Anda di halaman 1dari 9

PEMERINTAHAN PORTUGIS DI MELAKA

Pada tahun 1511,Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan


membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi
permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari
kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas
pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak
Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan
membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan
Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.Sejarah
panjang penjajahan negara ini bermula dengan berlabuhnya angkatan laut Portugis
yang digelar Benggali Putih di Melaka pada 1509. Diketuai Lopez de Sequeira,
angkatan laut Portugis dihantar Raja Portugal kononnya untuk menjalinkan
hubungan

persahabatan

antara

Kerajaan

Portugal

dan

Kerajaan

Melaka.Bagaimanapun, terdapat niat lain di sebalik jalinan hubungan ditawarkan


Portugis. Berbekalkan slogan Gospel, Gold and Glory (Injil, Emas dan
Kemasyhuran), mereka mula belayar ke Timur seawal abad ke-15.Kedatangan
Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib;
mereka ingin menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan Melaka
yang terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya
menyebarkan ajaran Kristian. Selain itu, pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan
mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis,
bunga cengkih dan buah pala. Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli
pedagang Islam yang mendapatkan bekalan di Melaka sebelum menjual pada harga
tinggi di Eropah. Portugis berpendapat jika mereka berjaya menguasai Selat Melaka,
mereka

akan

berjaya

mengambil

alih

kekayaan

itu

daripada

pedagang

Islam.Berikutan itu, dengan bermanis muka, Lopez de Sequeira masuk menghadap


Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah dan bagai menanam tebu di tepi
bibir, lelaki Portugis terbabit mula menaburkan janji manis mengenai kebaikan
jalinan hubungan antara kedua-dua kerajaan.Tanpa menyedari niat serong di sebalik
kata-kata Lopez de Sequeira, Sultan Mahmud Shah menyambut baik hasrat Portugis
malah membenarkan mereka berniaga di Melaka. Baginda juga memberi jaminan
keselamatan sepanjang Portugis berniaga di situ. Bagaimanapun, hasrat Portugis
untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam diketahui pedagang Islam dari

Jawa dan Gujerat lalu mereka segera memaklumkan muslihat bangsa asing itu
kepada Bendahara Tun Mutahir.Bendahara Tun Mutahir pantas menyampaikan
berita itu kepada Sultan dan menasihati baginda supaya menangkap orang Portugis
termasuk pegawai kanan mereka, Ruy de Araujo.Lopez de Sequeira yang ketakutan
kerana menyedari tembelang mereka sudah pecah, bertindak melarikan diri ke
pangkalan mereka di Goa, India sekali gus meninggalkan beberapa anak kapalnya
ditangkap dan dibunuh tentera Melaka. Tindak balas Melaka itu segera disampaikan
kepada Raja Portugal dan pada 1510, satu angkatan laut diketuai Alfonso de
Albuquerque dihantar untuk menyerang Kerajaan Melayu itu.Sebaik tiba, Alfonso de
Albuquerque menghantar utusan menuntut askar Portugis yang ditawan segera
dibebaskan dan Melaka perlu membayar ganti rugi kepada mereka.Wizurai Portugis
itu juga meminta untuk mendirikan kubu di Melaka tetapi semua tuntutan itu ditolak
dengan beraninya oleh Sultan Mahmud Shah.Melihat tuntutannya tidak dilayan,
ledakan meriam daripada kapal perang Portugis dilepaskan pada 25 Julai 1511
seterusnya

bermulalah

serangan

pertama

Portugis

terhadap

Melaka.

Soldadu perang Portugis segera mendarat di pantai Melaka dan peperangan hebat
terus berlaku.Suatu ketika, askar Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai
Melaka tetapi pahlawan tempatan segera bangkit menentang.Serangan balas
diketuai

Sultan

Ahmad

Shah

menyebabkan

angkatan

Portugis

terpaksa

berundur.Portugis kembali menyusun strategi dan melancarkan serangan kedua


pada 10 Ogos 1511.Pertempuran hebat meletus lagi di bumi Melaka dan selepas
dua minggu bertempur, akhirnya Alfonso de Albuquerque berjaya menawan dan
menjajah Melaka.Sultan Ahmad Shah dan ayahandanya, Sultan Mahmud Shah;
pembesar, kerabat diraja serta beberapa rakyat terpaksa berundur ke Muar. Dari
Muar, mereka berundur ke Pahang seterusnya Bentan. Di Bentan, Sultan Mahmud
Shah mendirikan kerajaan baru selepas kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad
Shah. Selepas penawanan Melaka, Sultan Mahmud Shah beberapa kali cuba
merampas kembali negaranya daripada Portugis tetapi gagal. Seterusnya pada 1511
kekal dalam ingatan kebanyakan kita - ia adalah tahun di mana Melaka yang
menjadi simbol kegemilangan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu atau mungkin
mewakili tanah air kita, buat pertama kalinya dijajah bangsa asing.

KELEMAHAN PEMERINTAHAN MELAKA PUNCA DIJAJAH


Penjajahan Melaka oleh Portugis pada 1511 turut berpunca daripada
beberapa kelemahan negara itu sendiri.Melaka yang dibuka pada 1400 oleh
Parameswara atau Sultan Iskandar Shah mencapai kemuncak kegemilangannya
sebagai sebuah kerajaan dan pusat perdagangan di zaman pemerintahan Sultan
Mansor Shah iaitu dari 1458 hingga 1477. Bagaimanapun, selepas kemangkatan
Sultan Mansor Shah, zaman kegemilangan Melaka semakin menurun. Sultan
Alauddin Riayat Shah yang menggantikan baginda, mati diracun pada 1488
seterusnya diganti Sultan Mahmud Shah. Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud
Shah, beberapa masalah dalaman timbul dalam Kerajaan Melaka antaranya
kelemahan pentadbiran, masalah perpaduan, kelemahan ketenteraan sehingga
akhirnya, kedatangan dan serangan Portugis menyebabkan Melaka akhirnya dijajah.
Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan berlaku apabila Bendahara Tun Perak
meninggal dunia pada 1498 dan jawatannya diganti Bendahara Tun Mutahir yang
bersikap pilih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan pembesar lain. Sikap
pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba mengatasi
kekayaan Sultan menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka. Tanpa usul
periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun

Mutahir dan

keluarganya.Selepas kematian Tun Mutahir, barulah Sultan Mahmud Shah


menyedari

kesilapannya.Dalam

kekesalahn,

baginda

menyerahkan

tampuk

kepimpinan kepada anakandanya, Sultan Ahmad Shah tetapi pengganti baginda


adalah seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.Pengganti Bendahara Tun
Mutahir iaitu Tun Pepatih Putih adalah seorang yang uzur menyebabkan
kewibawaan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah.Masalah dalaman semakin
menjadi-jadi dengan amalan rasuah dan fitnah berleluasa.Cukai kepada pedagang
pula semakin tinggi menyebabkan pedagang mula beralih untuk berniaga di
pelabuhan lain yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Acheh, Bantam, Patani
dan Brunei. Masalah perpaduan di kalangan penduduk Melaka timbul apabila Tun
Mutahir dilantik sebagai bendahara menggantikan Tun Perak.Pelantikan Tun Mutahir
menimbulkan persaingan antara Orang Melayu dengan India-Muslim dan kemuncak
masalah adalah pembunuhan Tun Mutahir akibat fitnah.Kesan masalah itu turut
merebak kepada rakyat jelata di mana masyarakat Melaka semakin berpecah-belah
dan

tidak

bersatu

padu.Keadaan

itu

turut

menjejaskan

perdagangan

di

Melaka.Kelemahan askar Melaka yang hanya menggunakan senjata tradisional


seperti keris, panah, sumpit beracun, perisai dan tombak turut menjadi punca
kekalahan dan penjajahan Melaka oleh Portugis. Walaupun ada antara tentera
Melaka menggunakan senapang dan meriam, senjata api milik Portugis ternyata
lebih hebat malah meriam mereka mampu menembak ke sasaran yang lebih jauh.
Struktur dan strategi ketenteraan Portugis juga nyata lebih lengkap dan terlatih
berbanding tentera Melaka.Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera
mereka di Goa semasa melancarkan peperangan sebaliknya askar upahan Melaka
dari Jawa bertindak melarikan diri semasa serangan Portugis.
FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN PORTUGIS DI MELAKA
Gold (Keperluan kepada tanah)
Hasil kemajuan ilmu pengetahuan di Eropah, lebih-lebih lagi kesan daripada
pengaruh tamadun Islam dan Asia telah

mempercepatkan

perkembangan

masyarakat Eropah. Pada masa yang sama juga, sistem pertanian telah
berkembang maju, begitu juga dengan sistem kesihatan dan perubatan yang
bertambah baik. Faktor kemajuan ini telah menggalakkan lagi jumlah kelahiran dan
mengurangkan

jumlah

kematian,

dan

telah

menambah

bilangan

penduduk.Akibatnya, wujud masalah iaitu kekurangan pada tanah-tanah untuk


didiami dan dikerjakan.
Sementara itu, golongan bangsawan yang banyak menguasai tanah-tanah,
mula melihat pilihan yang lain bagi menambahkan hasil kekayaan mereka. Mereka
mula melihat penerokaan tanah yang baru di luar negara khususnya di Asia dan
Afrika sebagai cara terbaik memenuhi ketamakan mereka. Tidak dapat dinafikan,
Asia dan Afrika merupakan kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi seperti
rempah dan juga galian seperti emas.
Selain itu, Asia juga merupakan pusat tumpuan persinggahan pedagang
(seperti di Melaka) antara China dan India.Kesan daripada penambahan hasil
keuntungan melalui perdagangan secara langsung membuat para bangsawan ini
tamak dan tidak lagi mahu berurus niaga dengan orang tengah. Bagi mereka, adalah
lebih baik terus keluar membuat urus niaga secara langsung dengan pihak pemilik
sumber asal terutamanya para pedagang Arab dan Asia yang lain.

