Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI UTILITI

Utiliti membawa maksud kuasa pemuasan terhadap produk atau perkhidmatan. Utiliti terdiri
daripada dua pihak iaitu pengeluar dan penjual. Utiliti pengeluar bertindak sebagai ejen yang
menukarkan bahan mentah (input) kepada produk yang diperlukan pelanggan (output). Utiliti
penjual pula ialah menentukan tempat, bentuk, masa dan pemilikan kepada pelanggan.
Terdapat empat konsep dalam utiliti iaitu utiliti tempat, utiliti masa, utiliti bentuk dan utiliti
pemilikan. Utiliti tempat ialah produk yang dikehendaki dan boleh di perolehi oleh pengguna
di tempat yang dikehendakinya. Contohnya sekiranya pengguna hendak mendapatkan buku
tulis, mereka boleh dapatkannya di kedai buku. Utiliti masa pula ialah produk boleh didapati
oleh pengguna apabila dikehendaki pada masa diperlukan. Sebagai contoh ketika waktu hujan
turun. Pengguna amat memerlukan payung pada masa itu dan ianya ada dijual dimana-mana
serta mudah didapati. Bagi utiliti bentuk pula pengguna boleh mendapatkan produk yang
dikehendaki mengikut ciri-ciri yang sesuai pada mereka. Ciri-ciri produk meliputi aspek
bentuk, saiz, rasa dan warna yang dikehendaki. Contohnya baju yang pelbagai saiz dan
warna. Utiliti pemilikan pula ialah pengguna boleh mendapatkan produk dengan cara bayaran
tunai mahupun secara ansuran. Hal ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk
yang berharga. Contohnya membeli kereta. Oleh itu dapat dikatakan disini bahawa utiliti
adalah tingkat kepuasan bagi individu dalam mendapatkan sesuatu perkhidmatan.

Anda mungkin juga menyukai