Anda di halaman 1dari 16

Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini
membawa suatu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara kita. Kemajuan yang
pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan
perubahan dalam bidang pendidikan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.
Aplikasi pengajaran berbantukan komputer bermaksud proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta
menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan ICT dan penggunaan perisian yang
sedia terbina ataupun yang dibina sendiri oleh guru mengikut kredibiliti masingmasing mengikut sukatan pelajaran bahasa Melayu.
Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam sistem
pendidikan kini menjadi suatu yang penting dan sangat efektif. Dengan penggunaan
pengajaran berbantukan komputer ini dilihat lebih memudahkan dalam melakukan
sesuatu kerja. Penggunaan pengajaran berbantukan komputer mulai mendapat
perhatian selari dengan projek mega kerajaan iaitu projek sekolah bestari yang direka
bentuk semula berdasarkan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Projek ini diharapkan stail dan kaedah pengajaran bahasa Melayu akan
berubah daripada kaedah konvensional yang kurang berkesan berbanding kaedah
pengajaran berbantukan komputer. Pengajaran bahasa yang membosankankan
sebelum ini dapat diubah dengan penggunaan kaedah berbantukan komputer ini.
Kini, prasarana sekolah dengan segala kemudahan teknologi multimedia dibekalkan
oleh kerajaan bagi tujuan meningkatkan penggunaan kaedah pengajaran berbantukan
komputer. Usaha ini perlu digembleng secara berterusan dan tekal agar niat murni
kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu akan tercapai.
Menurut Hjetland (1995) dalam Norizan Abdul Razak, menyatakan bahawa,
penggunaan komputer dapat memudahkan tugas dan meningkatkan prestasi guru di
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Daripada

pernyataan itu, penggunaan komputer dalam sistem pendidikan kini menjadi semakin
dominan dan efektif. Segala maklumat akan mudah dicapai hanya dihujung jari
sahaja. Para guru mudah mendapatkan maklumat mengenai kontents dan cara
mengajar bahasa Melayu dengan hanya mendapatkan maklumat berbantukan
komputer. Di samping itu, murid juga lebih mudah mengakses maklumat yang
diperlukan oleh guru dengan hanya berbantukan komputer tanpa ada batasan masa
dan tempat.
Cita-cita murni ini memerlukan komitmen semua pihak termasuk kerajaan,
kementerian pelajaran, sekolah, guru-guru, waris termasuk juga para pelajar amnya.
Proses untuk mencapai kejayaan ini memerlukan gandingan antara gemblengan
keseluruhan institusi yang terlibat dalam alam pendidikan. Di sekolah contohnya,
guru-guru perlu yakin tentang kebaikan dan efektifnya penggunakan pengajaran
berbantukan komputer. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah sentiasa berusaha
dalam meningkatkan pengetahuan dan kepakaran terhadap dunia teknologi ini.
Kepakaran seseorang guru dalam mengendalikan peralatan komputer di samping
perisiannya dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Keupayaan seseorang guru menggabungkan kaedah pengajaran berbantukan
komputer di dalam pengajaran bukanlah dapat dilakukan secara mudah tanpa perlu
mendalaminya tetapi memerlukan kesungguhan dan iltizam tinggi yang berterusan
untuk menjamin kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah
pengajaran yang disampaikan menggunakan gabungan antara komputer, pakej
perisian, sistem talian dalam mengakses kemudahan internet. Penggunaan kaedah ini
terutama dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan afektif
memerlukan penggunaan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui
internet dan aplikasi persembahan elektronik seperti perisian Power point. Aplikasi
komputer ini penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik
dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan
komputer berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta
menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik.Tambahan kini perisian komputer

