Anda di halaman 1dari 6

Definisi Restoran

Menurut kamus Bahasa inggris Oxford (peter.1988.45)”Restaurant is an establishment


were refreshment or meals may be obtained” yang bermaksud sesuatu tempat dimana
penyegar atau makanan dapat diperolehi. Restoran merupakan satu usaha perniagaan
yang dilakukan oleh usahawan, Bertujuan untuk meniagakan produk makanan dan
minuman kepada para pelanggan. Istilah restoran berasal dari perkataan perancis iaitu
“restaurant” yang bermaksud “ restorers of energy atau pemulihan tenaga.

Menurut Saiful sham dalam laman web http://www.saifulsham.com

Biasanya restoran dibuka oleh usahawan “full time”. Restoran tersebut adalah salah satu
mata pencarian utama mereka. Kebanyakan restoran mempunyai hanya berada di satu
lokasi. (Restoran Lesung Batu, Restoran Maznah, De Mall Cafe adalah antara restoran-
restoran seperti ini).

Kebanyakan usahawan ini akan menguruskan restoran mereka dengan bantuan beberapa
orang pekerja. Ada restoran yang buka 24 jam, ada yang buka untuk sarapan sahaja, siang
sahaja, ataupun malam sahaja.

Sejarah Restoran

Sebuah lukisan kedai teh di jaman Dinasti Song oleh seniman Zhang Zeduan (1085-1145)
adalah salah satu bukti sejarah restaurant yang eksis di Cina daratan. Jasa penyedia
makanan yang diidentikkan dengan restoran dikenal sejak abad ke-11 di Kaifeng, ibukota
Cina Utara dalam babak pertama Dinasti Song (960–1279).
Dengan populasi lebih dari 1 miliar jiwa, budaya keramahtamahan warga Kaifeng dan
mata uang kertas yang beredar kala itu, menjadi faktor berkembangnya Kaifeng dengan
diikuti bertumbuhnya restoran-restoran. Mungkin, dari sinilah industri restoran atau kedai
teh yang dapat melayani para pelancong berkembang bahkan hingga ke luar China.
Stephen H. West berargumen bahwa terdapat hubungan langsung antara perkembangan
bisnis restoran, panggung pertunjukan,perjudian dan prostitusi kala itu.

Sebuah restoran yang dikenal dengan nama Ma Yu Ching's Bucket Chicken House yang
didirikan tahun 1153 di Kaifeng masih beroperasi hingga saat ini. Mengagumkan.

materi referensi:

http://en.wikipedia.org/wiki/Restaurant
Budaya Tempatan

Sejarah Kaum kadazandusun

Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga
dari jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi
sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.
Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum
Kadazan di Penampang dan Papar, Lotud, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di
Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang
sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. Kesemua etnik kecil ini
menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar mereka.

Daripada perspektif naratif lisan (mitos dan legenda) orang Kadazandusun bukan
berasal dari tempat lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh saintis sosial dan
sejarawan. Kinoringan dan isterinya telah mencipta manusia pertama di bumi Sabah
dan bukannya di tempat lain. Semua legenda penghijrahan Kadazandusun, bahawa
semua suku dan subsuku Kadazandusun yang ada di Sabah pada masa kini, sama
ada berasal dari tempat yang dikenali sebagai Nunuk Ragang, Kampung Inai, Tuaran
atau dari Kuala Penyu (Dusun Tatana). Dengan kata lain, buku ini menonjolkan
persepsi masa silam orang Kadazandusun, bahawa nenek moyang mereka tidak lain
dan tidak bukan  ialah manusia asal di bumi Sabah. Kajian ini juga mendapati
bahawa sistem kepercayaan orang Kadazandusun melabelkan nenek moyang
Kadazandusun sebagai pagan atau animis. Berdasarkan interpretasi daripada teks
mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-
dewi yang berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadazan-dusun
bukannya tidak beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis)
semata-mata. Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai
ciri-ciri yang mirip kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain
seperti orang Yunani, Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang
Kadazandusun juga merupakan satu rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem
kepercayaan politiesme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani, Cina dan
Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang Kadazandusun juga merupakan satu
rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem kepercayaan politeisma yang
tersendiri. 
LOW KOK ON, Ph.D adalah Pensyarah Kanan sastera di Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. Bidang
pengkhususannya ialah sastera rakyat bagi suku kaum di Sabah. Penulis telah
mengumpul cerita lisan tentang legenda Mat Salleh daripada penduduk kampung di
Pantai Barat Selatan Sabah. Beliau juga memberikan tumpuan kepada koleksi mitos
dan legenda bagi suku kaum Kadazandusun. 

Ciri-ciri masyarakat Kadazandusun

1.Hidup secara nomad.

2.Mempunyai kepercayaan terhadap alam dan kepercayaan melalui nenek moyang


mereka.

3.sumber makanan utama ialah penanaman padi sawah dan padi huma.

4.Pakaian tradisi suku kaum kadazandusun adalah berwarna hitam dan berjalur kuning

5.Paras rupa mempunyai kacukan cina dan orang asli.

6.Mempunyai upacara tertentu seperti upacara kematian dan sembahyang.

7.Bahasa peribumi yang seakan bahasa cina.Yang rimanya mempunyai huruf”Z”


contohnya “Zou” yang bermaksud “Saya”.
Fungsi

Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk
berteduh/berlindung, menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali.
Mereka menghasilkan berbagai-bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada fungsi
bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi
kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan
upacara keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan
keperluan dari segi budaya.

Kepelbagaian

Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah
mempunyai variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya
bergantung pada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang
masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap
ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang
mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat
‘utilitarian’ tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan
yang lain.

Bahan

Keadaan tentang adanya bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang
dihasilkan. Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas
rumah, bakul, rumah (termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat
Dusun/Kadazan Tambunan. Dalam pada itu, labu pahit yang terdapat di Tambunan telah
menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang
diperdagangkan di kalangan kumpulan Dusun, walaupun ia juga ada dibuat di tempat-tempat
lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan luasnya untuk
membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan untuk
membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit
kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.

Jenis Kraftangan

Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraftangan. Di pedalaman
Sabah, sebilangan besar kaum wanita membuat terendak, anyaman tikar, tenunan kain,
sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki
pula membuat bakul yang lebih besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat
menangkap ikan yang lain dan senjata. Dikalangan masyarakat nelayan tepi pantai, kaum lelaki
membuat perahu, ukiran kayu, alat penangkap ikan dan wanitanya menenun dan menyulam kain,
mengayam tikar dan lain-lain.
Barangan Dagangan

Benda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak
asas benda-benda tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di
tamu untuk komoditi lain. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti
tempayan, manik, benda tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk
pesisiran pantai dibawa masuk ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan perhubungan
dengan dunia luar yang semakin meningkat, bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan
benda-benda yang diimport dan lebih murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional.
Dengan itu, manik-manik kaca yang jarang ditemui telah diganti dengan manik plastik yang
murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian. Benang kapas import yang murah kini
diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam yang diimport telah digunakan
sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam penghasilan pakaian.

Bakul

Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh kerana benda ini
dipakai oleh hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul bergantung kepada fungsi
dan tradisi penduduk yang membuat benda-benda ini.

Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan untuk memenuhi selera
pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam bentuk yang asal.

Kraftangan yang digunakan oleh masyarakat Kadazandusun:

Wakid Kuron
Sompoton Tajau

Anda mungkin juga menyukai