Boleh juga tengok jadual perbandingan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tempoh tahun
perkhidmatan. Dalam kes saya, saya dilantik DG44, 2 tahun lebih awal berbanding rakan-rakan yang memilih laluan timebased
walaupun kami sama-sama posting pada tahun 2007. Malah ketika mereka sedang mengumpul bahan untuk memohon TBBK bagi
gred DG44, saya pula sudah layak untuk memohon Guru Cemerlang bagi gred DG48!
2. Gaji Besar
Ini juga antara motivasi utama bagi sesetengah orang yang memohon Guru Cemerlang. Dengan gred yang lebih besar, sudah tentu
kita akan mempunyai gaji yang lebih besar, secara logiknya. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi gred DG44, ataupun 5/6
tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini merupakan galakan terbaik bagi guru yang berhajat nak menambah pendapatan
sebagai guru dengan cara yang lebih cepat.
Kenaikan tahunan juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula,
kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250. Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini bermakna, beza gaji
hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang posting pada tahun yang sama, tetapi dengan laluan timebased dan laluan
kecemerlangan. Tepuk dada, tanya selera.
5. Berkongsi Pengetahuan
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Iaitu bagi tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya dengan rakan
guru yang lain. Diulangi yer, berkongsi. Bukan mengajar guru-guru lain. Saya percaya, setiap guru ada kaedah mereka sendiri. Ada
yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Sama juga yang berlaku pada saya. Maka, jika kita ada sedikit kaedah yang boleh
membantu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar.
Dengan gelaran Guru Cemerlang juga maka lebih mudah anda dikenalpasti oleh sekolah dan pihak-pihak lain bagi dijemput untuk
berkongsi pengetahuan. Maka gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan anda kepada
mereka yang memerlukan. InshaAllah peluang untuk anda berkongsi ilmu akan lebih terbuka luas apabila anda bergelar seorang
Guru Cemerlang.
Pelik juga apabila ada sesetengah guru yang suka betul "simpan ilmu" dan tak mahu berkongsi dengan rakan guru yang lain, demi
nak memastikan peratus kejayaan di sekolahnya adalah yang paling tinggi. Kedekut dan kejam! Jika ada dalam kalangan kita yang
bersikap begitu, maka buanglah jauh-jauh sifat tersebut. Percayalah, ilmu akan lebih banyak bertambah, jika kita lebih banyak
memberi.
Maka untuk itu, saya menyeru kepada semua rakan Guru Cemerlang menunjukkan mutu kerja yang betul-betul cemerlang, sesuai
dengan gelaran yang anda perolehi. Gelaran Guru Cemerlang bukan satu lesen untuk kita duduk selesa tanpa perlu berusaha apaapa lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka
bekerja lah dengan sebaik mungkin.
Walau apa pun alasan anda, saya yakin bahawa anda mempunyai alasan anda yang tersendiri untuk memohon Guru Cemerlang.
Berusahalah sebaik mungkin jika ada peluang. Peluang perlu direbut, sebab peluang tak akan datang banyak kali. Jika gagal, maka
berusahalah lagi. Jangan cepat putus asa. Dan jika berjaya, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah anda sebagai Guru Cemerlang
dengan sebaik mungkin!