Glory (Permusuhan tradisi di antara negara-negara Eropah)


Penggabungan kuasa Ferdinand The Castille dan Isabella The Aragon di
Sepanyol dan perlaksanaan konsep pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah
berjaya menjatuhkan kerajaan Granada di Andalusia, iaitu kerajaan Islam terakhir di
benua Eropah. Faktor ini telah menggalakkan lagi kerajaan Sepanyol yang baru itu
untuk meluaskan lagi tanah jajahan mereka.Mereka merasa megah dengan
kejayaan penggabungan dan kemakmuran yang dirasai di dalam negeri.
Walau bagaimanapun, Sepanyol kemudiannya merasa bimbang dan iri hati
melihat negara jiran mereka, Portugal yang menjadi lebih berjaya daripada mereka
menerusi aktiviti penerokaan dunia baru seperti kejayaan Vasco Da Gama, Putera
Henry dan Bartholomiew Diaz. Kejayaan Portugal ini dirasakan sebagai satu usaha
mendapatkan kelebihan sekaligus menjadi satu ancaman kepada Sepanyol.11
Justeru itu, adalah menjadi keperluan Sepanyol untuk mendahului Portugal
dalam

persaingan

mendapatkan

tanah

jajahan

yang

baru.Sepanyol

ingin

menunjukkan bukti kekuatan dan pengaruh mereka sebagai satu kuasa besar,
ditambah lagi selepas kejayaan menghancurkan kerajaan Islam terakhir di bumi
Sepanyol.
Persaingan yang asalnya adalah untuk memenuhi keperluan hidup dan
kekayaan telah bertukar menjadi satu persaingan memburu kemegahan. Kerakusan
memburu kemegahan ini kemudiannya disertai pula oleh negara-negara Eropah lain
yang turut tidak mahu ketinggalan meletakkan nama mereka sebagai kuasa besar
seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Britain.

God (Agama)
Satu faktor utama yang membantu perkembangan penguasaan kuasa Eropah
terhadap kawasan-kawasan di sebelah benua Asia dan Afrika ialah agama. Usaha
terhadap pengembangan agama diperkukuhkan oleh legenda dan mitos akan
wujudnya kerajaan Kristian di Timur yang diketuai oleh seorang "Messiah" atau "The
Great Saviour" atau seorang penyelamat bernama Prester John.
Pihak gereja yang mewakili pihak berkuasa agama di negara-negara Eropah
yang berlumba-lumba menuju ke benua sebelah timur, percaya akan wujudnya
sebuah kerajaan Kristian di situ. Mereka percaya dan yakin apabila ditemui kelak,
kerajaan Kristian di benua sebelah timur ini akan dapat bergabung dengan negaranegara Kristian di Eropah untuk mengalahkan kuasa Islam yang pada ketika itu
menguasai kebanyakan kawasan di Eropah, Asia dan Afrika.
Perasaan sebegini dapat difahami kuat melekat di hati para peneroka seperti
Putera Henry dan juga mereka yang berasal dari kawasan Semenanjung Liberia
atau Sepanyol dan Portugal.Selama 500 tahun mereka berjuang untuk mengalahkan
dan menjatuhkan Islam sehinggalah musnahnya kerajaan Islam Granada.Perasaan
kuat menyokong unsur keagamaan ini amat berkait rapat dengan sistem juga
norma-norma kehidupan masyarakat Eropah yang pada ketika itu kuat diikat oleh
pengaruh penguasaan gereja terutamanya di Sepanyol dan Portugal.
Kedudukan Geografi Tanah Melayu
Kedudukan Tanah Melayu yang merupakan sebuah semenanjung dan betulbetul terletak di antara jalan perdagangan di antara benua sebelah timur dan benua
sebelah barat amatlah strategik sebagai sebuah pusat perdagangan.Kawasannya
yang meliputi hampir keseluruhan Selat Melaka dan dilindungi pula oleh Pulau
Sumatera memberikan satu ruang atau jalan laut yang selamat dan terlindung dari
taufan, ribut dan gelora lautan. Keadaan ini memudahkan para pelaut dan pedagang
untuk berlabuh dan berlindung pada waktu perjalanan mereka apabila diserang
angin monsun sama ada timur laut atau pun barat daya. Ciri-ciri geografi ini menjadi
faktor penarik kepada sebarang kuasa besar yang memerlukan keselamatan untuk
jalan perdagangan dan perlindungan bagi keselamatan dari ancaman semula jadi
ataupun yang dilakukan manusia.

