Anda di halaman 1dari 65

1.

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
James dan James (1976) menyatakan matematik adalah ilmu tentang logik

mengenai bentuk, susunan, besaran dan konsep-konsep yang mempunyai hubungan


antara satu sama lain serta terbahagi kepada tiga bidang iaitu algebra, analisis dan
geometri. Namun,kini matematik telah semakin berkembang dan terbahagi kepada lebih
banyak bidang. Matematik juga dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan
dan penulisan dengan kosa kata serta tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan
mendalami hubungan fizikal dan konsep. Ilmu matematik merangkumi hampir kesemua
aspek dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi sesuatu yang perlu untuk dipelajari dan
dikuasai oleh kita. Ilmu ini juga dilihat sebagai suatu yang mampu mempermudah
urusan kehidupan seharian kita. Namun sebaliknya, ramai yang menganggap cabang
ilmu ini sebagai satu cabang ilmu yang susah untuk dikuasai.
Di Malaysia, mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami perubahan di mana
unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak
dan cabaran peredaran masa murid- murid kini. Pengajaran dan pembelajaran matematik
perlu dikendali dan dirancangkan oleh guru dengan berkesan bagi mewujudkan suatu
pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kebolehan,
pengalaman, minat, kemampuan dan gaya murid yang berlainan atau berbeza-beza perlu
dititik berat, diberi perhatian dan diambil kira bagi merancang perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Seorang guru matematik yang baik akan
berusaha untuk merancang pengajaran dan pembelajaran matematik dengan berkesan
1

supaya kefahaman murid dapat dibina dan diperkembangkan selaras dengan matlamat
pendidikan matematik sekolah rendah di Malaysia iaitu untuk membina dan
mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas dalam
mengira (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Kemahiran asas yang dimaksudkan
merangkumi empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi yang digunakan
secara praktikalnya dalam kehidupan seharian. Kajian tindakan yang dilakukan ini
adalah salah satu usaha bagi mencapai matlamat pendidikan matematik sekolah rendah
yang dinyatakan ini.
1.2

Refleksi Pengalaman Yang Lalu


Semasa praktikum fasa tiga, saya mengajar mata pelajaran Matematik bagi

sebuah kelas tahun empat. Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar tajuk
pecahan yang merangkumi tajuk menambah dan menolak dua pecahan wajar semasa
praktikum ini. Sepanjang mengajar tajuk ini, saya mendapati murid-murid menghadapi
kesukaran untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Selain itu, semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran murid-murid juga kadang kala kurang menunjukkan minat
terhadap apa yang diajarkan. Saya telah mencuba sedaya upaya saya untuk membantu
murid menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul. Saya telah memberikan
soalan-soalan latihan yang pelbagai supaya murid-murid dapat menambah dan menolak
dua pecahan wajar dengan betul. Namun, saya dapati murid-murid ini masih tidak dapat
menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar walaupun saya telah
melaksanakan pelbagai aktiviti dan memberikan soalan latihan yang mencukupi bagi
memudahkan kefahaman mereka. Setelah saya melakukan refleksi terhadap pengajaran
dan pembelajaran saya, saya mendapati murid-murid saya tidak dapat menguasai
2

kemahiran menambah dan menolak pecahan wajar disebabkan saya tidak dapat
membuatkan murid memahami konsep untuk menambah dan menolak pecahan. Kaedah
dan pendekatan yang saya gunakan untuk mengajar konsep menambah dan menolak
pecahan tidak dapat membuatkan murid-murid saya ini memahami dengan jelas konsep
untuk menambah dan menolak pecahan wajar. Ini kerana saya hanya mengajar muridmurid saya menambah dan menolak pecahan wajar berdasarkan nota dan contoh-contoh
daripada buku teks dan kemudiannya terus menjalankan ativiti pengukuhan tanpa
memastikan terlebih dahulu adakah murid-murid saya telah memahami konsep dan cara
untuk menambah dan menolak pecahan wajar. Saya mendapati nota dan contoh daripada
buku teks yang saya gunakan untuk menerangkan konsep serta cara menambah dan
menolak pecahan wajar adalah kurang sesuai dan berkesan bagi memudahkan
kefahaman murid-murid saya. Selain itu, murid-murid masih tidak dapat menguasai
kemahiran menambah dan menolak pecahan wajar walaupun saya telah memberikan
mereka banyak soalan latih tubi dan melakukan pelbagai aktiviti kerana murid-murid ini
dilihat kurang berminat dan motivasi untuk menjawab soalan-soalan berkaitan
penambahan dan penolakan pecahan wajar. Hal ini terjadi kerana saya gagal untuk
merancang kaedah dan pendekatan yang sesuai dan menarik semasa mengajar topik
menambah dan menolak pecahan.
Masalah ini juga pernah timbul semasa praktikum fasa satu sebelumnya, yang
mana pelajar tidak dapat menguasai kemahiran menambah dan menolak pecahan serta
kurang menunjukan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan operasi menambah dan menolak pecahan. Dalam usaha mengatasi masalah
ini, saya juga telah menggunakan beberapa cara seperti menggunakan bahan bantu
3

mengajar yang menarik serta beberapa kaedah pengajaran bagi membantu murid
menguasai kemahiran menambah dan menolak pecahan serta menarik minat murid
terhadap penambahan dan penolakan pecahan. Setelah melakukan refleksi, saya
mendapati bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran yang saya gunakan untuk
mengajar penambahan dan penolakan pecahan kepada murid-murid saya adalah kurang
efektif bagi membuatkan murid-murid memahami dengan jelas konsep menambah dan
menolak pecahan. Saya juga mendapati bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran
yang saya gunakan semasa mengajar penambahan dan penolakan pecahan tidak dapat
menarik minat murid-murid semasa di dalam kelas. Oleh itu, saya perlu memikirkan
apakah kaedah yang sesuai untuk saya gunakan bagi mengatasi masalah ini.
1.3

Refleksi Nilai Pendidikan Saya


Secara umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah bercorak

pendidikan asas di mana murid akan diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya
untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Begitu juga dengan kurikulum
matematik sekolah rendah yang turut memberi pendidikan matematik yang asas kepada
semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian. Hal ini
kerana matematik dalam kehidupan seharian adalah tidak dapat dipisahkan lagi. Bagi
saya peluang untuk menguasai kemahirankemahiran asas ini haruslah diberi kepada
semua murid mahupun kepada murid-murid yang dikategorikan murid pemulihan. Ini
adalah nilai pendidikan utama yang saya pegang. Maka, sepanjang menjadi guru
praktikum di sekolah, saya sentiasa bertindak selaras dengan nilai pendidikan saya ini.
Saya tidak pernah menafikan peluang mana-mana murid saya untuk belajar di dalam
kelas saya. Saya sentiasa cuba untuk membuatkan semua murid-murid yang saya ajar
4

memahami dan menguasai setiap topik yang diajar walaupun murid itu adalah murid
pemulihan kerana saya berpegang bahawa semua murid berhak diberi peluang sama rata
untuk belajar.
Nilai pendidikan kedua yang saya pegang ialah guru sepatutnya cuba untuk
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta
bermakna sama ada pembelajaran di dalam atau di luar kelas supaya murid-murid lebih
mudah memahami dan mempelajari sesuatu di samping meningkatkan minat belajar dan
motivasi murid. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan,
pengalaman serta minat murid. Semasa praktikum yang lalu, saya berpendapat bahawa
saya telah bertindak selaras dengan nilai pendidikan yang saya pegang ini. Saya sentiasa
merancang dan melaksanakan pelbagai pendekatan, strategi dan aktiviti yang dirasakan
menarik dan sesuai untuk mengajar murid-murid saya di sekolah. Saya telah sentiasa
mencuba untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran saya dapat menarik
minat murid-murid dan mengaitkan topik pembelajaran dengan kehidupan sebenar agar
murid-murid dapat belajar dengan seronok, berguna, bermakna dan mencabar. Walau
bagaimanapun, saya berazam untuk mempertingkatkan lagi kualiti proses pembelajaran
dan pengajaran saya supaya. Ini kerana, saya menyedari semasa praktikum yang lalu ada
kalanya saya gagal untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran saya menarik,
berguna, bermakna dan mencabar seperti nilai pendidikan yang saya pegang.
Nilai pendidikan saya yang seterusnya ialah kefahaman terhadap sesuatu topik
adalah aspek yang paling penting dalam mempelajari matematik. Saya berpegang
bahawa sesuatu konsep matematik harus difahami dengan jelas terlebih dahulu sebelum
5

murid dapat menguasai sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid perlu terlebih dahulu
memahami dengan jelas konsep pecahan untuk murid itu menyelesaikan sesuatu
masalah berkaitan pecahan itu. Jika murid tidak memahami konsep itu, murid akan
menjadi keliru dan tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Setelah
saya merenungkan kembali, saya mendapati semasa praktikum yang lalu saya sering kali
bertindak tidak selaras dengan nilai pendidikan yang saya pegang ini. Semasa mengajar
mata pelajaran Matematik sepanjang praktikum yang lalu, saya lebih mementingkan dan
memikirkan tentang latih tubi, aktiviti-aktiviti dan permainan bagi tujuan pengukuhan
sedangkan pengajaran konsep sesuatu topik tidak dititikberatkan. Saya sering kali tidak
mengambil berat apabila terdapat murid yang kurang memahami sesuatu topik yang
diajar kerana saya menganggap murid ini akan menjadi mahir dan memahami kemahiran
itu setelah melakukan latih tubi, aktiviti-aktiviti dan permainan untuk pengukuhan yang
saya laksanakan. Oleh yang demikian, saya seharusnya memperbetulkan kembali
tindakan saya ini agar selaras dengan nilai pendidikan saya iaitu kefahaman adalah
aspek paling penting dalam mempelajari matematik.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1

Isu Kajian
Isu untuk kajian saya ialah berkaitan kefahaman murid-murid dalam cara untuk

menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid tahun empat. Secara umumnya,
murid-murid perlu terlebih dahulu memahami dengan baik proses yang diperlukan untuk
menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza
untuk menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan
6

penyebut yang sama atau berbeza.

