Anda di halaman 1dari 17

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH

PANDUAN KEJURULATIHAN

PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN


Contoh:
P1:

P2

P3

Kain belacu pembungkus permata,


Disimpan bersama tebu sekerat;
Anak dan cucu orang berharta,
Mengapakah si tua dibiar melarat.

Tema: Masyarakat Penyayang

Pohon kemboja pohon mengkuang,


Ditanam berjajar si gadis sunti;
Pahlawan berjasa di medan juang,
Sumbangan pelajar apakah bukti?

Tema: Patriotisme

Burung kedidi hinggap di dahan,


Turun ke tanah di pinggir kota;
Bergoyang budi runtutan kemajuan,
Musnahkah maruah kerana harta?

Tema: Bebas

Contoh Pantun Yang Tidak Diterima :


Seuncang butang di atas kerusi,
Pari-pari di Inderaloka;
Bulan dan bintang menjadi saksi,
Janji dimungkiri teruna dan dara. (tidak menyoal, pembayang maksud
tiada pertalian idea)
Pohon jelutung tinggi menjulang,
Pohon berangan di rimbun lalang;
Apakah untung, apakah malang,
Burung di tangan disambar helang.

(pantun berkias)

Daun budi ukiran pendeta,


Ukiran tercipta di tengah rumah;
Musnahkah budi kerana cinta,
Punahkah cinta kerana fitnah.

(mengandungi dua soalan)

Tumbuh melata pohon angsana,


Rumpun rendang dipandang cantik;
Saudara terkenal bijak laksana,
Berapakah dalam lautan Atlantik? (soalan berbentuk kuiz)

69

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Mat Rock lepak di Dataran Merdeka,


Tunggu awek tapi tak datang;
Gua dah cakap lu tak caya,
Ngapa nak tunggu orang tak cayang?

(pantun tercemar)

Dua tiga kucing berlari,


Mana nak sama si kucing belang;
Buka tv Malaysia Hari Ini,
Semoga anda ceria cemerlang. (pantun ciplak/plagiat)
Kopi di cawan masih berwap,
Minuman teruna bersopan santun;
Pertanyaan tuan mudah dijawab,
Jumpalah saya selepas berpantun.

(pantun pelarian)

Contoh pantun yang sempurna:


Burung melayang di Kota Tampin,
Kota terpencil di hujung desa;
Masyarakat penyayang wawasan pemimpin,
Mengapakah si kecil masih diseksa?
Pohon kemboja di pinggir desa,
Rimbun daunnya hiasan taman;
Si kecil tak berdosa masih diseksa,
Kerana manusia berhati haiwan.
PANDUAN UNTUK PEMANTUN
1. Bukan pantun jual
- tolak semua markah isi
2. Pembayang maksud tiada pertalian
gambaran
- tolak markah bahasa
3. Dua soalan dalam satu pantun
- tolak markah isi
4. Lari / tidak menepati tema
- tolak markah isi
5. Tidak baku sebutan
- tolak 2 markah bahasa
- kosa kata
- tolak 4 markah bahasa 6. Pantun jual
berbentuk kuiz
- tolak semua markah isi
7. Pantun jawapan pelarian
- tolak semua markah isi
8. Perbincangan
- tolak semua markah isi dan bahasa
9. Tergagap/tersekat-sekat
- tolak 2 markah persembahan

70
70

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

10.Pantun ciplak:
pembayang dan maksud
(ciplak sebaris)
11.Pantun tercemar

- tolak 20 markah bahasa


- tolak 10 markah bahasa
- tolak semua markah bahasa

71
71

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

LATAR BELAKANG PESTA PANTUN ANTARA SEKOLAH MENENGAH


Oleh Prof. Mohd Taib Osman
Sejak mula diadakan di Melaka pada tahun 1989, Pesta Pantun SekolahSekolah Menengah Malaysia (Pesta Pantun) anjuran Kementerian Pelajaran dengan
kerjasama Berita Harian Sdn. Bhd., Radio dan Televisyen Malaysia (RTM),
Penerbangan Malaysia (MAS) dan ditaja Petronas, bukan sekadar pesta atau
pertandingan, malah lebih daripada itu. Ia menjadi wacana menyambung dan
menyemarakkan pantun pada zaman ini, satu warisan bangsa yang tidak harus
dibiarkan luput. Disuburkan dalam kalangan pelajar sekolah, ia menjamin
kesinambungan itu. Suasana persaingan yang diwujudkan menuntut kecerdasan
berfikir dan keupayaan mencipta yang istimewa daripada pelajar yang mengambil
bahagian. Bayangkan, untuk sampai ke peringkat akhir yang disiarkan menerusi
televisyen oleh RTM, seseorang pelajar terpaksa melalui pertandingan peringkat
daerah, negeri dan akhirnya ke peringkat kebangsaan. Sejak ia dimulakan, jumlah
sekolah dan penyertaan pelajar meningkat setiap tahun.
Penyelenggaraan yang begitu rumit bagi mengelolakan pertandingan ini,
terutama di peringkat kebangsaan, sepadan juga dengan usaha yang membabitkan
pemikiran, daripada penuntut yang mengambil bahagian, kepada guru-guru yang
membimbing peserta hinggalah kepada hakim yang mengadili pada setiap peringkat
pertandingan.
Saya boleh faham kerumitan yang harus dihadapi. Walaupun saya cuma
terbabit pada penghakiman di peringkat akhir, iaitu berhadapan dengan yang
terunggul daripada ratusan pemantun yang terbabit, namun cabaran yang dihadapi
adalah sama. Selain daripada masalah seperti menyesuaikan persembahan akhir itu
dengan tuntutan teknikal penyiaran televisyen atau bentuk dewan di mana ia
diadakan penghakiman yang mengambil kira suasana pertandingan mestilah
dilakukan atas prinsip seadil-adilnya.
Melihat kepada pelbagai permasalahan, maka satu pertemuan telah diadakan
membabitkan ahli jawatankuasa induk dan pegawai pendidikan negeri yang
mengelolakan pertandingan di peringkat negeri. Banyak yang telah dibincangkan,
dan persetujuan dicapai selepas mengesan kelemahan daripada pertandingan
sebelum ini, terutama persembahan pada peringkat akhir. Umpamanya,
persembahan akhir tidak sepatutnya dilihat sebagai kaku dan diada-adakan,
sebaliknya harus sesuai dengan hakikat pantun itu sendiri dalam masyarakat
Melayu.

72

Rencana ini lebih menumpukan aspek penghakiman, bukan sahaja kerana


pembabitan saya dengan bahagian itu, tetapi ia menyentuh persoalan pemantunan
yang ideal dari segi tradisi pantun Melayu. Banyak aspek yang patut disentuh, tetapi
kita tidak dapat lari daripada tuntutan keadaan pertandingan dan persaingan yang
wujud dalam kalangan peserta. Sejauh mana misalnya kita mengharapkan suasana

