Anda di halaman 1dari 2

Maklum bahawa kebanyakan baja organik sama ada pellet, tablet, serbuk

atau cecair sangat mahal harganya. Apatah lagi baja organik import dari
negara luar. Oleh itu, bagaimanakah kita mendapatkan baja organik yang
murah? Bolehkah kita membuat baja organik sendiri? Berikut adalah cara
dan panduan membuat baja organik cecair yang anda boleh buat di rumah
dengan bahan-bahan yang mudah didapati.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. 1 kilo tumbuhan hijau (rumput, daun pokok renek dan sebagainya).
2. 1 kilo molussa non-sulfur atau gula perang.
3. 1 liter air tanpa klorin. Sekiranya menggunakan air berklorin, dedahkan
air itu kepada cahaya dan udara selama dua malam untuk menbebaskan
klorin tersebut.
4. Kontena atau baldi untuk menyimpan atau menjeruk bahan-bahan
organik.
5. Kain atau plastik untuk penutup.
6. Getah atau tali.
7. Botol dan penapis.
Cara membuat baja organik cecair:
Pertama, masukkan tumbuhan hijau pilihan anda (boleh guna rumput di
halaman rumah anda, daun pokok renek, atau potongan dahan bunga
anda. Ambil daunnya sahaja) ke dalam baldi atau kontena.
Kedua, tambahkan air satu liter ke dalam baldi yang berisi tumbuhan
hijau tadi. Boleh menabah air jika merasakan ianya kurang.
Ketiga, masukkan molussa non-sulfur atau jika tidak ada boleh guna gula
perang yang ada dijual di kedai atau pasaraya. Gaul hingga gula perang
atau molussa sebati dengan air dan bahan tumbuhan tersebut.
Keempat, tutup menggunakan kain atau plastik dan ikat ketat agar tidak
ada bendasing yang masuk ke dalam yang boleh nerosakkan proses
penjerukan baja.

Kelima, simpan baldi berisi bahan proses baja organik cecair tersebut di
tempat selamat contohnya di stor atau kawasan jauh dari ganguan orang
ramai. Tempat menyimpan harus ditempat gelap (cahaya kurang). Jangan
buka dan alihkan baldi dalam tempoh seminggu agar proses penjerukan
berjalan lancar.
Keenam, selepas seminggu buka penutup tersebut dan jangan terkejut
akan baunya yang kurang menyenangkan dan kulat di permukaannya
kerana baja organik cecair anda sudah sempurna.
Ketujuh, alihkan air dan sisa baja organik cecair anda dengan menapisnya
ke dalam botol yang disediakan. Jangan tutup ketat penutup botol
tersebut agar udara boleh memasuki botol yang berisi baja cecair
organik. Simpan botol di tempat gelap seperti dalam stor atau garage.
Maka setelah anda menapis baja organik cecair anda maka selesai dan
sempurnalah sudah proses membuat baja cecair organik anda. Cara untuk
menggunakan baja cecair organik ini ialah isikan satu tutup penuh baja
organik cecair anda dan campurkan dengan satu gelen air tanpa klorin.
Sembur pada tanaman anda termasuk daun, batang dan batas atau tuang
ke batas secara langsung. Lakukan pembajaan di awal pagi atau waktu
petang dan sembur atau siram selang seminggu pada tanaman anda.
Goncang botol tersebut seminggu sekali agar oksigen dapat dibekalkan
kepada bakteria di dalamnya.
Baja cecair organik ini mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi dan
sedikit mineral lain. Ia sesuai untuk tumbuhbesaran tanaman anda.
Namun perlu juga membubuh baja NPK organik untuk hasil yang
memuaskan. Baja cecair organik ini fungsinya sama dengan kompos teh
cumanya bahan yang digunakan antara keduanya adalah berbeza. Anda
boleh membuatnya di rumah. Bahannya mudah diperolehi dan senang
prosesnya. Belailah tanaman anda dengan baja cecair organik untuk
menghasilkan tanaman yang bersih dan selamat dari bahan-bahan kimia.
Baja organik cecair berbeza dengan kompos teh di mana baja organik
cecair dibuat menggunakan tumbuhan hijau manakala kompos teh pula
diproses melalui kompos yang berkualiti.