Anda di halaman 1dari 10

Jurnal 1

Syahrul Ridhwan Bin Morazuki & Omar Nor Bin Abu Bakar. Jurnal tentang Perbandingan
Tahap Kekuatan Mental Di Antara Atlet Lelaki Dan Atlet Perempuan Dalam Acara Silat
Olahraga Dan Silat Seni Negeri Johor
Tujuan
mengenalpasti tahap kekuatan mental antara atlet silat olahraga dan atlet silat Seni
Negeri Johor dan membandingkan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet
perempuan dalam acara silat olahraga silat seni yang akan mewakili Negeri Johor.
Metodologi
1. menggunakan kertas soal-selidik yang mengandungi 30 soalan
2. 27 orang atlet silat terlibat dalam kajian ini; masing-masing 6 orang lelaki dan 6 orang
perempuan atlet silat seni serta 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan atlet silat
olahraga.
3. Soalan soal-selidik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu soalan maklumat diri subjek
dan soalselidik kekuatan mental.
Dapatan
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan:
1. tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kekuatan mental di antara
atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara Silat Olahraga.
2. terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kekuatan mental di antara atlet
lelaki dan perempuan dalam acara silat seni pada kriteria motivasi.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan secara
keseluruhan adalah pada tahap yang lemah bagi acara silat olahraga dan sederhana
bagi acara silat seni. Sehubungan itu dalam acara silat olahraga dan silat seni, atlet
lelaki mencapai tahap kekuatan mental yang sederhana dalam kriteria tahap keyakinan.
Tahap kekuatan mental dalam kriteria tahap keyakinan adalah rendah bagi atlet

perempuan mungkin disebabkan terdapatnya persaingan dari segi kemahiran lakuan.


Pesilat perempuan pula mencapai tahap kekuatan mental yang tinggi pada kriteria
motivasi.
Komen
Cara bagaimana jurulatih melatih dan bercakap untuk memberikan sokongan ataupun
tunjuk ajar dan kebergantungan atlet pada kepercayaan diri dan kata-kata jurulatih
mempengaruhi psikologikal atlet. Oleh yang demikian, bagaimana pendekatan jurulatih
secara pskilogikal dalam latihan fizikal untuk meningkatkan tahap kekuatan mental
adalah bergantung kepada gaya pengajaran dan latihan yang dilakukannya dalam
mempengaruhi minda atlet.

Jurnal 2
Fikri Idris, Rozmi Ismail, Mohd Radzi Tarmizi, Norhayati Ibrahim. Jurnal tentang
hubungan personality dengan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja bertingkah
laku berisiko tinggi di Malaysia.
Tujuan
Mengkaji hubungan personaliti dengan tingkah laku agresif serta sensation seeking
dalam kalangan remaja bertingkah laku berisiko tinggi dengan menggunakan
pendekatan penerokaan secara kaunseling kelompok dan individu serta kajian
kuantitatif.
Metodologi
1. Responden terdiri daripada peserta program pemerkasaan remaja (PERKASA) siri 5
2013 seramai 30 orang.
2. Alat ujian yang digunakan di dalam kajian ini adalah Big Five Personality Inventory
(John et al. 1991), Buss & Perry Aggression Questionnaire (Buss & Perry 1992) dan
Impulsive-Sensation Seeking Scale (Zuckerman 2002).
Dapatan
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan:
1. Hampir kesemua responden mempunyai pengalaman melakukan serangan fizikal
atau pernah melakukan tingkah laku agresif secara fizikal. Walau bagaimanapun,
semasa melakukan sesi kaunseling dan sepanjang program ini berlangsung, semua
responden tidak menunjukkan tingkah laku atau serangan fizikal kepada mana-mana
pihak.
2. Hasil daripada sesi kaunseling ke atas seorang responden yang bertubuh kecil dan
kurus kering turut mendapati beliau pernah melakukan serangan fizikal ke atas pegawai
JKM. Hasil ujian psikologi Aggression Scale yang diambil juga mendapati bahawa
responden ini mendapat skor yang tinggi bagi dimensi serangan fizikal.
3. Hampir semua responden pernah terlibat di dalam aktiviti lumba haram sebagai salah
satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka walaupun terbukti aktiviti tersebut adalah

