Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN A

1.0

Bagaimana Penulis Menjelaskan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti?

Seperti yang telah diterangkan oleh penulis dalam artikel yang dikajikan ini, dapatan
kajian yang telah diperolehi telah menunjukkan bahawa penulis artikel berpendapat
bahawa pengurusan yang relevan dengan pendidikan etika, moral dan juga integriti
sebenar memainkan peranan yang cukup penting untuk sesuatu organisasi. Ini adalah
kerana beliau berpendapat bahawa etika, moral dan integriti dapat mempengaruhi minda
atau pemikiran, sikap, tingkah laku serta tindakan anggota organisasi ke arah
menghasilkan modal insan yang dikatakan berkualiti, menghasilkan output yang
berkualiti serta mengelakkan daripada berlakunya kelakuan yang menyimpang ataupun
percanggahan kepentingan awam. Dalam perkataan yang lain, pengurusan dan
pendidikan dalam aspek etika, moral dan integriti adalah memainkan peranan yang cukup
penting untuk mengekalkan imej, kreativiti, dan juga reputasi organisasi pentadbiran
awam secara keseluruhannya.
Selain daripada itu, penulis artikel ini juga berpendapat bahawa tujuan utama seluruh
proses pendidikan yang melibatkan komponen etika, moral dan juga integriti adalah
memainkan peranan yang cukup penting dan kritikal untuk meminimumkan tingkah laku
kakitangan organisasi yang tidak beretika serta kelakuan yang menyimpang di mana
wujud dalam sesebuah organisasi tersebut. Dalam pada itu, beliau juga berpendapat
bahawa pendidikan etika, moral dan juga integriti akan memainkan peranan yang cukup
penting untuk membantu seseorang anggota organisasi ke arah kematangan dalam aspek
moral dan juga supaya pembangunan kognitif moral anggota organisasi ke arah apa
yang betul dalam pekerjaan serta tanggungjawab mereka. Akhirnya, penerangan yang
telah dikemukakan oleh penulis artikel yang dikajikan ini juga menunjukkan bahawa
pendidikan etika, moral dan juga integriti ini boleh mempertingkatkan tahap kefahaman
seseorang kakitangan syarikat dalam aspek kepentingan etika, moral dan integriti serta
kompleksitinya terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan tahap akauntibiliti mereka
dalam pekerjaan masing masing.

2.0 Dapatan Kajian


Pada asasnya, semua dapatan kajian yang dibincangkan dalam artikel yang dikajikan ini
boleh dibahagikan kepada dua aspek yang utama, iaitu pembangunan kerja pendidikan
etika, moral dan juga integriti, dan juga perlaksanaan pendidikan etika, moral dan
integriti serta prestasi dalam negara Malaysia. Semua dapatan kajian ini akan
dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian ini.
Pembangunan Rangka Kerja Pendidikan Etika, Moral dan Integriti
Untuk bahagian pertama yang akan dibincangkan dalam bahagian kertas kajian ini,
dapatan kajian telah menunjukkan bahawa usaha perancangan strategik pendidikan etika,
moral dan integriti boleh didefinisikan sebagai suatu pelan yang sangat komprehensif dan
sistematik untuk mempermudahkan seluruh proses pengurusan organisasi. Ia akan
menggunakan pendekatan dan juga strategi yang sesuai untuk mencapaikan matlamat
organisasi yang telah ditetapkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga
membuktikan bahawa kebanyakan agensi kerajaan tidak dapat merancangkan suatu pelan
operasi yang berkesan dalam aspek pendidikan etika, moral dan integriti untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Sesungguhnya, kegagalan untuk merancangkan suatu set
perancangan yang strategik dalam aspek pendidikan etika, moral dan integriti juga telah
menyebabkan agensi kerajan tidak dapat melaksanakan pelbagai program yang relevan
dengan pembangunan etika, moral dan integriti.
Dalam pada itu, dapatan kajian yang dibincangkan dalam kertas kajian ini juga
menunjukkan bahawa kebanyakan agensi kerajaan kekurangan matlamat serta objektif
yang jelas tentang pendidikan etika, moral dan integriti semasa melakukan penetapan
matlamat pendidikan etika, moral dan integriti. Semua ini akan menyebabkan usaha dan
langkah yang diambil untuk ke arah pembangunan etika, moral serta integriti anggota
organisasi menjadik kurang diberikan tumpuan dan penekanana oleh pihak pengurusan
dalam sektor awam ataupun agensi kerajaan ini. Dalam pada itu, perbincangan yang
dilakukan dalam kertas kajian ini juga menunjukkan bahawa walaupun agensi agensi

