Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN C

(25 MARKAH)
(Masa dicadangkan : 35 minit)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu salan sahaja. Panjang jawapan
kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang berkelah bersama-sama keluarga
di sebuah lokasi perkelahan yang menarik.
Tulis pengalaman tersebut.

ATAU
Soalan 2
Abang kamu adalah seorang yang amat mengambil berat akan perkembangan kamu
walaupun dia di perantuan. Dalam suratnya, abang kamu ada bertanyakan persediaan
kamu menghadapi UPSR yang bakal tiba.
Balas abang kamu dan ceritakan persediaan-persediaan kamu untuk menduduki
peperiksaan UPSR.

SKEMA JAWAPAN

Soalan 1
Pendahuluan

Cuti persekolahan
Berkelah di tepi pantai/sungai/air terjun/jeram dll
(mana-mana tempat menarik)

Isi-isi

Menyiapkan bekalan dan peralatan


Perjalanan memandu berhati-hati
Mencari tempat yang sesuai
Mengangkat dan menyusun barang
Aktiviti di air/ tepi pantai/ sungai/ air terjun/ jeram dll
Contoh: mengutip kulit siput/ membina istana pasir/ main bola / mandi/
berenang/ berkayak/ mengambil gambar dll
Berehat sambil menikmati juadah/ bekalan yang dibawa/ membeli daripada
penjual / gerai
Berehat sambil menikmati keindahan
Bersiap untuk pulang

Penutup

Perasaan dan harapan

Soalan 2
Pendahuluan

Bertanya khabar

Isi-isi

Menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan dengan format baru

Membuat jadual belajar sendiri di rumah


Mengulang kaji mengikut jadual yang dibuat
Mengikuti kelas tambahan di sekolah
Mengikuti kelas tuisyen
Menghadiri seminar atau motivasi anjuran sekolah
Belajar secara kumpulan
Membuat latih tubi menjawab soalan
Sentias bertanyakan guru, rakan dan ibu bapa
Sering ke perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk membuat
rujukan dan belajar
Merujuk buku untuk mendapatkan maklumat
Melayari internet untuk mendapatkn maklumat tambahan
Bertukar-tukar soalan dengan rakan dari negeri-negeri lain untuk pengukuhan
Beriadah dan bersukan untuk menjamin kesihatan
Mengambil makanan seimbang dan berkhasiat
Menyediakan kelengkapan dan peralatan secukupnya untuk menghadapi
peperiksaan
Sentiasa berdoa

Penutup

Ucapan terima kasih


harap didoakan semoga beroleh kejayaan
tandatangan

Anda mungkin juga menyukai