Anda di halaman 1dari 18

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

a) Mengumpul data
Satu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang air tasik. Kajian
juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kualiti air tasik tersebut. Saya telah
memilih Taman Tasik Metropolitan, Kepong sebagai lokasi kajian. Terdapat pelbagai
aktiviti rekreasi dijalankan di tasik tersebut. Antaranya ialah aktiviti permainan air,
senaman dan riadah. Oleh kerana tasik ini merupakan tempat tumpuan bagi orang
ramai maka kualiti air di tasik tersebut haruslah bebas daripada organisma patogen
dan tidak berbahaya kepada manusia. Air tasik juga perlu bersih daripada segala
pathogen agar selamat kepada flora dan fauna yang berada di sekelilingnya.
Data tentang air tasik telah diambil selama enam hari bermula dari 28 Ogos
2015 hingga 2 September 2015. Data yang diperlukan untuk kajian kualiti air tasik
adalah nilai pH, BOD, kemasinan, benda hidup dalam air, benda hidup di tepi tasik,
suhu, kelajuan air dan pemerhatian lain yang diperoleh di sekitar tasik. Lokasi kajian
dijalankan adalah seperti rajah 1 berikut.

Rajah 1: Lokasi kajian saya

Rajah 2: Aktiviti rekreasi yang terdapat di lokasi kajian


1

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Kaedah pengumpulan data


Data yang dikumpul untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD,
kemasinan, benda hidup dalam air, suhu, kelajuan air dan pepejal terampai yang
berada di dalam air. Beberapa alatan telah digunakan untuk mendapatkan data
tersebut.

Rajah 3: pH meter
Saya telah menggunakan pH meter untuk mendapatkan data berkaitan pH air
tasik. Terdapat cara bagaimana untuk menggunakan pH meter iaitu penutup pH
meter di bahagian bawah perlu dibuka. Elektrod perlu dibasuh dengan cara
mengacau pH meter pada air bersih atau dilalukan air kepada elektrod dan lap
dengan kain atau kertas yang menyerap. Setelah itu, butang on ditekan untuk
menghidupkan pH meter. Elektrod dimasukkan ke dalam air tasik untuk diukur nilai
pHnya. pH meter dikacau perlahan-lahan sehingga bacaan pH menjadi stabil.
Bacaan pH diambil semasa pH meter direndam ke dalam air tasik.
BOD merupakan kandungan oksigen terlarut di dalam air. Ia adalah ukuran
kualiti air. Alat untuk mengukur BOD adalah DO meter. Alat ini digunakan dengan
merendamkan bahagian besi yang terbuka ke dalam air. Bacaan kandungan oksigen
terlarut dalam air akan dipaparkan pada monitor DO meter.

Rajah 4: DO meter
2

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Sampel benda hidup di dalam air juga diambil dengan menggunakan jaring.
Jaring yang digunakan adalah bersaiz kecil dan besar. Jaring bersaiz kecil
digunakan untuk mengambil hidupan yang berada di permukaan air. Sementara itu,
jaring bersaiz besar berfungsi untuk mengambil hidupan di dasar tasik.

Rajah 5: Jaring bersaiz kecil dan besar


Suhu air tasik juga perlu diambil dan dicatatkan. Suhu air tasik diukur dengan
menggunakan termometer. Termometer yang digunakan adalah termometer
makmal.

Termometer

makmal

perlu

digunakan

secara

berhati-hati.

Bebuli

termometer tidak boleh dipegang kerana haba badan kita akan mempengaruhi
bacaan termometer. Bebuli termometer perlu direndamkan ke dalam air tasik.
Termometer makmal menggunakan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan
bahan. Suhu air tasik boleh disukat melalui merkuri yang ada di dalam termometer.
Ini kerana merkuri di dalam termometer mengembang apabila panas dan mengecut
apabila sejuk.

