Anda di halaman 1dari 1

Sering kali kita dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah sama ada di

media atau di dada akhbar. Kegiatan jenayah yang semakin berleluasa


membimbangkan semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda.
Kedatangan buruh dari negara luar menyumbang kepada implikasi dari sudut
social iaitu peningkatan kadar jenayah sama ada di luar bandar ataupun di
bandar. Kes-kes seperti kes ragut, pecah rumah dan samun sering berlaku
melibatkan buruh dari negara luar. Hal ini demikian kerana, kos sara diri pada
era globalisasi ini semakin meningkat yang terjadi akibat kemelut ekonomi
global. Contohnya, apabila buruh dari negara luar menghadapi masalah
kewangan, mereka akan merompak atau mencuri wang untuk menyelesaikan
masalah mereka. Selain itu, kebanjiran mereka di bandar-bandar besar
menimbulkan masalah setinggan kerana kos sewa rumah yang tinggi
mengakibatkan mendirikan ruma secara haram di tanah kerajaan. Kegiatan
jenaya sebegini bukan sahaja mengancam keselamatan, malahan akan
menjejaskan imej negara. Oleh itu, kedatangan buruh dari negara luar
menyebabkan kes dari aspek sosial seperti jenayah semakin berleluasa.
Seperti yang sedia maklum tentang kemakmuran ekonomi negara kita
sejak kebelakangan ini semakin merosot dari hari ke hari. Kedatangan ribuan
buruh dari negara luar menyebabkan lagi ekonomi negara mengalami krisis dan
memberi implikasi yang besar dari aspek ekonomi. Kehadiran mereka dalam
jumlah yang banyak ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi keluarga masingmasing di negara mereka. Namun begitu, hal ini telah menyebabkan ekonomi
negara semakin merosot kerana pengaliran mata wang negara ke luar negara
mengalir laju. Contohnya, buruh dari luar negara mengumpul wang kemudiannya
menghantar wang tersebut kepada keluarga mereka yang berada di luar negara
dan secara tidak langsung perbelanjaan wang pendapatan mereka tidak di
salurkan di dalam negara. Negara tidak akan mendapat pulangan semula
daripada tindakan mereka yang sering kali dilakukan hampir setiap bulan.
Walaupun wang pendapatan tersebut dalam jumlah yang kecil, tetapi masih lagi
memberi kesan kepada negara dan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu,
lambakan buruh dari negara luar memberi implikasi yang buruk terhadap
kemakmuran ekonomi negara kita.

Anda mungkin juga menyukai