72

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

bebas-lepas yang menyelubungi pemantunan dalam masyarakat lampau itu


walaupun ciri persaingan tetap wujud.
Dalam berbalas-balas pantun, mahupun dalam majlis peminangan, misalnya
terdapat percubaan mengatasi lawan, tetapi dilakukan dalam suasana keriangan
berbanding suasana pertandingan. Seperti kata seorang peserta, pertemuan di atas,
tidak lain hasrat pemantun cuma mahu membunuh habis lawannya. Maka itu
pilihan kata, terutama pada giliran menjual, kadang-kadang sangat sulit difahami.
Pada hakim, mana lebih markah hendak dipotong dalam keadaan
sedemikian? Pantun yang dijual kabur dan kurang tepat apa yang disoal, atau
balasan pantun yang tidak keruan kerana mesti dijawab apa yang telah dijual?
Dalam pertandingan yang pernah saya adili, tidaklah sampai ke tahap itu jadinya,
tetapi kemungkinan tetap ada. Hakim harus bersedia berdepan dengan segala
kemungkinan.
Proses penghakiman bermula daripada pendengaran apa yang diungkap itu
jelas kedengaran supaya dapat difahami pantun yang dijual atau beli, dan
penglihatan yang jelas juga terhadap cara pemantun mengungkap pantunnya. Salah
satu yang dibincangkan di pertemuan itu dari segi penyelenggaraannya ialah di
mana hakim ditempatkan dalam dewan, supaya pendengaran dan penglihatan
mereka jelas sejelas-jelasnya.
Disarankan juga supaya hakim yang tidak jelas pendengarannya terhadap
seseorang pemantun boleh meminta supaya pantun itu diulang, tetapi memikirkan
dari sudut pertandingan, ini mungkin memberi kelebihan kepada lawannya, maka
saranan itu digugurkan sahaja. Begitu juga gagasan hakim meneliti lebih dulu pantun
yang akan dijual kerana lazimnya pada giliran menjual, pemantun telah bersedia
dengan gubahannya lebih dahulu. Ini juga digugurkan kerana ia akan mengungkap
daya cipta pemantun kerana besar kemungkinan seseorang itu mengubah
karangannya atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun pada dasarnya kita hendak mengekalkan suasana pemantunan
yang lazim, namun kita terpaksa menyesuaikannya dengan tuntutan pertandingan
yang berkehendakkan pengadilan menang-kalah yang saksama. Sebaliknya benar
juga, kerana suasana bebas-lepas pemantunan di mana boleh harus diwujudkan.
Sebab itu pada kali ini dipersetujui supaya pemantun tidak duduk kaku bersimpuh
seperti sebelum ini, tetapi dibenarkan bergerak dan beraksi, tetapi tidak sampai
mengganggu pihak lawan. Ini penting dari segi persembahan pantun, tetapi diharap
tidak disalah erti hingga kita dapat aksi atau lakonan yang berlebihan.
Oleh sebab pemantunan sesuatu yang kreatif, salah satu ciri yang dapat
membezakan mutu pemantun dan pantunnya ialah daya kreatif. Pada kali ini,
keupayaan daya cipta menggubah pantun diwujudkan dalam pertandingan. Pusingan
pertama dan kedua tidak berubah, tetapi pada pusingan ketiga, pengerusi majlis
akan menentukan tema untuk pemantun menggubah pantun jualannya. Masa yang

73

73

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

diberi untuk mencipta pantun ditambah daripada 15 saat sekarang kepada 60 saat,
dan jangka masa yang sama diberi kepada yang akan menjawab.
Perubahan ini dicadangkan supaya suasana pemantunan asal dapat
dikekalkan, walaupun keadaan pertandingan terpaksa diwujudkan. Ini sesuai dengan
sifat pantun itu sendiri, kerana terbit daripada satu pertemuan yang lebih awal
diadakan dan dihadiri sama beberapa hakim Pesta Pantun yang lalu, beberapa
pandangan terhadap cara pantun diungkap oleh peserta telah dibangkitkan.
Walau apapun peraturan diadakan, hakikat pantun sebagai bentuk puisi
budaya Melayu tidak dapat diketepikan. Bentuk 4 baris dengan rima a,b,a,b serta
suku kata yang bersukukatakan antara 8 dan 12 tiap baris pada asasnya diungkap
secara lisan. Penulisan datangnya kemudian, dan sesetengah keindahan pantun
yang diungkap hilang, walaupun proses menikmatinya tetap wujud tetapi terpaksa
melalui proses penglihatan yang kemudian diterjemahkan melalui intelek.
Kita boleh anggap bentuk atau struktur tadi sebagai pengantar kepada
penulisan yang hendak dibuat, tetapi ia bukan sahaja penting tetapi mesti berpandu
dengan penulisan jikalau kesan keindahan hendak dibuat secara maksimum. Maka
itu kita harus membicarakan struktur ini dulu.
Tidak dinafikan struktur pantun yang terbahagi kepada pembayang maksud
dan maksud, iaitu dua baris pertama dan dua baris kedua, merupakan sebahagian
daripada keindahannya. Tetapi benarkah baris dua pertama membayangkan maksud
terkandung dalam baris kedua penghabisan? Atau adakah pembayang maksud
sekadar pengantar kepada rima baris kedua maksud sahaja baik rima tengah
mahupun hujung?
Soal ini telah diperdebatkan sarjana sejak seabad lalu, tetapi bagi saya kedua
persoalan itu benar belaka. Dari segi penilaian mutu pantun, apabila maksudnya
benar-benar dibayangkan oleh baris pembayang dan susunan rimanya sungguh
tepat, baik di tengah mahupun penghujung, ia mempunyai kelebihan daripada
pantun yang baris dua pertamanya Cuma membayangkan rima, dan tidak ide bagi
maksudnya.
Perhatikan misalnya contoh-contoh pantun berikut:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Kalau padi katakan padi,
Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Jangan saya ternanti-nanti.

74
74

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Dua tiga kucing berlari,


Manakan sama si kucing belang;
Dua tiga bolehku cari,
Manakan sama si adik seorang.
Walaupun terdapat ulangan, tetapi ide pada baris kedua pertama
membayangkan maksud pantun itu dengan jitu. Teristimewa pantun pertama,
gubahannya sungguh menarik kerana dari segi maksud ia merupakan sesuatu yang
lebih reflektif daripada pernyataan terus terang pantun dua yang lain itu.
Ada juga contoh-contoh pantun yang hubungan antara pembayang maksud
dan maksudnya tidak telus seperti contoh-contoh tadi, tetapi memerlukan daya
imaginasi dan rabaan fikiran yang subur untuk menangkap hubungan itu. Tetapi
soalnya perlukah dicari-cari hubungan itu sebagai sesuatu yang mengikuti apa yang
telah diwujudkan, kerana perkara seperti ini sering diperlakukan ke atas pantun yang
sedia ada, misalnya pantun-pantun yang selalu diungkap orang;
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Di balik pulau Angsa Dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Mencari hubung kait antara pembayang maksud dan maksud kedua rangkap
pantun terkenal ini membuang masa sahaja, tetapi apa yang terserlah ialah
bayangan rima tengah dan penghujung.
Oleh kerana pantun adalah tradisi lisan, diungkap dan disenandungkan, saya
lebih mirip mengatakan bahawa soalan kedua lebih tepat dengan hakikat pantun.
Terutama dalam suasana berbalas pantun, di mana faktor masa sangat genting
untuk mengolah rangkap yang jitu untuk dibalas, saya fikir lebih dipentingkan oleh
pemantun maksud yang jitu. Tetapi rima antara baris maksud dan baris-baris
pembayang mestilah dijaga.
Bagi pemantun yang mahir, ia mempunyai simpanan besar daripada kata-kata
yang boleh dijadikan pembayang rima. Tambah lagi unsur alam selalu dijadikan
sumber bagi pembayang, seperti nama-nama pohon, bunga, sifat geografis muka
bumi, lokasi dan lain-lain. Maka itu selasih berima dengan kasih atau kekasih,
perigi dengan pergi, merpati dengan hati, gunung dengan renung dan
banyak lagi.

75
75

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Dari penghakiman pantun, struktur pantun mestilah diperhatikan kerana unsur


