Anda di halaman 1dari 5

KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA

Definisi komunikasi antara budaya


Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan.
Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terbawa ke dalam
proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan
selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan
penerima. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar
belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba
mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik. Contohnya,
penerima telah terima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan
dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik.
Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri
daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Konteks sosial
ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan
musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.
Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang
berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik
dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi
dan lain-lain. Orang yang meghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan
mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara
komunikator adalah berbeza.
Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia,
kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
Padangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau
nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai
tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod
terdiri daripada verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses
psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod.
Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita
terhadap orang tersebut dan orang tersebut juga akan membentuk
tanggapannya terhadap kita.
Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi
silang budaya. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi antara dua atau lebih
individu yang mempunyai latar belakang, identiti yang berbeza dan mereka
memaparkan identiti sendiri dalam proses komunikasi. Semua komunikasi ada
unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi, sederhana atau
rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di mana tahap
perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya ialah
tahap perbezaan budaya yang rendah.
Contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Arfika dengan pelajar
Melayu dari UPM sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks

pendidikan. CEO berbangsa German berinteraksi dengan pengurusnya yang


berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong
Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasi di pejabat imigrasi Malaysia.
Seorang pakar penasihat kepada MSC bermesyurat dengan ahli lembaga
pengarah MSC. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun,
Orang Kanada dan Orang UK.
Bagaimana komunikasi dikaitkan dengan budaya?
Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama,
waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari
generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok. Budaya terdiri
daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya obejektif ialah budaya luaran
yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat
reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman
yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti.
Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari segi
pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hokum, adat istiadat dan kebiasaan.
Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu
budaya menpengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya sama ada ialah perilaku
atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap
budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya
bahasa serta perilaku bukan verbal.
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan
mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan
budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa
yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang
dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan terbawa ke dalam
proses komunikasi. Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya
yang dimiliki ini menunjukkan bahawa perilaku terikat dengan budaya.
Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku
seseorang. Setiap komunikasi mengandungi potensi komunikasi antara budaya
kerana kita selalunya mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain
walaupun perbezaan itu hanya sedikit. Komunikasi berkonteks tinggi bagi
mereka yang berbudaya konteks tinggi. Maka, gaya komunikasi yang diamalkan
adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat atau lebih daripada satu
maksud pada satu mesej. Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah
kandungan tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan
dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks
tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah
diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada
apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus
terang. Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan menyatakan apa yang
mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan

menyatakan TIDAK. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks


tinggi ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Budaya terdiri
daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi akan menentukan,
memelihara, mengembangkan dan mewariskan budaya kita. Menurut Hall,
culture is communication, communication is culture. Ini menunjukkan bahawa
komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem
nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah bergantung
kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma.
Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali.
Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja.
Perbezaan cara teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza.
Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Asia
menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting.
Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi. Contohnya nilai
bekerjasama umpamanya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai
menjaga harmoni umpamanya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh
komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan
pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti
encik, pakcik, mak long dan sebagainya. Orang Asia lebih menjada kedudukan
hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah
dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna kuning
oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya.
Halangan komunikasi antara budaya
Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu
menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan menyebabkan proses
komunikasi tidak dapat dijalankan dengan lancar. Contohnya, seorang pelajar
Korea sedang sibuk dengan belajar kerana aka nada peperiksaan pada esok.
Kebetulannya ketika dia sedang belajar, rakanya seorang Melayu Malaysia
datang. Dia memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya sibuk lalu tutup
pintu. Dalam budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih terus terang
berbanding Malaysia. Dari pandangan Malaysia, walaupun sibuk tetapi
seharusnya menyambut tetamu juga. Gaya komunikasi yang diamalkan adalah
tidak terus terang. Ini akan menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia
terhadap orang Korea dan menganggap dia seorang yang tidak peramah.
Etnosentrik ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu
perkara lain yang dinilai berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Etnosentrik
dalam diri seseroang akan menyebabkan kesukaran kita dalam proses
memahami komunikasi orang lain sebab bahasa dan nilai yang berlainan.
Tiada kompetnsi budaya akan meningkatkan halangan komunikasi silang
budaya. Contohnya pengetahuan budaya sendiri dan orang lain, sensitiviti

budaya, nilai budaya, dalam kumpulan dan luar kumpulan, ketidakpastian,


prejudis dan stereotaip. Pengetahuan budaya akan menentukan pengaruh
budaya ke atas komunikasi.
Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain. Kita akan
menggunakan budaya sendiri sebagai standard untuk mengukur budaya orang
lain. Apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam proses komunikasi adalah
disebabkan perbezaan budaya. Mindset yang terdapat pada seseorang akan
membawa cabaran pertembungan kepada sikap, pengharapan dan gaya
komunikasi.
Stereotaip ialah generalisasi atar sekumpulan orang, objek atau peristiwa secara
luas berdasarkan satu budaya. Maklmat yang digunakan untuk menilai
seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri.
Contohnya, orang Yunani distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau
mencuri milik orang lain.
Atribusi ialah memberi makna kepada sesuatu perbuatan sama ada perbuatan
sendiri atau orang lain. Semua komunikasi melibatkan proses atribusi sama ada
ia sengaja atau tidak sengaja. Contohnya Lamal tegas dengan pendirian ingin
berjumpa dengan pengurus. Dalam pandangan setiausaha dia seorang agresif
dan biadap tetapi dalam pandangan Lamal ini menunjukkan dia seorang yang
tegas.
Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan.
Dalam kumpulan ialah mementingkan persamaan dengan orang lain. Manakala,
luar kumpulan ialah mementingkan perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan
akan menambahkan jarak perbezaan budaya dengan orang lain dan
mempengaruhi cara kita memproses maklumat. Luar kumpulan menganggap
komunikator yang lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh dipercayai, tidak
mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak
pandai. Manakla, dalam kumpulan adalah sebaliknya.
Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan memproses
maklumat kerana mereka merisau hasil komunikasi. Mereka gagal memberi
perhatian kepada cara komunikasi dalam proses mendapatkan hasil yang
diingini.
Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika menjaga masa dan
akan mengelakkan sebarang gangguan yang akan menjejaskan jadual waktu
mereka. Orang Afrika pula ialah jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak
perlu membuat temu janji sekiranya ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka
rela dan biasa dengan ada gangguan dan perkara yang tidak dapat dijangkakan.
Di sini jelas menunjukkan pertembungan gaya pengurusan masa antara orang
Amerika dengan orang Afrika.
Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri.
Contohnyam tingkah laku, kegemara, kerja dan belajar, wang serta personaliti.
Contoh perbezaan gaya pendedahan diri antara individualistik dan kolektivistik.

Maklumat yang boleh dikongsi antara dua masyarakat adalah berbeza.


Masyarakat kolektivistik boleh berkongsi segala mengenainya dengan orang lain.
Masyarakat individualistik mengasingkan hal peribadi dengan kerja. Maklumat
mengenainya yang boleh dikongsi dengan orang lain adalah terhad. Apbila orang
individualistik bertemu dengan orang yang mengamalkan daya kolektivistik akan
berlaku pertembungan sekiranya mereka tidak mengenai budaya antara satu
sama lain.
Cara komunikasi sama ada secra langsung atau tidak langsung.
Cara mengatasi halangan komunikasi antara budaya
Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain
sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku
budaya orang lain. Kita perlu memahami konsep budaya dan faktor yang
berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. Dengan adanya
fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan kita
berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi,
proses verbal dan bukan verbal.
Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada strategi
kognitif, afektif dan tingkah laku. Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman
budaya orang lain seperti melalui internet atau menanya orang berpengalaman.
Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin
berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap.
Pembelajaran bahasa tempatan akan memudahkan proses komunikasi. Strategi
afektif ialah berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan
unik serta menyenangkan hati. Kita perlu bersifat adaptif dan flesible dengan
keadaan yang sentiasa berubah. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap
diplomasi dan sensitive kepada situasi. Strategi tingkah laku terbahagi kepada
akomodasi dan divergen. Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain
sedang bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu
perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar
atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi
serta memberi masa kepada komunikator untuk menyampaikan mesej. Divergen
ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang
yang lain, elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil
berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat
komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai