Aerobik membawa maksud 'dengan oksigen' manakala senaman aerobik ini boleh didefinisikan
sebagai jangka masa panjang melakukan rutin senaman yang bermula dari impak rendah,
sederhana hingga maksima sebelum disudahi dengan irama perlahan kembali. Keseluruhan rutin
senaman ini melibatkan penggunaan keseluruhan otot tubuh seperti kaki, tangan, belakang tubuh
dan peha dalam dan luar. Maksud jangka masa panjang dalam bidang aerobik ini adalah apabila
mencapai tempoh impak tinggi itu, cuba kekalkan untuk tempoh 20 minit atau lebih lama lagi.
Inilah yang dikatakan melakukan gerakan dan mengekalkan sasaran degup jantung.
Senaman aerobik ini mula diperkenalkan pada tahun 1970 di mana pengasasnya Dr. Kenneth H.
Cooper mereka gerak senam ini bertujuan untuk memperbaiki tahap fizikal individu serta
memperbaiki fungsi sistem kardiovaskular. Matlamat setiap gerakan di dalam aerobik adalah
untuk membantu tubuh menyerap dan mengangkut oksigen ke segenap tubuh dengan lebih
berkesan. Ada pelbagai jenis senaman berbentuk aerobik ini dan tempoh waktu bagi setiap
kategori juga berbeza. Dr. Cooper yang juga bekas Leftenan Kolonel Tentera Udara Amerika
Syarikat ini telah menulis 18 buah buku tentang manfaat dan teknik aerobik yang sesuai malah
telah dikenali sebagai 'Bapa Aerobik' di kalangan penggiat kecergasan seluruh dunia.
Apa Kelebihan Aerobik?
Aerobik boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dan maksima lima kali seminggu. Daya
intensiti dalam aerobik adalah mengikut keupayaan tubuh. Latihan senaman aerobik
mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan
- Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar.
- Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
- Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :