Anda di halaman 1dari 17

2) PENGENALAN.

Bagi menyesuaikan dengan perbahasan pokok persoalan kita iaitu mengenai Teori
Pemahaman Diri, maka dapatlah dikatakan bahawa teori adalah satu generalisasi yang
didasarkan pada observasi dan analisis yang mana untuk menjelaskan hubungan antara
pelbagai peristiwa yang terjadi di dalam interaksi manusia sama ada dari segi kognitif ,
afektif mahupun psikomotor. Ini termasuklah yang berkaitan dengan diri manusia itu
sendiri seperti minat, hobi, tindakan , pengalaman, prinsip, personaliti, imej diri,
matlamat, keinginan dan perhubungan serta konflik yang melanda dirinya.
Mengikut pendekatan yang dikemukakan oleh teori ini, setiap manusia itu perlu
memahami dirinya sendiri terlebih dahulu jika mahu memahami orang lain atau
memahami persekitaran yang ada disekelilingnya. Manusia mestilah mencari cara
tersendiri di dalam hidup dan menerima realiti yang berlaku di dalam hidupnya andaikata
dia mahu mencapai kesempurnaan dan mengecap kejayaan bukan sahaja untuk masa kini
bahkan untuk masa depannya.Hal ini kerana,manusia itu sentiasa berfikir tentang dirinya
sendiri.Misalnya,bagaimanakah dia sampai pada pengertian tentang siapakah dia dan
apakah dia itu ?.Seseorang atau sesuatu dengan konsepsi tentang diri,memiliki
keperibadian lalu apakah keperibadian itu ?,atau bagaimanakah keperibadian itu
terbentuk ?
Apa yang dimaksudkan disini ialah setiap manusia itu dilahirkan dengan
kelebihan dan kelemahan tertentu yang akan membentuk dirinya sama ada ke arah positif
ataupun negatif bak kata pepatah bayi yang dilahirkan itu ibarat sehelai kain putih.
Oleh itu, pelbagai faktor yang akan mencorakkannya sama ada berbentuk dalaman
ataupun luaran. Fokus Teori Pemahaman Diri adalah kepada penyelesaian masalah
kendiri secara menyeluruh iaitu apakah matlamat dan peranan manusia, bagaimanakah
cara menyeimbangkan dirinya, bilakah dia perlu berubah atau apakah langkah sesuai
yang perlu diambil dan sebagainya. Hal ini kerana, jika manusia itu tidak memahami
dirinya sendiri, dia tidak akan tahu apakah keputusan terbaik yang perlu dibuat untuk
dirinya. Untuk itu, dia perlu bergantung kepada orang lain bagi membuat keputusan.

Pendekatan ini menggalakkan klien untuk belajar mempercayai dirinya sendiri


dalam usaha memahami diri.Ini kerana rasa percaya dan keyakinan akan kemampuan diri
sendiri merupakan elemen yang sangat penting demi berlangsungnya suatu proses
pembuatan keputusan yang baik.Kaunselor akan memberikan penjelasan kepada klien
bagaimana caranya mengatasi mekanisma psikologis tertentu yang cenderung mengikis
rasa percaya terhadap diri sendiri.
Melalui pendekatan ini, kaunselor akan membantu klien ke arah integrasi kendiri
supaya pertumbuhan,pembinaan dan kesempurnaan diri klien dapat dicapai.Matlamat
utama terapi ini adalah supaya klien mendapat kesedaran tentang apa yang perlu di buat
dan tidak perlu di buat dalam hidupnya.Apa yang dipentingkan ialah keputusan yang
dibuat oleh klien perlulah datang dari dalam dirinya sendiri dan bukannya di pengaruhi
oleh faktor luaran semata-mata.
Untuk itu,Teori Pemahaman Diri menyarankan supaya manusia perlu menjalinkan
perhubungan dengan orang lain dengan cara berkomunikasi,mewujudkan perasaan kasihsayang,hormat-menghormati dan kerjasama dalam usaha memahami dirinya dan
persekitaran hidupnya.Ini kerana konflik yang melanda individu itu,bukan semata-mata
disebabkan oleh dirinya tetapi turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti
kemajuan ekonomi,keseragaman budaya dan sebagainya.Konsepsi tentang diri sangat
esensial bagi pemahaman individu terhadap orang lain didalam lingkungannya dan
hubungannya dengan mereka.Hanya ketika ia memahami apa dan siapa dirinya sendiri
barulah ia dapat bertingkahlaku sebagai makhluk sosial.
Selain itu,melalui pendekatan ini juga terapis cuba untuk membongkar perasaan
klien,misalnya rasa takut yang menghalangi klien untuk bertindak.Manusia yang tidak
memahami dirinya sendiri sering membayangkan yang dia tidak mampu berbuat
sesuatu,tidak cukup pandai atau tidak cukup agresif untuk mengatasi krisis yang berlaku
dalam rangka mencapai matlamat dan tujuan hidup.Rasa takut ini sebenarnya berawal
dari masa kanak-kanak.Apabila seseorang rasa tidak berdaya dan tidak mampu berbuat
sesuatu,muncullah rasa takut itu.

