Anda di halaman 1dari 5

BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR

Definisi

Audit dalam

Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang
dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri

Audit luar

Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh


juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap
penyata kewangan tersebut.

Matlamat utama

Audit dalam

 Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system


perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa
penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh
dipercayai
 Memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan Sistem Kawalan
Dalaman mencukupi dan sentiasa dipatuhi
 Memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa
liability hanya ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja
 Mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau fraud di peringkat awal
dengan membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan
rekod
 Memudahkan dan mempercepatkan audit tahunan dan untuk memberi maklumat
dan kerjasama kepada juruaudit luar
 Memastikan bahawa dasar dan keputusan dilaksanakan dengan cara yang
cekap dan cepat

Audit luar

 Memberi pendapat samada penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat


menggambarkan keadaan benar dan saksama
 Memastikan rekod-rekod perakaunan disediakan mengikut prinsip-prinsip
perakaunan seperti mana yang tertakluk dalam peruntukan undang-undang
( Akta Syarikat 1965)

Juruaudit Dalaman

- Merupakan pihak yang diminta oleh pihak pengurusan untuk mengaudit system
kawalan dalaman dan sistem perakaunan syarikat
- Merupakan kakitangan dalam syarikat tersebut yang ditugaskan khusus untuk
menjalankan pengauditan
- Mereka memeriksa, menganalisia dan melaporkan secara kritikal sesuatu
kawalan dalaman dan pengoperasian syarikat supaya semua sumber-sumber
dalam syarikat digunakan dengan betul, ekonomik, cekap dan berkesan
Elemen-elemen Bagi Juruaudit Dalaman

a. Bebas
b. Penstafan – bilangan, kelulusan, pengalaman
c. Latihan – terlatih sepenuhnya
d. Perhubungan - juruaudit dalaman sepatutnya membina hubungan kerja,
pemahaman terhadap pengurusan, juruaudit luar, agensi-agensi luar
e. Berhati-hati – dari segi teknik, keupayaan dan pertimbangan, perlu mempunyai
pengetahuan teknikal yang terkini, jujur dan berwibawa sama seperti juruaudit
luar

Hubungan Di Antara Audit Dalam Dan Audit Luar

 Audit dalaman mengawasi kawalan dalaman dan system perakaunan sesebuah


organisasi. Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih
tepat dan boleh dipercayai
 Oleh itu, juruaudit luar mungkin meletakkan kesandaran kepada kerja juruaudit
dalam untuk tujuan membentuk pendapatnya terhadap penyata kewangan
 Walau bagaimanapun, juruaudit luar perlu mengkaji aspek-aspek berikut bagi
memastikan kerja-kerja juruaudit dalaman itu boleh dipercayai atau sebaliknya :

i. Kebolehan juruaudit dalaman


 Berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperolehi melalui
perbincangan dengan mereka

ii. Kedudukan juruaudit dalaman


 Dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab
kendalian yang lain
iii. Liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman
 Berdasarkan kertas kerja audit yang dibuat - juruaudit luar perlu
memastikan tiada bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima
perhatian yang mencukupi daripada juruaudit dalam

iv. Perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah
digunakan
 Melalui penyemakan kertas kerja dan laporan yang disediakan yang
merupakan bukti tentang perancangan kerja, kecukupan tatacara dan
kawalan yang diamalkan

Bidang Kerjasama Audit Dalam Dan Audit Luar

1. Juruaudit luar boleh bergantung kepada juruaudit dalaman di dalam menentukan


ssistem semakan
2. Program juruaudit dalaman membantu juruaudit luar
3. Pengalaman luas juruaudit luar boleh digunakan untuk member nasihat kepada
juruaudit dalaman

Persamaan Audit Dalam Dan Audit Luar

1. Mewujudkan sistem semakan dalaman yang efektif


2. Pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan operasi
3. Kecukupan system perakaunan
4. Penjagaan aset-aset
Perbezaan Juruaudit Dalaman Dan Juruaudit Luaran

Juruaudit Dalaman Juruaudit Luaran


Skop kerja Bidang liputan yang Bidang liputan berdasarkan
dijalankan ditetapkan oleh peruntukan undang-undang
pihak pengurusan
Pendekatan Memastikan Sistem Untuk memuaskan hatinya
Perakaunan mencukupi dan bahawa akaun yang
Sistem Kawalan Dalaman dibentang adalah benar dan
berkesan saksama
Tanggungjawab Kepada pihak pengurusan Terhadap pemegang saham
dan pihak ketiga yang lain
Juruaudit Kakitangan syarikat Individu yang bebas dan
berkelayakan
Kebebasan Bebas memberi pendapat Bebas dari segi pemikiran
tetapi perlu bersedia dalam dan kelakuan
memenuhi kehendak
pengurusan
Tempoh Pemerikasaan dijalankan Biasanya setelah selesai
secara berterusan satu-satu tempoh
sepanjang tahun perakauanan

Kesan Audit Dalam Terhadap Audit Luar

Melahirkan keboleh percayaan juruaudit luar dari segi membuat keputusan


Menjimatkan masa
Membolehkan kerja audit luaran dijalankan dengan minimum
Mudah mendapatkan maklumat

Anda mungkin juga menyukai