Rajah 6: Termometer makmal


Kelajuan air perlu diukur dan dicatatkan. Kelajuan air diukur dengan
menggunakan pita pengukur, jam randik dan kepingan poisterin. Jarak kawasan
kajian ditentukan dan diukur dengan menggunakan pita pengukur. Setelah itu,
kawasan itu ditanda sebagai titik A dan titik B. Kepingan polisterin diletakkan di titik
3

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

A. Jam randik ditekan dan masa mula diambil bagi mengukur kelajuan kepingan
polisterin bergerak dari titik A ke titik B. Pengiraan bagi kelajuan air tasik diukur
Laju = Jarak
dengan menggunakan formula:
Masa

Jadual 1: Formula pengiraan kelajuan air

Rajah 7: Kepingan polisterin digunakan


untuk mengukur kelajuan air

Rajah 8: Kepingan polisterin bergerak mengikut aliran air

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Data yang diperoleh sepanjang kajian dijalankan:


Hari/ Data
pH air
BOD air
Suhu
Kelajuan air
Hidupan
yang
didapati

Pemerhatia
n lain

Hari 1
8.1
6.3
32
18.80
cm/s
-Siput air
-Ikan keli
-belalang

Hari 2
8.5
6.2
33
15.10
cm/s
-Siput air
-Ikan
kecil
pepatung

Hari 3
8.6
6.5
34
12.10
cm/s
- Semut
- Ikan
keli

Hari 4
8.5
6.2
35
10.50
cm/s
-Ikan keli
pepatung

Hari 5
8.7
6.4
33
14.50
cm/s
-Ikan keli
-belalang

Hari 6
8.5
6.3
32
10.00
cm /s
-Semut
-Ikan keli
-Burung
pipit

-Keladi
-Rumpai
laut
-Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
-Masih
terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
kon
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

Jadual 2: Data air tasik

Analisis data
a. pH air
pH merupakan ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Ph juga
berfungsi untuk mengukur kepekatan ion hidrogen. Organisma akuatik boleh hidup
di dalam air tasik sekiranya pH adalah 6 hingga 8 sahaja. pH air yang kurang
daripada 5 atau lebih daripada 9 pula berbahaya kepada organisma akuatik.

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

GRAF pH LAWAN HARI

Column2

Graf 1: Graf nilai pH air tasik sepanjang enam hari kajian


Graf menunjukkan nilai pH air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian
dilakukan. Pada hari pertama, nilai pH air tasik ialah 8.1. Pada hari kedua kajian
pula, nilai pH air tasik adalah 8.5. Pada hari ketiga kajian dijalankan, nilai pH air tasik
adalah 8.6. Nilai pH air tasik pada hari keempat adalah 8.5. Ini diikuti oleh nilai pH
8.7 pada hari kelima kajian dijalankan. Ini merupakan nilai pH yang tertinggi
dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Nilai pH air tasik pada hari keenam kajian
pula adalah 8.5. Purata nilai pH air tasik adalah 8.5.
Kelas

IKA

Kelas 1

>92.7

Kelas IIA

85.0-92.7

Kelas IIB

76.5-85.0

Kelas III

51.9-76.5

Kelas IV

31.0-51.9

Kelas V

Kegunaan air
Dalam keadaan semulajadi
Air memerlukan rawatan
konvensional
Air boleh digunakan untuk
rekreasi
Air memerlukan rawatan
intensif
Hanya untuk tujuan pengairan.
Kualiti air sedang

<31.0
Air yang tercemar teruk
Jadual 3: Piawaian kualiti air di Malaysia

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Jadual 3 merupakan piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Alam Sekitar. Indeks Kualiti Air (IKA) merupakan standard yang digunakan oleh
Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air
yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan. Hasil
daripada kajian yang dijalankan didapati saya telah mencatatkan purata bagi nilai pH
air adalah 8.5 iaitu pada kelas IIA. Oleh itu, air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong
didapati tidak terlalu tercemar. Namun begitu, air tasik tersebut perlu dirawat secara
konvensional jika ingin digunakan bagi kegunaan domestik.

b. BOD air
BOD merupakan kandungan oksigen terlarut di dalam air. Ia adalah ukuran
kualiti air.

