Anda di halaman 1dari 4

Utama

Surau Al-Qayyum, Bandar Armada Putra

Cari...

Kertas Kerja..
02 Nov 2009 21 Komen
by suraualqayyum in pembinaan surau

2 Votes
KAMI DENGAN INI MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADA SESIAPA
SAHAJA UNTUK MENYALIN CONTOH KERTAS KERJA PEMBINAAN INI.
AKAN TETAPI KAMI MEMINTA SEDIKIT SUMBANGAN UNTUK TABUNG
PEMBINAAN SURAU KAMI; BOLEH TRANSFER ATAU CASH DEPOSIT
KE AKAUN YANG TERTERA TERIMA KASIH,
Salam Sejahtera
Berikut dipostkan sebahagian kertas kerja Cadangan Pembinaan Surau Al-Qayyum
untuk tatapan semua, buat masa ii, kami tidak dapat memuat naik semua satu set
kertas kerja disebabkan file yang sangat besar iaitu 18Mb. Sila berhubung dengan
pihak kami sekiranya saudara/i ingin mendapatkan set kertas kerja tersebut.
Wassalam
KERTAS KERJA Ringkas
PENDAHULUAN

Bandar Armada Putra merupakan satu perbandaran yang baharu dibuka pada awal
tahun 2003. Kelewatan penyerahan unit-unit kediaman kepada pembeli disebabkan
kegawatan ekonomi yang melanda pada penghujung tahun 1997 menyebabkan
perpindahan masuk penduduk agak perlahan selepas beberapa tahun ianya dibuka.
Pada hari ini, selepas 6 tahun dibuka, 60% daripada unit-unit kediaman telahpun
dihuni samada oleh pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh
penyewa-penyewa yang kebanyakkannya terdiri daripada anggota Tentera Laut
DiRaja Malaysia, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
penuntut serta tenaga pengajar Kolej SEGi.
KEMUDAHAN SURAU SEDIAADA
Buat masa sekarang, terdapat 2 buah surau untuk kemudahan penduduk. Salah
satunya terletak di Blok E, Flat Sri Bahtera (Surau Sri Bahtera) yang dapat
memuatkan sekitar 60 jamaah, dibina dari dua unit kediaman tingkat bawah dan
sebuah surau sementara di Blok C, Sri Samudra (Surau Al-Qayyum)-Belakang Kolej
SEGi, dibina dengan mengubahsuai 4 unit kedai dengan kapasiti jamaah seramai
500 orang dan surau ini digunakan untuk solat Jumaat.
KEPERLUAN SEBUAH SURAU BARI DI ATAS TAPAK KEKAL
Memandangkan trend kemasukkan penduduk baru yang meningkat tahun demi tahun,
juga pertumbuhan penduduk sedia ada, serta kemudahan surau sedia ada yang agak
tidak selesa, sempit dan terpelosok dicelah unit-unit kedai, kami Ahli Jawatankuasa
Surau Al-Qayyum serta penduduk Bandar Armada Putra amnya, telah bermesyuarat
dan bersetuju untuk membina sebuah surau baru yang lebih selesa di atas tapak yang
telah diluluskan di dalam pelan susunatur Bandar Armada Putra.
Untuk keperluan mengerjakan solat Jumaat, kapasiti jamaah yang menjangkau lebih
500 orang sekarang, juga dijangkakan meningkat dengan mendadak dalam masa dua
tahun akan datang. Surau yang lebih besar dan lebih selesa amat-amat perlu
dimulakan pembinaannya dari sekarang.
Adalah diharapkan, dengan siapnya surau baru ini kelak, para penduduk setempat
dapat mengerjakan ibadat dalam suasana yang lebih selesa. Sebuah surau di atas tapak
baru dan dikhaskan, diharapkan dapat memberikan impak yang lebih besar pada
khalayak kerana sebarang aktiviti dan program yang dirancang akan dapat
dilaksanakan dengan lebih tersusun.
TAPAK SURAU BARU
Tapak surau yang akan dibina terletak bersebelahan kiri jalan utama Bandar Armada
Putra di atas sebuah tanah seluas 0.5ekar lot PT 51677. Ianya juga terletak
bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 di sebelah timur .
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah susunatur unit kediaman iaitu Flat Sri
Bahtera , Rumah Teres dan Apartment Sri Bayu -dijangka dapat menarik lebih ramai
jamaah pada waktu-waktu solat harian serta aktiviti-aktiviti surau kelak.