Berdasarkan pemerhatian saya, murid kurang

berminat semasa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tajuk menambah dan
menolak dua pecahan wajar kerana mereka tidak begitu memahami konsep dan proses
untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau
berbeza. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam
keadaan yang membosankan.
Dalam kajian ini, saya membincangkan serta mengkaji masalah kefahaman
dalam menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau
berbeza dalam kalangan murid di sekolah. Saya mengkaji sejauh mana teknik latih tubi
menggunakan kaedah carta alir berwarna dalam meningkatkan kefahaman murid tahun
empat untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama
atau berbeza. Saya

menggunakan beberapa jenis

kaedah untuk mengumpul data.

Seterusnya, saya menganalisis data yang telah dikumpul bagi menilai sejauh mana
keberkesanan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dalam
meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut
yang sama atau berbeza.
2.2

Tinjauan Awal
Berdasarkan pemerhatian serta perbincangan yang telah dilakukan dengan

beberapa guru matematik, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai
proses yang diperlukan dalam kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar.
Murid-murid ini kemudiannya mengambil cara yang salah untuk menambah atau
menolak pecahan. Saya juga melakukan tinjuan awal dengan membuat penelititan
7

terhadap cara murid menjawab soalan menambah pecahan dalam satu peperiksaan
peringkat sekolah selain meneliti hasil kerja murid di dalam buku latihan mereka.
Terdapat lima jenis kesalahan yang telah saya kenal pasti dalam pengiraan yang
dilakukan oleh murid untuk menambah pecahan berdasarkan pengiraan dan jawapan
yang dibuat oleh murid semasa menjawab peperiksaan ini.
Kesalahan pertama yang dikenal pasti ialah murid menukarkan pecahan kepada
nombor bulat yang dilihat dalam pecahan dan membuat penambahan dalam bentuk
lazim seperti dalam bulatan merah dalam Rajah 1. Ini jelas menunjukkan murid tidak
faham bagaimana untuk menambah pecahan wajar. Murid menambah nombor yang
terletak di atas dengan nombor yang terletak di bawah seperti penambahan nombor bulat
dalam bentuk lazim.

Rajah 1: Kesalahan pertama yang dikenalpasti

Kesalahan kedua yang dikenal pasti pula ialah murid terus menambah pengangka
dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut dua pecahan wajar yang terdapat

dalam soalan seperti contoh dalam Rajah 2. Ini menunjukkan murid kurang faham
konsep dan langkah-langkah untuk menambah dua pecahan wajar.

Rajah 2:

Kesalahan kedua

yang

dikenalpasti

Kesalahan ketiga pula ialah murid menambah nombor-nombor dalam pecahan


secara bersilang seperti dalam Rajah 3 di bawah.

5+1=6

3+5 = 8

Rajah 3: Kesalahan ketiga yang dikenalpasti


Kesalahan murid yang keempat pula ialah murid terus memberikan jawapan
yang tidak logik seperti dalam bulatan merah dalam Rajah 4.
9

Rajah 4: Kesalahan keempat yang dikenalpasti


Bagi kesalahan kelima yang dikenal pasti, saya mendapati murid mendarab
pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut bagi menghasilkan
jawapan. Contoh kesalahan kelima ini ditunjukkan dalam Rajah 5.

3x1

5x5

Rajah 5: Kesalahan kelima yang dikenalpasti


Kelima-lima kesalahan yang telah ditunjukkan banyak dilakukan oleh murid
semasa menjawab soalan peperiksaan. Kesalahan ini menunjukkan murid-murid tidak
memahami konsep dan langkah-langkah untuk menambah atau menolak pecahan.
10

Kesalahan-kesalahan ini perlu diperbetulkan segera agar murid dapat menambah dan
menolak pecahan dengan cara yang betul.
Saya memilih fokus kajian ini setelah meneliti semua faktor seperti murid,
persekitaran sekolah, dan kerjasama daripada guru matematik. Secara umumnya,
permasalahan ini mampu untuk ditadbir kerana masalah yang dikaji bukanlah masalah
yang besar atau terlalu serius. Ianya merupakan masalah yang mampu ditangani oleh
saya dan tidak mendatangkan masalah yang serius. Responden kajian juga mudah untuk
didapati kerana mereka terdiri daripada murid saya itu sendiri. Selain itu, tajuk kajian
juga sesuai dengan tahap murid yang akan dijadikan responden kajian. Oleh itu, saya
merasakan kajian ini dapat diuruskan seperti yang telah dirancang.
Kefahaman yang jelas tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza amat penting bagi memastikan murid-murid
dapat menambah dan menolak dengan betul dua pecahan wajar dengan penyebut yang
sama atau berbeza. Sekiranya kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua
pecahan wajar ini tidak dapat dikuasai dengan baik oleh murid-murid semasa tahun
empat, murid-murid ini juga tentunya akan menghadapi kesukaran untuk menambah dan
menolak pecahan yang lebih sukar seperti menambah dan menolak pecahan bercampur
yang akan dipelajari semasa tahun lima. Selain itu, prestasi murid dalam peperiksaan
juga akan terjejas sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera.
Disamping itu, fokus ini juga amat penting dalam usaha saya untuk
meningkatkan minat murid terhadap pecahan khususnya. Jika timbulnya rasa minat,

11

murid secara tidak langsung akan lebih menyukai matematik dan seterusnya akan
membantu mereka untuk menguasai matematik dalam masa yang singkat.
Fokus kajian ini dipilih dengan harapan dapat membantu murid untuk menguasai
proses menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau
berbeza. Penguasaan proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini akan
membantu mereka untuk lebih memahami apa yang akan diajarkan oleh guru dan ini
akan memastikan mereka dapat menguasai permasalahan matematik yang melibatkan
operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar.
Saya menggunakan satu kelas murid tahun empat dalam kajian ini. Seramai 26
orang murid-murid akan terlibat iaitu 10 lelaki dan 16 perempuan. Kajian ini adalah di
bawah kawalan saya kerana tiada pihak lain yang terlibat dalam kajian ini.
Kolaborasi amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Tanpa adanya
kolaborasi, pastinya sesuatu kajian ini tidak dapat dilakukan dengan lengkap dan
sempurna. Sedar akan hal ini, saya mendapatkan kerjasama serta berbincang dengan
guru matematik sekolah, pihak pentadbir sekolah, pensyarah serta rakan-rakan saya. Hal
ini adalah untuk memastikan kajian saya dapat dijalakan dengan sempurna. Kolaborasi
dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan proses kajian yang dilakukan oleh saya
berada pada landasan yang sepatutnya serta mengikut apa yang telah dirancangkan. Ini
amat penting untuk memastikan kajian ini dapat memberikan hasil yang optimum
kepada saya.
Fokus ini dipilih setelah saya menganalisa beberapa siri set latihan serta jawapan
murid-murid dalam peperiksaan. Hasil daripada analisis yang telah dilakukan, saya
12

mendapati murid-murid tidak dapat menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan
betul.

Oleh itu, kajian ini amat relevan untuk dilakukan kerana ia mampu untuk

meningkatkan penguasaan murid untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar.
Hasil kajian ini juga dapat meningkatkan minat murid untuk belajar seterusnya
memastikan objektif yang dirancang tercapai.
2.3

Tinjauan literatur
Masalah yang melibatkan pecahan bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan

murid-murid sekolah rendah. Terdapat kajian-kajian dan penulisan yang telah dibuat
berkaitan masalah murid dalam topik pecahan secara umumnya. Tahap penguasaan
pelajar dalam topik pecahan agak membimbangkan. Ini ditegaskan oleh Allinger dan
Payne dalam bukunya Estimation and Mental Arithmetic With Present. Mereka
menyatakan bukan sahaja kanak-kanak atau pelajar menghadapi masalah memahami
konsep pecahan malah orang dewasa juga. (Allinger & Payne, 1986).
Hart (1981) pula menyatakan murid membuat kesilapan apabila menambah
pecahan kerana gemar menggunakan strategi menambah seperti menambah nombor
bulat iaitu menambah nombor di atas dengan nombor yang berada di bawah. Dalam
kajian saya, saya mendapati memang terdapat murid saya yang melakukan kesilapan
seperti yang dinyatakan oleh Hart.
Nik Aziz Nik Pa (1987) ada membuat kajian tentang pecahan di dalam kajiannya
yang bertajuk Children Fractional Schemes. Dalam kajiannya ini beliau ada
menerangkan secara terperinci tentang konsep pecahan, fahaman kanak-kanak

13

tentangkonsep pecahan, kesilapan yang sering pelajar lakukan ketika menyelesaikan


operasi pecahan dan sebagainya.
Kajian tentang pecahan juga pernah dijalankan oleh Parker dan Leinhardt (1995).
Di dalam kajian ini mereka menganalisis dan mengenal pasti corak kesilapan yang
sering dilakukan oleh pelajar. Antara kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ialah tidak
menyamakan dahulu penyebut kedua-dua pecahan sebelum menambah dua pecahan.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menambah dan
menolak pecahan sebenarnya adalah kerana tidak mempunyai kefahaman yang baik
tentang langkah-langkah untuk menambah dan menolak pecahan. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), kefahaman bermaksud keupayaan atau kemampuan untuk
memahami sesuatu yang dipelajari, dibaca dan sebagainya. Dengan bantuan teknik latih
tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna, kefahaman murid-murid saya untuk
menambah dan menolak pecahan wajar diharap dapat dipertingkatkan.
Kajian ini juga dilakukan untuk meningkatkan minat murid-murid terhadap
operasi menambah dan menolak pecahan. Ini kerana minat merupakan antara faktor
yang penting yang mempengaruhi penguasaan murid-murid terhadap sesuatu yang
dipelajari mereka. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986, m.s 43)
menyatakan minat seorang memainkan peranan yang penting dalam mempelajari mata
pelajaran Matematik. Penggunaan unsur warna dalam carta alir yang digunakan dalam
kajian saya adalah salah satu usaha untuk meningkatkan minat murid-murid saya
terhadap operasi menambah dan menolak pecahan.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN


14

Sesuatu kajian tindakan pasti mempunyai objektif kajian dan persoalan kajian
yang ditetapkan oleh guru atau individu yang menjalankan kajian itu. Dalam kajian saya,
saya telah menetapkan dua objektif kajian dan juga dua persoalan kajian yang
menyentuh mengenai keberkesanan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir
berwarna dalam memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua
pecahan wajar serta meningkatkan minat murid-murid terhadap operasi menambah dan
menolak dua pecahan wajar.
3.1

Objektif Kajian

3.1.1

Objektif Kajian 1

Mengkaji sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna
dalam memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat.
3.1.2

Objektif Kajian 2

Meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar
melalui teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dalam kalangan murid
tahun empat.