GRAF BOD AIR LAWAN HARI

Column2

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Graf 2: Graf nilai BOD air tasik sepanjang enam hari kajian
Graf menunjukkan nilai BOD air tasik yang dicatatkan selama enam hari
kajian dilakukan. Pada hari pertama, nilai BOD air tasik ialah 6.3 mg/l. Pada hari
kedua kajian pula, nilai BOD air tasik adalah 6.2 mg/l. Pada hari ketiga kajian
dijalankan, nilai BOD air tasik adalah 6.5 mg/l. Ini merupakan nilai BOD air yang
tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Nilai BOD air tasik pada hari
keempat adalah 6.2 mg/l. Ini diikuti oleh nilai BOD air 6.4 mg/l pada hari kelima
kajian dijalankan. Nilai BOD air tasik pada hari keenam kajian pula adalah 6.3 mg/l.
Purata nilai BOD air tasik adalah 6.3 mg/l.
Berdasarkan nilai BOD air tasik yang dikumpulkan, didapati air tasik berada
pada kelas IIA. Oleh itu, air tasik ini perlu dirawat secara konvensional jika ingin
digunakan bagi kegunaan domestik.
c. Suhu air
Suhu berkaitan dengan darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan.
Lokasi kajian terletak di kawasan khatulistiwa. Ini bermakna air tasik adalah tidak
terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

GRAF SUHU LAWAN HARI

Column2

Graf 3: Graf suhu air tasik sepanjang enam hari kajian


Graf menunjukkan suhu air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian
dilakukan. Pada hari pertama, suhu air tasik ialah 32 oC. Pada hari kedua kajian pula,
suhu air tasik adalah 33oC. Pada hari ketiga kajian dijalankan, suhu air tasik adalah
34oC. Suhu air tasik pada hari keempat adalah 35 oC. Ini merupakan suhu air tasik
yang tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Ini diikuti oleh suhu air 33 oC
pada hari kelima kajian dijalankan. Suhu air tasik pada hari keenam kajian pula
adalah 32oC. Purata suhu air tasik adalah 33oC. Kajian telah dijalankan pada pukul
6.30 petang selama enam hari berturut-turut. Oleh itu, suhu yang dicatatkan adalah
pada suhu yang sederhana. BOD air atau oksigen terlarut dalam air mempengaruhi
suhu. Apabila BOD meningkat, suhu air akan menurun. Begitu juga sebaliknya. Jika
BOD menurun, suhu air akan meningkat.
d. Kelajuan air
kelajuan air menentukan keadaan angin pada masa kajian dijalankan.

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

GRAF KELAJUAN AIR LAWAN HARI

Column2

Graf 4: Graf kelajuan air tasik sepanjang enam hari kajian


Graf menunjukkan kelajuan air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian
dilakukan. Pada hari pertama, kelajuan air tasik ialah 18.80 cm/saat. Ini merupakan
kelajuan air tasik yang tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Pada hari
kedua kajian pula, kelajuan air tasik adalah 15.10 cm/saat. Pada hari ketiga kajian
dijalankan, kelajuan air tasik adalah 12.10 cm/saat. Kelajuan air tasik pada hari
keempat adalah 10.50 cm/saat. Ini diikuti oleh kelajuan air 14.50 cm/saat pada hari
kelima kajian dijalankan. Kelajuan air tasik pada hari keenam kajian pula adalah
10.00 cm/saat. Purata kelajuan air tasik adalah 13.50 cm/saat. Ini menunjukkan
lokasi kajian tidak terlindung dengan angin dan merupakan laluan angin. Pergerakan
angin dapat mempengaruhi BOD air di mana oksigen akan terserap masuk ke dalam
air semasa air bergerak ditiup angin.

