleh bersukan. Hal ini demikian kerana,
satu kajian membuktikan kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun anda
bersenam sambil berpuasa. Oleh yang demikian, tidak bersukan semasa bulan puasa bukanlah
satu alasan yang kukuh. Selain itu, aktiviti pencernaan makanan mengambil masa sehingga 14
jam. Tujuannya ialah memproses makanan bagi diubah menjadi tenaga dan zat-zat yang
diperlukan oleh tubuh. Lazimnya, amalan berpuasa turut mengambil masa lebih kurang 14 jam.
Jadi, tempoh ini membolehkan tubuh mengekalkan aktiviti fisiologinya. Terbukti amalan puasa
sama sekali tidak mendatangkan mudarat kepada sistem tubuh.
Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) yang terkandung di dalam Jurnal Sains Sukan dan
Perubatan turut membuktikan amalan puasa tidak memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair
badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil

perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang
melakukan senaman rintangan tinggi. Malahan, di dalam artikel ini juga ada menerangkan
keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan khususnya seperti solat Tarawih. Hal ini secara
tidak langsung dikaitkan lagi manfaat yang diperoleh kesan daripada bersukan semasa berpuasa.
Pada pendapat saya, artikel ini akan dilihat lebih menarik sekiranya diselitkan lebih
banyak lagi peranan atau fungsi sesuatu sistem tubuh itu memainkan peranannya kepada tubuh
badan semasa bersukan ketika berpuasa. Selain itu, bagi penambahbaikan artikel ini boleh
mengisi pelbagai gambar yang menunujukka aktiviti bersukan yang dijalankan semasa berpuasa.
Tambahan lagi, bukti yang lebih menjelaskan lagi ialah contoh sukan yang dijalankan di pada
bulan puasa yang secara langsung meningkatkan prestasi seseotang atlet itu. Di samping,
memperkenalkan gambar atau gambar yang berjaya memenangi sesuatu perlawanan semasa
berpuasa.
Sememangnya bersukan ketika berpuasa mendatangkan banyak manfaat kepada
kesihatan luaran dan dalaman. Sebagai contoh yang sangat jelas diterangkan di dalan artikel ini
ialah berpuasa dapat membantu seseorang itu mengurangkan berat badan dan mengekalkan
kecergasan tubuh bagi kesihatan optimum. Justeru itu juga, artikel ini mungkinj menjadi bahan
rujukan yang baik kepada pembaca sekiranya penulis berkongsi cara-cara seseorang atlet
mahupun bukan atlet bagi melatih diri untuk bersukan semasa puasa.
Tambahan lagi, antara contoh aktiviti yang dapat dilakukan semasa berpuasa ialah
senaman kardiovaskular mudah hingga sederhana seperti berenang, bermain ping pong ataupun
mana-mana aktiviti lain yang tidak menyebabkan bebanan teruk pada tubuh. Selain itu, untuk
memaksimum pembakaran lemak tanpa memerlukan bebanan tinggi pada tubuh, mengesyorkan
berjalan cepat atau 'jogging' perlahan selama 30-45 minit sebelum berbuka puasa iaitu lebih
kurang pada pukul 6 petang.
Namun begitu, di dalam artikel ini juga ada menerangkan bahawa tidak boleh memaksa
diri untuk bersukan pada bulan puasa. Hal ini demikian kerana, akan mendatangkan kesan buruk
kepada kesihatan tubuh seseorang itu. Oleh itu, atlet atau bukan atlet mestilah mengenal pasti
kemampuan diri sendiri walaupun pada hakikatnya bersukan pada bulan puasa banyak
manfaatnya namun ia bergantung kepada keupayaan seseorang itu juga. Sebagai contoh tanda-

tanda seperti pening atau terlalu lesu. Malahan, pemakanan semasa berpuasa juga adalah salah
satu faktor penting untuk meningkatkan prestasi, kesihatan, dan fungsi tubuh badan seseorang
itu. Sebagai contoh jika seseorang itu mengambil makanan yang dapat dihadamkan dengan cepat
ataupun makanan yang sesuai untuk senaman, tempoh 20-30 minit adalah sudah memadai. Selain
itu, contoh lain ialah seseorang itu makan banyak selepas berbuka adalah wajar untuk menunggu
sekurang-kurangnya selama 60 minit sebelum melakukan senaman.
Justeru itu juga, pada pandangan saya sekiranya atlet ingin membakar lemak, maka
melakukan aktiviti ringan pada sebelah petang iaitu sebelum berbuka digalakkan. Fakta ini ada
diterangkan di dalam artikel ini. Selain itu, berjoging secara perlahan merupakan contoh terbaik.
Waktu yang sesuai ialah di antara 6.30 petang hingga 7 petang sebagai masa paling sesuai
melakukan aktiviti ringan semasa berpuasa.
Aktiviti fizikal bagaimanapun tidak digalakkan pada sebelah pagi selepas bersahur kerana
bimbang akan menjurus kepada masalah dehidrasi. Dehidrasi adalah gangguan dalam
keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi karena pengeluaran air lebih banyak
daripada pemasukan (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan
gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.
Kesimpulannya, bersukan dan bersenam pada bulan puasa adalah amat baik bagi
seseorang itu. Tidak kira seseorang itu atlet mahupun bukan atlet. Hal ini demikian kerana,
sistem tubuh badan manusia lebih baik ketika berpuasa. Buktinya, kajian telah menunjukkan
amalan berpuasa pada bulan Ramadan mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak
langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan
tekanan darah sistolik. Malahan, bersukan ketika berpuasa adalah saranan paling ideal sebagai
rawatan penyakit diabetes yang tidak bergantung pada insulin yang ringan dan sederhana. Begitu
juga dengan kesan psikologi. Selain ketenangan dan kedamaian minda, dipercayai ia berkaitan
dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Oleh yang demikian, pengambilan
pemakanan yang baik adalah sangat penting semasa bulan puasa untuk meningkatan prestasi dan
kesihatan semasa menjalankan aktiviti bersukan.