PELAN LANTAI DAN TAMPAK SURAU BARU


Untuk memulakan kerja-kerja rekabentuk pelan bangunan , kami pihak Ahli
Jawatankuasa Pembinaan telah melantik firma Arkitek Fajar yang beralamat di Pusat
Bandar Melawati. Manakala untuk kerja-kerja rekabentuk struktur, elektrikal dan
mekanikal serta system bunyi kami telah mendapat pengecualian sementara untuk
perlantikan Perunding daripada pihak MPK sehingga mendapat kelulusan pelan
bangunan dari pihak Arkitek.
Rekabentuk surau dengan tampak (fasade) yang moden dengan mengambilkira
rekabentuk unit-unit kediaman di persekitaran surau, diharap dapat membentuk satu
suasana harmoni yang dapat mengadunkan suasana persekitaran dan melahirkan
ambian kekitaan pada hati dan nurani para jamaah surau kelak.
Kemudahan-kemudahan yang dirancang termasuklah sebuah surau dengan ruang solat
yang luas tanpa gangguan tiang-tiang, sebuah pejabat dan bilik PA, kemudahan
tempat wudhuk lelaki dan perempuan, bilik persiapan jenazah dan sebuah dapur untuk
penyediaan jamuan untuk majlis-majlis yang akan dianjurkan. Terdapat juga sebuah
menara dengan rekabentuk geometri juga akan menambahkan seri surau ini kelak.
Surau baru ini dijangka dapat memuatkan seramai 600 orang jamaah di dalam ruang
utama surau dan sehingga 100 orang lagi jamaah di bahagian anjung kiri, kanan dan
hadapan. Rekabentuk surau juga membenarkan sedikit pengubahsuaian pembesaran
ruang solat pada masa hadapan. Pembesaran ruang kelak akan dapat menampung
pertambahan jamaah seramai 150 orang.
ANGGARAN KOS PEMBINAAN
Anggaran kos pembinaan yang dibentang di dalam kertas kerja ini adalah berdasarkan
kepada maklumat semasa dengan mengambilkira keluasan lantai dan kemasan biasa
seperti jubin seramik untuk lantai luaran dan kemasan permaidani untuk ruang solat
dalaman serta ruang pejabat. Kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM910 ribu.
SALURAN DERMA DAN PEMBIAYAAN PEMBINAAN
Kami, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau amatlah berbesar hati untuk menerima
sebarang bentuk derma atau pembiayaan untuk merealisasikan harapan dan impian
penduduk Bandar Armada Putra, untuk memiliki sebuah surau baru yang lebih selesa
untuk beribadat dan menjalankan aktiviti-aktivi keagamaan.
Sebarang bentuk bantuan keewangan, amal jariah ataupun bantuan material seperti
bahan-bahan pembinaan seperti simen, jubin, batu bata serta kelengkapan surau
seperti alat pandang dengar, lampu, kipas, penyaman udara, alatan sanitari dan
sebagainya bolehlah disalurkan kepada saluran-saluran seperti berikut:
Bantuan Kewangan:
1: Bank in ke dalam akaun AmIslamic Bank (Akaun Pembinaan)
A/C:

131 202 200088 3

Nama A/C:

Surau Al-Qayyum

2: Bank in ke dalam akaun Maybank Islamic (Akaun Pentadbiran)


- Sila SMS untuk makluman kepada
A/C:

012-3080362 (Riza- Bendahari)

5 62049 005 621

Nama A/C:

Surau Al-Qayyum Bandar Armada Putra

Bantuan bantuan Lain:


Sila berhubung dengan mana-mana AJK Pembinaan dan nyatakan hasrat dan jumlah
bantuan, pihak kami akan menguruskan hal-hal yang berkaitan.
AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU
Untuk melicinkan pentadbiran dan urusan pembinaan surau baru, Ahli Jawatankuasa
Surau Al-Qayyum, bersetuju memikul sama tanggungjawab sebagai Ahli
Jawatankuasa Pembinaan, ini adalah untuk mengelakkan kerenah pentadbiran dan
masalah komunikasi di antara AJK. Senarai penuh Jawatankuasa Pembinaan Surau
berserta nombor talipon disertakan Untuk kemudahan para penderma dan
penyumbang untuk menyalurkan bantuan .
SURAT-SURAT BERKAITAN CADANGAN PEMBINAAN
Sebagai bukti kebenaran dan kesahihan cadangan pembinaan surau ini, disertakan
bersama beberapa surat-surat penting yang berkaitan untuk bacaan pihak yang
berminat.
PENUTUP
Kami Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK Surau Al-Qayyum serta semua
penduduk Bandar Armada Putra amatlah berbesar hati di atas segala bantuan samada
dalam bentuk kewangan, material, tenaga dan nasihat dalam merealisasikan harapan
kami untuk memiliki sebuah surau baru. Semoga, segala bentuk bantuan yang telah
dan akan diberikan akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah s.w.t.
Kami berdoa, moga-moga dengan terbinanya surau ini kelak, syiar Islam di Malaysia
akan terus berkembang maju selaras dengan pembangunan fizikal negara ini.
Wassalam dan Jutaan Terima Kasih.
About these ads