sangat berbahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain. Oleh yang demikian, pengkaji
telah meletakkan tema Merempit sebagai satu tema di bawah Sensation Seeking.
4. Hasil analisis ini telah didapati bahawa responden suka melakukan aktiviti lumba
haram atau membawa kenderaan dengan laju untuk mencari keseronokan tidak kira
keseronokan untuk diri sendiri mahupun keseronokan mendapat habuan dan mendapat
pujian daripada rakan-rakan.
5. Hasil sesi kaunseling juga telah mendapati bahawa hampir kesemua responden
pernah terlibat dan masih lagi terlibat di dalam penyalahgunaan bahan seperti dadah,
arak, daun ketum dan juga tembakau. Mereka juga didapati mengalami ketagihan
kepada bahan-bahan ini.
Kesimpilan
Sebagai kesimpulan, hasil analisis kualitatif ini membuktikan bahawa responden
mempunyai sifat agresif yang terhasil daripada pelbagai faktor seperti pengaruh diri
sendiri, rakan-rakan dan juga kurangnya perhatian daripada keluarga. Oleh sebab itu,
mereka akan mencari keseronokan di luar penerimaan sosial seperti merempit, mencuri,
bergaduh dan sebagainya. Sebagai pakej melengkapi gelaja sosial yang mereka
lakukan, ramai responden terlibat dengan penyalahgunaan bahan seperti dadah, daun
ketum dan arak.
Komem
Kegilaan remaja menunjukkan kebolehan mereka memandu atau menunggang secara
berbahaya bukan sahaja boleh merosakkan masa depan mereka tetapi juga
mengundang bahaya kepada orang awam yang lain.

Jurnal 3
Norhayaty Bte ABD. Aziz. Jurnal tentang faktor kebimbangan dan keyakinan diri dalam
kalangan atlet lelaki berpasukan dengan perseorangan Universiti Pendidikan Sultan
idris, Tanjong malim, Perak.
Tujuan
Mengenalpasti adakah faktor-faktor seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan,
tempat tinggal, jenis sukan, pengalaman, peringkat penglibatan , kategori sukan,
jangkamasa latihan yang di jalani, program latihan yang berkesan atau tidak dan latihan
sendiri atau bantuan jurulatih
Metodologi
1. Memastikan bahawa kaedah dan prosedur penyelidikan dijalankan dengan sempurna
dan sistematik dalam aspek rekabentuk kajian, kesahan, instrumen kajian dan
kebolehpercayaan instrumen, pentadbiran instrumen, pemboleh ubah kajian, sampel
kajian dan tatacara pengumpulan data dan analisa data.
2. Penyelidik ini telah menggunakan borang soal selidik, Competitive State Anxiety
Inventory -2 (CSAI -2) yang sama pada atlit berpasukan dan juga atlit perseorangan.
3. Penyelidikan ini terdiri daripada 40 orang atlit yang bermain sukan berpasukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kejohanan sukan antara IPTA seluruh Malaysia
2007.
Dapatan
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan:
1. Kebimbangan yang paling dominan di kalangan atlit Sains Sukan yang mewakili
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ke Kejohanan Sukan Antara Universitiuniversiti Malaysia (MASUM), 2007 adalah kebimbangan trait ( keyakinan diri).
2. Hasil dapatan menunjukkan tidak wujud perbezaan antara kedua-dua pembolehubah
iaitu perbezaan tahap kebimbangan trait dan kebimbangan seketika mengikut data
demografi atlit perseorangan lelaki dengan atlit berpasukan lelaki.

3.Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kebimbangan dan keyakinan
diri responden
Kesimpulan
Di sini dapatlah dirumuskan bahawa atlit berpasukan lelaki dan atlit perseorangan lelaki
UPSI juga tidak terlepas dari mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Para atlit perlu
diberi pendedahan mengenai cara untuk mengawal tahap kebimbangan supaya atlit
dapat memberikan fokus terhadap pertandingan yang disertai dan tidak membiarkan
kebimbangan menguasai diri. Perubahan tahap kebimbangan kognitif turut dipengaruhi
oleh faktor masa. Perubahan tahap kebimbangan kognitif meningkat apabila semakin
hampir dengan pertandingan.
Komen
Bagi mempertingkatkan prestasi mereka, kita boleh menjalankan beberapa cadangan
iaitu merancang program merawat tahap kebimbangan secara individu adalah lebih baik
dari berpasukan, Gambaran dan latihan mental terutama dari kebimbangan kognitif dan
somatic berguna untuk meningkatkan prestasi pemain dan menggunakan empat teknik
untuk dapat mengurangkan tahap kebimbangan iaitu, teknik relaksasi autogenik,
meditasi dan maklum balas biologi.