Bahan Mentah
Tanah Melayu yang kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti bijih timah
telah menjadi sasaran kuasa-kuasa besar menjajahnya dan menguasai sepenuhnya
sumber ekonomi di Tanah Melayu.Tanah Melayu telah terkenal dengan gelaran
Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi yang menggambarkan hasil buminya
seperti emas dan timah yang banyak.Manakala, Tanah Melayu juga sering
digunakan sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan
terutamanya untuk para pedagang sejak awal kewujudan tamadun di tanah
semenanjung ini. Bahan-bahan seperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu dan lainlain diperlukan oleh para pedagang selain bekalan air dan makanan untuk bekalan
perjalanan mereka. Selepas kedatangan kuasa barat dan penemuan bijih timah
secara meluas, Tanah Melayu menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa
penjajah ini.
Pasaran Baru
Sementara itu, di Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan
projek

penjelajahan

dan

penemuan

(Exploration

and

Discoveries).Revolusi

perindustrian telah menyebabkan kuasa-kuasa besar di Eropah keluar dari benua


Eropah

dan

mencari

penempatan

dan

pasaran

baru

bagi

perdagangan

mereka.Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan


kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah
pusat pasaran dan perdagangan mereka.Pasaran di Eropah menjadi sukar akibat
semua kuasa besar mula mencipta dan mengeluarkan bahan baru.Ini mewujudkan
persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru pengeluaran masingmasing.Selain itu, keperluan terhadap bahan mentah yang berkaitan dengan industri
seperti bijih timah dan besi juga meningkat dengan mendadak.

Pangkalan Tentera
Kedudukan Tanah

Melayu

di

Selat

Melaka

yang

merupakan

jalan

perdagangan penting di Asia.Faktor kedudukan ini juga sebenarnya amat penting


kepada kesesuaiannya menjadi pangkalan tentera.Kalau di lihat sejarah awal
kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu, mereka datang bukan sahaja
untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi juga adalah kerana strategi
ketenteraan.Ini boleh anda fahami jika anda bayangkan kedudukan negara mereka
yang jauh di Eropah dan kawasan-kawasan yang mereka lawati untuk tujuan
perdagangan atau mendapatkan kekayaan adalah jauh di benua Asia.Di dalam
konteks ini, perkara utama yang difikirkan oleh kuasa-kuasa besar ini tentulah
keselamatan angkatan atau rombongan mereka. Oleh itu, satu cara terbaik yang
perlu mereka lakukan ialah mencari sebuah tempat yang dapat menjadi pelabuhan
persinggahan dan sekaligus memenuhi keperluan-keperluan keselamatan dan
ketenteraan.
Prester John
Orang-orang Kristian di Eropah sedang rancak menentang penguasaan
empayar Islam.Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang Messiah atau
TheGreat Saviour atau penyelamat agung. Di antara versi yang timbul dari janji
pihak gereja itu ialah kehadiran seorang yang bernama Prester John yang akan
muncul di benua sebelah timur. Kepercayaan ini telah menyebabkan orang-orang
Kristian seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan gerakan mencari
Prester John di sebelah timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah
timur dan kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara
keseluruhannya.

KESAN KEDATANGAN PORTUGIS DI MELAKA


Dari segi ekonomiPortugis telah menyerang Melaka pada 1511 M sehingga
1640 M. Portugis merupakanNegara Eropah pertama yang sampai ke Pulauan
Melayu. Tujuan Portugis bertapak diKepulauan Melayu khususnya di Melaka adlah
untuk menguasai perdagangan rempah yangsebelum ini dikuasai oleh pedagangpedagang dari Itali.
Dari segi politikOrang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pusat
perdagangan. Albuquerquemembina sebuah kota di Melaka yang diberi nama Kota
AFamosa. Portugis dengan segeramenjalinkan hubungan persahabatan dengan
orang Pegu, Jawa, Hindu,Cina, Siam dan jugapenduduk dari Sumetera. Tujuannya
untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibatdaripada perang PortugisMelaka. Selain itu Portugis cuba membolot perniagaan rempah.
Dari segi social, Selain perdagangan, satu lagi sebab penting yang
mendorong orang Portugis meluaskanpengaruhnya ialah kerana agama.Orang
Portugis ingin mengembangkan agama melukKristian Katolik.Mereka juga memaksa
orang-orang Melayu memeluk agama Kristian disamping menikahi perempuan
perempuan Melayu secara paksaan.