Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang
kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:
Fonetik
Fonologi
Fenomena bunyi atau pertuturan manusia Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
seluruhnya.
dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
Input kepada kajian linguistik tinggi,
Asas kepada kajian fonologi.
iaitu morfologi dan sintaksis.
Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang Dapat merumuskan, menghuraikan dan
dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menjelaskan segala bentuk bunyi
menghalusi segala variasi bunyi tersebut dalam sesuatu bahasa secara teliti dan
dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi terperinci
dengan
tujuan
untuk
semua bahasa yang dituturkan oleh menentukan peraturan dan bentuk
manusia dengan sempurna.
bunyi secara spesifik.
(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)
cabang Fonetik
1 Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga
melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan
oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak,
dan sebagainya.
2 Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat
diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang
diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
3 Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang
paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat
mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi,

iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya
peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai