Anda di halaman 1dari 2

Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia,

Yang saya hormati Tuan Guru Besar, barisan Guru Penolong


Kanan, Guru-guru dan Semua Rakan-rakan Sekolah Kebangsaan
Tekir.

Pada setiap 16 Mei, kita akan meraikan Hari Guru seluruh


Malaysia. Pada hari ini, pada pagi ini, saya berbangga kerana
sambutan Hari Guru peringkat sekolah dapat diadakan. Untuk
pengetahuan cikgu-cikgu yang saya kasihi semua, tema Hari Guru
pada tahun ini ialah GURU: Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak.
Guru-guru dan Semua Murid,
Guru umpama pelita dan lilin yang menyinari hati kita semua.
Segala ilmu yang diajar amat berguna dan bermanfaat kepada
kita semua. Oleh itu, kita mestilah dan wajib menghormati guruguru kita khususnya guru-guru Sekolah Kebangsaan Tekir
semuanya.

Mereka telah mendidik dan mengajar kita ilmu pengetahuan dan


ilmu kemahiran hidup yang berguna untuk kami semua. Saya
dengan rasa hormat mengucapkan Selamat Hari Guru untuk
semua GURU Sekolah Kebangsaan Tekir.
Semoga Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tekir berjaya mendidik
kami semua. Akhir sekali saya ingin melafazkan pantun khas
untuk guru-guru tercinta.

Cantik bahasa si gadis desa,

Jinak merpati perilakunya;


Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati taati muliakan dirinya.

Jinak merpati perilakunya,


Bersulam tekat selendang suri;
Hormati taati muliakan dirinya,
Barulah berkat ilmu dipelajari.

Penat berburu sungai disinggahi,


Bawa kelapa penuh sebaldi;
Hari guru hari menghargai,
Semoga taklupa jasa dan budi.

Sekian, terima kasih.


Se

Anda mungkin juga menyukai