3.2

Persoalan Kajian
15

3.2.1

Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat
memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat?
3.2.2

Persoalan Kajian 2

Sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat
meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat?
4.0

KUMPULAN SASAR
Saya telah menjalankan penyelidikan tindakan saya di sebuah sekolah

kebangsaan di daerah Raub. Sekolah ini merupakan tempat saya menjalani praktikum
fasa tiga dan juga sesi internship saya. Sekolah ini adalah sekolah luar bandar yang
terletak di dalam kawasan felda. Pada tahun 2012, sekolah ini mempunyai seramai 346
orang murid. Majoriti murid-murid di sekolah ini merupakan anak-anak peneroka dan
keseluruhannya terdiri daripada kaum Melayu.
Seramai 26 orang murid dari sebuah kelas tahun empat dipilih sebagai responden
dalam kajian ini yang mana terdiri daripada 10 lelaki dan 16 perempuan. Murid-murid
yang dipilih sebagai responden ini ialah murid-murid untuk mata pelajaran Matematik
saya pada praktikum fasa tiga. Murid-murid dalam kelas ini mempunyai pelbagai tahap
yang berbeza disebabkan sekolah tidak mengamalkan pengasingan kelas antara murid
pandai dan murid yang lemah.
16

Murid-murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap penguasaan


kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau
berbeza yang kurang baik. Saya mengenal pasti tahap penguasaan murid-murid dalam
kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar ini berdasarkan markah yang
diperoleh dalam ujian pra dan melalui tinjauan awal yang dilakukan. Tahap penguasaan
responden dinilai berdasarkan ujian pra serta ujian pasca yang diberikan.
Terdapat tiga orang murid pemulihan dalam kalangan responden saya ini. Muridmurid ini tidak mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira yang baik seperti
murid-murid yang lain. Ketiga-tiga murid ini sering mendapat markah yang rendah dan
lazimnya gagal dalam setiap peperiksaan ataupun ujian matematik.
Kebanyakan murid-murid dalam kelas ini kurang meminati mata pelajaran
matematik berdasarkan pemerhatian saya semasa praktikum fasa tiga yang lalu. Saya
mendapati kebanyakan murid-murid ini tidak memberikan fokus dan melibatkan diri
dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Kebanyakan muridmurid ini juga sering tidak menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka.
Sepanjang kajian saya dijalankan, murid-murid ini memberikan kerjasama yang
amat baik kepada saya. Kajian ini tidak akan dapat disiapkan tanpa kerjasama dan
penglibatan murid-murid ini.

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1

Pelaksanaan Tindakan
17

Saya menggunakan carta alir berwarna seperti Rajah 6 bagi membantu murid
saya memahami kemahiran menambah dan menolak pecahan wajar.

gakPpednyglapbknudstaijkpe1ngdatyukmne-dgbuasht-mypndegauk ptldebnougaihkdnegcbkial drenmgaudin b lang gand an yang sam


pdgsaemny bakungptyea2ngybseuatm arit?sung-m asing
TIDAK

YA

TIDAK

YA

penyebut telah
sama

Rajah 6: Carta alir berwarna

18

Kaedah carta alir berwarna ini adalah satu kaedah untuk menjelaskan langkahlangkah yang diperlukan untuk menambah dan menolak pecahan. Kaedah ini memberi
penjelasan secara lengkap apa yang perlu dilakukan murid apabila ingin menambah atau
menolak pecahan. Saya telah meletakkan tiga warna yang berbeza iaitu hijau, biru dan
kuning di dalam carta alir ini. Setiap warna melambang cara yang berbeza yang
diperlukan apabila menambah atau menolak pecahan.
Apabila murid ingin menambah atau menolak pecahan, murid akan mengenal
pasti adakah kedua-dua pecahan mempunyai penyebut yang sama atau tidak. Jika murid
mendapati penyebut kedua-dua pecahan adalah sama, maka carta alir berwarna hijau
akan digunakan. Murid akan menambah atau menolak pengangka pecahan pertama
dengan pengangka pecahan kedua bagi mendapatkan pengangka bagi jawapan manakala
penyebut bagi jawapan pula ialah penyebut yang telah sama tadi. Sebagai contohnya,

jika soalan adalah

1 2
+
8 8

maka jawapan murid ialah

1+2
8

3
.
8

Jika murid mendapati penyebut bagi kedua-dua pecahan yang ingin ditambah
atau ditolak adalah tidak sama, maka carta alir berwarna biru pula akan digunakan.
Murid akan membandingkan penyebut kedua-dua pecahan yang terlibat kemudian
mengenal pasti penyebut manakah yang lebih kecil dan menggandakan penyebut itu.
Jika murid mendapati ada gandaan yang sama dengan penyebut yang besar, maka murid
akan menggandakan juga pengangka bagi pecahan yang mempunyai penyebut yang
kecil tadi dengan bilangan gandaan yang sama. Maka, kedua-dua pecahan akan
mempunyai penyebut yang sama dan pecahan itu boleh ditambah atau ditolak seperti

19

langkah dalam carta alir berwarna hijau kembali. Contohnya,

1 3
+
4 8

di mana

penyebut yang terlibat ialah empat dan lapan, maka murid akan menggandakan penyebut
yang lebih kecil iaitu empat. Empat digandakan sebanyak dua kali adalah sama dengan
lapan, maka ada gandaan yang sama dengan penyebut yang besar. Oleh itu, murid akan

turut mengandakan pengangka bagi pecahan

Maka pecahan

1
4

ditukarkan menjadi

1
4

iaitu satu juga sebanyak dua kali.

2
. Sekarang, kedua-dua pecahan telah
8

mempunyai penyebut yang sama dan langkah menambah atau menolak pecahan
dilakukan mengikut langkah carta alir berwarna hijau.
Jika langkah dalam carta alir biru juga tidak dapat digunakan, maka murid akan
menggunakan langkah dalam carta alir berwarna kuning. Murid akan menggandakan
kedua penyebut bagi pecahan yang terlibat dan mencari gandaan sepunya yang terkecil.
Kamudian, murid akan menggandakan juga pengangka kedua-dua pecahan dengan
bilangan gandaan yang sama dengan penyebut masing-masing. Maka, kedua-dua
pecahan akan mempunyai penyebut yang sama dan boleh ditambah atau ditolak seperti

langkah dalam carta alir berwarna hijau kembali. Sebagai contohnya,

1 1
+ , maka
5 3

gandaan sepunya terkecil bagi lima dan tiga ialah lima belas. Lima digandakan sebanyak
tiga kali menjadi lima belas manakala tiga digandakan sebanyak lima kali menjadi lima
belas. Kedua pengangka bagi pecahan terlibat juga digandakan dengan bilangan gandaan
yang sama iaitu tiga dan lima. Maka pengangka pecahan pertama iaitu satu digandakan
20

menjadi tiga dan pengangka pecahan kedua digandakan menjadi lima. Maka

menjadi

3 5
+
15 15

1 1
+
5 3

dan boleh ditambah seperti langkah dalam carta alir berwarna hijau

kerana telah mempunyai penyebut yang sama.


Murid-murid saya telah diajar langkah-langkah untuk menambah atau menolak
pecahan wajar menggunakan carta alir berwarna seperti yang telah diterangkan. Setelah
itu, latih tubi diberikan kepada murid-murid. Murid-murid merujuk kepada carta alir
berwarna dan mengenal pasti langkah yang diperlukan bagi menambah atau menolak
pecahan wajar. Setiap murid diberikan satu cetakan keras carta alir berwarna yang
diletak di dalam fail sebagai rujukan mereka.
Bagi menjalankan teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna saya ini,
saya telah mengambil dua waktu pengajaran setiap minggu. Pada minggu pertama saya
mengajar murid bagaimana untuk menggunakan carta alir berwarna bagi menjawab
soalan-soalan menambah atau menolak pecahan. Saya menggunakan powerpoint bagi
memaparkan carta alir berwarna ini. Setiap murid pula diberi satu cetakan carta alir
berwarna yang diisi di dalam fail bersama set-set latih tubi yang akan dijalankan. Saya
menunjukkan dan menerangkan tiga contoh soalan menambah dan menolak pecahan
menggunakan carta alir berwarna hijau, tiga contoh soalan menggunakan carta alir biru
dan tiga contoh soalan menggunakan carta alir berwarna kuning. Kemudian saya
memberikan murid-murid lima soalan bagi menguji adakah mereka faham bagaimana
menggunakan carta alir berwarna yang telah diterangkan. Saya membimbing muridmurid menjawab soalan-soalan ini.
21

Pada slot-slot seterusnya, saya menjalankan latih tubi menjawab soalan


menambah dan menolak pecahan menggunakan carta alir berwarna ke atas murid-murid
saya. Terdapat lima set latih tubi yang telah diberikan. Satu set latih tubi mengandungi
dua bahagian. Bahagian yang pertama memerlukan responden melengkapkan carta alir
berwarna yang telah saya kosongkan pada sepuluh kata kunci penting seperti dalam
Lampiran A. Bahagian ini adalah bertujuan supaya responden dapat memahami dan
mengingat langkah-langkah menambah dan menolak pecahan seperti dalam carta alir
berwarna. Ia akan diberikan setiap kali sesi latih tubi dilaksanakan. Rajah 7
menunjukkan antara contoh latih tubi bahagian pertama.

