Bismillahirrahmanirrohim
salam warahmatullah buat pengunjung yang dirahmati Allah S.W.T
Huraian yang pengasas ingin huraikan adalah mengenai rezeki,bagaimana hendak tarik
rezeki,cara ghaib guna bomoh,guna tangkal,tarik duit,guna batu permata,guna duit lama?
baca selanjutnya >
satu perkara yang tidak mampu diterima akal manusia biasa,MAAF!namun bukan ini perkara yg
ingin dijelaskan.Bab2 tersebut tanyalah kepada yang ahli pengasas belum ada hak memapar
pada umum.Tetapi boleh kita Menggunakan cara rohani yang mendatangkan rezeki dari 4 sudut
penjuru angin adalah melalui amalan zikir,wirid dan surah-surah terpilih yang disarankan
junjungan baginda Rasulullah S.A.W
Manusia dilahirkan pada tarikh berbeza,hari,bulan,tahun,warna,muka,bentuk pusatnya namun
manusia dilahirkan di atas satu bentuk janin yang akhirnya akan membentuk dalam satu
kalimah syahadah lailahaillallah yaitu khalifah Allah S.W.T.Anak cucu adam,umat
muhammad.Bagi yang bukan Islam mereka tetap adalah hamba Allah cuma menyembah tuhan
dengan cara yang salah.
Apakah perbezaan Rezeki Islam dan kaum bukan Islam?
Dari anas bin malik katanya Rasulullah S.A.W bersabda : kelak di akhirat,penduduk neraka
hidup serba nikmat di dunia,dia akan dibenamkan ke dalam api neraka kemudian di tanya,Hai
anak Adam!adakah kamu menerima kebaikan dan merasa kenikmatan?Jawabnya,Tidak demi
Allah,.!Kemudian dihadapkan pula penduduk surga yang hidup di dunia serba susahDia
dimasukkan ke syurga kemudian di tanya,Adakah kamu mengalami kesengsaraan dan merasai
kesusahan?Jawabnya, Tidak,demi Allah,Ya Tuhan!Aku tidak mengalami sengsara dan tidak
merasa susah.
Shahih Muslim hadis no 2402
dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : Dunia penjara bagi orang mukmin
dan surga bagi orang kafir.
shahih muslim hadis no 2488
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda : sesungguhnya apabila orang-orang
kafir mengerjakan kebajikan di dunia,dia diberi upah dengan amalnya berupa rezeki di
*SURAH AL-WAQIAH
*ayat seribu dinar setiap solat
*sentiasa dengan air sembahyang
*sentiasa sembahyang jangan ditinggalkan bagai munafik
Maksud bacaan duduk antara 2 sujud: Ya
Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah
darjatku, rezekikanlah daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku
dalam sembahyang sahaja sudah berdoa,untuk menjadi
kaya,rezeki,keampunan,,namun sayangnya ramai yang menolak dan
meninggalkan.
*sentiasa memakai wangian,sepertinya minyak kasturi adalah sunnah,sentiasa dalam keadaan
sunnah maka sedang diperhatikan Allah S.W.T,,apatah lagi sedang menjana pahala.mewangikan
rumah dengan setanggi arab,kemenyan yang wangi bukan beharga rm1 satu paket yg
mendatangkan bau busuk.bauan wangi mampu mengusir syaitan dan perkara negatif di dalam
rumah.fadhilat yang lain anda cuba sahaja rasai
*sembahyang sunat,witir,hajat,,dan besarnya fadhilat yang merupakan kunci rezeki yang berada
pada sembahyang dhuha.Sesuai diLakukan pada pagi hari.
*perbanyakkan bermain di saham Allah S.W.T yakni sedekah.Tidak mengira pada siapa,bangsa
mahupun agama.Bersedekah kepada yang memerlukan,bersedekah pada tiap jumaat juga
bagus,bersedekah kepada adik2 yang bersekolah,memberikan gaji kepada ibu bapa,bersedekah
kepada fakir miskin,Jika tiada wang,,maka sedekah boleh didatangi dalam bentuk
makanan,senyuman,ilmu yang mampu dimanafaatkan oleh kaum manusia sekalian.
*Jika mampu marilah bersama pengasas mengamalkan puasa sunnah pada setiap isnin dan
khamis.Jika tidak mampu isnin sahaja atau khamis sahaja.Jika terlebih berkemampuan puasalah
7 hari.Pada hari tersebut rasai perubahan dalam bentuk rezeki,cas2 magnetik aura titik tubuh
akan berkembang pesat,membuka liang yang tersumbat,bersih zahir dan batin,memperkuatkan
ilmu ghaib,minda cerdas,sihat tubuh badan,pesona diri,wibawa diri,dipandang bersih para
rupa,tidak syaitan berani mendekati/menyentuh sepanjang puasanya kerana sedang dijaga
ALLAH melalui Malaikat ! membersihkan dosa dengan izin Allah,,dipermudahkan urusan,hajat
mudah dimakbulkan!!! dan banyak lagi yang boleh dirungkai melalui puasa selagi di maqam
ikhlas!
Pengasas tidak akan berikan jika belum berkesan pada diri pengasas,ianya adalah janji Allah
S.W.T,,itulah serba sedikit cara mendatangkan rezeki.Jika sekadar membaca namun tidak
mengamalkan apalah gunanya pengasas memberikan berjela-jela atau berbagai teknik menarik
rezeki jika salah satu caranya tidak dilakukan.InsyaAllah jika rezeki anda pengasas akan
huraikan cara lain menarik rezeki,pada kali lainnya mungkin terangkum sekali fadhilat di
dalamnya.Akandiupdate pada thread yang sama InsyaAllah jika ada yang berminat
moga bermanafaat
wallahualam bissawab