keindahan pertamanya ialah bentuk, baik dari segi olahan rima mahupun sukatan
suku kata. Pantun yang dapat mengadakan rima tengah dan penghujung adalah
lebih baik daripada mengadakan rima di hujung sahaja. Ungkapan pantun secara
lisan menuntut keseimbangan dari segi rentak, lenggok mahupun jeda. Sifat
kelisanan menyumbang kepada keindahan pengungkapan pantun, maka ciri ini
mestilah dijaga dengan baik untuk mengumpul markah dari segi persembahan.
Oleh sebab Pesta Pantun menetapkan tema, maka olahan pantun mestilah
mengikut tema yang diberi. Kemampuan pantun mengemukakan soalan dan
jawapan yang jelas lagi tepat akan mendatangkan markah, sementara yang kabur
walaupun menggunakan kata-kata yang hebat, akan membawa padah. Maka itu
pilihan kata penting, baik bagi pembayang mahupun maksud. Beberapa contoh yang
tidak patut dibuat contoh diberikan, di sini daripada pertandingan Akhir 1995,
pusingan pertama sahaja.
Matra terbilang melengguk seroja,
Wahsilah temu di ruah redah;
Matlamat dijulang wawasan dipuja,
Watan berilmu bercetuskah sudah?
Walaupun maksud soalannya jelas, tetapi pembayangnya tidak menampakkan
keindahan walaupun hebat-hebat bunyinya. Bandingkan dengan pantun ini:
Kemilau lampu menyuluh anjung,
Cahaya menyerlah warna purnama;
Kalau ilmu penuh setanjung,
Kenapakah kalah dek petua lama?
Bukan sahaja maksud soalannya memancing jawapan yang memerlukan
pemikiran mendalam, tetapi pembayangnya bukan sahaja dapat memberi bayangan
rima yang baik, tetapi mudah diikuti, serta sekurang-kurangnya baris pertama tepat
membayangkan maksud baris ketiga.
Dalam pusingan pertama ini, soal jawab berikut dapat dibuat contoh daripada
beberapa segi:
Soalan:
Bersirih gaharu cermai berkhidmat,
Indah diberi lembut pawana;
Berjerih guru menyemai maklumat,
Ilmu dituai, buahnya di mana?

76

Jawapan:
Bayu membuai tetap bertuah,
Gerimis hujan biru hiasan;
Ilmu dituai tetap berbuah,

76

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Pewaris intelek tuju wawasan.


Tidak dapat disangkal bahawa pembeli pantun dapat memberi jawapan yang
tepat lagi kena dengan soalan. Di sini belian dapat mengumpul markah lebih, tetapi
pembayangnya lemah dari segi pemilihan kata ataupun imejeri, walaupun rimanya
baik, dapat mengadakan rima dalaman dan penghujung.
Keindahan pantun tidak sahaja terletak kepada isi maksud yang hendak
disampaikan, baik untuk berseloroh, usik-mengusik atau menyindir, ataupun
menyatakan sesuatu falsafah, kebenaran atau seruan. Tetapi ia terletak juga kepada
pembayangnya. Salah satu perkara yang sering dilupakan ialah kesinambungan idea
daripada baris pertama hingga ke baris kedua. Lihat sahaja pada pantun-pantun
yang terkenal seperti contoh di atas, pembayangnya tidak putus setakat baris satu,
dan pada baris kedua bukan satu idea tetapi menyambung baris pertama tadi.
Banyak orang berfikir cuma unsur bunyi atau rima yang diperlukan bagi pembayang.
Walaupun tidak salah, tetapi ciri keindahannya hilang. Walaupun mungkin
kesinambungan ide itu tidak selari seperti:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Tetapi sekurang-kurangnya idea itu perkara serupa seperti alam, bunga, daun dan
lain-lain. Meneliti pantun pertandingan akhir 1995, kurang benar pembayang yang
ideanya selari, kerana kebanyakannya lebih menumpukan kepada unsur bunyi untuk
rima pada maksud. Contoh yang baik adalah seperti berikut:
Dedaun rendang jambangan hiasan,
Merekah indah bunga keladi ..
atau:
Diukir pinang sembahan diutus,
Tepaknya berbunga sarat muatan
atau:
Mustika digilap memancar maya,
Serupa disepuh kalung bertatang ..
Sebagai tradisi lisan, pengucapan pantun penting. Tetapi tidak ada suatu
formula berkenaannya, kerana begitu banyak ragam yang boleh diungkap, begitu
juga dari segi cara mengungkapnya. Barangkali yang boleh diperkatakan,
pengucapannya yang baik adalah bersahaja dan sesuai dengan tema. Namun,
kejelasan pengucapan, penjagaan jeda, serta irama bersahaja, tidak keterlaluan dan
dibuat-buat, adalah ramuan yang mengindahkan pengucapan pantun.

77

77

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Dalam penghakiman pada Pesta Pantun akan datang, tiap hakim dikhususkan
untuk mempertimbangkan satu aspek sahaja. Misalnya, hakim pertama akan
memerhatikan isi yang merangkumi ciri seperti ketepatan soalan dan jawapan,
mematuhi tema yang diberi dan kesesuaian jawapan yang dibuat. Hakim kedua juga
menumpukan perhatian kepada isi tetapi menilai dari segi pemilihan kata, kepadatan
dan kejituan bahasa serta susunan kosa kata yang betul. Tetapi ini bukannya semua
bercorak teknikal kerana markah juga diberi kepada pantun yang berjaya
menyampaikan mesej yang bermakna lagi bergema sebagai pedoman hidup.
Pengungkapan bahasa adalah penilaian yang dibuat oleh hakim ketiga. Beliau
melihat dari segi rima serta suku kata yang baik bagi pantun. Sementara hakim
keempat juga menilai bahasa, tetapi melihat dari segi struktur keseluruhan pantun
itu. Pengolahan pembayang dan maksud pantun, sama ada pembayang merupakan
longgok kata untuk rima sahaja, atau mempunyai kesahihan idea, baik antara baris 1
dan 2, atau merangkumi maksud juga, diambil kira. Menilai pengolahan pantun
terletak pada hakim ini.
Hakim kelima menghakimi persembahan pemantun, bukan sahaja dari segi
penyampaian secara fizikal, iaitu gerak-geri, sebutan baku atau tidak, jelas atau
kabur dan sebagainya, tetapi dari segi irama, nada, jeda ataupun kelancaran.
Dengan cara demikian, di antara lima orang hakim itu, diharapkan semua aspek
pemantunan dapat dinilai dengan saksama lagi cermat supaya mutunya tetap dijaga
tahun demi tahun.
Sesungguhnya tradisi berpantun adalah satu aspek budaya Melayu yang
zaman berzaman menyemarak serta mengindahkan kehidupan orang Melayu.
Suasana duka tidak pernah terungkap dengan pantun, tetapi suasana ceria yang
menghendakkan keindahan, kegembiraan mahupun keseronokan mengilhamkan
pantun. Kepiluan yang menyeronokkan seperti mengenang nasib dagang di
perantauan, hiba kerana berjauhan sanak saudara, ataupun merajuk ditinggalkan
kekasih juga membuahkan pantun. Maka itu tradisi yang indah itu tidak harus
dibiarkan pupus ditelan oleh cara hidup hari kita. Dan tidak ada jalan yang lebih baik
daripada menghidup serta menyemarakkan tradisi dalam kalangan murid sekolah
yang menjadi pewaris budaya kita pada masa depan.

78
78

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

A.

TEKNIK MENCIPTA PANTUN


a)

Perbendaharaan kata

Untuk belajar mencipta sesebuah pantun jenis empat kerat,


perbendaharaan kata hendaklah diperbanyak
dengan menyenaraikan
perkataan-perkataan tertentu. Misalnya, dengan menyenaraikan nama-nama
bunga, tempat, ikan, binatang, burung, sungai, gunung, pulau, laut. Kita
juga mempelajari kisah-kisah sejarah, nama tumbuhan serta tanaman,
jenis-jenis anasir alam. Selain itu, nama-nama benda, perhiasan, perkakas
dan lain-lain lagi. Senaraikan rima akhir yang serupa. contohnya seperti
yang berikut ini :
(BA....BAU)
rimba, kesumba, lumba..............
sebab, rebab, lembab.....
merbah, kubah, jubah......
abai, lebai, lambai.........
semerbak, tombak, lambak. . .
sambal, gubal, bebal.......
sembam, lebam, tembam.....
tamban, reban, bemban......
rembang, mambang, kembang....
bubar, gebar, rembas......
babas, kibas, rembas...
ubat, nobat, bebat.......
kerbau, imbau, taktibau....
Senarai perkataan BA sehingga BAU yang dikumpulkan hendaklah
disambung dengan BI pula sampai Z. lain BU dan BO. Setelah tamat fasal huruf
B kita beralih ke huruf C pula. Seterusnya D hingga akhir abjad yang sesuai.
b)

Pembayang / Sampiran

Sebelum kita mencipta sesebuah pantun, sepatutnya kita berlatih


menyusun kalimat 8-12 suku kata dengan pembayangnya sahaja, tanpa
memikirkan maksudnya. Latihan mencipta pembayang itu dilakukan dengan
menggunakan kemahiran mengumpul perbendaharaan kata.
Pertama, berlatih membuat dua baris pembayang tersebut, umpamanya, kita
cari rima akhirnya dulu. Katakanlah hujungnya berima ra dan ti. Kita cuba pilih
nama-nama pohon atau tumbuh-tumbuhan:
Sungguh rendang pohon almera,
Rendang lagi pohonnya geti;

79

Kita cuba pula mencari anasir alam yang hujung perkataan ru dan ga.