Murid
mengisi
perkataan
yang
dikosongk
an

Rajah 7: Contoh latih tubi bahagian pertama


Bahagian kedua set latih tubi juga seperti dalam Lampiran A pula ialah latih tubi
menjawab soalan menambah atau menolak dua pecahan wajar menggunakan carta alir
berwarna di mana terdapat lima soalan menggabungkan soalan-soalan menambah dan
22

menolak pecahan dan melibatkan ketiga-tiga warna hijau, biru dan kuning dalam carta
alir berwarna dalam melakukan pengiraan. Semasa menjawab latih tubi ini, murid-murid
diminta merujuk kepada carta alir berwarna di dalam fail masing-masing untuk
menentukan langkah dalam carta alir berwarna apakah yang diperlukan bagi melakukan
pengiraan. Setelah murid mengenal pasti warna manakah yang diperlukan untuk
menjawab soalan latih tubi ini, murid menulis warna itu seterusnya melakukan
pengiraan mengikut langkah dalam carta alir berwarna yang telah dikenal pasti. Rajah 8

menunjukkan contoh soalan dan pengiraan yang dilakukan oleh murid saya dalam latih
tubi bahagian kedua ini.
Rajah 8: Murid mengenal pasti warna carta alir yang terlibat terlebih dahulu sebelum
melakukan pengiraan

23

Saya memberikan bimbingan kepada murid-murid saya semasa mereka


menjawab soalan latih tubi ini. Murid-murid juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan.
Kelima-lima set latih tubi ini telah dilaksanakan sepanjang empat minggu kajian saya
dijalankan. Semua tindakan-tindakan yang telah saya jalankan selama empat minggu ke
atas murid-murid saya diringkaskan seperti di dalam Jadual 1.
Jadual 1
Pelaksanaan Tindakan Selama Empat Minggu
Minggu
Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

6.0

Tindakan

Tempoh masa

1. Ujian Pra

20 minit

2. Memperkenalkan kaedah carta alir berwarna

30 minit

3. Set 1 latih tubi menggunakan kaedah carta alir


berwarna

15 minit

1. Set 2 latih tubi menggunakan kaedah carta alir


berwarna

15 minit

2. Set 3 latih tubi menggunakan kaedah carta alir


berwarna

15 minit

1. Set 4 latih tubi menggunakan kaedah carta alir


berwarna

15 minit

2. Set 5 latih tubi menggunakan kaedah carta alir


berwarna

15 minit

1. Soal jawab dan temubual serta soal selidik

30 minit

2. Ujian Pasca

20 minit

CARA MENGUMPUL DATA


24

Saya telah menggunakan dua jenis kaedah bagi mengumpul data semasa kajian
dijalankan. Bagi mengumpul data yang bersifat kuantitatif, saya menggunakan data
daripada ujian pra dan pasca, penelitian latih tubi dan dapatan soal selidik. Manakala
bagi mengumpul data yang bersifat kulitatif terutamanya minat, saya menggunakan
kaedah soal selidik, temu bual dan juga pemerhatian.
Pengumpulan data kuatitatif dan kualitatif ini bertujuan mengumpul maklumat
tentang penguasaan murid-murid saya dalam kemahiran menambah dan menolak
pecahan wajar selain mengumpul maklumat berkaitan minat murid-murid saya terhadap
operasi menambah dan menolak pecahan wajar.
6.1

Ujian Pra dan Pasca


Saya telah menjalankan ujian pra pada minggu pertama kajian saya iaitu sebelum

memperkenalkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna kepada
murid-murid saya.
Soalan bagi ujian pra adalah seperti di dalam Lampiran B. Ujian pra yang
diberikan mengandungi sepuluh soalan yang melibatkan kemahiran menambah dan
menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Ujian ini

dijalankan selama 20 minit bertempat di pusat sumber sekolah.


Saya telah berbincang terlebih dahulu dengan guru pembimbing serta guru
matematik yang lain mengenai soalan ujian yang telah diberikan. Hal ini bertujuan
untuk memastikan ujian yang diberikan mampu memberi maklumat yang optimum
mengenai penguasaan murid terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan
wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.
25

Ujian pra yang telah dijalankan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana
penguasaan murid terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza.
Bagi ujian pasca pula, saya telah menjalankan ujian ini pada minggu keempat
kajian saya iaitu selepas memperkenalkan dan melaksanakan teknik latih tubi
menggunakan kaedah carta alir berwarna kepada murid-murid saya.
Seperti ujian pra, ujian pasca ini dijalankan selama 20 minit juga bertempat di
pusat sumber sekolah. Ujian pasca yang dijalankan ini menggunakan soalan-soalan
yang sama dengan ujian pra iaitu juga seperti dalam Lampiran B. Hal ini bertujuan
untuk menilai sejauh mana keberkesanan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta
alir berwarna dalam meningkatkan penguasaan responden terhadap kemahiran
menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.
Jika soalan lain yang digunakan, saya mungkin tidak dapat melihat keberkesanan kaedah
ini dengan jelas.
6.2

Penelitian Latih Tubi


Penelitian latih tubi dijalankan ke atas lima set latih tubi yang telah diberikan

kepada murid-murid. Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau
kemahiran yang diajar. Satu set latih tubi dalam kajian saya ini mengandungi
dua bahagian. Bahagian yang pertama memerlukan responden melengkapkan carta
alir berwarna yang telah saya kosongkan pada sepuluh kata kunci penting seperti dalam
Lampiran A. Manakala bahagian kedua set latih tubi juga seperti dalam Lampiran A pula
ialah latihan menambah dan menolak pecahan yang mengandungi lima soalan
26

menggabungkan soalan-soalan menambah dan menolak pecahan wajar. Setiap kali latih
tubi ini dijalankan, murid-murid merujuk carta alir berwarna masing-masing sebagai
panduan dan rujukan mereka untuk melakukan pengiraan. Mereka diminta memilih
langkah dalam carta alir berwarna apakah yang diperlukan terlebih dahulu sebelum
melakukan pengiraan.
6.3

Soal Selidik
Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid pada minggu terakhir kajian.

Sebanyak sepuluh soalan telah diberikan dalam soal selidik ini untuk mengenal pasti
minat dan pendapat murid terhadap teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna
dalam memantapkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar. Muridmurid hanya perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan memilih jawapan yang telah
disediakan iaitu Ya atau Tidak. Borang kaji selidik yang telah diberikan dilampirkan
dalam Lampiran C.
6.4

Temu Bual
Terdapat dua kaedah temu bual yang saya gunakan dalam mengutip data kajian

saya. Kaedah temu bual pertama ialah soal jawab secara berkelompok di mana saya
telah bertanya empat soalan kepada semua responden di dalam kelas semasa minggu
terakhir kajian saya. Kaedah temu bual kedua pula ialah temu bual secara individu di
mana saya telah memilih tiga orang murid untuk ditemu bual secara individu dan untuk
temu bual ini juga saya telah bertanya tiga soalan. Contoh soalan-soalan kedua-dua temu
bual ini adalah seperti dalam Lampiran D. Tujuan temu bual ini adalah bagi mengumpul
data mengenai keberkesanan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna
27

dalam memantapkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan
penyebut yang sama atau berbeza. Saya juga menemu bual murid-murid untuk mengenal
pasti perasaan dan minat murid-murid terhadap kajian yang telah dijalankan.
6.5

Pemerhatian
Sepanjang murid-murid melakukan latih tubi sebanyak lima kali, saya telah

melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid untuk melihat aspek-aspek


yang berkaitan dengan minat murid-murid terhadap soalan melibatkan operasi
menambah dan menolak pecahan. Saya mencatat setiap aspek yang berkaitan minat
murid-murid terhadap soalan menambah dan menolak pecahan di dalam borang
pemerhatian seperti Lampiran E.
7.0

KEPUTUSAN KAJIAN

7.1

Cara Analisis Data


Bagi menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah ujian pra dan pasca, saya

membina satu graf garis untuk melihat peningkatan atau penurunan markah yang
diperoleh oleh murid-murid. Saya juga mengira dan membuat perbandingan markah min
bagi ujian pra dan ujian pasca bagi menilai sejauh mana teknik latih tubi menggunakan
kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan
menolak pecahan wajar dalam kalangan murid-murid.
Dalam menganalisis data melalui kaedah penelitian latih tubi, penelitian terhadap
markah dokumen latih tubi yang dikutip akan dicatatkan dalam bentuk peratusan.
Peratusan itu akan dikira melalui berapa banyak soalan yang berjaya dijawab oleh
28

murid-murid dengan betul dalam masa yang ditetapkan. Kemudiannya, saya mengira
markah min yang diperoleh oleh murid-murid untuk set-set latih tubi yang diberikan
bagi melihat purata pencapaian murid-murid sepanjang latih tubi dijalankan.
Analisis hasil kutipan data melalui soal selidik pula dicatatkan di dalam bentuk
jadual dengan mengambil kira peratusan jawapan sampel kajian terhadap jawapan ya
dan tidak bagi setiap soalan yang diberikan.
Bagi menganalisis data yang dikumpulkan menerusi kaedah temu bual , saya
menilai jawapan yang diberikan oleh responden secara kualitatif. Jika jawapan yang
diberikan adalah positif, maka kaedah ini boleh dikatakan berjaya. Namun, jika jawapan
yang diberikan adalah negatif, maka kaedah ini boleh dikatakan tidak berjaya.
Bagi data pemerhatian pula, saya menghuraikan dapatan pemerhatian saya secara
kualitatif. Saya mengelaskan aspek-aspek yang berkaitan minat terhadap operasi
menambah atau menolak pecahan sepanjang tindakan dijalankan kemudiannya
menghuraikan aspek-aspek berikut dalam bentuk ayat.
7.2

Dapatan Kajian dan interpretasi

7.2.1

Penguasaan Kemahiran Menambah dan Menolak Pecahan Wajar dalam

Kalangan Murid Tahun Empat.


