Anda di halaman 1dari 1

Lampiran 2

KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UNTRANSPARENCY INTERNATIONAL
Rasuah: Kesan Buruk Yang Boleh Meruntuhkan Ekonomi Negara
RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu
dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Memberi sesuatu
itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis
dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak
menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang
tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian
yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar
dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya
memiliki hak itu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam AlQuran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah
lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun corruption dalam
Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia.
Tetapi ditakrikan sebagai suapan.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang
pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne
memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward
to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward
John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary
memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or nonperformance of a public duty.

Anda mungkin juga menyukai