Jurnal 4
Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. Jurnal tentang Faktor Di Antara
Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti
Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes.
Tujuan
Mempengaruhi faktor-faktor penyertaan pelajar-pelajar Tahun 1 SPS yang bakal menjadi
guru dalam menyertai aktiviti pendidikan luar.
Metodologi
1. Kajian soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Bahagian A merupakan profil diri pelajar. Bahagian B merupakan soal 38
selidik berkaitan dengan motivasi intrinsik, manakala bahagian C merupakan soal selidik
berkaitan dengan motivasi ekstrinsik.
2. Terdiri daripada 24 orang pelajar yang merupakan pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) (SPS), Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.
3. Alat ukur boleh digunakan ialah soal selidik.
Dapatan
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan:
1. Motivasi intrinsik lebih mempengaruhi penglibatan para pelajar 1 SPS terhadap aktiviti
pendidikan luar berbanding dengan motivasi ekstrinsik.
Kesimpulan
Secara keseluruhan penemuan kajiann ini mendapati responden mempunyai
pandangan bahawa hubungan motivasi ekstrinsik memberi pengaruh yang sederhana
kepada mereka terhadap aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan motivasi ekstrinsik
kurang mempengaruhi responden terhadap aktiviti pendidikan luar berbanding dengan
motivasi intrinsik.
Komen

Motivasi ekstrinsik boleh menjejaskan motivasi intrinsik. Ganjaran-ganjaran yang


diperolehi oleh seseorang individu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok di dalam
penyertaan aktiviti pendidikan luar. Setiap ganjaran mahupun factor luaran lain yang
diperolehi hendaklah dianggap sebagai bonus tambahan yang mempercepatkan lagi
peningkatan kemahiran atau prestasi.

Jurnal 5
Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin dan Jabil Mapjabil. Jurnal tentang Sukan Sebagai
Tarikan Pelancongan Di Malaysia Potensi Dan Prospek
Tujuan
Mengenal pasti potensi dan prospek sukan sebagai produk pelancongan di Malaysia.
Metodologi
1. Di peringkat dunia terdapat tiga acara sukan berprestij dan mendapat liputan meluas
daripada seluruh media antarabangsa iaitu Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Bola
Sepak Piala Dunia
2. Sebelum sesuatu kejohanan sukan diadakan setiap negeri atau negara tuan rumah
akan melakukan persediaan yang khusus dari segi kemudahan sukan, penginapan atlit,
pembaikan stadium, logistik dan lainlain lagi.
3. Di dalam sesuatu penganjuran acara sukan, media cetak dan media elektronik adalah
tunjang utama dalam mempromosikan kejohanan yang akan dilangsungkan.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, kejohanan sukan yang dijalankan terdapat perbezaan dari segi
bentuk promosi, tempoh penganjuran dan perancangan dilakukan dalam usaha menarik
kedatangan penonton bagi menyaksikan kejohanan yang berlangsung. Terdapat
beberapa ciri khusus dalam sukan yang menjadikannya sebagai suatu tarikan
pelancongan yang memberikan impak yang tinggi kepada pendapatan negara.
Komen
Menganjurkan sesuatu acara sukan bertaraf antarabangsa sememangnya akan
membawa pelbagai impak yang positif kepada negara penganjur. Pelaburan akan
dilakukan untuk jangka panjang seperti membina kemudahan infrastruktur,
penambahbaikan sistem pengangkutan, peningkatan dalam aspek kualiti perkhidmatan
daripada sektor awam dan swasta, peluang untuk memasarkan produk dan nama
negara serta akhir sekali promosi yang sangat bernilai menerusi media antarabangsa.
Namun begitu adalah perlu diingatkan sebarang bentuk penganjuran perlu dibincang

secara teliti dan diambil kira semua faktor kerana pengurusan yang berkualiti dan
sistematik sahaja yang mampu membawa pulangan keuntungan. Sedikit kesilapan
pengurusan boleh menyebabkan sesuatu acara sukan yang sepatutnya membawa
pulangan besar menjadi satu kerugian dan malapetaka.

Anda mungkin juga menyukai