Berdasarkan Teori Pemahaman Diri,terapis akan cuba membantu klien untuk


meneroka dirinya supaya matlamat hidupnya dapat diutamakan kerana jika tidak secara
tersamar pemikiran pesimis semacam itu dapat berkembang menjadi suatu kekuatiran dan
pada akhirnya hal itu mengakibatkan perhatian klien lebih terarah kepada rasa takut
bukannya menuju kearah pencapaian tujuan.Ini kerana memikirkan suatu masalah secara
berlebihan mengundang kesan terhadap emosi.Di samping itu,klien juga digalakkan
untuk bermotivasi dengan mempraktikkan apa yang di pelajari melalui pelbagai teknik
dan strategi yang digunakan oleh kaunselor seperti teknik nomatik,tafakur,gabungan dan
pertanyaan soalan.
Kesimpulannya,Teori Pemahaman Diri memberikan sebuah pemikiran akhir
untuk klien.Jika seseorang menghadapi sesuatu masalah,tetapi dia tidak mengarahkan
daya fikiran untuk bertindakbalas itu sama sahaja halnya dengan mempersulit dan
mendera dirinya sendiri.Dengan perkataan yang mudah ubahlah masalah itu menjadi
tujuan.Sekiranya seseorang individu berhasil menterjemahkan masalah menjadi
tujuan,maka jalan penyelesaian akan terbuka luas untuk seseorang itu memahami
dirinya.Andaikata jika seseorang itu tidak mampu menyatakan siapa dirinya dan apa saja
nilai yang dianuti,maka sudah pasti mereka akan mengalami kesulitan dalam menilai
hakikat,makna dan relevensi dari pelbagai situasi.

3) PANDANGAN TERHADAP SIFAT SEMULAJADI MANUSIA.


i) Manusia di bekalkan dengan kebolehan menaakul dan bertindak.
Dengan kuasa ini manusia dapat membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk
dan benar atau palsu.Nmamun dengan penaakulan sahaja manusia tidak dapat
mengarahkan destinasinya sekehendak hatinya atau memahami segala yang terkandung
di segenap pelusuk dunia.Maka,tidak hairanlah jika manusia sendiri jugalah yang
merosak dan memusnahkan dirinya.

ii) Manusia mempunyai sikap inkuiri yang tinggi.


Manusia sentiasa ingin meneroka perasaan dan fikirannya secara objektif supaya ia dapat
hidup dengan lebih bermakna,berfungsi dengan sepenuhnya,bergerak dan bersifat
dinamis.Ia mahu hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya.Ia mahu memahami
mengapa ia berbuat sesuatu,gembira,bosan,sedih atau mengapa ia di lahirkan ke dunia
ini.Saya teringat mengenai perkataan yang sering di ungkapakan oleh Imam Al-Ghazali
yang berbunyi barang siapa yang telah mengenal dirinya sendiri maka ia telah mengenal
Tuhannya.Maka,nyatalah mengenal diri sendiri itu diredhai malah digalakkandalam
islam.Mengenal diri di maksudkan dengan mengenal secara keseluruhan yakni daripada
elemen-elemen jasad dan roh.Manusia juga sentiasa mengumpulkan maklumat,mengejar
ilmu dan mencari penjelasan apabila ia tidak pasti akan sesuatu.
iii) Pemikiran manusia terikat pada agama dan kepercayaan yang dianutinya.
Seseorang yang dididik sejak kecil dengan dididka agama tidak kiralah sama ada melalui
pendidikan formal atau tidak formal,segala perbuatan dan tingkahlakunya adalah
berdasarkan kepada norma dan nilai yang dianutinya tersebut.Ini termasuklah
mempelajari pertumbuhan dan perkembangan jiwa agama pada seseorang serta faktorfaktor yang mempengaruhi keyakinan tersebut.Agama memiliki kekuatan emosional
yang besar ke atas banyak manusia.Malahan,kadangkala manusia itu terlalu terikat
dengan adat dan kebudayaan yang diwarisi turun-temurun sehingga dalam sesetengah
keadaan segala perbuatan dan tingkahlaku yang dilakukan perlu mengambil kira
pandangan orang lain dan juga masyarakat seolah-olah wujud satu perkaitan yang mana
jika diikuti dianggap sebagai satu kesalahan atau melanggar norma dan nilai yang
diamalkan.Justeru diberi perhatian kepada aspek tingkahlaku yang mengganggu dirinya
daripada pandangannya sendiri dan juga dari pandangan masyarakat.Amnya,sesuatu
tingkahlaku yang menyalahi atau menyeleweng daripada apa yang biasa dilakukan sama
ada dari segi kekerapannya atau keamatannya akan menerima kesan negatif.

iv) Manusia merupakan pelakon kehidupan yang hebat.


