Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: Inovasi Pemotong Rumput Untuk Pembersihan Iklan Haram

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Dalam usaha menjadikan bandaraya yang bebas daripada tampalan iklan


dan poster haram sehingga boleh mencatatkan pemandangan pelancong dan juga
orang awam yang melalui kawasan yang dipenuhi dengan iklan dan poster yang
memburukkan lagi keadaan tempat-tempat yang sebenarnya sangat menarik jika
dikunjungi.
Anatara isu yang menjadi kesulitan adalah penampalan iklan atau poster
haram secara berleluasa yang mendapat rungutan daripada masyarakat dan
menyebabkan kawasan bandar tidak bersih termasuk merosakkan tanda jalan dan
tanda arah. Selain itu mejadikan persekitaran bandaraya nampak berserabut kerana
papan tanda dan bahagian bahu jalan dipenuhi dengan lekatan iklan haram.
Pelbagai kaedah telah digunakan Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL)
untuk membersikan lekatan iklan haram seperti menggunakan cat anti sticker,
selain itu tindakan memotong talian telefon pada iklan bagi mereka yang menampal
poster dan kawalan untuk menangkap (penampal poster). Masyarakat juga
membantu dalam pembersihan menanggalkan iklan haram yang terdapat didinding
dimana mereka saling bantu membantu antara satu sama lain. Masa yang diambil
untuk membersihkan iklan haram ini mengambil masa yang lama dan kemungkinan
ada sesetengah pelekat yang tidak dapat dibersihkan dengan seratus peratus.

1.2

Latar Belakang Masalah

Biasanya iklan haram ditampal atau digantung di tiang lampu isyarat, pondok
telefon, dinding premis dan perhentian bas bukan perkara baru. Malah ada juga
yang lebih berani menampal iklan-iklan di papan tanda jalan sehingga menutup
papan tanda berkenaan.
Kebanyakkan produk yang ditawarkan boleh dikategorikan sebagai produk
yang diharamkan seperti perkhidmatan memimjam wang (Ah long), ubat kuat dan
produk seks tetapi pihak penjual begitu berani mengiklankan secara terbuka
termasuk memaparkan nombor telefon untuk dihubungi, malahan bukan itu sahaja
Iklan haram yang mudah ditemui di merata tempat bukan sahaja mencemarkan
pemandangan, malah keadaan itu turut menyusahkan dan membahayakan
pengguna jalan raya kerana iklan haram turut ditampal di papan tanda jalan. Datuk
Seri Ahmad Phesal Talib (2014) berkata Antara isu yang menjadi kesulitan DBKL
adalah masalah penampalan iklan atau poster haram secara berleluasa yang
mendapat rungutan masyarakat dan menyebabkan kawasan bandar tidak bersih
termasuk merosakkan tanda jalan dan tanda arah, katanya.
Walaupun media kerap mendedahkan ketikdakpuasan hati orang ramai
terutamanya warga kota Kuala Lumpur dan bandaraya yang baru meningkat naik
yang kurang senang dengan iklan haram yang bukan sahaja mencacatkan imej
kawasan bandar malah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Keadaan itu
masih berterusan sehingga ada yang beranggapan pihak berkuasa tidak berbuat
ap-apa untuk menangani masalah ini, Keadaan sebenarnya tidak sedemikian.
Menurut timbalan ketua pengarah pembangunan sosio, Datuk Normah Malik (2013),
DBKL akan berkerjasama dengan suruhanjaya komunikasi dan multimedia bagi
memantau kegiatan menampal poter secara haram.
Masalah seterusnya, Pembersihan untuk menangalkan iklan haram yang
terlekat pada dinding, tiang lampu isyarat, dan pondok telefon amat sukar di
tanggalkan dengan mudah, kerana lekatan yang digunakan untuk menampal
menggunakan gam yangi sangat kuat dan jika dibersihkan masih ada lagi kesan
yang tertinggal, malah menjadikan tempat lekatan itu kelihatan buruk di mata
masyarakat dan pelancong yang melalui kawasan seperti itu. Rajiv Rishyakaran
(2012) berkata Kerja menanggalkan iklan berpelekat ini agak leceh sebab itu
peringkat awal ini kita turunkan banner dan berbagai lagi, manakala iklan bepelekat