Kaedah pertama yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian pertama
adalah melalui analisis dan interpretasi ujian pra dan ujian pasca.
Markah yang diperoleh murid-murid dalam ujian pra dan ujian pasca
dimasukkan ke dalam Jadual 2.
Jadual 2
Markah Individu dan Markah Min bagi Ujian Pra dan Pasca

29

Bil

Nama Murid

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26

Auni
Masturina
Asri
Syazwan
Afiq
Khaider
Hafrizal
Muhaizafar
Nadira
Syazliana
Nor Ain
Zeity
Noraisyah
Hasela
Suhaila
Nur Aishah
Nur Azreen
Nur Natasya
Nurfaradila
Nurul Nabila
Rahmad
Azlan
Sofia
Syahiddin
Ummi
Zuliyana
Markah min

Ujian Pra
(% )
40
20
50
0
10
0
30
20
0
30
10
10
0
60
0
0
10
0
60
30
10
0
50
30
20
0
19.60%

Ujian Pasca
(%)
100
100
90
20
100
10
90
90
30
100
100
100
10
100
40
60
100
60
100
60
60
0
100
70
40
0
66.54%

Perbezaan
(%)
60
80
40
20
90
10
60
70
30
70
90
90
10
40
40
60
90
60
40
30
50
0
50
40
20
0
47.69%

Daripada Jadual 2, markah min bagi ujian pra ialah 19.60% manakala markah
min bagi ujian pasca telah meningkat kepada 66.54%. Perbezaan markah min antara
ujian pra dan ujian pasca ini ialah sebanyak 47.69%. Ini menunjukkan secara
keseluruhan pencapaian murid dalam ujian pasca adalah lebih tinggi jika dibandingkan

30

dengan ujian pos. Perbezaan markah min antara ujian pra dan ujian pos dapat dilihat
dengan jelas melalui carta palang pada Rajah 9.
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
66.54%

30.00%
20.00%
10.00%

19.60%

0.00%
Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 9: Perbandingan markah min ujian pra dan ujian pasca


Secara individu pula, 24 orang daripada 26 murid-murid saya menunjukkan
peningkatan. Dua orang murid yang tidak menunjukkan peningkatan iaitu Azlan dan
Zuliyana merupakan murid pemulihan yang tegar. Peningkatan kebanyakan murid-murid
saya ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui graf garis pada Rajah 10.

31

120

100

80

60

Markah

40

20

Ujian Pra

Ujian Pasca

32

Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca dalam bentuk graf
Graf garis pada Rajah 10 menunjukkan 24 daripada 26 orang murid-murid saya
mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
Nampaknya, teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna dapat memantapkan
kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan kebanyakan murid-murid
saya.
Saya juga menggunakan penelitian ke atas set latih tubi yang dijawab oleh
murid-murid bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Terdapat dua bahagian
dalam setiap set latih tubi yang diberikan. Jadual 3 menunjukkan markah bagi bahagian
pertama set-set latih tubi murid.

Jadual 3
Keputusan Bahagian Pertama Set-Set Latih Tubi ( %)
BIL NAMA MURID

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Auni

20

30

60

100

100

Masturina

20

60

100

100

100

Asri

40

60

60

80

Syazwan

10

20

40

60

Afiq

60

60

100

100

100

Khaider

Hafrizal

10

30

50

70

90
33

Muhaizafar

20

20

50

90

90

Nadira

10

20

20

30

10

Syazliana

80

100

100

100

11

Nor Ain

20

30

30

12

Zeity

10

30

60

70

100

13

Noraisyah

10

30

30

30

30

14

Hasela

60

100

100

100

15

Suhaila

20

40

60

90

100

16

Nur Aishah

10

10

20

20

17

Nur Azreen

20

80

100

100

100

18

Nur Natasya

10

20

40

60

70

19

Nurfaradila

30

80

90

100

100

20

Nurul Nabila

10

50

70

90

21

Rahmad

20

30

40

80

80

22

Azlan

23

Sofia

60

100

100

100

100

24

Syahiddin

10

40

60

70

25

Ummi

40

40

60

60

26

Zuliyana

Markah min

11.92%

33.84%

51.54%

63.46%

69.23%

Jadual 3 menunjukkan markah individu dan markah min bagi setiap set latih tubi
bahagian pertama yang dijawab oleh murid. Bahagian pertama set latih tubi ini ialah
latihan mengisi tempat kosong di dalam carta alir berwarna yang bertujuan membantu
murid mengingat perkataan-perkataan penting dalam carta alir berwarna.
34

Berdasarkan jadual, markah min yang diperoleh oleh murid-murid dari set 1
hingga set 5 latih tubi semakin meningkat iaitu dari 11.92% kepada 69.23%. Ini dapat
menggambarkan bahawa murid-murid semakin dapat mengingat dan menguasai
langkah-langkah menambah dan menolak pecahan menggunakan carta alir berwarna.
Jadual 3 juga menunjukkan majoriti murid-murid menunjukkan peningkatan
markah dalam set latih tubi bahagian pertama ini iaitu seramai 23 daripada 26 orang
murid menunjukkan peningkatan markah.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga orang murid tidak dapat menjawab dengan
betul setiap set latih tubi bahagian pertama ini dan mendapat markah kosong seperti di
dalam jadual 3. Ini tidak membuktikan bahawa teknik latih tubi menggunakan carta alir
berwarna tidak dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak
pecahan dalam ketiga-tiga murid ini. Ini mungkin disebabkan teknik latih tubi
menggunakan kaedah carta alir berwarna adalah kurang sesuai kepada ketiga-tiga murid
ini yang merupakan murid pemulihan yang tidak dapat membaca dan menulis perkataan
dengan betul.
Seterusnya. saya menganalisis dan menginterpretasi data melalui bahagian kedua
set latih tubi iaitu set latih tubi yang mengandungi soalan-soalan menambah dan
menolak pecahan yang dapat menunjukkan adakah murid-murid dapat menambah dan
menolak pecahan setelah diajarkan penggunaan carta alir berwarna. Jadual 4
menunjukkan markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam set latih tubi bahagian
kedua ini.

35

Jadual 4
Keputusan Bahagian Kedua Set-Set Latih Tubi (%)
Bil

Nama murid

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Auni

100

100

100

100

100

Masturina

100

100

100

100

100

Asri

40

40

60

80

80

Syazwan

10

10

100

Afiq

60

80

100

100

100

Khaider

Hafrizal

80

80

100

100

100

Muhaizafar

80

80

100

100

100

Nadira

10

20

20

20

10

Syazliana

100

100

100

100

100

11

Nor Ain

10

10

20

12

Zeity

20

20

60

80

80

13

Noraisyah

10

10

20

40

40

14

Hasela

100

100

100

100

100

15

Suhaila

20

40

40

80

80

16

Nur Aishah

10

10

20

20

17

Nur Azreen

100

100

100

100

100

18

Nur Natasya

10

20

20

60

60

19

Nurfaradila

80

80

100

100

100

20

Nurul Nabila

10

10

20

40

40

21

Rahmad

20

20

40

80

80

22

Azlan

23

Sofia

80

100

100

100

100
36

24

Syahiddin

40

40

60

80

80

25

Ummi

40

40

40

100

100

26

Zuliyana

10

10

Markah min

41.92%

45.77%

54.23%

63.38%

69.62%

Jadual 4 menunjukkan markah individu dan markah min yang diperoleh untuk
setiap set latih tubi bahagian kedua. Berdasarkan Jadual 4 ini, markah min yang
diperoleh menunjukkan peningkatan iaitu dari 41.92% dalam set satu kepada 69.62%
dalam set yang kelima. Berdasarkan peningkatan ini, saya dapat mengatakan penguasaan
murid-murid dalam kemahiran menambah dan menolak pecahan semakin meningkat.
Walau bagaimanapun dalam latih tubi bahagian ini, terdapat dua orang murid
yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul dan mendapat markah kosong
seperti dalam jadual 4. Kedua-dua murid ini merupakan murid pemulihan yang tidak
dapat membaca dan mengira. Markah kosong yang diperoleh oleh kedua-dua murid
dalam setiap set latih tubi ini tidak dapat dijadikan ukuran keberkesanan teknik latih tubi
menggunakan carta alir berwarna untuk menambah dan menolak pecahan kerana hanya
mereka berdua yang mendapat markah seperti itu.
Secara keseluruhannya, kebanyakan murid-murid menunjukkan peningkatan
dalam menjawab soalan latih tubi yang melibatkan kemahiran menambah dan menolak
pecahan dan ini menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwana
telah memantapkan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid
tahun 4.