Rajah 9: Pergerakan air semasa angin bertiup


e. Hidupan dalam air

10

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Hidupan dalam air yang didapati daripada kajian ini adalah siput air, ikan kecil
dan ikan keli. Ikan keli merupakan jenis ikan yang banyak didapati di dalam tasik ini.
Ikan keli mudah didapati di lokasi yang berair keruh.

Rajah 10: Ikan keli yang terdapat di dalam tasik


Siput yang dijumpai terdiri daripada siput yang bersaiz kecil. Siput ini dijumpai
di celah-celah rumput panjang yang hidup di dalam air. Siput ini berfungsi untuk
mengurangkan kekeruhan air tasik. Ikan kecil juga dikenalpasti sebagai hidupan air
di dalam tasik tersebut. Ini menunjukkan kadar oksigen terlarut (BOD) di dalam air
tasik menggalakkan pembiakan hidupan di habitat tersebut. Ini kerana terdapat
banyak hidupan air yang dijumpai di dalam air tasik.
f. Hidupan di tepi tasik
Terdapat beberapa hidupan yang dijumpai di tepi tasik. Lokasi kajian
ditumbuhi pokok buluh dan tumbuhan renek. Terdapat haiwan seperti belalang,
pepatung dan semut dijumpai di lokasi kajian. Terdapat juga burung pipit yang
dijumpai pada hari kelima kajian dijalankan.

Rajah 11: Pepatung yang terdapat di sekitar tasik

11

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Rajah 12: Semut hitam yang terdapat di pokok tepi tasik

Rajah 13: Burung pipit yang dijumpai di tasik


Pelbagai jenis hidupan seperti haiwan boleh dijumpai di lokasi tasik. Ini
kerana lokasi ini subur dengan pelbagai sumber makanan. Lokasi ini dipenuhi
dengan tumbuhan seperti pokok buluh dan kayu reput yang boleh menjadi sumber
makanan haiwan.

Rajah 14: Kayu reput yang terdapat di tepi tasik

12

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Rajah 15: Pokok buluh yang terdapat di sekitar tasik

g. Pemerhatian lain di lokasi kajian


Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, didapati terdapat pokok keladi di
sekitar tasik dan rumpai laut di dalam tasik. Namun begitu, agak mencacatkan
penglihatan apabila terdapat botol plastik terapung di permukaan tasik pada hari
pertama, kedua, ketiga dan kelima kajian dilaksanakan. Lebih menyedihkan apabila
saya menjumpai kon plastik terapung di permukaan tasik pada hari keempat kajian.
Walaupun, tidak terdapat banyak sampah sarap dijumpai di tasik ini namun, hasil
penemuan saya sedikit menjejaskan tasik yang berfungsi sebagai tempat rekreasi
dan riadah keluarga.

Rajah 16: Pokok keladi yang terdapat di sekitar tasik

Rajah 17: Botol plastik yang dijumpai di dalam tasik


13

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Rajah 18: Kon plastik yang dijumpai di dalam tasik

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa


kualiti air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong adalah agak baik walaupun terdapat
beberapa sampah sarap dijumpai di dalam air tasik. Saya mendapati air tasik di
lokasi kajian berada dalam kelas IIA. Oleh itu, air di tasik ini perlu dirawat secara
konvensional. Setelah rawatan dibuat terhadap air ini, ia boleh digunakan bagi
tujuan domestik seperti mandi manda.

