Anda di halaman 1dari 23

Topik

Rekreasidan
Kesenggangan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami makna rekreasi dan kesenggangan;
2. Menghuraikan hasil yang boleh diperolehi aktiviti rekreasi dan
kesenggangan;
3. Menjelaskan perbezaan di antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan;
4. Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti rekreasi dan
kesenggangan; dan
5. Mencirikan konsep aktiviti rekreasi dan kesenggangan

X PENGENALAN
Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan
manusia. Sejak zaman dahulu kala, manusia sentiasa akan merasa istirahat dan
kegembiraan walaupun sejenak. Pengalaman beraktiviti ini akan berbeza dari
seorang dengan yang lain. Setiap manusia mempunyai variasi dan kepelbagaian
dalam memilih aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Ianya mempunyai perkaitan
dengan istirahat dan kegembiraan melalui pengaruh persekitaran yang ada.
Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat di mana istirahat dan kegembiraan
itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara seseorang dan antara satu
kelompok budaya dengan yang lain.

W 29

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

2.1
2.1.1

KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN


REKREASI DAN KESENGGANGAN
Rekreasi

Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia


bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas manusia seperti untuk
makan, minum dan tidur, keperluan hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan,
dan keperluan untuk berehat. Masa yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan
sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan
apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri. Aktiviti yang dilakukan pula bebas
dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti rekreasi adalah merupakan
komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk mengisi masa
lapang mereka.
Berikut adalah antara beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi
dan memudahkan anda memahaminya:
(a)

Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi

(b)

Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi

(c)

Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal

(d)

Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri

(e)

Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung

(f)

Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration)

(g)

Membantu dalam penglahiran rasa (self expression).

Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi


terutamanya aktiviti fizikal, yang mempunyai ciri berikut:

adalah

aktiviti,

(a)

Coraknya beraneka

(b)

Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan

(c)

Penyegaran jasmani dan rohani

(d)

Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara


sukarela

(e)

Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas

(f)

Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu

(g)

Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak


daripada aktiviti tugasnya yang lazim

30 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(h)

Selain daripada untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga
bertujuan menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan
tekanan kerja sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu
memenuhi masa lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara
sukarela bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tiada peraturan tertentu yang piawai
digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan bila-bila masa
dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan
memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan
intelektual.
Rekreasi merupakan aktiviti fizikal dan bukan fizikal yang melibatkan darat, air
dan udara sama ada menggunakan tenaga manusia, kuasa alam (air dan angin)
atau menggunakan motor. Aktiviti rekreasi memberikan kesan positif terhadap
psikologi dan fisiologi. Pembabitan diri dalam aktiviti rekreasi memberi ruang
kepada kita membina jati diri dan ketahanan mental serta dapat memupuk
semangat setia kawan antara rakan-rakan di samping dapat menyerapkan nilai
murni.
Secara amnya rekreasi boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:
(a)

Tahap aktif termasuklah aktiviti pendidikan luar, bersukan, berlakon,


bermain alat muzik, berkebun dan berkhemah.

(b)

Tahap pasif termasuklah aktiviti membaca, menonton televisyen,


mendengar radio atau menjadi penonton aktiviti sukan dan lain-lain.

Dengan menyertai aktiviti rekreasi anda boleh merentasi samudera atau


menyelami dasar lautan, menyaksikan keindahan karangan laut atau
mempelajari permainan gasing tradisional, berkhemah, meredah hutan
belantara.
Di Malaysia Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Rekreasinya
merupakan badan utama bertanggungjawab terhadap aktiviti rekreasi luar
seperti kembara, mendaki tembok dan lain-lain. Sementara Kementerian
Kebudayaan dan Warisan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan tradisional
dan lain-lain.

2.1.2

Kesan daripada Abiliti Rekreasi

Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan
aktiviti rekreasi adalah seperti berikut:

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

W 31

(a)

Kegembiraan dan Keseronokan


Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami
pengalaman baru.

(b)

Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan
kepuasan atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui.

(c)

Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di
antara tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi.

(d)

Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti
bertolak ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina
kestabilan emosi.

(e)

Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru
yang diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk
memperkembangkan daya pemikirannya.

(f)

Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau
tekanan ketika melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi
dapat membantu anda menikmati kebebasan dan menentukan hala tuju
aktiviti.

(g)

Kesegaran Fizikal
Dengan melakukan berbagai bentuk aktiviti rekreasi anda akan
memperoleh kesegaran fizikal yang membantu mewujudkan kesihatan
jasmani dan mental yang baik.

(h)

Interaksi Sosial
Melalui aktiviti rekreasi peluang dan ruang untuk berinteraksi melalui
rekreasi dapat membantu mewujudkan suasana hubungan sosial yang
lebih baik harmoni.

32 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Apakah yang anda faham mengenai rekreasi dan bincangkan ciricirinya?

2.

Dari penglibatan dalam bidang rekreasi apakah hasil yang berpotensi


untuk diperolehi?

2.2

KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh


manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti
kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan
dari perkataan Inggeris leisure. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah
secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan
peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.
Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud
untuk menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir
dalam bahasa Perancis yang bermaksud membenarkan', dan kata license
(bermakna bebas untuk menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya)
dalam bahasa Inggeris. Kesemua kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan
kebebasan atau memberikan pilihan dan ketiadaan paksaan.
Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah schole yang bermakna aktiviti
yang serius tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah
berasal dari kata Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi
bahawa ada hubungan yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan
pendidikan.
Jean Mundy dan Linda Odum berpendapat ketika dalam aktiviti senggang,
individu bebas memilih kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang
boleh memenuhi kehendak individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu
mampu memenuhi keinginan dan keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat
memberikan ruang yang membenarkan. seseorang memilih untuk beraktiviti
secara bebas tanpa halangan.

2.2.1

Konsep Kesenggangan

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat


di antara rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

W 33

dan ciri-ciri yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari
definisi Torkildsen (1992), Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat
kesamaan dalam hujah mereka mengenai kesenggangan. Menurut mereka
kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:
(a)

Berkait masa

(b)

Masa terluang

(c)

Sebagai satu aktiviti

(d)

Satu aktiviti yang menyenangkan

(e)

Memiliki konsep yang menyeluruh holistic

(f)

Sebagai satu cara hidup

(g)

Simbol taraf sosial

SEMAK KENDIRI 2.2


1.

Jelaskan apa yang faham mengenai kesenggangan dan konsepnya.

2.

Apakah perbezaan yang boleh anda kaitkan di antara kesenggangan


dan rekreasi?

2.3

AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN

Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan,
anda akan diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh
komuniti aktiviti rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

2.3.1

Aktiviti Rekreasi Luar

Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan
sebarang kegiatan yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam
sekitar. Dari aspek jenis aktiviti ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat
luas.

34 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(a)

Berkhemah

Rajah 2.1: Berkhemah

Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi.


Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk
mencapai matlamat yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada
di persekitaran yang berbeza dari kehidupan biasa. Anda perlu
meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan di rumah dan perlu
menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak
memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di
rumah. Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan
satu aktiviti yang menyegarkan.
(b)

Berbasikal Bukit (Mountain Biking)

Rajah 2.2: Berbasikal bukit (mountain biking)

Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran


pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama
seperti perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini
melibatkan laluan-laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit,

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

W 35

sempit, curam dan sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari
pada basikal biasa yang digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak.
(c)

Kayak

Rajah 2.3: Kayak

Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi


kayak di atas air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling
mudah digunakan. Ianya memerlukan latihan dan kemahiran bagi
mengemudi sebuah kayak.
(d)

Mendaki Tembok Tiruan dan Semula Jadi

Rajah 2.4: Mendaki tembok tiruan dan semula jadi

36 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah
merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini
memerlukan kemahiran peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan
teknik yang betul untuk sampai ke puncak. Aktiviti ini menggunakan
tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol meletak tangan (hand hold)
dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi pula ianya
memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai anchor untuk
meletak Pitons sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari
jenis snap gate. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness,
tali, karabiner, chalk bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan
terdapat pelbagai tembok yang memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang
berbeza untuk menambahkan cabaran aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh
dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-tembok semula jadi
seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar
berbanding memanjat tembok tiruan.
(e)