kerajaan mempunyai pelan latihan jangka pendek tetapi khusus khusus yang
dirancangkan lebih memberikan tumpuan dan perhatian terhadap kursus berbentuk
pembangunan yang meliputi kemahiran teras, kemahiran teknikal dan juga kemahiran
fungsional. Semua ini secara langsung akan menyebabkan kebanyakan anggota dan
kakitangan agensi kerajaan tidak mementingkan etika, moral dan juga integriti.
Sesungguhnya, penerangan yang telah diberikan oleh penulis artikel telah menunjukkan
bahawa kebanyakan agensi kerajaan telah memiliki sebarang garis panduan ataupun
blueprint yang terperinci yang menerangkan usaha untuk menguruskan pendidikan
etika, moral dan juga integriti. Maka,ia jelas telah menyebabkan seluruh usaha untuk
membangunkan dan memantapkan etika, moral dan juga integriti anggota organisasi
kurang memberikan penekanan terhadap pengurus pengurus organisasi sektor awam.
Akhirnya, penulis artikel juga berpendapat bahawa kebanyakan pengurus tidak
mempunyai latihan yang mencukupi tentang aspek pengurusan etika, moral dan integriti.
Pelaksanaan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dan Prestasinya
Secara lazimnya, penerangan dalam kertas kajian ini telah menunjukkan bahawa
pengurus yang berada di tahap bahagian, cawangan dan unit tidak memainkan peranan
yang sewajarnya dalam mempromosikan mengenai kepentingan etika, dan integriti
perkhidmatan awam. Pada asasnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa falsafah
yang relevan dengan pengurusan pengurusan atasan agensi selalunya tidak diterangkan
dengan baik oleh kepada semua kakitangan dalam agensi kerajaan. Sememangnya tidak
boleh dinafikan bahawa dapatan kajian yang diperolehi juga menunjukkan bahawa
konsep kepimpinan melalui teladan tidak dipratikkan sepenuhnya sebagaimana yang
diwar warkan oleh pengurusan atasan agensi. Maka, semua ini telah menyebabkan
kebanyakan pihak pengurusan dan juga kakitangan agensi kerajaan tidak dapat
melaksanakan pendidikan etika, moral dan juga integriti dengan baik dan juga berkesan.
Oleh yang demikian, ia merupakan kelemahan yang perlulah diperbaiki dalam masa
hadapan.
3.0

Masalah Berkenaan Pengurusan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti

Secara lazimnya, perbincangan untuk bahagian kertas kajian ini akan memberikan fokus
terhadap semua masalah yang telah didapati dan dibincangkan dalam kertas kajian ini
yang mana berkaitan dengan pengurusan pendidikan etika, moral dan juga integriti dalam
sektor awam. Antara masalah yang dimaksudkan adalah seperti yang telah disenaraikan
dan dibincangkan berikut:

Untuk masalah yang pertama, ketidakwujudan suatu garis panduan yang jelas
yang relevan dengan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti untuk
dijadikan rujukan atau panduan kepada pengurus-pengurus khususnya berkenaan
pendekatan dan strategi yang boleh digunakan bagi mempengaruhi minda atau
pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ia akan memberikan kesan terhadap
seluruh proses pengurusan dan pendidikan etika, moral dan integriti di sektor
awam adalah tidak dalam keadaan yang sistematik dan terancang.

Masalah kedua yang dibincangkan dalam kertas kajian adalah masalah rangka
kerja pematuhan (peraturan dan perundangan) dan rangka kerja normatif (nilainilai teras) yang tidak disalurkan kepada semua pengurus organisasi untuk
dijadikan rujukan dan panduan. Sesungguhnya, masalah ini juga sangat serious
dan seharusnya diberikan perhatian dan tumpuan oleh kerajaan.

Masalah ketiga adalah merujuk kepada pengetahuan yang rendah di kalangan


pengurus-pengurus tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti
menyebabkan pengurus tidak berupaya menggubal rangka kerja, pelan operasi
dan modul pendidikan etika, moral dan integriti. Sesungguhnya, dapatan kajian
juga jelas menunjukkan bahawa kebanyakan pengurus adalah gagal untuk
mengaplikasikan pelbagai teknik pendidikan etika, moral dan integriti kerana
pengurus kurang mahir dengan teknik yang boleh digunakan minda atau
pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi.

Masalah yang keempat adalah merujuk kepada perlibatan persaingan yang sengit
dengan kursus-kursus lain seperti kursus berbentuk teras, kursus berbentuk
teknikal dan kursus berbentuk fungsional yang dianjurkan oleh agensi
menyebabkan kursus berkenaan etika, moral dan integriti kurang diberi perhatian
oleh pihak agensi. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa peruntukkan
buget yang terhad juga merupakan antara masalah yang utama untuk
mengehadkan pelaksanaan program atau aktiviti pendidikan etika, moral dan
integriti.

