Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin
Jawatan : Yamtuan Seri Menanti Wilayah jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol FAKTOR PENENTANGAN
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato'
Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British
Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai
pemerintah Sungai Ujong
Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana
bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya .
Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana
menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti .
Residen British di Sungai Ujong ( P.J Murray ) menghantar
tentera dan juruukur untuk membuat siasatan
Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya
menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya
pertempuran Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh :
Dato' Siamang Gagap
Tengku Besar Tampin
penduduk Rembau , Jelebu dan Johol
Disember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS ( Negeri-Negeri Selat )
British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat
bantuan tentera NNS .
Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke
Johol . KESAN PENENTANGAN
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah
berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu
William Jervois
Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan
PERISTIWA PENENTANGAN
Yamtuan Antah menentang penempatan
seorang Penolong Residen British di
Sungai Ujong. Beliau khuatir British akan meluaskan kuasanya ke kawasankawasan di sekitar Sungai Ujong. Kapten Tatham dihantar ke Sungai Ujong untuk bertugas sebagai Penolong Residen British setelah Dato' Kelana meminta bantuan dan perlindungan British. Pada 1875, perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak diiktiraf oleh Dato' Kelana kerana beliau telah berkuasa sejak 1874. Yamtuan Antah turut bertindak balas dengan tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Satu pergaduhan berlaku antara Yamtuan Antah dengan Dato' Kelana.
Pergaduhan ini berlaku berikutan
tuntutan Dato' Kelana ke atas Terachi yang dianggap kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan bantuan tentera British, Dato' Kelana dapat menewaskan Yamtuan Antah. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. British seterusnya menawan Bukit Putus dan menguasai Kuala Jempol serta Terachi pada bulan Disember 1875. Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada akhir 1876, Yamtuan Antah menandatangani satu perjanjian dengan British. Beliau diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahan takluknya iaitu