Sikap dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh manusia kadangkala tidak sama dengan apa
yang dirasakannya.Hal ini kerana,sifat semulajadi manusia boleh diteliti dan dipelajari
melalui sikap serta perbuatan mereka sebagai gambaran dari gejala-gejala kejiwaan yang
berada

di

belakangnya,kerana

jiwa

itu

sendiri

bersifat

abstrak,maka

untuk

mempelajarinya hanya mungkin dilihat dari gejala yang nampak yakni melalui sikap
yang di tampilkannya.Manusia mungkin saja memanipulasi apa yang dialaminya secara
kejiwaan,hingga dalam sikap dan tingkahlaku terlihat berbeza bahkan mungkin
bertentangan dengan keadaan yang sebenarnya.Mereka yang sebenarnya sedih,dapat
berpura-pura ketawa ataupun kerana perasaan gembira yang teramat sangat dapat
mmbuatkan seseorang itu menangis.Namun,secara umum sikap dan perilaku yang
ditunjukkan adalah gambaran dari gejala jiwa seseorang.Sikap dan tingkahlaku, baik
yang nampak dalam perbuatan mahupun mimik muka umumnya tidak jauh berbeza dari
gelojak batinnya baik cipta,rasa ataupun karsanya.
v) Manusia adalah makhluk yang eksploratif dan potensial.
Hal ini kerana manusia mempunyai kemampuan untuk mengembangkan drinya kerana
pada diri manusia tersimpan sejumlah keupayaan yang boleh diperkembangkan sama ada
melalui proses pembelajaran,pemerhatian mahupun pengalaman yang ditempuhnya
dalam kehidupan iaitu yang disedari oleh peribadi.Antaranya,masyarakat yang harus di
hadapi,budaya sesuatu tempat yang diduduki dan lain-lain lagi.Pengalaman mengajar
manusia bagaimana untuk mengenali karekternya sendiri melalui interaksinya dengan
pelbagai faktor sama ada dalaman mahupun luaran.Kesedaran merupakan sebab dari
tingkahlaku.Ertinya bahawa apa yang difikirkan dan dirasakan oleh manusia itu akan
menentukan apa yang akan dikerjakannya.Adanya nilai yang dominan, mewarnai seluruh
keperibadian seseorang dan ikut serta menentukan tingkahlakunya.Sebenarnya ekpresi
kemampuan manusia telah berkembang melalui keseragaman budaya.

vi) Manusia bergantung kepada akalnya.


Akal mempunyai kemampuan mengenalpasti dan memahami yang bersifat global tidak
bersifat detail.Dasar-dasar rasional penentuan hokum terdiri daripada sejumlah sumber
yang merupakan landasan bagi struktur pengetahuan manusia,dimana tanpa landasan itu
manusia tidak akan memperoleh hasil pengetahuan.Pengetahuan-pengetahuan yang
diperoleh

adalah

melalui

rangkaian

aktiviti

perenungan,penelitian,analisa

dan

semacamnya,baik yang bersifat abstrak mahupun konkrit.Manusia dapat mengetahui apa


yang secara umum berguna atau merbahaya bagi dirinya atas konklusi-konklusi yang ia
peroleh dari pelbagai pengalaman.Akal memainkan peranan yang besar dalam
pembentukkan keperibadian manusia.

4) MENGAPA MANUSIA BERMASALAH.