Mendaki Gunung (Mountaineering)

Rajah 2.5: Mendaki gunung (mountaineering)

Mendaki gunung merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan


cabaran dan kepuasan kepada penggiatnya. Ianya bukan hanya bertumpu
kepada pendakian dan menikmati akan keindahan panorama dari kawasan
tinggi tetapi ianya juga turut mencabar fizikal dan mental, berisiko dan
memerlukan usaha yang gigih tanpa putus asa. Aktiviti ini memerlukan
penggiatnya memiliki kemahiran asas dalam aktiviti rekreasi luar seperti
berkhemah, penggunaan tali, navigasi, keselamatan, ikhtiar hidup, dan
pertolongan cemas. Kemahiran ini akan menjadi pelengkap kepada aktiviti
mendaki gunung sebagai contoh ada gunung yang memerlukan peserta

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

W 37

bermalam di sepanjang laluan kemahiran berkhemah amat diperlukan


manakala navigasi pula bagi membantu anda menyemak kedudukan
dengan peta dan kompas.
(f)

Kembara Hutan (Jungle Tracking)

Rajah 2.6: Trekking

Trekking adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan melalui denai-denai


dan jalan kecil di dalam hutan. Aktiviti ini memerlukan satu kawasan yang
luas dan jarang di lalui oleh orang mahupun binatang. Trekking biasanya
di lakukan di dalam hutan simpan atau hutan dara yang belum di terokai.
Impak melalui aktiviti seperti selain mencabar kemampuan fizikal dan
mental peserta ianya dapat merapatkan hubungan manusia dan alam
sekitar.
(g)

Paintball

Rajah 2.7: Paintball

38 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Paintball satu sukan ekstrem baru dan sedang mendapat tempat di negara
kita. Ia mulanya berasal daripada aktiviti mewarnakan pokok di hutan dan
menandakan lembu untuk disembelih. Ketika itu ianya menggunakan
spray gun untuk menandakan lembu atau pokok. Disebabkan terlalu
bosan, mereka mula menembak sesama sendiri dan akhirnya sukan
paintball mula tercipta.
Perang dalam sukan ini Paintball membabitkan dua kumpulan yang
bertarung untuk menyelamatkan bendera mereka di tempat musuh. Ketika
peperangan ini peluru paintball yang digunakan akan pecah menjadi
warna setelah ditembak. Aktiviti paintball diadakan dengan tujuh peserta
untuk setiap kumpulan. Misi utama dalam aktiviti ini ialah untuk
mendapatkan bendera yang dicacakkan di tengah padang. Setiap
kumpulan diberi peluang untuk berperang sebanyak tiga kali.
(h)

Whitewater Rafting

Rajah 2.8: Whitewater rafting

White Water Rafting adalah satu aktiviti rekreasi yang amat mencabar
fizikal dan mental para penggemarnya. Aktiviti ini memerlukan peserta
memiliki kekuatan daya tahan yang maksimum. Aktiviti ini membawa
peserta mengemudi bot getah menerusi sungai yang memiliki jeram yang
dilabel mengikut tahap kesukaran. Lebih sukar tahap satu-satu jeram yang
bakal dilalui maka bertambah mencabar dayungan dan kawalan ketika
melaluinya.

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(i)

W 39

Selam Scuba

Rajah 2.9: Selam scuba

Scuba adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing


Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Aktiviti
selaman scuba ini merupakan aktiviti yang dilakukan di bawah permukaan
air. Ianya dilakukan dengan menggunakan bantuan alatan menyelam.
Ianya menggunakan tangki udara yang membekalkan bekalan udara bagi
membolehkan penyelam kekal lama bawah air untuk jangka masa yang
agak lama. Aktiviti seperti melihat keindahan laut, spesies hidupan dan
karangan laut merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan ketika selam
scuba.
(j)

Orienteering

Rajah 2.10: Orienteering

Orienteering adalah satu aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang itu


menggunakan peta dan kompas untuk menuju dari satu titik ke satu titik

40 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

kawalan yang lain. Aktiviti orienteering ini bukan hanya memerlukan


seseorang itu memiliki kemahiran membaca peta dan kompas tetapi
mereka juga perlu mantap dari segi kemampuan fizikal dan mental.

