Anda di halaman 1dari 3

TranungKite Online (TKO) - Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

Ahad : 3 Mac 2013


@ 20 Rabiul Akhir 1434H

Create an account
TERKIN
I..

Page 1 of 8

Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung Umno 2012?

Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

Iklan Kiri

Artikel Hari Ini


Kantoi: Pemimpin
utama Sulu hadir
Perhimpunan Agung
Umno 2012?
Terkini: 6 polis maut, 6
anggota kumpulan
bersenjata terbunuh
Selagi BN Berkuasa,
Selesaikah Masalah
Kita?
Kita hanya serius jika
kecurian berlaku di
Istana Menteri UMNO !
PSY : Bertindak
Mengikut Pungutan
Suara Majoriti ?

Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini


Posted on Saturday, March 02 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

5 anggota PDRM
terbunuh, 2 penceroboh
maut.

Blog Shalehudin

Cu, Duduk Sebentar


Atuk Terangkan
Senjata Umno makan
tuan...
Rumah Undang Rembau
dijadikan Bilik Gerakan
Pakatan Rakyat
Umno BN peralat
Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia
berkempen dari rumah
ke rumah
[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname
Password
Tahukah anda?
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu)
yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang';
gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat
Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan
berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya
DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang
dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu
siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua
Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk
Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.
Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan
dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum
FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.
Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak
pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa
menceroboh tanah pusakanya.
Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat
Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon
Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan
Tanah.
Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan
disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang
kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang
bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan,
terap dan sebagainya.

Login
Don't have an account yet?
You can create one. As a
registered user you have
some advantages like
theme manager, comments
configuration and post
comments with your name.

Related Links

More about Pendapat


News by PenjagaKubur
Most read story about
Pendapat:
Lahad Datu: Edisi
BERAPI dari Sabahkini
[EKSKLUSIF] Misteri
Pertembungan Mahathir
Anwar Terbongkar!
Cerita Nik Aziz yang
menyentuh jiwa...
Us Nasha Bakal
Bertanding Menentang
Dr Hassan Ali Di
Gombak Setia?
Ni buktinya Najib patut

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4118...

03-Mar-2013

TranungKite Online (TKO) - Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah
tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah
sawit daripada FELDA.
FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan
Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk
menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.
Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga
RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas
membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh
semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya
sebelum ini.
Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad
telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian
tuntutannya.
Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja
mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan
sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.
Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari
kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang
ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas
tuntutan.

Page 2 of 8

turun...
Mengapa orang ada
PHD agama hebat
sombong
Video paling aneh
minggu neh...
Lajim Agen Umno?
PANAS! Peluang BN
Semakin Pudar Di
Sabah?
Asal Usul
Perkataan 'BRO'

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1

Please take a second and


vote for this article:

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan';
sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak
disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; sematamata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi
membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.
Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya
menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat
bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.
Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana
beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan
saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100
hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.
Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak
dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi
saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu
serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes
mahkamah.

Cast my Vote!

Options

Cetak Artikel
E-Mel kpd Kawan

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik
Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya
daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital
Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.
Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka
datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan
tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya
berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan
perundangan buntu.
Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah
menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil
kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping
menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada
Kerajaan Malaysia.
Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan
diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat
kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.
Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa
mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse
Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang
tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.
Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan
dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih
mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh
pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi
PATI.
Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd
Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital
Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk,
kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa
Malaysia.
Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang
semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa
kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.
Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera
berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.
Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram
pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.
Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di
Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.
Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum
pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk
mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4118...

03-Mar-2013

TranungKite Online (TKO) - Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

Page 3 of 8

tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.


Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang
disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat
sebagai penjenayah yang bersubahat.
Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak;
apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera
berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk
mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya
hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.
Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di
Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik
Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang
telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.
DAPATKAN IKLAN
BERPATUTAN DENGAN
KAMI -- KLIK DI SINI

Menu Utama

Asas Laman
Home
10 Teratas
Akaun Anda
Album
Arkib Artikel
Beritahu Kawan
FAQ
Forum
iklan
Kajian
Komen
Kotak Sembang
Link Pilihan
Masej Peribadi
Muat Turun
Pencarian
PHPNuke Editor
Statistik
Sudut Cetak
Topik
Waktu Solat

Tambahan
GuestBook
Mega Links
Tempahan Iklan
Peta Laman

Peranan Anda
Tambah Download
Tambah Links
Beritahu Kawan
Komen/Cadangan
Kaji Selidik
Catat GuestBook

Ahli Berdaftar
Hantar Artikel
Akaun Anda
Mesej Peribadi
SMS Percuma

Khidmat Kami
Download
Webs Link
Waktu Solat
Kalendar Aktiviti
Papar Shout Box

Radio & TV
TKO.fm
TKO.tv
WebTV1
WebTV2
KTV
WTV8
TVPAS
WebRTV

Bantuan & Info


Dasar Kami
FAQ
Tips Webs

TKO Versi Android

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran
gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan
mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.
Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar
Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan
Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat
suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa
ke muka pengadilan.
Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam
keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat
sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.
Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera
terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding
dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.
Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad
Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak
mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat.
Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan
keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang
berkawal!
Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua
APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan
meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok
daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan
Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan
seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.
Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang
terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri
secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan
niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!
Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan
Sabah dapat episod akan datang.
(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya
membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan
Palsu dari Sulu)
Sumber: Sabahkini.net

* Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com . Dapatkan maklumat lanjut di SINI


1.

BISNES Makanan POPULAR - Putu, BUN, Pau, PIZZA, Taufufah, CAKOI, Murtabak, CENDOL,
Coklat &banyak. Pelajari Disini >>>>

2.

Kitab Tafseer, Hadith, Aqidah & Fiqh semuanya boleh di dapati di SHOUTUS SUNNAH
ENTERPRISE. MURAH!!!

3.

PENAWAR GHOUT,BUASIR,MIGRAIN JUGA PRODUK KURUSKAN BADAN 5-10KG


SEMINGGU DAPATKAN SEGERA

4.

Pakej UMRAH Terbaik ~ Perkhidmatan BAS PERCUMA Pergi Balik Hotel ke Masjidil Haram
Setiap Waktu Solat~

5.

VIMAX ORI LAGI MURAH..SEGALA PRODUK LELAKI MURAH-MURAH SANGAT

6.

TRANSFOMASI ALKALI SEDANG MELETUP ! SYSTEM AUTO MAINTAIN! POTENSI JUTAWAN


KEKAL! SYARIKAT DARI U.S ! TIADA SAINGAN !

7.

Mudah dan berkesan!! IKLAN, JUAL dan CARI produk, rumah, kereta, barang anda di sini,
KLIK!!!

"Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini" | Login/Create an Account | 7 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Untuk memudahkan
pengguna
smartphone/smartpad atau
tablet mengakses TKO
pihak kami telah membuat
RSS bagi laman TKO.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4118...

03-Mar-2013