Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Abraham H. Maslow (1908 1970) yang berketurunan Yahudi dari Rusia telah
dilahirkan di Brooklyn, New York. Beliau merupakan anak sulung dari tujuh orang adikberadik. Pada zaman mudanya, beliau tidak begitu rapat dengan ibu bapanya dan sering
menderita akibat perlakuan kedua ibu bapanya terutama ibunya yang sering membezabezakan dirinya dengan adik-beradik yang lain. Beliau sangat miskin dan mempunyai
kehidupan yang sangat susah. Pengalaman hidupnya penuh dengan kekecewaan dan rasa
kesunyian. Apabila meningkat dewasa, beliau menuntut di City College of New York dan di
Universiti Wisconsin. Maslow telah menceburi bidang psikologi selama lebih 14 tahun di
Brooklyn College dan akhirnya berpindah ke Universiti Brandeis di mana dia menamatkan
kerjaya perguruannya di situ. Di Brandeis, Maslow telah membangunkan teori motivasi yang
memperihalkan proses di mana seseorang individu berprogresif dari keperluan asas seperti
air dan makanan ke keperluan lebih tinggi, yang dipanggil kesempurnaan kendiri (selfactualization). Salah satu teori yang sering digunakan dalam membincangkan tentang
motivasi dan keperluan manusia ialah teori keperluan Abraham Maslow. Teori ini telah
banyak diaplikasikan dalam kehidupan terutamanya oleh masyarakat barat sama ada dalam
pelajaran, pekerjaan dan perniagaan dan teori ini telah dibangunkan oleh Maslow pada
lewat 1950-an sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1970.

Hierarki Keperluan Maslow

Maslow telah memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi manusia yang ditujukan
kepada tingkah laku manusia. Berdasarkan Rajah 1, keperluan tersebut ialah keperluan
fisiologi (physiology), keselamatan (safety), kasih sayang (belonging/love), penghargaan
kendiri (esteem), dan keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization). Menurut Maslow
juga, manusia didorong oleh keperluan yang rendah atau bawah, yang mana ianya perlu
dipenuhi terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi

Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:


a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.
b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan.
Peringkat keperluan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan tahap tinggi dan
keperluan tahap rendah. Di dalam keperluan tahap tinggi terdapat beberapa keperluan
fisiologi, keselamatan, sosial dan penghargaan yang perlu dicapai agar manusia terus
bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan tahap rendah pula,
pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan tercapai apabila keperluan
kekurangan dipenuhi. Kita akan cuba merealisaikan kebolehan kita agar menjadi manusia
yang sempurna. Dalam hierarki Maslow implikasi terhadap guru adalah guru sebagai
model peniruan. Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang
relevan. Di samping itu guru perlu menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan
menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Oleh itu ia dapat mengekalkan
ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih sistematik.
1. Keperluan Fisiologikal (Physiological Needs) Manusia memerlukan keperluan
fisiologikal tertentu seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan.
2. Keperluan Keselamatan (Safety Needs) Maslow berkata apabila keperluan fisiologikal
telah dipenuhi dengan memuaskan. Barulah keperluan keselamatan dirasakan perlu.
Setelah mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi. Barulah kesejahteraan diri
anda keselamatan dan perlindungan akan mempengaruhi tingkah laku.
3. Keperluan Sosial (Social Needs) Apabila telah merasa selamat dan telah mempunyai
makanan serta minuman yang mencukupi maka keperluan sosial akan menentukan tingkah
laku.
4. Penghargaan Diri (Esteem Needs) keperluan untuk keyakinan diri, kebebasan,
pencapaian, kecekapan dan pengetahuan. Keperluan ini mempunyai hubungan dengan
reputasi seseorang. Keperluan untuk status, pengiktirafan, penghargaan dan penghormatan.
5. Pencapaian Hasrat Diri (Self-Actualization Needs) keperluan paling utama mula
mempengaruhi tingkah laku seseorang apabila kesemua keperluan peringkat rendah telah
dipenuhi dengan agak memuaskan. Keperluan hasrat diri memotivasikan kita untuk
mengenali keupayaan kita sendiri, meneruskan pembangunan diri dan menjadi lebih kreatif.

Kesimpulan

Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan


dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus
membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan
keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang
tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih
sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi
memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling
diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Sekiranya keperluan di
peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah masalah psikologi pada
individu.

KPP 3014 Pembelajaran dan Perkembangan


Pelajar
Professor Qismullah Bin Yusuf

Nota Ringkas Hierarki Keperluan Maslow

Disediakan oleh :

Khairul Amirul Bin Ab Gani


D20141067028

Anda mungkin juga menyukai