Anda di halaman 1dari 2

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit
pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai
masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang
tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita
hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih
besar daripada apa yang anda sangkakan.

1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.


2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang
manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu
memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang
negatif.
6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada
lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,
bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang
kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.

Anda mungkin juga menyukai