Snorkeling

(k)

Rajah 2.11: Snorkeling

Snorkeling adalah aktiviti yang membolehkan anda melihat dan menghayati


hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan spesies hidupan marin dengan
menggunakan topeng muka dan bernafas dengan menggunakan snorkel'
.Aktiviti ini juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang amat popular pada
masa ini selain dari aktiviti yang lebih mencabar dan agak sofistikated seperti
selam scuba. Aktiviti snorkeling ini dapat membantu seseorang individu
menikmati pemandangan dalam laut dengan menggunakan beberapa peralatan
ringan serta mudah dikendalikan. Peralatan yang gunakan agak ringkas dan
ianya terdiri dari peralatan-peralatan asas seperti, topeng (mask), snorkel, dan
fins.

SEMAK KENDIRI 2.3


1.

Bincangkan apakah ciri-ciri yang terdapat dalam setiap aktiviti yang


diperkenalkan dalam rekreasi.

2.

Kenal pasti apakah kepentingan aktiviti luar ini kepada pendidikan


di sekolah.

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

2.3.2

W 41

Aktiviti Rekreasi Dalaman

Aktiviti rekreasi dalaman pula banyak melibatkan aktiviti yang dilaksanakan


secara dalaman seperti di dalam dewan, rumah, kelas dan sebagainya. Ianya
tidak melibatkan aktiviti dan persekitaran luaran. Jenis-jenis aktivitinya juga
disesuaikan untuk dilakukan dalam suasana dan persekitaran dalaman.
(a)

Sukan Siber (Cyber Sports)

Rajah 2.12:Sukan siber (cyber sports)

Rekreasi terbaru di abad ini ialah penggunaan aplikasi sukan secara elektronik
dalam talian internet. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sukan yang berbentuk
maya dimainkan secara online di seluruh dunia. Permainan ini boleh
dimainkan secara berpasukan dan juga secara individu. Pemain hanya perlu
menghubungi pemain lain di mana saja mereka berada di dunia yang berada
dalam system yang sama. Perhubungan ini boleh dilakukan melalui sistem
internet relay chat yang biasa digunakan. Ianya mampu mewujudkan satu
komuniti yang membentuk satu liga permainan siber. Setiap liga yang
diwujudkan perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Antara liga online yang popular adalah seperti Cyber athlete Amateur League,
Cyber Evolution, Clan Base, United Kingdom Electronic Sports Network dan
Electronic Sports League.
(b)

Permainan Catur

Rajah 2.13: Bidak buah catur

42 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Catur adalah permainan yang menggunakan kemahiran berfikir dan


dimainkan oleh dua orang. Pecatur adalah orang yang memainkan catur.
Sebelum sebarang permainan dimulakan pecatur memilih biji catur yang
akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang biasa bagi bidak catur iaitu
hitam dan putih. Kebiasaannya permainan yang memiliki buah berwarna
putih akan memulakan langkah pertamanya dan diikuti selanjutnya oleh
pemain buah hitam secara bergantian sehingga tamat permainan.

2.3.3

Aktiviti Kesenggangan

Bagi aktiviti kesenggangan pula kebanyakan dari aktivitinya terdiri daripada


aktiviti yang sama seperti aktiviti rekreasi. Manusia bebas memilih jenisnya
tetapi apa yang perlu dilihat konsep dan ciri-ciri kesenggangan itu dilakukan
untuk tujuan apa. Aktiviti kesenggangan melibatkan masa yang membantu
manusia untuk melepaskan tekanan dari rutin kehidupan biasa seperti bekerja
dengan menggantikan dengan aktiviti yang dipilih tanpa ada unsur paksaan dan
memberikan kesan kepada mental dan fizikal pelaku.

SEMAK KENDIRI 2.4


1.

Apakah perbezaan yang terdapat pada aktiviti rekreasi luar dan


dalaman?

2.

Bagaimanakah
kehidupan

2.3.4

aktiviti

kesenggangan

boleh

memanfaatkan

Pengurusan Aktiviti Rekreasi dan


Kesenggangan

Bagi setiap aktiviti rekreasi yang ingin dilaksanakan ianya perlu dirancang
secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek penting bagi setiap jenis
aktiviti rekreasi ataupun kesenggangan. Perancangan ini bukan hanya diguna
pakai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan sahaja malah ianya juga melibatkan
aktiviti rekreasi yang hendak dijalankan secara bersendirian. Dalam konteks ini
perancangan yang menyeluruh perlu mengambil kira pelbagai perkara penting
dalam aktiviti rekreasi baik dari segi peralatan hinggalah kepada keselamatan.

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

2.4

W 43

PENGURUSAN AKTIVITI REKREASI

Rajah 2.14: Proses perancangan aktiviti rekreasi

Dalam merancang sebarang jenis aktiviti rekreasi anda perlu melalui proses
perancangan yang mengambil kira pelbagai aspek penting yang perlu difikirkan
bagi mendapat hasilan aktiviti yang dingini. Beberapa faktor yang perlu dititik
beratkan dalam perancangan adalah seperti berikut:
(a)

Maklumat aktiviti

(b)

Objektif aktiviti

(c)

Organisasi

(d)

Persiapan

(e)

Logistik

(f)

Kewangan

(g)

Pelaksanaan

(h)

Keselamatan

2.4.1

Maklumat Aktiviti

Sebagai perancang aktiviti anda perlu tahu jenis aktiviti yang bakal anda pilih
untuk dilaksanakan. Maklumat mengenai aktiviti tersebut perlu mengambil kira
akan faktor latar belakang peserta yang sesuai mengikutinya dan juga tahap

44 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

kesukaran yang bakal dihadapi. Antara sumber-sumber maklumat yang boleh


diperolehi adalah seperti laporan aktiviti, brochures, rencana akhbar, majalah,
laman web, persatuan, agensi kerajaan dan juga syarikat swasta. Beberapa
contoh maklumat yang perlu anda cari adalah seperti:
(a)

Penerangan mengenai aktiviti.

(b)

Bagaimana untuk terlibat dalam aktiviti ini.

(c)

Jika ingin mendaki sebagai contoh anda perlu mendapatkan maklumat


mengenai cuaca, jarak dan bentuk muka bumi kawasan pendakian.

(d)

Potensi bahaya yang bakal dihadapi.

(e)

Peralatan asas yang diperlukan untuk aktiviti.

(f)

Kemudahan yang disediakan untuk pelbagai tujuan termasuk ketika


berlaku kecemasan.

(g)

Kadar harga yang akan dikenakan.

Selain daripada itu juga sebagai perancang anda perlu juga menyemak jika
sebarang aktiviti rekreasi itu perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak
berwajib seperti Majlis kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Polis dan
sebaginya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melanggar sebaran
peraturan atau syarat yang ada di keluar oleh pihak berwajib bagi tujuan
mengawal dan memantau keselamatan para peserta.

2.4.2

Objektif Program

Berbalik kepada definisi rekreasi dan kesenggangan anda perlu


mengklasifikasikan aktiviti anda. Anda perlu tahu apakah tujuan utama
pelaksanaan aktiviti dan output yang anda inginkan. Ianya mungkin untuk
tujuan berseronok ataupun untuk tujuan pembangunan kendiri dan anda perlu
tentukan.
Sesuatu objektif program itu perlu boleh diukur dengan membuat perbandingan
berdasarkan objektif yang telah digariskan bagi satu-satu aktiviti atau dengan
kata lain objektif perlu melambangkan sesuatu yang ingin dicapai.

2.4.3

Organisasi

Berikutnya setelah menetapkan jenis dan matlamat objektif aktiviti sudah sampai
waktunya bagi melaksanakan aktiviti melalui penubuhan satu organisasi yang
akan merealisasikan aktiviti yang telah dirancang. Melalui organisasi ini anda

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

W 45

perlu memilih ahli jawatankuasa yang akan bertanggungjawab untuk


melaksanakan tugasan yang telah dirancang. Sebagai contoh seperti penubuhan
pelbagai jawatankuasa kecil seperti jawatankuasa keselamatan, logistik, aktiviti,
ketering/makanan, kewangan dan sebaginya. Inilah dinamakan pengurusan di
mana melalui pengorganisasian semua tugasan dilakukan melalui anggota yang
anda bagi mencapai satu objektif yang diinginkan.