37

Kaedah ketiga yang digunakan saya untuk menjawab persoalan kajian tentang
sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat
memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan
murid tahun 4 ialah soal selidik.
Terdapat empat soalan dalam borang soal selidik yang telah saya berikan kepada
murid-murid saya untuk mendapatkan pendapat mereka tentang keberkesanan teknik
latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna bagi menambah dan menolak
pecahan. Jadual 5 adalah keputusan empat soalan empat selidik tersebut.

Jadual 5
Keputusan Soal Selidik Tentang Keberkesanan Teknik Latih Tubi Menggunakan Kaedah
Carta Alir Berwarna

Murid-Murid Yang Menjawab


Soalan

2) Saya kurang faham cara menambah dan menolak


pecahan sebelum diajarkan kaedah carta alir
berwarna.
4) Kaedah carta alir berwarna membuatkan saya
lebih faham cara menambah dan menolak pecahan.
6) Latih tubi yang diberikan membantu saya
menguasai cara menambah dan menolak pecahan.
9) Saya telah faham cara menambah dan menolak
pecahan.

Ya

Tidak

(24)

(2)

92.31%

7.69%

(26)
100%

(24)

(2)

92.31%

7.69%

(21)

(5)

80.77%

19.23%
38

Catatan: Nombor dalam kurungan merujuk kepada bilangan kekerapan murid


menjawab ya atau tidak.

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid-murid saya dalam borang soal
selidik seperti dalam Jadual 5, kebanyakan murid iaitu sebanyak 92.31% bersetuju
bahawa mereka kurang faham cara menambah dan menolak pecahan sebelum diajarkan
kaedah carta alir berwarna, 100% murid-murid bersetuju bahawa kaedah carta alir
berwana membuatkan mereka lebih faham cara menambah dan menolak pecahan,
92.31% bersetuju bahawa latih tubi yang diberikan membantu mereka menguasai cara
menambah dan menolak pecahan dan 80.77% bersetuju mereka telah faham cara
menambah dan menolak pecahan.
Keempat-empat peratusan ini merupakan peratusan yang tinggi dan memberikan
jawapan yang positif yang menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir
berwarna telah membantu murid-murid saya memantapkan kemahiran menambah dan
menolak pecahan mereka.
Keputusan ujian pra dan pasca, penelitian latih tubi dan keputusan soal selidik
yang diperoleh menggambarkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir
berwarna telah dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak
pecahan dalam kalangan kebanyakan murid-murid saya. Penggunaan teknik latih tubi
nampaknya berkesan bagi memantapkan penguasaan murid-murid saya dalam
kemahiran dan menolak pecahan. Latih tubi sememangnya merupakan salah satu teknik
yang sesuai digunakan dalam mata pelajaran Matematik supaya kefahaman murid dalam
sesuatu kemahiran dapat dimantapkan. Kefahaman murid-murid dalam sesuatu topik
atau kemahiran sememangnya penting untuk memastikan murid-murid dapat menguasai
39

topik atau kemahiran itu. Dalam kajian Harttwig (1983) menyatakan kefahaman
merupakan kunci kejayaan pelajar dalam mata pelajaran matematik. Set-set latih tubi
yang diberikan sepanjang tindakan dijalankan dengan dibantu penggunaan kaedah carta
alir berwarna telah dapat membina dan memantapkan kefahaman murid-murid untuk
menambah dan menolak pecahan. Apabila ini berlaku, murid-murid akan dapat
menguasai kemahiran menambah dan menolak pecahan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam
kalangan kebanyakan murid-murid saya telah dapat dimantapkan dengan teknik latih
tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna yang telah saya laksanakan sepanjang
kajian saya dijalankan.
7.2.2

Meningkatkan Minat Murid Terhadap Operasi Menambah dan Menolak

Pecahan Wajar
Bagi melihat peningkatan minat murid-murid saya, saya telah melakukan soal
selidik pada minggu terakhir kajian saya. Terdapat enam soalan yang berkaitan dengan
persoalan kajian yang kedua ini. Jadual 6 menunjukkan keputusan soal selidik yang telah
saya laksanakan.
Jadual 6
Keputusan Soal Selidik Tentang Minat Murid-Murid

Soalan
1) Saya meminati mata pelajaran Matematik.
3) Saya kurang berminat terhadap soalan menambah dan
menolak pecahan sebelum ini

Jawapan murid
Ya
(23)
88.46%
(20)
76.92%

Tidak
(3)
11.54%
(6)
23.08%
40

5) Saya lebih berminat menjawab soalan menambah dan


menolak pecahan sekarang.

(24)
92.31%

7) Penggunaan warna dalam carta alir menarik minat


saya.

(26)
100%
(24)
92.31%
(26)
100%

8) Minat saya terhadap pecahan semakin bertambah.


10) Saya suka kaedah carta alir berwarna ini.

(2)
7.69%
0
(2)
7.69%
0

Catatan: Nombor dalam kurungan merujuk kepada bilangan kekerapan murid


menjawab ya atau tidak.
Berdasarkan keputusan soal selidik ini, majoriti murid-murid saya meminati
subjek Matematik iaitu seramai 88.46% orang daripada 26 orang murid-murid
menyatakan mereka meminati mata pelajaran Matematik. Melalui jawapan murid ini,
saya dapat mengatakan murid-murid saya tidak mahir menambah dan menolak pecahan
bukan disebabkan mereka tidak meminati Matematik tetapi mungkin disebabkan cara
pengajaran guru yang tidak menarik minat murid-murid untuk belajar.
Sebanyak 76.92% murid menyatakan mereka kurang berminat terhadap soalan
menambah dan menolak pecahan sebelum ini manakala 92.31% murid menyatakan
mereka lebih berminat menjawab soalan menambah dan menolak pecahan sekarang. Ini
menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah dapat
meningkatkan minat kebanyakan murid menjawab soalan menambah dan menolak
pecahan.
Walau bagaimanapun, 7.69% murid iaitu hanya 2 orang murid telah menafikan
bahawa mereka lebih berminat menjawab soalan menambah dan menolak pecahan
sekarang. Bagi saya mungkin kedua-dua murid ini sememangnya tidak berminat dengan
mata pelajaran Matematik atau mungkin teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir
berwarna saya kurang sesuai untuk mereka.
41

Keputusan soal selidik ini juga menujukkan penggunaan warna dalam carta alir
saya telah berjaya menarik minat murid-murid. Ini dapat dilihat apabila semua murid
iaitu 100% murid saya menjawab ya bagi soalan ini. 100% murid juga telah menyatakan
bahawa mereka suka dengan kaedah carta alir berwarna yang saya perkenalkan kepada
mereka. Jadi, saya dapat mengatakan murid-murid saya menyukai kaedah yang saya
perkenalkan iaitu kaedah carta alir berwarna.
Bagi minat murid-murid terhadap pecahan pula, seramai 92.31% murid
menyatakan minat mereka terhadap pecahan semakin bertambah dan 7.69% murid
menyatakan sebaliknya. Ini menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta
alir berwarna bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid terhadap operasi
menambah dan menolak pecahan tetapi dapat meningkatkan minat murid-murid
terhadap pecahan.
Berdasarkan keputusan soal selidik ini, saya dapat membuat anggapan awal
bahawa teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah dapat
meningkatkan minat murid-murid saya terhadap operasi menambah dan menolak
pecahan. Bagi mengguatkan lagi anggapan saya ini, saya turut menganalisis data
daripada temubual dan soal jawab. Rajah 11 menunjukkan transkrip temu bual yang
telah dilakukan.

Saya
Murid-murid
Saya
Murid-murid
Saya
Murid-murid
Saya
Murid-murid

:Sebelum ini kamu suka tak nak buat soalan tambah ataupun tolak
pecahan?
: Tak suka cikgu
: Lepas buat latih tubi dengan cikgu guna carta alir berwarna ni, kamu
semua suka tak tambah dan tolak pecahan?
: Suka....
: Adakah kamu suka dengan kaedah ini?
: Suka.
42
: Sebab apa kamu suka kaedah ini?
: Sebab cikgu ajarada warna-warnabest..
(Transkrip Temu Bual Murid : 18 Julai 2012)

Rajah 11: Petikan transkrip temu bual beramai-ramai bersama semua murid
Dalam temu bual ini, murid-murid menyatakan mereka tidak suka untuk
menjawab soalan menambah dan menolak pecahan sebelum ini tetapi selepas saya
memperkenalkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna mereka
menjadi suka untuk menjawab soalan menambah dan menolak pecahan. Murid-murid
juga menyatakan mereka suka akan kaedah carta alir berwarna yang diperkenalkan dan
antara sebab-sebab mereka menyukai kaedah carta alir berwarna ini ialah penggunaan
warna-warna di dalam carta alir berwarna yang diperkenalkan.
Dalam temu bual ini, saya mendapati ada murid yang hanya mendiamkan diri
dan tidak memberikan sebarang jawapan. Saya beranggapan mungkin murid-murid ini
kurang berminat dengan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna yang
diperkenalkan atau mungkin murid-murid ini sememangnya tidak meminati mata
pelajaran Matematik. Walau bagaimanapun, kebanyakan murid-murid memberikan
jawapan yang positif dalam temu bual ini. Jadi, saya membuat anggapan awal bahawa
teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah meningkatkan minat
kebanyakan murid-murid saya terhadap operasi menambah dan menolak pecahan.
Seterusnya, saya menemu bual tiga orang murid secara individu untuk
menguatkan lagi anggapan awal saya tadi. Tiga orang murid ini dipilih oleh saya secara
rawak semasa slot terakhir tindakan saya dijalankan. Petikan temu bual yang saya
laksanakan ini adalah seperti dalam Rajah 12.
43

44

Saya
Masturina
Saya
Masturina
Saya
Masturina
Saya
Masturina
Saya

: Cikgu nak tanya pasal kaedah carta alir berwarna yang cikgu ajarboleh
Rajah 12: Petikan temu bual bersama murid
tak?
: Boleh.
: Jujur tawAdakah kamu suka dengan kaedah ini?
: Carta alir berwarna ni?
: Yela
: Suka la cikgucikgu ajar best ada colour colur
: Habis tu kamu suka tak kalau cikgu bagi soalan tambah pecahan ataupun
tolak pecahan?
: Suka la cikgulagipun saya memang suka Matematik cikgu.