i) Kegagalan menyeimbangkan kehidupan.
Pada umumnya,manusia mengalami masalah kerana ia gagal mengimbangi antara
layanan terhadap keperluan-keperluannya dan penyempurnaan tugas-tugasnya terhadap
Allah s.w.t.Ini berpunca daripada anggapan yang salah oleh manusia yang mana
merekalah yang menentukan segala liku hidupnya didunia ini.Apa saja masalah yang
dihadapi dianggap mampu diselesaikan dengan daya pemikiran yang rasional.Oleh yang
demikian manusia kerapkali terkabur dalam meneliti masalahnya.Ia sukar membezakan
kebenaran daripada kepalsuan.Ia telah membenarkan sama ada dari dalam atau
luar,pengaruh negatif menyelubunginya
ii) Sentiasa melarikan diri daripada masalah.
Hal ini kerana,manusia tidak berani memikul tanggungjawab atas kelakuan yang
dilakukannya.Ia sentiasa cuba lari dari masalah yang melanda dirinya.Langkah
menghindar sebagai satu bentuk penolakan memang merupakan salah satu pilihan

tindakan yang menyenangkan,kerana pilihan tersebut tidak mengharuskan ia memberikan


komitmen apa pun.
Tetapi jika penolakan ini yang dipilih,alternatif-alternatif lain dengan sendirinya harus
ditinggalkan.Akibatnya,mereka tidak pernah belajar sehingga mereka makin tidak
berdaya jika terdapat maslah-masalah baru yang muncul.Oleh itu, kesedaran terhadap
perkara ini dapat menyempurnakan lagi penyesuaian seseorang itu terhadap dirinya dan
juga masyarakat.
iii) Proses pembelajaran yang terhad/tidak bersesuaian.
Teladan yang ditunjukkan sama ada oleh ahli keluarga,rakan,masyarakat ataupun faktorfaktor

luaran

seperti

persekitaran

mempengaruhi

keperibadian

seseorang

manusia.Contohnya,seorang bapa yang pemabuk dan sering memperlakukan anaknya


dengan kasar akan membekas pada diri anak tersebut termasuk sikapnya terhadap
agama.Demikian juga seorang bapa yang taat beragama serta memperlakukan anakanaknya dengan kasih-sayang turut akan membekas pada diri anak tersebut.
iv) Kecenderungan berbuat sesuatu.
Setiap manusia mempunyai kecenderungan dalam diri mereka untuk melakukan sesuatu
perkara atau perbuatan yang bertentangan dengan norma,nilai dan kepercayaan yang
dianutinya.Walau sebaik manapun seseorang manusia itu,namun tetap ada sifat-sifat
negatif yang mendasari jiwanya.Sebagai contoh,mereka yang membunuh diri kerana
mempunyai kecenderungan untuk berbuat demikian.
v) Ketidakupayaan membuat sebarang perubahan.
Manusia juga mengalami masalah kerana mereka tidak mahu berusaha untuk membuat
perubahan sama ada dari segi pemikiran,minda mahupun tingkahlaku.Hal ini
kerana,perubahan

minda

sangat penting.Manusia

perlu

mengubah

minda

dan

perspektifnya terhadap semua perkara yang berlaku dalam hidupnya.Rancangan konkrit

perlu ada dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh untuk mengubah minda


lama.Untuk itu,manusia memerlukan affir mative action jika tidak akhirnya manusia
akan mengalah.Selama ini kita sering berbincang tentang perlunya perubahan,tetapi tidak
dipastikan bagaimana caranya supaya berubah.
Akibatnya,manusia sering bermasalah walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai
masalah.
vi) Perbezaan matlamat dalam kehidupan.
Sebagai seorang individu manusia terikat dengan beberapa sistem dan subsistem yang
tertentu.Ini

termasuklah

sistem

kejiwaan,fizikal,kekeluargaan,pekejaan

dan

sebagainya.Tiap-tiap sistem ini mempengaruhi kesihatan dan tingkahlaku setiap


manusia.Sebarang kerosakkan ataupun gangguan dalam mana-mana sistem ini akan
menyebabkan gangguan tingkahlaku individu.Misalnya, seorang anak yang bercita-cita
untuk menjadi arkitek terpaksa melupakan hasratnya kerana ibu bapanya lebih suka dan
menggalakkan dia untuk menjadi seorang guru.Walaupun berat rasa hatinya untuk
melupakan cita-citanya itu namun demi harapan kedua ibu bapanya,akhirnya dia
menerima juga.Apabila timbulnya hal seperti ini,perbezaan matlamat tadi akan
menyebabkan konflik.Sudah pasti kesannya terbahagi kepada dua iaitu sama ada positif
ataupun negatif.Ini bergantung kepada diri manusia itu sendiri.
vii) Sikap terlalu mempercayai atau taksub terhadap sesuatu.
Semangat inkuiri yang ada dalam diri setiap manusia menyebabkan mereka sentiasa
mencari dan meneroka sumber-sumber tertentu bagi mencari jawapan tentang
ketidakpastian dalam hidupnya.Namun,dalam proses mencari itu manusia bisa tersilap
langkah sehingga terpengaruh dengan ideologi-ideologi songsang yang menjadikan
mereka terlalu taksub terhadap sesuatu sama ada dari aspek sosial,politik ataupun
agama.Sebagai contohnya,ajaran sesat.