79

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Menjelang senja langit membiru,


Berbaur putih warnanya mega;
Begitulah seterusnya, kita cuba pelbagai rima akhir, kita padukan dua-dua
baris. Kita pilih sebarang bunyi. Katakanlah, da dengan ki, mang dengan pung,
wan dengan lang, sa dengan su dan lain-lain lagi.
Tanpa bunyi hujung kalimat boleh juga secara spontan seberapa banyak
pasangan kata yang boleh, misalnya:
Ke Pulau Payar di pagi hari,
Buat mengail ikan galama;
Nampak menghijau huma
seberang,
Daun padi subur sekali.
Haruman taman bunga
berkembang,
Bunga melati kuntum
berseri.
c)

Teknik mencari maksud

Sebelum kita mencipta pantun, kita mesti mengetahui tema atau


maksud pantun iaitu isi pantun, misalnya:
Bila rindu menderu di kalbu,
Rasa mengalir si air mata.
Tabahkan hati kuatkan iman,
Baru sempurna meniti hidup.
d)

Mencipta Pantun

Apabila kita sudah mahir mencari pembayang dan menyusun maksud / isi
maka kita bolehlah terus mencipta pantun. Mula-mula kita cipta pembayangnya.
Dengan mengutamakan dahulu rima akhirnya sahaja iaitu ab ab. Kita padankan
kesesuaiannya, rima hujung baris pertama itu mestilah sama dengan baris ketiga.
Begitu juga untuk rima baris kedua dan baris keempat. Sekiranya maksud pantun
ialah,
Hari raya disambut bersama,
Penuh takwa seikhlas hati.
Rima akhir ma dan ti,
dan ti juga, contohnya:

80

Jadi kita mesti mencari pembayang yang berima ma

80

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

Terbang berligar si rama-rama,


Lalu menyeri si bunga melati.
Kalau diulang terjadilah :
Terbang berligar si rama-rama,
Lalu menyeri si bunga melati;
Hari raya disambut bersama,
Penuh takwa seikhlas hati.
Rima hujungnya memang abab iaitu ma dengan ti tetapi bunyi rima
tengahnya masih tidak sama kerana berligar dengan raya dan menyeri dengan
takwa. Kita mesti mencari pasangan pembayang yang sama dengan maksud
yang tersedia itu.
Indah warna si rama-rama,
Cantik juga si bunga melati;
Hari raya disambut bersama,
Penuh takwa seikhlas hati.
Kita boleh juga mencipta pembayang yang lain untuk disesuaikan dengan
maksud pantun kita tadi, misalnya:
Tenangnya paya di tengah huma,
Pinggiran rawa hujungan titi;
Hari raya disambut bersama,
Penuh takwa seikhlas hati.
B.

MENJUAL PANTUN

Hanya satu soalan sahaja untuk setiap pantun yang dijual. Pantun yang dijual
mestilah jelas.Ciptalah Pantun yang jelas sehingga mudah difahami tetapi sukar
dijawab oleh pihak lawan.
C.

MEMBELI PANTUN

Untuk membeli
pantun adalah amat penting semasa pertandingan,
andainya pantun yang dijual tidak dapat dibeli maka sudah pasti banyak markah
akan dipotong. Perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa
membeli
pantun ialah:
i.
Dengar betul-betul pantun yang ditanya,
ii.
Sekiranya
soalannya agak sukar difahami, ambil mana-mana
perkataan sahaja yang kita fahami, ulas yang patut,
iii.
Setelah mencari isi jawapan, sesuaikan maksud pantun dengan
pembayang,

81
81

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

iv.
v.

Seboleh-bolehnya jawab secepat yang mungkin, jangan sampai


hampir lupus masa yang diperuntukkan,
Jawab dengan jelas dan teratur.

82
82

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

CONTOH-CONTOH PANTUN

83

Matra terbilang melenggok seroja,


wasilah temu diruah redah;
matlamat dijulang wawasan dipuja,
watan berilmu tercetuskah sudah?

Soalannya jelas
Pembayang tidak menampakkan
keindahan.
Tiada kaitan antara baris pertama
dan kedua
Mempelas terurai diraut binasa,
pabila dijamu diikat bergantung;
emas dicanai susut terasa,
mengapa ilmu mengaut untung.

Pembayang tidak menampakkan


keindahan
Mementingkan rima (awal,
tengah ,akhir)
Tiada kesinambungan antara baris
pertama dan kedua.
Terlerai teratai bebunga rumput,
menyapa pawana hiasan berkarang;
tertubuhnya koperasi memudah umat,
mengapa wahana berhati curang.

Tidak memahami maksud 'wahana'


Tiada keindahan dalam pembayang
Tiada kaitan antara pembayang
pertama dan kedua
Rima akhir tidak sama ( 1 & 3 )

Kemilau lampu menyuluh anjung,


cahaya menyerlah warna purnama;
kalau ilmu penuh setanjung,
kenapakah kalah dek petua lama.

Soalannya jelas.
Pembayang menggambarkan isi
Ada kaitan antara baris pertama
dan kedua.

Bayu berlalu di teluk tenang,


Menerpa lembayung mengorak
tingkah;
ilmu baru setampuk pinang,
kenapa gunung hendak dilangkah.

Pemilihan perkataan dibuat dengan


teliti.
Pembayang menggambarkan isi
Ada kesinambungan cerita
Rima yang jelas.( awal, tengah,
hujung.)
Tuai padi antara masak,
esok jangan layu - layuan;
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu - rinduan.
Maksud benar - benar dibayangkan
oleh baris pembayang.
Susunan rimanya sungguh tepat
Ada hubungan cerita antara baris
pertama dan kedua.
Isinya jelas.

83

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

84

PANTUN PELARIAN
CONTOH - CONTOH PANTUN
Bersirih gaharu cermai berhikmat,
Indah diberi lembut pawana;
Berjerih guru menyemai maklumat,
ilmu dituai, buahnya di mana?
Ulasan Prof
[BH:8/7/97]

Mohd

Taib

Osman

PENJELASAN JAWAPAN PANTUN


Bayu membuai tetap bertuah,
gerimis hujan biru hiasan;
ilmu dituai tetap bertuah,
pewaris intelek tuju wawasan.
1. sebaris soalan dijadikan jawapan
2. jawapan pengukuh
baris pertama tepat membayangkan maksud
baris ketiga

Pantun yang sama


ilmu dituai, buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah,


gerimis hujan biru hiasan;
jawapan tuan bicaranya mudah,
kiranya kita ada pertemuan.
Pelarian yang jelas kerana tidak menjawab
soalan

Pantun yang sama


ilmu dituai. buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah.


gerimis hujan biru hiasan;
jawapan saudara tidak kugundah.
yakinkan diri kuatkan iman
Pelarian yang jelas kerana tidak menjawab
soa/an

Pantun yang sama


ilmu dituai, buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah


gerimis hujan biru hiasan;
perkasa ilmu tidaklah mudah,
warga yakin harungi wawasan.
Jawapan disediakan lebih awal berasaskan
tema
Tidak menjawab soalan

Pantun yang sama


ilmu dituai, buahnya di mana?

Bayu membuai tetap bertuah,


gerimis hujan biru hiasan;
budaya ilmu wargakan pasrah,
harungi cabaran penuh wawasan.

Jawapan
disediakan
berasaskun tema.
Tidak menjawab soalan.

lebih

awal

84

PERTANDINGAN PANTUN ANTARA SEKOLAH


PANDUAN KEJURULATIHAN

85

Anda mungkin juga menyukai