Afiq
Saya
Afiq
Saya
Afiq

: Okcikgu nak tanya Afiq pula..Jujur tawAfiq suka tak kaedah carta alir
berwarna
:Saya pon suka juga
: Sebab apa Afiq suka?
: HmmmSebab ada colour-colour juga kot..senang faham...
: Sekarang suka tak jawab soalan tambah ataupun tolak pecahan?
: Mesti la suka cikgu

Saya
Khaider
Saya
Khaider
Saya
Khaider

: Ok last KhaiderKhaider suka ke tak kaedah carta alir berwarna ni?


: Suka..(menundukkan kepala)
: Kamu suka tapi cikgu tengok kamu tak jawab pon latih tubi cikgu bagi.
: Sayatak faham sangat cikgu..tak pandai nak kira..
: Habis tu sebab apa kamu suka walaupun kamu tak faham..
: Saya suka colour-colur cikgucantik..
Transkrip Temu Bual Murid : 18 Julai 2012)

Berdasarkan temu bual bersama tiga orang murid ini, ketiga-tiga murid
memberikan jawapan yang menunjukkan mereka suka dengan teknik latih tubi
menggunakan kaedah carta alir berwarna ini. Ketiga-tiga menyatakan penggunaan
warna-warna dalam carta alir berwarna adalah salah satu faktor mereka suka dengan
kaedah ini. Mereka juga menyatakan mereka suka untuk menjawab soalan melibatkan
tambah atau tolak pecahan sekarang kecuali Khaider, murid pemulihan yang menyatakan
45

dia suka kaedah carta alir berwarna tetapi tidak memahaminya. Ini kerana kaedah carta
alir berwarna adalah kurang sesuai dengan murid ini disebabkan murid ini tidak dapat
membaca dan kurang cekap mengira.
Berdasarkan jawapan-jawapan ketiga-tiga murid ini, saya mendapati muridmurid ini berminat dengan kaedah carta alir berwarna dan minat mereka terhadap
operasi menambah dan menolak pecahan juga turut meningkat.
Seterusnya, saya mengesan peningkatan minat murid-murid terhadap operasi
menambah dan menolak pecahan berdasarkan pemerhatian semasa sesi latih tubi
dijalankan.
Berdasarkan nota pemerhatian saya, saya mendapati murid-murid seronok
semasa menjawab soalan latih tubi yang diberikan. Aspek-aspek yang menunjukkan
murid-murid seronok menjawab soalan latih tubi ini ialah murid meminta soalan
tambahan, murid meminta tugasan untuk dibuat di rumah, serta murid fokus dan tidak
melakukan kerja lain semasa latih tubi.
Semasa menjawab latih tubi, saya mendapati keseluruhan muridmurid saya menjawab latih tubi yang diberikan dengan tekun.
Mereka akan cuba menjawab soalan-soalan berpandukan carta alir
berwarna yang telah dipelajari. Mereka sering merujuk kepada
carta alir berkenaan untuk menjawab soalan. Murid-murid saya
tidak melakukan kerja lain semasa latih tubi dijalankan. Masturina
dapat menyiapkan soalan dengan cepat lalu telah meminta soalan
tambahan daripada saya. Tindakan Masturina ini diikuti oleh
beberapa murid lain. Apabila kelas tamat, kebanyakan murid-murid
meminta soalan tambahan untuk dijawab di rumah.
Nota Pemerhatian Saya (NPS), 13 Julai 2012

46

Saya mendapati kebanyakan murid-murid akan meminta soalan tambahan setiap


kali sesi latih tubi dijalankan. Murid-murid juga akan meminta tugasan berkaitan
menambah dan menolak pecahan untuk dibuat di rumah. Ini menunjukkan murid
berminat untuk menjawab soalan-soalan berkaitan operasi menambah dan menolak
pecahan. Hal ini berbeza dengan sikap murid sebelum kajian dijalankan di mana murid
selalu tidak membuat latihan yang saya berikan kepada mereka. Murid-murid juga
dilihat fokus ketika menjawab soalan latih tubi dan tidak melakukan kerja lain.
Walaupun tidak semua murid menunjukkan sikap seperti ini, saya masih dapat
mengatakan bahawa minat kebanyakan murid-murid saya terhadap operasi menambah
dan menolak pecahan telah ditingkatkan apabila saya memperkenalkan teknik latih tubi
menggunakan kaedah carta alir berwarna dalam menambah dan menolak pecahan.
Berdasarkan analisis dan dapatan daripada soal selidik, temu bual serta
pemerhatian yang dibuat, saya dapat mengatakan persoalan kajian yang kedua iaitu
sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat
meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat telah saya
jawab kerana kebanyakan murid-murid menunjukkan peningkatan minat terhadap
operasi menambah dan menolak pecahan setelah saya memperkenalkan teknik latih tubi
menggunakan kaedah carta alir berwarna. Antara faktor yang meningkatkan minat
murid-murid saya apabila teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna
dijalankan ialah kewujudan unsur warna yang diterapkan dalam carta alir yang
digunakan murid-murid sepanjang kajian saya. Hampir keseluruhan murid-murid saya
menunjukkan minat terhadap operasi menambah dan menolak pecahan setelah teknik
47

latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna diperkenalkan kepada mereka. Walau
bagaimanapun, hasil dapatan juga menunjukkan terdapat beberapa orang murid yang
menyatakan mereka masih tidak berminat terhadap operasi menambah dan menolak
pecahan. Ini mungkin disebabkan latih tubi menggunakan carta alir berwarna yang
diberikan kurang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan murid-murid ini. Muridmurid ini mungkin bukanlah seperti murid-murid lain yang menyukai unsur warna yang
diterapkan. Justeru, dapatlah saya katakan teknik latih tubi menggunakan kedah carta
alir berwarna telah dapat meningkatkan minat kebanyakan murid-murid saya terhadap
operasi menambah dan menolak pecahan,
8.0

RUMUSAN
Hasil daripada penyelidikan tindakan saya, saya mendapati bahawa teknik latih

tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah dapat memantapkan penguasaan
kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan hampir keseluruhan muridmurid saya. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan murid-murid saya menunjukkan
peningkatan markah dalam ujian pasca yang dilaksanakan. Kebanyakan murid-murid
saya juga menunjukkan peningkatan dalam penguasaaan kemahiran menambah dan
menolak pecahan jika dilihat daripada set-set latih tubi yang telah mereka jawab. Soal
selidik yang dijalankan juga menunjukkan murid-murid saya bersetuju bahawa teknik
latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah memantapkan penguasaan
kemahiran menambah dan menolak pecahan mereka. Walau bagaimanapun, teknik latih
tubi menggunakan carta alir berwarna tidak dapat memantapkan penguasaan kemahiran
menambah dan menolak pecahan wajar dalam kalangan beberapa orang murid saya. Ini

48

mungkin kerana teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna adalah kurang sesuai
terhadap murid-murid ini.
Di samping itu, teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna yang
diperkenalkan juga dapat meningkatkan minat murid-murid saya terhadap operasi
menambah dan menolak pecahan. Murid-murid memberikan reaksi positif dan tumpuan
ketika menjawab soalan-soalan latih tubi yang diberikan. Temu bual dan soal selidik
yang diberikan kepada mereka juga menunjukkan murid-murid saya sendiri bersetuju
mereka semakin berminat untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi menambah
dan menolak pecahan. Antara faktor yang menarik minat mereka terhadap teknik latih
tubi menggunakan carta alir berwarna adalah penggunaan unsur warna yang diterapkan
dalam carta alir itu sendiri. Penggunaan warna telah merangsang minat mereka
menggunakan carta alir berwarna dalam menjawab soalan menambah dan menolak
pecahan sepanjang latih tubi diberikan. Namun, masih terdapat beberapa orang murid
saya yang tidak menunjukkan peningkatan minat terhadap operasi menambah dan
menolak pecahan walaupun setelah diperkenalkan dengan teknik latih tubi menggunakan
carta alir berwarna. Ini menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir
berwarna bukanlah sesuai untuk semua murid dan masih boleh ditambah baik supaya
lebih berupaya menarik minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak
pecahan. Ini adalah penting kerana menurut Abu Zahari Abu Bakar (1992), jika guru
dapat menimbulkan minat murid yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk
membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan
meningkatkan pencapaian.