2.4.4

Persiapan

Rajah 2.15: Persiapan dan pemeriksaan peralatan aktiviti

Dalam fasa persiapan ini anda sebagai perancang perlu melihat aktiviti
persiapan ini dari pelbagai sudut antaranya seperti menyediakan kenderaan
peserta, insurans peserta, kelulusan aktiviti, bekalan makanan, kelengkapan dan
peralatan aktiviti dan sebagainya. Bagaimana anda boleh memantau persiapan
ini dilaksanakan dengan berkesan? Berikut adalah beberapa panduan yang anda
boleh gunakan untuk memastikan persiapan telah berjalan seperti yang
dirancang:
(a)

Menyediakan carta aliran kerja yang boleh disemak dan diikuti oleh semua
anggota jawatankuasa.

(b)

Persiapan yang perlu dijalankan dan menetapkan bila tugasan tersebut


perlu disediakan sebagai contoh kelulusan program perlu diperolehi dari
pihak pengurusan atau proses pinjaman peralatan aktiviti.

(c)

Pemantauan yang berterusan ketika persiapan perlu dilakukan oleh Ketua


projek atau pengerusi jawatankuasa agar semua aktiviti persiapan
menepati jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

46 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(d)

Menyediakan senarai semak yang boleh dijadikan panduan kepada anda


bagi menentukan semua agenda persiapan telah dilakukan.

(e)

Mesyuarat merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan secara


berterusan bagi mendapatkan gambaran mengenai status persiapan,
masalah yang dihadapi dan juga dalam masa yang sama meninjau prestasi
persiapan aktiviti. Melalui mesyuarat juga anda boleh berkomunikasi
secara terus dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.

(f)

Jika aktiviti yang ingin dilaksanakan itu perlu melibatkan latihan seperti
aktiviti mendaki gunung misalnya, maka perancangan yang rapi untuk
latihan mendaki perlu dititikberatkan. Antara latihan yang boleh
dijalankan adalah seperti latihan kecergasan, latihan penyesuaian iklim,
latihan menggunakan peralatan, latihan menyelamat dan sebagainya.

2.4.5

Logistik

Rajah 2.16: Kemudahan penginapan yang baik melicinkan perjalanan aktiviti

Bagi tujuan logistik anda perlu memastikan apakah kemudahan logistik yang
perlu disediakan untuk menyokong aktiviti yang bakal anda laksanakan. Tanpa
kemudahan logistik yang baik anda akan berhadapan dengan pelbagai
kesukaran ketika aktiviti dilaksanakan. Antara contoh kemudahan logistik
adalah seperti kemudahan:
(a)

Peralatan aktiviti

(b)

Bekalan makanan

(c)

Pengangkutan darat atau air

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(d)

W 47

Tempat penginapan dan sebagainya

2.4.6

Kewangan

Melalui maklumat-maklumat yang telah diperolehi dan apa yang telah anda
rancang, anda sudah boleh mengenal pasti anggaran kewangan yang diperlukan
bagi aktiviti. Anda perlu membuat anggaran perbelanjaan kewangan aktiviti ini
berdasarkan keperluan yang amat diperlukan untuk memastikan aktiviti
tersebut boleh dijalankan. Elakkan dari memasukkan perbelanjaan yang tidak
penting bagi mengelakkan pembaziran. Melalui rancangan kewangan ini juga
anda perlu memastikan bagaimana sumber kewangan boleh diperolehi dalam
jangka masa yang telah ditetapkan antaranya seperti mendapatkan penajaan,
mengumpul wang sumbangan ahli dan sebagainya.

2.4.7

Pelaksanaan

Seperti yang telah dirancang tibalah masanya untuk melaksanakan atau


merealisasikan apa yang telah dirancang sekian lama. Ketika pelaksanaan
aktiviti anda perlu mengambil kira semua keperluan aktiviti telah dilengkapkan
untuk mengelak sebarang kekalutan ketika aktiviti bakal berjalan. Melalui
penjadualan aktiviti yang tersusun dan mengambil kira semua aspek
perancangan aktiviti juga akan menjadi penentu kepada kelicinan aktiviti.

2.4.8

Keselamatan

Rajah 2.17: Pemeriksaan keselamatan peralatan perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti dijalankan

48 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Menitik berat dan mengutamakan keselamatan merupakan agenda yang perlu


sentiasa ada kepada perancang aktiviti rekreasi. Keselamatan bukan hanya
tertumpu kepada aspek tertentu sahaja tetapi ianya perlu mengambil kira
pelbagai aspek. Sebagai contoh melaksanakan aktiviti ekspedisi berkayak, anda
perlu memastikan keselamatan seperti:
(a)

Peralatan peserta seperti kayak dan jaket keselamatan selamat digunakan

(b)

Peserta membawa keperluan yang cukup ketika aktiviti seperti makanan


yang cukup, air dan peralatan ikhtiar hidup

(c)

Keadaan cuaca, arus kekuatan laut, pasang surut air dan kawasan yang
berombak kuat dan berbahaya

(d)

Memastikan kumpulan ekspedisi diiringi oleh bot keselamatan yang


berkuasa tinggi untuk tujuan menyelamat ketika kecemasan

Anda juga perlu sentiasa memastikan kesemua peralatan aktiviti selamat


digunakan dan perlu diperiksa sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
Pemilihan tempat aktiviti juga perlu dipastikan selamat dengan mengadakan
penilai potensi bahaya di persekitaran tempat. Anda juga perlu menyediakan
satu pelan tindakan kecemasan sebagai iaitu ketika berlaku kecemasan berlaku
apakah tindakan yang perlu dibuat seperti memiliki nombor agensi menyelamat,
hospital, polis dan sebagainya.

2.5

PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS


AKTIVITI

Perlunya pada setiap kali selesainya sebarang aktiviti, satu penilaian yang
menyeluruh perlu dijalankan bagi meninjau akan keberkesanan aktiviti.
Penilaian boleh dilakukan melalui seisi maklum balas bersama peserta dan juga
anggota pelaksana aktiviti. Apa yang ingin diperolehi dari aktiviti penilaian dan
maklum balas ini bukanlah untuk mencari kesilapan tetapi ianya bertujuan
untuk mengetahui pelbagai isu dan permasalahan yang berlaku sepanjang
aktiviti dijalankan. Maklumat yang diperolehi ini boleh dijadikan panduan dan
rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

W 49

SEMAK KENDIRI 2.5


1.

Senaraikan faktor-faktor penting yang perlu dititik beratkan dalam


perancangan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

2.

Apakah kepentingan menjalankan penilaian aktiviti?

Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa.

Masa yang dimaksudkan dengan rekreasi ini boleh didefinisikan sebagai


waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan
apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri.

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan


rapat di antara rekreasi dan konsep bermain (play).

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh


manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada
aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini
diterjemahkan dari perkataan Inggeris leisure. Kehidupan masyarakat
secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu
institusi
kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk
beraktiviti.

Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah


seperti maklumat aktiviti, objektif, aktiviti, organisasi, persiapan, logistik,
kewangan, pelaksanaan dan keselamatan.

Maklumat yang diperolehi melalui penilaian aktiviti boleh dijadikan


panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi
perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan
datang.

Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports.


New York : Mc Graw Hill.
Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. New
York: Mc Graw Hill.

50 X TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty


Performance. Canada:Thomsom South Western

Covell

for

Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization


Theory. USA: Human Kinetic.
Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics.
USA
John R. Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors.
Illinios : Human Kinetics.
Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. USA: Human
Kinetics.
Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. New York: Mc
Graw Hill.
Christoper R. Edinton. et. al. (2004). Leisure Programming. New York: Mc Graw
Hill.
John C. Miles. et. al. (1990). Adventure Education. USA: Venture Publishing.

Anda mungkin juga menyukai