5) MATLAMAT KAUNSELING.
i) Menolong klien menjadi lebih matang dan percaya dengan kebolehan sendiri.
Objektif kaunseling ialah untuk menyingkirkan perasaan-perasaan negatif yang ada
dalam diri klien yang melemahkan semangatnya,seperti anda tidak akan berjaya,anda
seorang yang lemah dan sebagainya.Hal ini kerana,perkara-perkara seperti ini akan
mengacau kejernihan dan ketenteraman jiwa seseorang itu,mematahkan segala kemahuan
dan membunuh segala keberanian untuk bertindak dan berusaha.Oleh itu,kaunseling
adalah proses mengeluarkan tenaga potensi yang telah sedia ada didalam diri klien.
ii) Membolehkan klien membina hidup yang kukuh dan sempurna.
Pembinaan diri yang sempurna hanya dapat dicapai apabila klien memahami diri dan
matlamt hidupnya.Melalui proses kaunseling kaunselor akan cuba membantu klien
membentuk pandangan yang membina maka dengan cara ini klien akan dapat mengatasi
kesukaran-kesukaran dalam hidupnya.Klien disuruh menganggap segala rintangan yang
mendatang itu sebagai satu cabaran yang mesti ditempuhi dengan jalan yang terbaik.
iii) Mengekal dan membentuk sikap optimis dalam diri klien.
Sikap positif dan berdaya maju adalah matlamat yang harus disemai dalam jiwa
klien.Suasana jiwa yang tidak tenteram mungkin akan menjadikan klien lebih gelisah dan
hidup tidak tentu haluan.Untuk mencapai kedamaian jiwa, seseorang haruslah tahu jalan
mana yang mesti mereka turuti dan lembah mana yang mesti mereka lewati.Oleh itu,di
sini kaunseling berperanan untuk mewujudkan sifat berpendirian teguh dalam diri klien
iaitu diri anda adalah anda sendiri.Ini menjadikan klien lebih realistik,objektif dan
persepsinya lebih luas tentang sesuatu.

iv) Menolong klien mengenalpasti apa matlamat hidupnya.


Teori Pemahaman Diri percaya bahawa, boleh dikatakan semua yang berkaitan dengan
hidup manusia mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.Semasa kaunselor membuat
interpretasi tentang cara hidup klien,diharapkan klien akan memahami perasaannya
dalam mewujudkan perhubungan lantas dapat melihat bagaimana untuk memperbaiki
hidupnya melalui penetapan matlamat yang dibuat.
v) Membolehkan klien mendapat celik akal.
Klien dikatakan mendapat celik akal apabila dia mempunyai keupayaan untuk
mengawal,mendefinisi dan menyelesaikan masalah.Dia juga konsisten dalam situasi
peranan yang dimainkan sehingga berupaya mengawal diri dan memberi tindakbalas
yang sesuai kepada kesamaran dan kekecewaan yang dihadapi dalam kehidupan.Oleh
itu,kaunselor akan menekankan kepada pembinaan keyakinan dalam diri klien.

6) PROSES KAUNSELING.
Memandangkan Teori Pemahaman Diri melihat sesuatu masalah yang berlaku itu secara
keseluruhan iaitu dari aspek kognitif,afektif dan psikomotor, maka penekanan proses
kaunseling adalah kepada faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi jiwa dan kehidupan
klien.Terdapat empat frasa yang perlu klien ikuti iaitu :
i) Membina hubungan.
Perhubungan

adalah

berasaskan

kepada

rasa

mengambil

berat,melibatkan

diri,menunjukkan minat untuk menolong serta menganggap klien sebagai kawan.Proses


teraputik perlu mempunyai penyelarasan tentang matlamat kaunseling antara kaunselor
dan klien.Ini penting supaya tidak berlaku penentangan dan ketidakstabilan.Pada tahap
ini kaunselor akan membina hubungan yang positif dengan mendengar,memberi