yang biasanya ditampal di pondok bas dan papan tanda jalan kita semburkan
pewarna bagi matikan iklan mereka dan apabila jumlah iklan haram ini dah
terkawal barulah kita tanggalkan pula iklan berpelekat.
YBHG. Dato Sri DR Hasan Abdul Rahman (2012), Ketua Pengarah
Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, Semua iklan produk kesihatan
perlu mendapatkan kelulusan dari LIU terlebih dahulu sebelum ia disiarkan dalam
mana-mana bentuk media. Nombor kelulusan tersebut mesti dipaparkan di dalam
iklan. Apa yang kita dapat lihat kenapa iklan haram sepertii produk kesihatan
semakin berleluasa kerana syarikat berkenaan menggunakan bahan yag terlarang
dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajb, oleh yang demikian syarikat
yang tidak bertanggungjawab tidak segan silu untuk mempamerkan iklan haram
mereka di tampalkan di merata tempat tanpa memohon sebarang lesen.
Selain daripada itu DBKL juga mengambil jalan dengan bagaimana cara
untuk syarikat yang tidak segan silu mempamerkan iklan haram ini dapat dihentikan
dimana menyenarai hitamkan nombor telefon pada iklan itu dengan kerjasama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Datuk Mhd. Amin Nordin Abd.
Aziz (2015) berkata, tindakan tegas turut diambil termasuk membatalkan serta
menyenaraihitamkan nombor telefon pada iklan itu dengan kerjasama Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Selain itu ketiadaan permit pada syarikat juga menyebabkan mereka yang
berkenaan melekatkan iklan mereka tanpa merasa perasaan bersalah dan boleh
menyebabkan kesusahan pada banyak pihak untuk membuat pembersihan, kenapa
pekara ini boleh terjadi ini kerana syarikat mengambil mudah dan tidak mahu
menggeluarkan kos yang tinggi, dan mungkin juga malas untuk membuat
pengurusan untuk mendapatkan kelulusan dalam mendapatkan permit. Khairul
Nizam Mohamed Khanafi (2012) berkata, pihaknya terpaksa membuat operasi
merobohkan struktur papan iklan itu kerana tiada permit.

1.3

Penyataan Masalah

Ramai sedia tahu sukar untuk menanggalkan iklan-iklan haram atau poster
yang terlekat pada dinding, tiang lampu isyarat dan pondok telefon, dimana
pembersihan juga dilakukan mungkin mengambil masa yang lama, malah
pembersihan juga meninggalkan kesan kerana tidak seratus peratus bersih dan
mencacatkan lagi pemandangan indah di ibukota dengan kesan lekatan selepas
proses pembersihan.
Sedemikian dengan itu saya ingin menginovasikan Mesin Pemotong
Rumput yang mampu menanggalkan iklan atau poster haram dengan mengambil
masa yang singkat dan mudah bagi pekerja untuk menanggalkan pelekat yang
terdapat pada dinding dan mampu menanggalkan lekatan dengan seratus peratus
supaya boleh diguna pakai oleh syarikat pembersihan pekerja swasta dan kerajaan.
Bahan yang diguna pakai untuk menginovasikan mesin pemotong rumput ini
adalah menggantikan mata pengisar dengan berus dawai yang bersesuaian supaya
dapat menghasilkan ciri-ciri yang baik serta berkualiti semasa proses kerja
dijalankan supaya dapat digunakan dengan selamat dan berkesan serta memberi
kepuasan hati bagi semua pihak. Oleh itu, projek ini dihasilkan iaitu menginovasikan
mesin pemotong rumput supaya mampu membersikan iklan haram.

1.4

Objektif

Secara amnya, Objektif projek ini adalah untuk:


1. Menanggalkan iklan haram dengan masa yang singkat.
2. Membersihkan pelekat iklan haram dengan lebih efektif.
3. Menggantikan mata pengisar pemotong rumput dengan berus dawai
berpintal.

1.5

Kepentingan Kajian

Projek menginovasikan mesin pemotong rumput ini dijalankan setelah kajian


mengenai iklan haram yang semakin berleluasa berlaku dan mampu mencacatkan
pandangan

dimata

masyarakat

dan

juga

pelancong.

Pembersihan

untuk

membersihkan iklan haram yang terlekat didinding mengambil masa yang lama dan
masih

mempunyai

kesan

tertinggal

pada

tempat

yang

dibersihkan.

Jika

pembersihan peralatan dengan berus dawai, pekerja perlu menggunakan tekanan


gosokan yang kuat dan mengambil masa yang lama serta memenatkan. Jadi mesin
pemotong rumput ini di inovasikan, dimana mata pengisar yang ditukar dengan
berus dawai berpintal supaya mudah iklan haram dibersihkan, masa yang tidak
terlalu lama dan tidak memenatkan.
Dengan ini, pekerja dari syarikat pembersihan swasta atau kerajaan dapat
menggunakan projek ini untuk membersihkan iklan haram dengan lebih efektif dan
mengambil masa yang singkat.
Selain itu, orang awam juga boleh bergotong-royong bersama dengan
pekerja swasta atau pihak kerajaan dalam
membantu pembersihan iklan haram.

menggunakan alatan ini untuk

Anda mungkin juga menyukai