Akhirnya, penulis artikel ini juga menerangkan bahawa program atau aktiviti
pendidikan etika, moral dan integriti yang dianjurkan oleh agensi kurang
mendapat sambutan daripada anggota organisasi (sebagai contohnya program
ceramah nilai-nilai murni kebiasaannya dihadiri oleh anggota yang sama bagi sesi
ceramah yang dianjurkan oleh pihak agensi).

4.0 Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Pengajaran Moral di Sekolah


Pada asasnya, dapatan kajian yang diperolehi ini telah memberikan pelbagai kesan dan
juga implikasi yang berlainan terhadap pengajaran moral di sesebuah sekolah
terutamanya sekolah rendah. Untuk ini, semua implikasi yang terlibat dalam pengajaran
moral di sekolah akan dibincangkan secara sistematik dalam kertas kajian ini. Sebagai
contoh, dapatan kajain yang diperolehi ini akan menyebabkan kebanyakan guru yang
sedang mengajar Pendidikan Moral di sekolah lebih menekankan pengajaran dalam aspek
etika, moral dan juga integriti. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa guru guru
yang sedang mengajar mata pelajaran Pendidikan moral akan mula menyerapkan
pelbagai jenis nilai nilai murni seperti bersopan santun, rajin, beramah mesra dan juga
baik hati dalam pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk menwujudkan seseorang
individu yang boleh memegang kepada prinsip etika, moral dan juga integriti apabila
beliau bekerja di masa hadapan.
Selain daripada itu, dapatan kajian yang diperolehi juga akan menyebabkan guru mata
pelajaran Pendidikan moral memberikan fokus dan penekanan terhadap tanggungjawab
seseorang individu terhadap pekerjaan mereka di masa hadapan. Dalam perkataan yang
lain, guru akan mengajar dan mendidik murid- murid supaya menjadikan sebagai seorang
individu ataupun kakitangan organisasi yang bertanggungjawab di masa hadapan. Oleh
yang demikian, kita boleh menyimpulkan bahawa dapatan kajian ini telah memberikan
impak yang begitu jelas dan mendalam kepada seluruh proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di masa hadapan.

BAHAGIAN B
Pada asasnya, etika merupakan suatu aspek yang begitu penting serta mustahak dalam
kehidupan manusia. Ini adalah kerana ia akan memastikan seseorang manusia
menjalankan kehidupan harian dengan sistematik serta mengikut norma masyarakat yang
telah ditetapkan. Dalam negara Malaysia, kita tidak boleh menafikan bahawa wujudnya
pelbagai unsur universal dalam etika keagamaan di dalam negara Malaysia. Oleh yang
demikian, suatu kajian yang sistematik akan dilaksanakan terhadap unsur unsur
universal yang relevan dalam etika keagaman dalam negara Malaysia. Semua dapatan
kajian yang diperolehi akan dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian
ini. Contoh yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan dalam
kertas kajian ini.
Seperti yang telah diterangkan oleh James P. Ongkili (1985), etika keagamaan dalam
negara Malaysia adalah bersifat universal berikutan kesesuaian etika keagamaan ini untuk
digunakan dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berlainan. Sebagai contoh,
prinsip etika keagamaan ini boleh diaplikasikan dalam bidang sains dan perubatan.
Penekanan etika amatlah ketara dalam bidang perubatan dan juga sains di mana semua
perubatan dan teknologi sains yang diciptakan mestilah digunakan untuk tujuan yang
baik dan mulia. Contohnya, ajaran dalam agama Islam, Hindu dan Buddha juga
menekankan bahawa seseorang cekiawan ataupun ahli Sains juga mestilah memiliki etika
yang tinggi dan mulia dalam usaha untuk mengkaji sesuatu ilmu pengetahuan serta
kemahiran yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan kehidupan dan juga kualiti
kehidupan masyarakat sejagat dan bukan hanya semata mata untuk tujuan keuntungan
sahaja. Ia adalah sangat penting untuk memperbaiki tahap kebahagiaan dan juga
kesejahteraan kehidupan untuk ahli ahli masyarakat sejagat dan sesebuah negara
tersebut. Contoh yang kedua ialah seorang doktor seharusnya mempunyai etika dan moral
untuk melakukan yang terbaik dalam usaha menyembuhkan seseorang pesakit.
Keuntungan seharusnya diketepikan dalam kes ini. Maka, bayaran yang dikenakan
seharusnya rasional dan mampu ditanggung oleh pesakit ataupun ahli keluarga pesakit
tersebut.

