Anda di halaman 1dari 1

Isu Pemuangan Bayi

Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru


mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa
memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segansilu. Jadi apakah punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
menangani isu ini?
Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja
kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta
impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kitaa tidak mempunyai
pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu.
Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini.
Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri
sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai
ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik
anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya,
keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab
pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap wanita yang mengandung tanpa
suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus
kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak
mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan
anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat.
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan
masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah
menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan
hubungan seksual yang bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi
sesuatu yang lumrah.
Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat
perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perllindungan ini
memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum
sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini
memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah
mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.
Paradigma masyarat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu
mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa
mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi
tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan
diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik
kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua
pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang
timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini
daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan
penyelesaiannya secepat mungkin.

Anda mungkin juga menyukai