10

tindakbalas,menghormati keupayaan klien,tidak terburu-buru membuat tanggapan dan


andaian serta memberi harapan yang sewajarnya kepada klien.
ii) Meneroka masalah.
Perkara utama yang perlu diketahui oleh kaunslor adalah mengenai kepercayaan,perasaan
dan juga kebolehan klien.Hal ini kerana,elemen-elemen inilah yang mempengaruhi
pemikiran dan tingkahlaku klien.Kaunselor perlu menunjukkan kepada klien bahawa
mereka boleh berubah,menolongnya memahami bagaimana dan mengapa mereka
menjadi begitu.Antara bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya adalah: Apakah masalah
atau situasi?,apa yang anda telah buat? dan banyak lagi yang mana semuanya dapat
mencetuskan imaginasi dan membuka minda klien kepada permasalahannya.Model ini
memberi arah tuju kepada kaunselor dalam usaha membantu klien memahami dirinya.
iii) Menggalakkan pemahaman diri klien.
Apa yang dimaksudkan dengan celik akal ialah pemahaman tentang motivasi yang ada
didalam hidup klien.Di sini,kaunselor akan menekankan kepada kesedaran tentang
matlamat dan tujuan serta apa yang diinginkan oleh klien dalam hidupnya.Ini dapat di
ketahui melalui hobi,minat dan kesukaan klien terhadap sesuatu.Aktiviti-aktiviti ini akan
diperkembangkan bagi membina imej diri dan karekteristik klien.Semasa kaunselor
membuat interpretasi tentang gaya hidup klien,diharapkan klien akan memahami
perasaannya dalam mewujudkan perhubungan lantas dapat melihat apa peranannya dalam
kehidupan sama ada terhadap diri sendiri,keluarga ataupun masyarakat.
iv) Pelaksanaan.
Fasa akhir proses teraputik ialah pelaksanaan kepada tindakan, iaitu dengan
menggalakkan klien mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam sesi kaunseling
kepada realiti kehidupan yang sebenar.Klien digalakkan mencuba tingkahlaku

11

baru,mengambil tanggungjawab untuk hidupnya dan membuat keputusan sendiri, yang


membolehkannya mencapai matlamat dan tujuan hidup.
Ini semua dapat dilakukan dengan cara mewujudkan perhubungan dengan orang
lain melalui komunikasi,semangat bekerjasama,hormat-menghormati dan membina
kasih-sayang.Ini penting kerana melalui perhubungan yang diwujudkan, klien akan
belajar bagaimana untuk mengubah dirinya sesuai dengan persekitaran dan kebolehan
yang dimiliki.

7) TEKNIK DAN STRATEGI.


i) Teknik nomatik.
Merupakan satu pendekatan psikologis yang digunakan untuk memahami tabiat atau
sifat-sifat dasar yang dimiliki oleh seseorang manusia dengan cara menetapkan ketentuan
umum dari hubungan antara sikap dan kondisi-kondisi yang dianggap sebagai penyebab
terjadinya sikap tersebut.Sedangkan sikap yang dilihat sebagai kcenderungan sikap
umum itu dinilai sebagai gabungan sikap yang terbentuk dari sikap-sikap individu yang
ada didalamnya.Pendekatan ini digunakan untuk mempelajari perbezaan antara
manusia.Dalam penerapannya, teknik ini mengungkapkan bahawa pada diri manusia
terdapat satu lapisan dasar dalam struktur keperibadian manusia sebagai sifat yang
merupakan ciri umum keperibadian manusia.Sebenarnya individu mempunyai sifat dasar
yang secara umum sama,perbezaan masing-masing hanya dalam darjat atau tingkatan
sahaja.Di sini ,pengukuran yang dibuat adalah dari segi sifat kejujuran,ketekunan dan
pasrah klien terhadap sesuatu perkara yang terjadi.

ii) Teknik tafakur.


Di anggap sebagai penyuluh diri ke arah mengenal Pencipta dan ciptaanNya.Kesanggupan berfikir dalam erti kata yang luas dan sedalam-dalamnya membawa

12

pengertian pemusatan segala perhatian kepada sesuatu dengan menghitung setiap likunya
dan mengambilkira segala tindak tanduk yang mungkin baginya.
Mengambil

ibarat

daripada

sesuatu

teladan

itu

akan

menambahkan

ilmu

pengrtahuan,mengingat-ingatkan sesuatu perkara yang menambahkan kecintaan dan


berfikir-fikir tentang sesuatu masalah akan memberikan akal terhadapnya.Jelaslah teras
fikiran ialah ilmu pengetahuan,iaitu untuk mencungkil makrifat yang tidak biasa
dihasilkan melainkan dengan berfikir.Apabila hati telah berupaya mencapai sesuatu
pengetahuan,nescaya keadaannya akan berubah.Apabila keadaan hati telah berubah,maka
segala anggota badan juga akan turut sama berubah.Kalau begitu pemikiran adalah pokok
atau kunci kepada seluruh kebajikan kerana dialah yang telah memindahkan sesuatu yang
dibenci

kepada

sesuatu

yang

digemari.Ini

biasanya

melibatkan

hobi

dan

kegemaran.Teknik tafakur mengkehendaki klien untuk meninjau ke dalam dan meneroka