49

Secara keseluruhannya, teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir


berwarna yang diperkenalkan telah dapat memantapkan penguasaan kemahiran
menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid-murid tahun 4 di samping
meningkatkan minat mereka terhadap operasi menambah dan menolak pecahan.
9.0

REFLEKSI AKHIR
Akhirnya, saya berjaya menyiapkan penyelidikan tindakan saya. Ini merupakan

penyelidikan tindakan yang pertama saya. Tugasan membuat penyelidikan tindakan ini
banyak memberikan saya pengetahuan dan pengalaman yang berguna buat saya sebagai
seorang guru pelatih.
Melalui penyelidikan tindakan, saya lebih memahami prosedur-prosedur yang
diperlukan untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan tindakan. Saya sedar
penyelidikan tindakan ini merupakan satu amalan yang baik dan patut diamalkan oleh
guru kerana penyelidikan tindakan ini membantu guru memperbaiki kelemahan yang
dimiliki.
Melalui penyelidikan tindakan ini juga, saya menyedari betapa pentingnya
seorang guru melakukan refleksi ke atas pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Refleksi ini penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang dimiliki
seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan itu.
Selain itu, saya juga berpeluang menilai pegangan nilai pendidikan saya selama
ini. Saya dapat menilai sejauh mana saya bertindak berlandaskan pegangan-pegangan
nilai pendidikan saya. Saya menyedari terdapat beberapa nilai pendidikan yang saya
pegang tidak diikuti oleh saya. Justeru, saya telah menanamkan azam dan berjanji pada
50

diri saya untuk mematuhi semua nilai pendidikan saya supaya dapat menjadi guru yang
lebih baik.
Pelaksanaan penyelidikan tindakan ini juga memberikan saya pengalaman dan
pengetahuan tentang bagaimana untuk mengumpul data dan menganalisis serta
menginterprtasi data tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu isu. Saya
telah mempelajari banyak cara pengumpulan data yang boleh dilaksanakan dan
pemilihan cara pengumpulan data ini perlu bersesuaian dengan data yang ingin dicari.
Di samping itu, saya juga dapat memantapkan ilmu pedagogi saya melalui
penyelidikan tindakan ini. Pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber tentang
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah dan menolak pecahan memberikan
saya banyak pengetahuan-pengetahuan baru. Pengetahuan-pengetahuan ini akan dapat
saya aplikasikan di sekolah nanti.
Dalam penyelidikan tindakan ini, saya mendapat kesedaran betapa pentingnya
seorang guru cuba untuk mencipta inovasi bagi menambah baik amalan dirinya. Saya
sedar inovasi merupakan satu elemen yang penting yang patut saya amalkan sebagai
seorang guru supaya pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah menjadi lebih baik
dan berkesan.
Akhir sekali, melalui penyeledikan tindakan ini, saya mempelajari bagaimana
untuk menulis laporan penyelidikan tindakan mengikut format yang telah digariskan.
Saya mempelajari format-format ini melalui tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan
selain membuat rujukan daripada sumber-sumber lain seperti internet dan penulisan
penyelidikan tindakan yang lepas.
51

Kesemua perkara yang saya lalui semasa menjalankan penyelidikan tindakan ini
bagi saya sedikit sebanyak telah memperbaiki kualiti diri saya. Secara peribadinya, saya
merasakan saya menjadi pelajar dan bakal guru yang lebih bertanggungjawab terhadap
tugasan saya. Saya bertekad untuk memperbaiki amalan kerja saya yang secara jujurnya
dirasakan kurang memuaskan sebelum ini. Saya berazam untuk menjadi seorang yang
lebih tekun, bertanggungjawab dan lebih bersemangat dalam setiap tugasan yang saya
lakukan selepas ini.
10.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Setelah melakukan penyelidikan tindakan ini, saya mendapati bahawa teknik

latih tubi dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan
dalam kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan minat murid-murid terhadap
operasi menambah dan menolak pecahan itu.
Walau bagaimanapun, saya mendapati walaupun kebanyakan murid-murid saya
berjaya memantapkan penguasan kemahiran menambah dan menolak pecahan, jawapan
akhir yang mereka berikan adalah kurang baik kerana mereka tidak mahir untuk menulis
pecahan dalam bentuk yang termudah. Jadi, saya merancang untuk mengkaji kaedah
yang dapat membantu murid menulis pecahan dalam bentuk termudah. Saya merancang
untuk tetap menggunakan carta alir berwarna dan diubah suai bagi mengajar cara
menulis pecahan dalam bentuk termudah. Saya juga merancang untuk terus
menggunakan teknik latih tubi kerana ia terbukti berkesan dalam memantapkan
penguasaan murid-murid.

52

Hasil kajian saya juga menunjukkan terdapat tiga orang murid yang tidak
menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan.
Sebagai usaha untuk mengatasi perkara ini, saya bercadang untuk memperbaiki kaedah
carta alir yang telah saya laksanakan dengan menambah unsur visual di dalam carta alir
berwarna. Saya bercadang untuk menggunakan gambar sebagai bantuan kepada muridmurid untuk memahami kandungan di dalam carta alir berwarna saya. Cadangan ini juga
diharapkan dapat membuatkan kaedah carta alir berwarna lebih berkesan dan menarik
supaya dapat merangsang minat lebih ramai murid terhadap operasi menambah dan
menolak pecahan.

53

SENARAI RUJUKAN
Abu Zahari Abu Bakar. (1992). Psikologi pendidikan untuk guru. Petaling Jaya: Pustaka
Delta Pelajaran Sdn Bhd.
Adnan Khamis. (1986). Pertalian sikap pelajar dan perkaitannya dengan pencapaian
akademik. Jurnal Pendidikan, 16(3), 43.
Allinger, G. D., & Payne, J. N. (1986). Estimation and mental arithmetic with present.
Reston: National Council of Teachers of Mathematics.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hart, K. (1981). Ratio and proportion. London: John Murray.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun
4. Kuala Lumpur: Curriculum Development Centre.
Harttwig, M. (1983). How to proke relational understanding. Proc of the seventh Int.
Conference for the psychology of mathematical education. 76.
Nik Aziz Nik Pa. (1987). Children Fractional Schemes. Journal of Science and
Mathematics Education in Southeast Asia, 11(2), 32.
Parker, M., & Leinhardt, G. (1995). Percent: A privileged proportion. Review of
Educational Research, 65(4), 65.
James, R. C., & James, G. (1976). Mathematics Dictionary. New York: Chapman Hall.

54

LAMPIRAN A: CONTOH LATIH TUBI BAHAGIAN PERTAMA


Arahan: Isi tempat kosong dalam carta alir berwarna dengan perkataan yang betul

g_aPpkednyl_apbknugdstaijpe1ngdtyua_kme-gdbuaht_-ypdeuna_g dtleobunai_hgkd anb_cildregnka m ubdilang and an y g sam


pg_deany_baungptkye a2ngbes_uatm _ir?us ng-m asing
TIDA
K

YA

TIDA
K

YA

penyebut telah
_______

LAMPIRAN A: CONTOH LATIH TUBI BAHAGIAN KEDUA


55

Kenalpasti warna carta alir yang diperlukan untuk menyelesaikan soalan berikut
kemudian selesaikannya.

1.

1 2
+ =
10 5

2.

3 1
+ =
7 8

3.

14 3
=
24 8

4.

17 10
=
20 20

5.

13 1
+ =
40 5

56

LAMPIRAN B: SOALAN UJIAN PRA DAN PASCA

1.

1 2
+ =
5 5

2.

1 3
+ =
4 8

3.

1 1
+ =
2 10

57

4.

5.

1 1
+ =
5 3

2 1
+ =
3 4

58

59

6.

5 2
=
8 8

7.

8 1
=
10 2

8.

5 1
=
9 3
60

9.

10.

1 1
=
3 4

4 1
=
5 2

61

62

LAMPIRAN C: BORANG SOAL SELIDIK


ARAHAN: Bagi setiap soalan di bawah, sila tandakan jawapan berdasarkan perasaan
dan pendapat anda sendiri tanpa dibantu oleh orang lain. Sila tandakan ( / ) di ruangan
yang disediakan. Pastikan anda menanda setiap pernyataan dengan baik dan betul.
Skala : Ya / Tidak
Murid-Murid Yang
Menjawab

Soalan

Ya

Tidak

1) Saya meminati mata pelajaran Matematik.


2) Saya kurang faham cara menambah dan menolak
pecahan sebelum diajarkan kaedah carta alir
berwarna
3) Saya kurang berminat terhadap soalan
menambah dan menolak pecahan sebelum ini.
4) Kaedah carta alir berwarna membuatkan saya
lebih faham cara menambah dan menolak
pecahan
5) Saya lebih berminat menjawab soalan
menambah dan menolak pecahan sekarang.
6) Latih tubi yang diberikan membantu saya
menguasai cara menambah dan menolak pecahan
7)

Penggunaan warna dalam carta alir menarik


minat saya.

8) Minat saya
bertambah.

terhadap

pecahan

semakin

9) Saya telah faham cara menambah dan menolak


pecahan.
10) Saya suka kaedah carta alir berwarna ini.

63

LAMPIRAN D: CONTOH SOALAN TEMU BUAL

Soalan 1

:Sebelum ini apa pendapat kamu tentang menambah dan menolak


pecahan?

Soalan 2

: Selepas melakukan latih tubi dengan cikgu menggunakan carta alir


berwarna, apa pula pendapat kamu tentang tambah dan tolak pecahan?

Soalan 3

: Adakah kamu suka dengan kaedah ini?.

Soalan 4

: Sebab apa kamu suka kaedah ini?

64

LAMPIRAN E: CONTOH BORANG PEMERHATIAN


Tarikh

: 13 Julai 2012

Masa

: 7.45 8.15 pagi

Set latih tubi : 4

Semasa menjawab latih tubi, saya mendapati keseluruhan


murid-murid saya menjawab latih tubi yang diberikan
dengan tekun. Mereka akan cuba menjawab soalan-soalan
berpandukan carta alir berwarna yang telah dipelajari.
Mereka sering merujuk kepada carta alir berkenaan untuk
menjawab soalan. Murid-murid saya tidak melakukan kerja
lain semasa latih tubi dijalankan. Masturina dapat
menyiapkan soalan dengan cepat lalu telah meminta soalan
tambahan daripada saya. Tindakan Masturina ini diikuti
oleh beberapa murid lain. Apabila kelas tamat, kebanyakan
murid-murid meminta soalan tambahan untuk dijawab di
rumah.

65

Anda mungkin juga menyukai