b) Laporan
Air amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa air manusia tidak boleh
melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, mandi, minum, membasuh dan
sebagainya. Oleh kerana kepentingan air ini maka kajian dijalankan untuk
mengambil data dan membuat analisis terhadap air tasik. Saya telah memilih Taman
Tasik Metropolitan, Kepong sebagai lokasi kajian. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi
dijalankan di tasik tersebut. Antaranya ialah aktiviti permainan air, senaman dan
riadah. Kajian telah dilaksanakan selama enam hari bermula dari 28 Ogos 2015
hingga 2 September 2015.
Data yang diperlukan untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD,
kemasinan, benda hidup dalam air, benda hidup di tepi tasik, suhu, kelajuan air dan
pemerhatian lain yang diperoleh di sekitar tasik. Pengumpulan data telah dilakukan
dengan menggunakan beberapa peralatan. Antaranya ialah pH meter, DO meter,

14

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

termometer makmal, jaring bersaiz kecil dan besar, kepingan polisterin, pita
pengukur dan jam randik.
Dapatan dari kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:Hari/ Data
pH air
BOD air
Suhu
Kelajuan air
Hidupan
yang
didapati

Pemerhatia
n lain

Hari 1
8.1
6.3
32
18.80
cm/s
-Siput air
-Ikan keli
-belalang

Hari 2
8.5
6.2
33
15.10
cm/s
-Siput air
-Ikan
kecil
pepatung

Hari 3
8.6
6.5
34
12.10
cm/s
- Semut
- Ikan
keli

Hari 4
8.5
6.2
35
10.50
cm/s
-Ikan keli
pepatung

Hari 5
8.7
6.4
33
14.50
cm/s
-Ikan keli
-belalang

Hari 6
8.5
6.3
32
10.00
cm /s
-Semut
-Ikan keli
-Burung
pipit

-Keladi
-Rumpai
laut
-Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
-Masih
terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
kon
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

-Keladi
-Rumpai
laut
Terdapat
botol
plastik di
dalam
tasik

Jadual 2: Data air tasik


Kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan di atas ialah purata nilai pH
air tasik adalah 8.5 iaitu pada kelas IIA. Oleh itu, air di Taman Tasik Metropolitan,
Kepong didapati tidak terlalu tercemar. Namun begitu, air tasik tersebut perlu dirawat
secara konvensional jika ingin digunakan bagi kegunaan domestik. Purata nilai BOD
air tasik pula adalah 6.3 mg/l. Oleh itu, didapati air tasik berada pada kelas IIA juga.
Dapatan ini juga menunjukkan air tasik ini perlu dirawat secara konvensional jika
ingin digunakan bagi kegunaan domestik.
Selain itu, purata suhu air tasik adalah 33 oC iaitu sederhana. Ini
membolehkan pelbagai hidupan hidup di dalam air tasik tersebut. Purata kelajuan air
tasik pula adalah 13.50 cm/saat. Ini menunjukkan lokasi kajian terletak di laluan
angin. Pergerakan angin dapat mempengaruhi BOD air di mana oksigen akan
terserap masuk ke dalam air semasa air bergerak ditiup angin.

15

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Seterusnya, hidupan dalam air yang didapati daripada kajian ini adalah siput
air, ikan kecil dan ikan keli. Ikan keli merupakan jenis ikan yang banyak didapati di
dalam tasik ini. Ikan keli mudah didapati di lokasi yang berair keruh. Hidupan seperti
siput dan ikan kecil juga banyak didapati di lokasi kajian. Ini menunjukkan kadar
oksigen terlarut (BOD) di dalam air tasik menggalakkan pembiakan hidupan di
habitat tersebut.
Terdapat beberapa hidupan yang dijumpai di tepi tasik. Lokasi kajian
ditumbuhi pokok buluh dan tumbuhan renek. Terdapat haiwan seperti belalang,
pepatung dan semut dijumpai di lokasi kajian. Terdapat juga burung pipit yang
dijumpai pada hari kelima kajian dijalankan. Ini berlaku kerana lokasi ini subur
dengan pelbagai sumber makanan. Lokasi ini dipenuhi dengan tumbuhan seperti
pokok buluh dan kayu reput yang boleh menjadi sumber makanan haiwan.
Namun

begitu,

terdapat

penemuan

beberapa

sampah

sarap

yang

mencacatkan pemandangan di lokasi kajian. Terdapat botol plastik terapung di


permukaan tasik pada hari pertama, kedua, ketiga dan kelima kajian dilaksanakan.
Saya juga menjumpai kon plastik terapung di permukaan tasik pada hari keempat
kajian. Hasil penemuan ini meyakinkan saya untuk mencadangkan cara bagi
memperbaiki kualiti air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong dan meningkatkan
penggunaan tempat itu untuk rekreasi.

c) Cadangan untuk memperbaiki kualiti air tasik


Air perlu dirawat untuk memenuhi keperluan manusia di seluruh dunia.
Rawatan air perlu agar segala keperluan domestik manusia seperti mandi, air
minuman dan juga keperluan industri dapat dipenuhi. Rawatan air bertujuan untuk
mengurangkan dan mengatasi kesan pencemaran air yang disebabkan oleh sikap
manusia sendiri.
Rawatan air yang paling sesuai digunakan untuk merawat air tasik di lokasi
kajian adalah rawatan air secara konvensional. Proses yang terlibat dalam rawatan
air

ini

adalah

saringan,

sistem

pengudaraan,

suntikan

bahan

pengental,

pengasingan koloid berbuku, turasan pasir dan pembasmian kuman (Kosmo, 2 Mei
2015). Ketika proses saringan dijalankan bahan seperti sampah dan pasir
16

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

diasingkan. Setelah itu, bahan pengental seperti tawas dimasukkan agar bahan
halus atau koloid berbuku dapat diasingkan. Air akan menjadi jernih setelah melalui
proses pengasingan dan turasan. Akhir sekali, air dibasmikan daripada kuman
dengan menggunakan klorin.
Selain itu, bagi meningkatkan penggunaan lokasi kajian sebagai tempat untuk
rekreasi, lebih banyak tong sampah perlu disediakan oleh pihak berkuasa tempatan
seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tong sampah perlu dihias dengan
menarik agar dapat meningkatkan penggunaannya secara optimum. Ini dapat
membantu mendidik masyarakat untuk membuang sampah di tempat sepatutnya.

Rajah 19: Contoh tong sampah menarik


Penambahan

aktiviti

rekreasi

juga

dapat

membantu

meningkatkan

penggunaan lokasi kajian sebagai tempat untuk rekreasi. Antara aktiviti rekreasi
menarik yang dapat dilaksanakan di Taman Tasik Metropolitan ialah menyediakan
bot solar bagi kemudahan pengunjung taman tasik ini. Ini bukan sahaja dapat
menarik lebih ramai pengunjung malah dapat membantu pihak pengurusan taman
tasik untuk mendapatkan sumber kewangan alternatif.

Rajah 20: Contoh bot solar

17

SCE 3143

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Lokasi kajian juga dapat ditingkatkan penggunaannya sebagai tempat


rekreasi dengan menceriakan kawasan taman tasik. Antara keceriaan yang boleh
dibuat ialah mengecat bangunan seperti bilik janakuasa elektrik yang terdapat di
taman tasik tersebut. Bilik tersebut boleh dicat dengan warna yang menarik dan
dilukis dengan lukisan graftiti agar dapat menarik golongan remaja bersama-sama
menjaga keindahan dan kebersihan taman tasik.

Rajah 21: Contoh lukisan graftiti menarik di bangunan


Aktiviti gotong royong juga dapat membantu meningkatkan penggunaan
taman tasik sebagai tempat untuk rekreasi. Pihak berwajib boleh melaksanakan
program gotong royong bagi meningkatkan penglibatan komuniti untuk menceriakan
lokasi kajian. Program seperti ini boleh menimbulkan kesedaran kepada komuniti
tentang tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga keceriaan dan kebersihan
taman tasik khususnya air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong.

18