serta menjelajahi fikiran dan tingkahlakunya.Latihan sebegini dapat mempertingkatkan
kesedaran kendiri klien dan mendukungnya ke arah penyempurnaan kendiri.
iii) Teknik gabungan.
Teknik ini memberi penekanan kepada peristiwa,perasaan dan krisis yang dialami oleh
klien pada masa kini.Perkara yang dipentingkan ialah masalah realiti sekarang dan
keadaan sosial yang dihadapi oleh klien.Tujuannya adalah untuk membanteras
kemudaratan

dan

menempatkan

semula

klien

kepada

tahap

kefungsian

asal.Maknanya,kaunseling bertujuan untuk membolehkan klien tersebut menjalankan


tugas hariannya seperti biasa.Selain itu,teknik ini juga dapat membantu klien menyusun
semula hidupnya setelah memahami serba sedikit tentang dirinya dalam semua
aspek.Kekuatannya dalam mengendalikan kehidupan lebih di utamakan daripada
kelemahannya.Melalui kaunseling,klien boleh diberi keupayaan berdaya tindak untuk
mengendalikan krisis hidupnya pada masa hadapan setelah dia memahami dirinya iaitu
tentang apa fungsinya,bagaimanakah dia harus memainkan peranan serta apa kesan
tindakannya sama ada pada dirinya,masyarakat ataupun negara.Di sini, apa yang di
utamakan adalah untuk memberi penerangan tentang perasaan,pemikiran dan tingkahlaku
klien.

13

iv) Teknik Tanya-jawab.


Melalui teknik ini,soalan terbuka/tertutup akan disusun secara berturutan mengikut aliran
fikiran semulajadi yang berlaku apabila klien cuba mengatasi masalah dengan
sistematik.Lebih spesifik soalan-soalan yang akan di tanya adalah seperti :
Apa masalah atau situasi ?
Apa yang telah anda cuba buat ?
Apa lagi yang boleh anda lakukan ?
Apa langkah anda seterusnya ?
Soalan-soalan sebegini dapat mencetuskan imaginasi klien dan membimbingnya dalam
memikirkan arah masalah tersebut.Tambahan lagi, kaunselor mempunyai kuasa untuk
mencetuskan setiap soalan apabila sesuai supaya klien bergerak menjelajah bahagian
yang lain.Keputusan untuk mencetuskan sesuatu soalan adalah bergantung kepada sifat
masalah itu,kedalaman emosi klien,kerelevenan perasaan dan tingkahlaku yang dijelajah
dalam setiap soalan serta jangka masa proses kaunseling. Model ini memberi arah tuju
kepada kaunselor untuk membantu klien memahami dirinya melalui pertanyaan
soalan.Hal ini kerana,melalui teknik ini kaunselor boleh bertanya lebih banyak soalan
yang akan dapat membantu klien berkongsi lebih banyak maklumat tentang dirinya.

8) PERANAN KAUNSELOR.
Bagi membantu klien menyelesaikan masalahnya,kaunselor akan mengfokuskan kepada
usaha yang bersifat sistematik untuk mendapatkan maklumat tentang situasi yang
menyebabkan masalah klien,dimensi dan kesan ke atas fungsi klien sama ada terhadap
dirinya,keluarga ,masyarakat dan juga negara.Sebagai contoh,seorang klien yang datng
untuk mendapatkan pertolongan kerana tidak tahu dan pasti tentang apa yang di
inginkannya dalam hidup.
Di sini,kaunselor akan fokuskan kepada kekuatan dan potensi yang ada pada klien
yang mana boleh mengarah kepada kejayaan.Dalam usaha kaunselor untuk membantu
klien memahami dirinya sama ada kelebihan atau kelemahan yang dimiliki,pelbagai

14

persoalan akan ditimbulkan untuk dijawab oleh klien.Kaunselor akan cuba membantu
klien meneroka dirinya supaya segala kelebihan atau kekuatan yang tersembunyi dalam
diri klien dapat dikeluarkan dan ditonjolkan bagi mengimbangi atau sekaligus menutup
segala kelemahan yang ada padanya.
Selain itu,kaunselor juga berperanan dalam menolong klien membina system nilai
baru dalam dirinya supaya sesuai dengan cara hidupnya dan kewujudannya sebagai
manusia di dunia ini.Hal ini kerana,klien mungkin telah mengenepikan nilai-nilai asal
yang telah diberikan kepada mereka sejak kecil lagi sehingga mereka mengalami
kekosongan nilai.
Apa yang penting sekali ialah kaunselor perlu menyokong klien dalam mencabar
kebimbangan dan perasan takut yang terdapat dalam dirinya yang selama ini ia berusaha
untuk mengelak menghadapinya.Sememangnya perasaan takut itu adalah bersifat
semulajadi dan kadangkala ianya perlu dalam menghadapi sesuatu keadaan.Kaunselor
akan mencabar klien dengan soalan-soalan yang boleh membuka minda klien tentang
permasalahan yang dihadapinya.
Malahan, kaunselor juga perlu memberi galakan kepada klien untuk berubah.Di
sini,galakan bermaksud pembinaan keberanian dan juga peneguhan dalam diri
klien.Ianya terbina apabila klien menyedari bahawa dia masih mempunyai peluang dan
harapan untuk berubah dan seterusnya melihat kemungkinan-kemungkinan baru yang
boleh dicapai dalm hidupnya.