SOALAN
1) Kesan berpuasa terhadap hemeostasis atlet atau bukan atlet:
fungsi badan, pengawalan berat badan, prestasi dalam sukan dan kesihatan.

Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi, di mana
Homeostasis merupakan kemampuan suatu organisme dalam mengatur dan menjaga
keseimbangan lingkungan internalnya di bawah pengaruh perubahan lingkungan eksternalnya.
Pengaturan keseimbangan ini dapat mempengaruhi fungsi-fungsi sel hingga sistem organ dari
suatu organisme.
Antara kesan berpuasa terhadap hemeostasis dalam aspek fungsi badan ialah fungsi
adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula
lemak yang tersimpan dalam kulit. Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk
mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar
memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita. Sebagai contoh ia mampu merehatkan tubuh dan
memperbaiki saraf, mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya
untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan
berbagai cairan dalam tubuh. Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Selain itu, ia berfungsi
memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan, mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan
di dalam jaringan yang sakit dan mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai
jaringan dalam tubuh. Fungsi-fungsi yang dilakukan oleh setiap sistem tubuh berperanan dalam
mempertahankan homeostasis, sehingga lingkungan yang diperlukan untuk kelangsungan hidup
dan fungsi semua sel yang membentuk tubuh dapat dipertahankan. Tambahan lagi, sistem imun,
mempertahankan tubuh dari serangan benda asing dan sel-sel tubuh yang telah menjadi kanker.
Sistem ini juga mempermudah jalan untuk perbaikan dan penggantian sel yang tua atau cedera.
Sistem saraf adalah salah satu dari dua sistem pengatur(kontrol) utama tubuh. Sistem ini sangat
penting terutama untukmendeteksi dan mencetuskan reaksi terhadap berbagai perubahan
lingkungan intrnal. Sistem ini juga bertanggung jawab atas fungsi lain yang lebih tinggi yang
tidak seluruhnya ditujukan untuk mempertahankan homeostasis.

Selain itu, kesan berpuasa terhadap hemeostasis dalam aspek pengawalan berat badan
ialah disebabkan oleh sekatan kalori, berpuasa yang dapat meningkatkan sensitivity insulin dan
meningkatkan pengambilan glukosa ke dalam tisu peripheral. puasa tempoh yang lebih lama
seolah-olah mempunyai kesan yang baik terhadap homeostasis glukosa dengan meningkatkan
sensitiviti insulin. Menariknya ia telah menunjukkan bahawa penurunan berat badan (selepas
program penurunan berat badan) menyebabkan pengurangan dalam asid lemak mobilisasi (30%)
dan peningkatan sebanyak 60% daripada sensitiviti insulin, bebas daripada kesan senaman. Oleh
itu sensitiviti insulin mungkin kesan badan penurunan berat badan dan bukan punca ia. Walau
bagaimanapun perubahan dalam sensitiviti insulin tidak menunjukkan korelasi dengan perubahan
dalam berat badan.
Tambahan lagi, kesan berpuasa terhadap hemeostasis dari aspek prestasi dalam sukan
ialah boleh menyebabkan kurang konsisten berkaitan kesan puasa ke atas prestasi atlit ketika
bulan puasa. Motivasi atlit adalah sangat rendah dalam melakukan aktiviti fizikal dan
menyebabkan terdapatnya pengurangan dalam prestasi fizikal. Secara tidak langsung
menyebabkan kesan latihan tidak begitu efektif ketika bulan Ramadan. Oleh itu, jurulatih telah
memberi kesan kepada atlit dengan mengurangkan risiko penurunan prestasi latihan,
mengurangkan intensiti latihan atau menjalankan tahap latihan yang sama. Bagi jangka masa
panjang pula, latihan di bulan Ramadhan memerlukan pelarasan terhadap pengurangan beban
latihan ke atas atlit-atlit beragama Islam khususnya. Selain itu, faktor ini banyak dipengaruhi
kemungkinan seperti tempoh berpuasa, tahap kecergasan subjek, keadaan sekeliling, motivasi,
perubahan waktu tidur dan pengukuran pada hari pengujian. Oleh hal yang demikian, pelbagai
perubahan kepada prestasi fizikal ketika dalam bulan Ramadhan. Pelbagai kajian menunjukkan
prestasi fizikal akan menurun ketika di bulan Ramadhan bergantung kepada ujian dan kesesuaian
waktu ujian itu sendiri dijalankan. Secara keseluruhan terdapat aspek-aspek yang menunjukkan
peningkatan dan penurunan dalam prestasi fizikal bergantung kepada tahap fizikal seseorang,
tempoh berpuasa, motivasi dan intensiti latihan itu sendiri.
Akhir sekali, kesan berpuasa terhadap hemeostasis dari aspek kesihatan ialah dalam ilmu
perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik atau racun-racun dari badan
dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Berpuasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga

menajamkan minda kita. Di dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses
pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah
tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai
terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk
dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak.Hal ini demikian
akan menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Kesimpulan
kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu,
menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Anda mungkin juga menyukai