Pada masa yang sama, ajaran dalam agama Islam, Buddhist dan Hindu dalam negara
Malaysia juga mengatakan bahawa istilah amanah, jujur, dan berhemat merupakan sifat
yang begitu penting dalam bidang perniagaan dan perdagangan hari ini. Ini adalah kerana
masyarakat memerlukan peniaga yang bertanggungjawab, beramanah dan juga beretika
supaya hak pengguna tidak diekspoitasikan dan terabai dalam masyarakat pada hari ini.
Maka, etika, moral dan integriti juga sesuai digunakan dalam konsep perniagaan dan
usahawan dalam masyarakat pada hari ini.
Secara lazimnya, ajaran keagamaan di Malaysia telah menekankan bahawa etika yang
baik merupakan suatu komponen yang begitu penting dalam perniagaan dan
perdagangan. Kenyataan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Jack Parkinson et.al.
(1991) dan beliau juga berpendapat bahawa seseorang peniaga yang dikatakan jujur dan
menuruti ajaran agama tidak akan menipu pelanggan mereka. Contohnya, mereka akna
menerangkan semua kebaikan dan keburukan untuk sesuatu produk yang dijualkan secara
jujur kepada pelanggan. Semua ini adalah sangat penting untuk menjaminkan
keselamatan seseorang pelanggan semasa menggunakan sesuatu produk tertentu.
Pada asasnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Auni Abdullah (1991) telah
membuktikan bahawa sebuah perniagaan mengikut ajaran dan etika keagamaan bukan
hanya mahu keuntungan semata-mata. Dalam perkataan yang lain, aktiviti berniaga
adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan
manusia. Dari asas kefahaman itulah, usahawan atau peniaga yang beretika lebih
mementingkan kesenangan orang lain. Keuntungan tidak seharusnya dipentingkan dan
menjadikan tumpuan utama bagi seseorang usahawan tersebut.
Selain daripada itu, kewujudan etika menurut ajaran agama dalam perniagaan dan
perdagangan juga akan memastikan semua personal yang terlibat dalam perdagangan ini
akan mematuhi segala kod etika dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,
mereka akan menjualkan item dan produk yang halal kepada umat Islam dalam
masyarakat tempatan.

Dalam pada itu, peniaga yang beretika seperti dalam ajaran agama merupakan komponen
yang begitu penting untuk menwujudkan suasana perniagaan dan perdagangan yang
bersih dan adil di dalam negara ini. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa hanya
peniaga yang beretika akan menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan cara yang
halal, betul, adil dan juga tidak menyelewengkan. Dengan itu, ia akan menwujudkan
suatu suasana persaingan yang sihat di kalangan perniaga dalam sesebuah masyarakat.
Persaingan yang sihat ini akan memastikan semua perniaga akan berusaha untuk
meningkatkan kualiti dan produktiviti diri sendiri. Dengan itu, ia akan mempertingkatkan
produktiviti dan daya saingan entiti perniagaan dalam negara ini.
Seperti yang telah diterangkan dan ditekankan oleh Mohd. Yusof Hassan (2000),
Malaysia adalah sebuah masyarakat yang majmuk di mana terdiri dariapda pelbagai
bangsa dan juga kaum yang berlainan. Sejajar dengan itu, beliau juga berpendapat
bahawa ia adalah sangat penting untuk semua ahli masyarakat mempunyai etika, dan
moral yang baik untuk mengekalkan hubungan etnik yang baik serta membina dalam
masyarakat yang majmuk ini. Sesungguhnya, ia bukanlah sesuatu tugasan yang mudah
dan beliau percayai bahawa pegangan terhadap agama dan juga prinsip moral serta etika
merupakan kekunci yang begitu penting untuk mengekalkan hubungan etnik yang
harmoni dalam masyarakat yang majmuk ini.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa etika keagamaan merupakan suatu
pemangkin yang begitu penting untuk memelihara dan memulihara semangat
permuafakatan dan perpaduan di kalangan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan bangsa yang berlainan. Contohnya, semangat bertolak ansur, bekerjasama dan
sebagainya merupakan contoh yang terbaik bagaimana nilai murni (etika) ini
mempertingkatkan hubungan silaturrahim di antara ahli masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan kaum yang berlainan. Dengan itu, ia secara langsung dapat
meningkatkan tahap permuafakatan di antara rakyat Malaysia.

Akhirnya, penerangan yang telah dikemukakan oleh Max weber (1997) juga
menunjukkan bahawa nilai murni serta etika yang baik adalah aset dan harta yang sangat
kritikal dan penting untuk mewujudkan sesebuah masyarakat yang aman, damai dan
harmoni. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa hli masyarakat yang beretika tidak
akan melakukan sesuatu tindakan ataupun perkara yang akan merosakkan keharmonian
dan keamanan sesebuah masyarakat tersebut. Malah, mereka akan bertimbang rasa dan
cuba sedaya upaya untuk memelihara keharmonian dan juga keamanan masyarakat
tersebut. Maka, semua ahli masyarakat dalam Malaysia seharusnya mengamalkan sikap
yang mulia serta mempunyai etika, moral dan juga integriti yang baik terutamanya dalam
organisasi ataupun syarikat.

BAHAGIAN C
Pada asasnya, agama ataupun kepercayaan memainkan peranan yang cukup penting
untuk menwujudkan suatu masyarakat yang dikatakan aman, damai dan juga harmoni.
Dalam pada itu, masyarakat dalam negara Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang
majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang berlainan. Sesungguhnya,
kewujudan pelbagai kaum yang berlainan adalah merupakan suatu cabaran yang begitu
besar untuk sesebuah negara mengekalkan keharmonian masyarakat tempatan. Walau
bagaimanapun, kewujudan kepercayaan agama yang berlainan merupakan antara faktor
yang begitu penting dalam menwujudkan kehoarmonian masyarakat. Antara agama yang
penting dalam masyarakat majmuk dalam negara Malaysia adalah Buddhism dan
Hinduisme. Untuk tujuan perbincangan kertas kajian ini, dua agama yang utama iaitu
agama Buddhism dan Hinduism telah dibincangkan secara terperinci dan perbezaan di
antara kedua dua agama ini turut akan dibincangkan dengan sistematik dalam bahagian
kertas kajian ini. Contoh yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan
perbincangan dalam kertas kajian ini.

Ajaran Agama Buddhism


Seperti yang telah diterangkan dan ditekankan oleh Max weber (1997), ajaran Buddha
akan dibahagikan kepada lima aspek yang utama. Kelima lima aspek ini akan
dibincangkan seperti yang berikut:

Jalan pertengahan
o Untuk jalan pertengahan ini, ia adalah sesuatu etika yang mana
menasihatkan orang ramai menjauhi tindakan yang ekstrem baik dari segi
kepuasan ataupun penderitaan.

Kesedaran
o Untuk kesedaran pula, ia merujuk kepada suatu hubungan dengan etika di
mana manusia sendiri akan berusaha untuk mencapai kesedaran dengan
sendiri dan bukannya setakat memiintakannya daripada Tuhan.

Manusia anatmen
o Manusia anatmen merujuk kepada ajaran agama yang melakukan
penekanan terhadap konsep pemilikan jiwa, badan fizikal, perasaan,
kefahaman dan kepekaan dalam kehidupan harian.

Mencapai Nirvana
o Pada asasnya, konsep dan ajaran ini adalah di bawah agama Buddhism di
mana mengatakan bahawa Nirvana dapati dicapai menghapuskan ego dan
bersatu dengan alam semesta.

Karma
o Selain itu, ajaran agama Buddhism berpendapat bahawa setiap tindakan
manusia sama ada baik ataupun buruk akan menghasilkan akibat
berkarma.

Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh James P. Ongkili (1985), ajaran agama
Buddhism sangat menekankan kepada etika dan moral untuk penganut penganut ajaran
Buddhism ini. Sesungguhnya, terdapat 5 perintah yang utama dalam ajaran Buddhism
dan antara perintah perintah yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan
berikut:

Mengelakkan diri daripada membunuh makhluk lain

Mengelakkan diri daripada mengambil apa yang tidak diberikan

Mengelakkan daripada kesalahan seksual

Mengelakkan daripada pertuturan yang palsu (bohong)

Mengelakkan daripada perkara yang memabukkan ataupun mengkhayalkan.

Pada masa yang sama, penerangan dan juga pandangan yang dikemukakan oleh Jack
Parkinson et.al. (1991) juga menunjukkan bahawa ajaran Buddhism amatlah
mementingkan empat kemuliaan yang mana akan membangunkan dan membimbingkan
seseorang penganut untuk menjadi sebagai individu yang mulia serta bermoral. Antara
kebenaran mulia yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Kebenaran mulia pertama


o Ajaran agama Buddhism mengatakan bahawa penderitaan manusia seperti
penyakit, penenuaan, kematian dan perpisahan tidak dapat dielakkan
dalam kehidupan manusia.

Kebenaran mulia kedua


o Semua penderitaan disebabkan oleh nafsu manusia dan usaha manusia
untuk memenuhi nafsu tersebut.

Kebenaran mulia ketiga


o Sesungguhnya, ajaran agama Buddhism juga menunjukkan bahawa
penderitaan boleh ditamatkan dengan menamatkan nafsu manusia tersebut.

Kebenaran mulia keempat


o Nafsu boleh ditamatkan dengan mematuhi jalan lapan lapis

Akhirnya, pengajaran dan juga penerangan yang dikemukakan dalam agama Buddhism,
seseorang kanak kanak mestilah belajar bagaimana cara cara untuk taat setia,
menghormati, dan mengasihi ibubapa mereka. Sesungguhnya, mereka juga perlulah
hormat menghormati dan memberikan bimbingan kepada adik beradik dalam keluarga
masing masing.

Ajaran Agama Hinduism


Untuk ajaran agama Hinduism pula, manusia akan dibahagikan kepada dua unsur yang
utama. Dua unsur yang dimaksudkan adalah jasmani dan rohani. Sesungguhnya, unsur
yang pertama iaitu jasmani selalunya merujuk kepada badan ataupun tubuh manusia.
Pada asasnya, rohani merupakan hakekat Tuhan yang abadi, kekal, yang disebut dengan
Atman. Manusia memiliki 3 lapisan badan. Tiga lapisan badan yang dimaksudkan ini
adalah dinamakan Tri Sarira di mana akan terdiri daripada Stula Sarira, Suksma Sarira,
dan Anta Karana Sarira. Stula Sarira atau raga manusia dalam konsep Hindu terdiri dari
unsur-unsur Panca Maha Bhuta yaitu Pertiwi, Apah, Teja, Bayu, Akasa. Tubuh manusia
merupakan Bhuana Alit atau Bhuana Sarira. Proses terbentuknya pun sama seperti proses
terjadinya Bhuana Agung atau alam semesta. Sedangkan Suksma Sarira yaitu badan halus
yang terdiri 3 unsur yang disebut Tri Antahkarana terdiri dari manas atau alam pikiran,
Buddhi atau kesadaran termasuk didalamnya intuisi dan Ahamkara atau keakuan atau
ego. Dalam Suksma Sarira terdapat unsur halus dari Panca Maha Bhuta yang disebut
Panca Tan Matra yaitu ; Sabda, Sparsa, Rupa, Rasa, Gandha membentuk berbagai indra.
Selain daripada itu, penerangan yang telah dikemukakan oleh Jack Parkinson et.al.
(1991) telah menunjukkan bahawa ajaran Hindu adalah berdasarkan kepada kitab Veda di
samping mengandungi unsur unsur ketuhanan, dan juga etika kepada penganutnya.
Untuk kitab Veda ini, ia telah menerangkan pelbagai prinsip dan hukum yang berlainan.
Antara prinsip yang diterangkan adalah termasuklah sipat patuh dan juga displin dalam
melaksanakan upacara upacara ajarannya sebagaimana diwajibkan dalam ajaran
tersebut. Pada masa yang sama, ajaran agama Hinduism ini juga mementingkan tanda
tanda lahir yang dipandangkan baik dalam akhlak menurut Hindu adalah kemerdekaan,
kesihatan, kekayaan, kebahagian, yang semua itu dapat dicapaikan manakala seseorang
yang patuh melaksanakan upacara keagamaan dengan baik dan sempurna. Sesungguhnya,

semua penerangan ini telah membuktikan bahawa ajaran agama Hinduism juga sangatlah
mementingkan ajaran moral dan juga etika yang tinggi.

Secara lazimnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Jack Parkinson et.al. (1991)
telah membuktikan bahawa individu yang dapat menghayati konsep dan juga makna di
sebalik dharma pasti tidak akan melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan
nilai dalam keluarga, kod etika pekerjaan dan norma dalam masyarakat.
Pada asasnya, penghayatan dan juga pemahaman serta pematuhan di kalangan kaum
India terhadap ajaran dalam teks-teks berkaitan Dharmasastra mampu menyumbang ke
arah usaha mengatasi pelbagai masalah dalam masyarakat. Kenyataan ini turut
mendapatkan persetujuan daripada Choo Keng Kun (2001) di mana beliau juga
berpendapat bahawa konsep dharma dalam budaya India bukan tuntutan agama Hindu
semata-mata. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ajaran agama Hindu dan
ajaran Dharmasastra sama-sama membimbing manusia ke arah kebaikan, maka ramai
yang berpandangan bahawa Dharmasastra adalah sebahagian daripada konsep keagamaan
Hindu.
Dalam pada itu, konsep yang relevan dan juga berkaitan dengan dharma merujuk pada
himpunan ajaran, peraturan, moral, nilai murni, etika, norma, tanggungjawab, hak dan
sebagainya yang membimbing seseorang individu menjadi insan yang berhemah dalam
keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, dalam budaya India, himpunan dharma
yang dimaksudkan ini boleh dikumpulkan dan dikategorikan sebagai Dharmasastra di
mana merupakan teks-teks yang mengandungi ajaran mengenai dharma. Topik-topik
yang dibicarakan dalam teks Dharmasastra terbahagi pada tiga kumpulan utama iaitu
acara, vyavahara dan prayascitta.
Seperti yang telah dikemukakan dan diterangkan oleh Auni Abdullah (1991), konsep
acara adalah sebenarnya merupakan suatu tingkah-laku umum serta nilai-nilai murni
yang menjadi amalan serta pegangan seseorang. Dalam perkataan yang lain, semua

individu seharnys dapat memelihara diri secara zahir dan batin supaya dapat menjalani
hidup yang sempurna dan bersih daripada sebarang noda.

Akhirnya, penerangan yang telah disumbangkan oleh Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al.,
(1987) juga membuktikan bahawa wujudnya kod etika atau acara yang ditegaskan di
atas meliputi diri individu terbabit, hubungannya dengan keluarga serta hubungan dengan
Tuhan. Sesungguhnya, beliau juga berpendapat bahawa tanggungjawab untuk melayan
tetamu turut dijelaskan dalam kod etika ini dan ternyata masih sesuai dijadikan pegangan.
Paa asasnya, istilah vyavahara merujuk pada tingkah laku dalam masyarakat atau norma
dalam hidup bermasyarakat. Secara lebih khusus, vyavahara turut melibatkan perihal
undang-undang sivil dan undang-undang jenayah. Sebanyak 18 perkara utama
dibicarakan dalam bahagian ini. Perkara yang utama adalah seperti isu berkaitan hutang,
perkongsian dalam perniagaan, melanggar surat perjanjian, urusan jual-beli, perbalahan
antara majikan dan pekerja, perselisihan mengenai persempadanan, serangan, rompakan,
menculik wanita, hubungan suami-isteri serta pembahagian harta.

Persamaan di Antara Ajaran Buddism dan Hinduism


Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa wujudnya pelbagai persamaan di antara
ajaran Buddhism dan juga Hinduism. Semua persamaan ini akan dibincangkan secara
terperinci dalam bahagian kertas kajian ini. Sesungguhnya, ajaran dalam Buddhism
adalah memberikan penekanan terhadap manusia menjadi baik atau jahat bukan karena
kasta atau status sosial, bukan pula karena percaya atau menganut suatu ajaran agama.
Seseorang baik atau jahat karena perbuatannya. Dengan berbuat jahat, seseorang menjadi
jahat, dan dengan berbuat baik, seseorang menjadi baik. Setiap orang, apakah ia raja,
orang miskin atau pun orang kaya, bisa masuk surga atau neraka, atau mencapai Nirvana,
dan hal itu bukan karena kelas atau pun kepercayaannya. Selain daripada itu, ajaran
dalam Buddhism ini juga amatlah mementingkan prinsip-prinsip sebab dan akibat; suatu
kondisi yang pada mulanya sebagai akibat akan menjadi sebab dari kondisi yang lain, dan
seterusnya seperti mata rantai. Prinsip ini sejalan dengan pengetahuan modern yang
membuat agama Buddha tidak ketinggalan jaman daripada agama-agama lain di dunia.
Pada masa yang sama, persamaan di antara ajaran agama Hinduism dan juga Buddhism
juga termasuklah kedua dua agama ini menekankan bahawa Tuhan hanya satu .
Contohnya, agama Hinduism telah menekankan bahawa asas ( Nyawa) yang ada dalam
semua kehidupan termasuk binatang adalah sama. Tuhan yang menentukaan semua yang
berlaku disekitar kita. Tuhan memerintah dan mengoperasikan alam ini melalui dewadewi yang ditugaskan. Tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu ( Bramma
Pencipta ) (Vishnu- Penjaga ) (Siva Pengampus ). Sesungguhnya, ajaran dalam kedua
dua agama iaitu Buddhism dan juga Hinduism telah menekankan bahawa individu yang
melakukan sesuatu yang baik akan pergi ke syurga dan mereka yang melakukan sesuatu
yang jahat pula akan masuk ke neraka.

Pada masa yang sama, kajian yang telah dilaksanakan telah mendapati bahawa kedua
dua ajaran ini mementingkan prinsip di mana menjadi sebagai seorang individu yang
beretika serta sayang menyayangi di antara individu. Contohnya, ajaran dalam kedua
dua agama telah menekankan dan menasihatkan pengikut mereka supaya mestilah hormat
menghormati di antara satu sama lain. Sesungguhnya, semua ahli masyarakat mestilah
bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat. Secara lazimnya,
penekanan dalam kedua dua ajaran agama iaitu Buddhism dan Hinduism juga berfokus
kepada semua individu wajib untuk memberikan layanan mesra, sopan, dan memberikan
penghormatan kepada orang lain dalam kehidupan harian. Ia adalah bertujuan untuk
memupuk dan melahirkan penganut Buddhism dan Hinduism yang mana selalu
menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain dalam sesebuah masyarakat
tersebut. Ini telah menunjukkan bahawa ajaran agama Buddhism dan juga Hinduism
mempunyai persamaan.
Akhirnya, ajaran agama Buddism dan Hinduism juga mempunyai persamaan dalam
aspek hormat kepada kepercayaan dan adat resam untuk pelbagai kaum serta keturunan
yang berlainan. Dalam perkataan yang lain, kedua dua ajaran Buddism dan Hinduism
ini menekankan bahawa seseorang individu seharusnya mengamalkan adat resam dan
juga kebudayaan yang tersendiri. Mereka adalah dilarang untuk mengejek, mengutuk,
menghina adat dan kepercayaan orang lain (bangsa yang lain). Sesungguhnya, semua
individu dalam sesebuah masyarakat adalah bebas untuk mengamalkan adat dengan
syarat tidak melanggar peraturan dan undang undang sesebuah negara. Semua
penerangan ini telah menunjukkan bahawa ajaran dalam Buddhism dan Hinduism
mempunyai persamaan dalam aspek etika ini.

Perbezaan Ajaran Buddhism dan Hinduism


Untuk perbezaan pula, kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa kedua dua ajaran
agama ini iaitu Buddhism dan juga Hinduism mempunyai perbezaan dalam pelbagai
aspek yang berlainan. Antara perbezaan yang diperolehi di antara kedua dua agama
adalah seperti agama Hinduism amatlah menekankan kepada kewujudan dewa dewi
seperti tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu ( Bramma Pencipta ) (VishnuPenjaga ) (Siva Pengampus ). Sesungguhnya, kebanyakan penganut agama Hinduism
mempercayai bahawa mereka perlulah bersikap etika kerana ia merupakan perintah
daripada Tuhan ataupun dewa dewi mereka. Dalam perkataan yang lain, penganut
agama Hinduism ini tidak berani mengingkari perintah dan arahan daripada dewa dewi.
Dengan itu, mereka akan menjadi sebagai seorang individu yang berhemat, beretika dan
bermoral di sepanjang masa. Dalam perkataan yang lain, kebanyakan penganut agama
Hinduism sangat menghormati kepada dewa dewi Bramma Pencipta ,Vishnu- Penjaga
dan Siva Pengampus dalam kehidupan harian.
Sebaliknya, ajaran Buddhism tidak berpendapat ataupun bersetuju atas kewujudan dewa
dewi dalam ajaran mereka. Mereka berpendapat bahawa semua ajaran Buddhism adalah
berasaskan kehidupan benar dan tiada unsur animism wujud dalam ajaran mereka. Untuk
prinsip dan ajaran yang ditekankan di bawah ajaran Buddhism adalah lebih kepada
hubungan yang wujud di antara manusia dengan manusia serta manusia dengan
persekitaran. Antara contoh adalah seperti semua individu dalam masyarakat mestilah
menggunakan cara yang terbaik untuk memelihara dan memulihara hubungan yang baik
di antara manusia. Salah satu cara yang terbaik untuk memelihara dan memulihara
hubungan yang baik di antara manusia adalah menjadi sebagai seorang individu yang
beretika dan tidak melakukan sesuatu perkara yang dapat merosakkan hubungan baik di
antara manusia ataupun individu di dalam masyarakat tersebut. Sesungguhnya,

penerangan ini telah menunjukkan bahawa ajaran dalam Buddhism dan Hinduism dalam
aspek etika terutamanya tafsiran etika adalah berbeza dan berlainan.

Secara kesimpulannya, ajaran agama merupakan suatu elemen dan pemangkin yang
begitu penting untuk menwujudkan sebuah masyarakat yang aman dan damai. Ini adalah
kerana ajaran agama boleh mendisplinkan seseorang individu supaya beretika dan juga
bersikap mulia. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa individu yang bersikap etika
dan juga mulia akan bertimbang rasa serta tidak melakukan sesuatu aktiviti ataupun
kegiatan yang dapat merosakkan keharmonian dan kesejahteraan di antara manusia.
Malah, mereka juga akan cuba sedaya upaya untuk memelihara dan memulihara
hubungan baik di antara manusia yang hidup dalam sesebuah masyarakat tersebut. Oleh
yang demikian, semua individu dalam masyarakat ini adalah dinasihatkan supaya
menganuti sesuatu ajaran agama dalam kehidupan harian.

REFERENCE
Abd.Aziz Deraman (1978). Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan
malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al., (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur:
Percetakan Seasons Sdn Bhd.
Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah. Dlm.
Zuraina Majid (1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap
Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang: USM
Jack Parkinson et.al. (1991). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
James P. Ongkili (1985). Nation Building in Malaysia 1946-1974. Singapore: Oxford
University Press
M.A. Rauf. (1964). A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia, Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Max weber (1997), Beberapa Perkara Tentang Agama Dunia dlm. R. Robertson (ed).
Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Yusof Hassan (2000), Pemikiran Saintifik, Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia S.Q Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysian
Sociological Research Institute.
Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books Ltd..