9) PERANAN KLIEN.
Klien perlu bermotivasi dalam usaha memahami dirinya dan bersedia untuk memberikan
sepenuh kepercayaan dan kerjasama kepada kaunselor semasa menjalankan proses
teraputik supaya dapat dipraktikkan didalam kehidupan seharian.Jika tidak,peluang
proses kaunseling untuk berjaya adalah tipis.Klien digalakkan untuk beresolusi bagi
tujuan meluaskan pemikiran,pengetahuan,pengalaman dan minatnya.Melaluinya, klien
secara tidak langsung akan memahami dirinya sama ada dari aspek kognitif,psikomotor
dan sebagainya.

15

Oleh itu,klien perlu belajar bagaimana untuk mewujudkan perhubungan dengan


orang lain.Ini kerana,untuk memahami dirinya klien perlu memahami orang lain dan
persekitarannya terlebih dulu.Perasaan empati,kasih-sayang dan hormat-menghormati
perlulah dipupuk dalam diri klien sama ada melalui komunikasi,pemerhatian mahupun
proses pembelajaran.Perhubungan yang dijalinkan ini dapat membantu klien sedar
apakah fungsinya dalam kehidupan.
Di samping itu,klien juga perlu sedar tentang penglibatannya didalam proses
teraputik.Mereka

perlu

bersedia

untuk

membuat

perubahan

dan

seterusnya

mengimplementasikan apa yang telah di pelajari dalam sesi kaunseling kepada realiti
kehidupan yang sebenar.

10) PANDANGAN KESELURUHAN.


Secara keseluruhannya,Teori Pemahaman Diri melihat musuh utama manusia dalam
usaha untuk memahami dirinya adalah dirinya sendiri yang mana sentiasa bersikap keluhkesah,tidak mahu maju,malas,ragu-ragu,kurang pecaya kepada kebolehan diri serta takut
dengan

baying-bayang

sendiri.Perasaan-perasaan

negative

inilah

yang

akan

melumpuhkan tenaga berfikir serta melemahkan segala daya usaha untuk mencapai
kejayaan dan kemajuan dalam kehidupan,bukan sahaja pada masakini bahkan untuk masa
depan.
Teori Pemahaman Diri mengandaikan bahawa manusia yang tidak merasa cukup
pasti dengan identitinya sendiri juga bisa menetapkan tujuan-tujuan secara jelas,baik
yang berkenaan dengan pekerjaan,keluarga,percintaan mahupun persahabatan.Akan tetapi
mereka seringkali tidak mampu memilih kaedah yang sesuai untuk mencapai
matlamat.Mereka terlalu khuatir sehingga semakin jauh daripada apa yang hendak
dicapai.Dengan demikian,identiti yang lemah mendorong orang yang bersangkutan untuk
menggunakan metode-metode tertentu yang ternyata berlawanan dengan nilai dan
kepercayaan yang dianuti.
Penggunaan teori ini dalam proses kaunseling diharapkan dapat membantu
kaunselor dank lien untuk menentukan arah dan focus dalam menjalankan kerja mereka.

16

BIBLIOGAFI

Aminah Hj.Hashim. (1994). Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia : DBP.


Selangor,Darul Ehsan.
Drs.H.Burhanuddin Salam. (1998). Logika Formal:Filasat Berfikir . PT Bina
Aksara,Indonesia.
Harvey Kayne. (1997). Mengambil Keputusan Penuh Percaya Diri :. Mira
Utama & Simon &Schuster (Asia) Bte.Ltd.
Leslie Stevenson & David L.Haberman. (2001). Hakikat Manusia . PT Bina
Aksara,Indonesia.
Puan Amana Hj.Noor. (1997). Remaja:Mengenal Diri . Darul NuMan.
Masjid India,Kuala Lumpur.
Sabariah Siron. (2005). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Practce Hall Pearson
Malaysia Sdn.Bhd.Petaling Jaya,Selangor.

17