dapat berinteraksi secara terus kepada pengguna. Kecanggihan penggunaan komputer


ini mendatangkan kebaikan dan keburukan jika tidak diaplikasi secara berkesan.
Kaedah pengajaran berbantukan komputer ini hanyalah merupakan suatu
bahan bantu kepada guru dan tidak merubah fungsi guru di dalam kelas. Komputer
yang digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran bahasa perlu digunakan secara
terancang dan pelbagai aspek hendaklah diteliti dan diambil kira untuk mencapai citacita murni yang diharapkan. Pengajaran berbantukan komputer perlu digunakan
secara terancang dan kesesuaian perlu diteliti agar dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran komputer dan kemahiran berbahasa berbantukan komputer.
Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam era globalisai kini penggunaan teknologi semakin meluas terutamanya di
dalam bidang teknologi media. Sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, pelbagai
aplikasi multimedia yang telah digunakan seperti dalam bidang pendidikan hiburan,
belian atas talian, pengiklanan, penerbitan elektronik, perubatan,politik dan kerajaan
Multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber
maklumat media seperti teks, grafik, bunyi dan sebagainya
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat
sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran
seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih
bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbentukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi
maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian
ramai.
Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar
dalam mengubah cara seseorang belajar. Cara memperolehi maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan sebaginya. Ia juga memberi peluang kepada para
pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Sumber maklumat serta
rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.

Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi


kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai
bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran
komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang
pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud
di dalam pembelajaran tradisi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan komputer,
penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan
maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang
bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan
dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.
Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru
dilaksanakan, pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dikaitkan dengan
penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar,
dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang
disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang
difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang
diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran
digolongkan sebagai media pendidikan.Kesemua sumber, jika digunakan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan
untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid
akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran
kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber
pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan,
penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran


terancang.
Media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran
dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran
berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu
disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media
inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi yang
boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan
pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwaperistiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, guru
bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid.
Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang
disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat tersebut.
Rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat,
mendengar atau menyentuh objek yang menjadi isi pelajaran. Dengan adanya bahan
rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam
lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.
Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di
samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik,
bermakna dan penting dalam pembelajaran.

Penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu.
Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak
dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan
dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau keduaduanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan
televisyen.Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan
sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka
memahami sesuatu dengan lebih jelas

Penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu.
Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar,
lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru
perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini
boleh digunakan.
Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa
yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65%
daripada apa yang mereka dengar dan lihat.Kajian ini jelas membuktikan bahawa
lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya
ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan
murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.
Sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung
kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya,
apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan
mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses

menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah,


murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan
bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk
dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan
tersebut. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses
pembelajaran murid-murid tersebut.
Strategi Pengajaran Sastera Berbantukan Komputer
Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P,
Pusat

Perkembangan

Kurikulum

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(2001)

mencadangkan pengajaran dan pembelajaran melalui empat kategori:


1. Tutorial
2. Penerokaan
3. Aplikasi
4. Komunikasi
Tutorial
Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti
dalam bentuk persembahan seperti MS Power Point, multimedia, program dan
sebagainya untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Sastera Melayu. Guru juga
boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. ICT
dalam P&P mata pelajaran Sastera Melayu Boleh menggunakan kaedah tutorial
apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan
topik yang telah ditetapkan. Kaedah tutorial merangkumi :
1. pembelajaran ekspositori.
2. ,demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya.
3. latihan atau latih tubi yang dikawal dan disampai oleh sistem.
Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer
dan perisian yang terdapat di dalam CD ROM, cakera keras ataupun laman web.
Dengan itu pelajar boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi
ini menjadi lebih mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan

aspek multimedia. Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan


kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan pelajar dan bilangan pelajar sangat
ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat
menyelesaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam
aturcara di luar sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang
berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap yang
disediakan.
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai
kandungan pelajaran Sastera Melayu berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ICT dalam Pengajaran Sastera Melayu ialah satu pembelajaran
ekspositori. Demonstrasi sesuatu perkara itu dikawal oleh sistem komputer serta
latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem. Guru berperanan mengawal
tingkahlaku pelajar dengan menggunakan ICT. Kesan yang nyata ialah meningkatkan
kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Di samping itu motivasi
pelajar dalam menguasai ilmu sastera akan meningkat jika timbul keseronokan dan
sikap ingin mencuba apabila menggunakan ICT. Peranan guru juga menjadikan
pelajar boleh belajar kendiri melalui akses kepada maklumat yang sukar diperolehi
terutama di internet melalui laman web. Selain itu pelajar akan lebih seronok dan
meningkatkan daya imaginasi pelajar.
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer
dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras
ataupun laman web. Istilah Komputer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk
menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Terdapat berbagai-bagai bentuk
perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan
tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses
pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.
Komputer Assisted Learning, Komputer Assisted Instruction,Komputer Based
Instruction ,Komputer Aided Learning dan Komputer Based Learning merupakan
nama-nama yang biasa didengari. Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama.
Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.

Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk


perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan
yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan
keperluan pelajar. Dengan perkembangan ICT,perisian kursus dalam Sastera Melayu
yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap
perisian pendidikan Sastera Melayu mengandungi satu atau lebih daripada komponen
berikut mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan/memberi latihan
dan menilai pencapaian. Perisian pendidikan Sastera Melayu yang digunakan dalam
pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model
tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat
utama dan pelajar sebagai penerima.
Perisian pendidikan Sastera Melayu seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh
guru Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.
Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan
tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif, menjurus ke
arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh
pelajar untuk mempelajari sesuatu. Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkaraperkara berikut perlu diberi pertimbangan ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk
tujuan ini guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak
diguna oleh pelajar. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian, ada
kemahiran mengendali peralatan ICT. Dan ada keperluan untuk mengguna ICT .
Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah Tutorial
berkaitan pengajaran dan pembelajaran Sastera Melayu mestilah melibatkan perkara
di bawah seperti guru mesti memastikan keperluan sewaktu proses P&P. Antaranya
ialah seperti perisian ICT yang sesuai disertakan dengan perkakasan ICT yang sesuai
dengan bahan dan objektif yang ingin dicapai. Perancangan masa, tempat sama ada
dalam kelas, luar kelas atau di makmal computer. Guru juga perlu mengambikira mod
penggunaan iaitu bersendirian ataupun berpasangan.
Guru boleh melaksanakan perancangan sebelum mengajar kaedah tutorial
ini. Penilaian dilakukan untuk memastikan murid mampu menguasai dan melakukan
aktiviti yang disediakan oleh guru. Guru boleh memuat turun bahan Sastera Melayu

melalui laman web dan mana-mana sahaja bahan ICT yang releven dengan tajuk.
Pelajar pula boleh didedahkan dan diberi taklimat untuk menguasai literasi computer
supaya tidak berlaku rasa canggung ketika pelajar menggunakan ICT. Pelajar akan
dapat memahami matlamat penggunaan ICT yang jelas mampu membantu mereka
mengalami P&P dalam kelas. Guru-guru boleh menggunakan cara di atas dalam
menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah tutorial.
Penerokaan
Pengajaran

dan

Pembelajaran

Berbantukan

ICT

seterusnya

ialah

melalui

pembelajaraan penerokaan. Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), perkataan


penerokaan bermaksud perihal (perbuatan, usaha, penjelajahan) dilakukan
berdasarkan pengalaman. Ini bermaksud penggunaan multimedia untuk pembelajaran
penerokaan berlaku apabila multimedia digunakan sebagai medium untuk mencari
dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan
sebagainya. Selain daripada itu, pelajar mengalami, mempelajari dan mengkaji
sesuatu fenomena secara simulasi dan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang
urutan babaknya boleh dikawal oleh pelajar. Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar
boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza
dengan pembelajaran tutorial, di mana pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang
dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Pembelajaran berbentuk penerokaa n melalui laman web diperkenalkan oleh
Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera
Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah simulasi berasaskan laman
web merupakan salah satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan
disebabkan sifat internet yang lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi
komputer. Simulasi boleh menjadi alat dan model yang boleh digunakan oleh pelajar
malah

ia

bersifat

global

disebabkan

ciri

yang

mudah

diakses.

Contoh perlaksanaan aplikasi bagi kaedah Penerokaan berkaitan pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Guru perlu
masatikan keperluan bahan dan ICT sebelum memulakan kaedah penerokaan ini.
Bahan yang disediakan merupakan bahan atau sumber yang terbuka atau sumber yang
tertutup. Guru perlu mengambilkira sama ada perkakasan ICT yang sesuai atau tidak

dengan perancangan yang dilakukan. Apabila sudah mencukupi bahan dan peralatan
guru boleh memulakan P&P Sastera Melayu. Guru juga mesti menilai kejayaan,
kelemahan dan kekuatan proses P&P.
Berkaitan dengan perisian yang digunakan

boleh

dibeli, dimuat turun,

membangunkan program komputer sendiri serta melalui bahan yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran. Pelajar juga pelu didedahkan dengan apa yang mereka
sepatutnya lakukan terutama sekali berkaitan dengan penggunaan seperi Internet,
Laman Web, Face book, program CD-Rom dan sebagainya. Pelajar mesti
berkebolehan untuk kendali perkakasan dan perisian serta mampu mengatasi masalah
pada peringkat asas supaya proses P&P berjalan lancar. Guru-guru boleh
menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui
kaedah penerokaan.
Aplikasi
Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat aplikasi terutama dalam proses
pembelajaran Sastera Melayu. Guru boleh mendedahkan penggunaan perisian ICT
kepada pelajar seperti pemprosesan perkataan, persembahan multimedia dan
sebagainya sebagai satu cara untuk menimbulkan sikap ingin mencuba pelajar
disamping dapat mengelakkan kebosanan pelajar menguasai aspek Sastera Melayu.
Guru berperanan untuk mengajar pelajar supaya menggunakan ICT secara aplikasi
dalam kehidupan seharian mereka kerana ICT mampu membantu dan meudahkan
urusan pelajar menguasai aspek Sastera Melayu. Di kalangan guru, ada yang
beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya
menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan.Penggunaan
seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer
dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun,
apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan
dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini,
barulah

boleh

dikatakan

ICT

telah

digunakan

secara

yang

bermanfaat.

Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya


(socio-cultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut
membantu pembelajaran pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka

membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama


(Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan
aplikasi-aplikasi ini, pelajar akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah
dilakukan,pelajar

perlu

mengkaji

perkaitan

antara

dua

pembolehubah.

Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah
ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi
dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua
pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan
pelajar daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang
sesuai bolehdigunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan
itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara
pembolehubah tersebut.Satu lagi situasi ialah seorang pelajar (dalam apa juga subjek
yang berkaitan) mungkin perlu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak untuk
melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk
tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak)
manakala pelajar itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang
autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).
Komunikasi
Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat pemudah komunikasi antara
guru dengan pelajar dan antara sesama pelajar supaya proses komunikasi mereka
dapat dijalankan dengan baik. ICT dikatakan alat pemudah komunikasi antara guru
dan pelajar walau dimana mereka berada. Antara peranan guru ialah mendedahkan
pelajar dengan teks, grafik, audio, video dan kombonasi pelbagai program.
Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada
keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain
daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar
maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka
menganalisa dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini adalah
merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka
serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak pelajar mereka memberikan
perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan pelajar bertanya
terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu
pembelajaran. Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki pelajar
menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang
berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri mereka dan seterusnya
membantu pembelajaran.
Internet boleh diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
Bahasa Melayu dengan menggunakan cara-cara berikut: Mel Eletronik atau E-Mel
Kumpulan diskusi Internet. Pangkalan Data Katalog Perpustakaan Gopher dan Laman
Web (World Wide Web) Pemindahan Fail. Guru boleh menggunakan cara di atas
untuk berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu bapa murid dan
sebagainya. Murid boleh berkongsi pengalaman mengenai pelbagai isu terutama
sekali melibatkan pembelajaran Sastera Melayu disamping itu boleh menggunakan
kaedah penyelesaqian sesuatu masalah berkaitan pelajaran secara on-line.
Contoh perlaksanaan aplikasi bagi kaedah komunikasi berkaitan pengajaran dan
pembelajaran Sastera Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Kaedah ini juga
perlu merancang aktiviti supaya menepati kurikulum dan sukatan mata pelajaran
Sastera Melayu. Begitu juga dengan mod penggunaan. Guru perlu laksanakan
perancangan serta menilai kembali perlaksanaan sama ada berjaya ataupun perlu
ditambahbaikan. Guru perlu memastikan mereka mahir dalam penggunaan ICT begitu
juga dengan murid.
Kesimpulan
Usaha berterusan perlu digembleng oleh semua pihak dalam merealisasikan hasrat
kerajaan dan kementerian pelajaran dalam usaha peningkatan penguasaan kemahiran
berbahasa terutama bahasa Melayu. Kejayaan sesuatu kaedah pengajaran seharusnya
bertunjangkan kejituan pengetahuan, komitmen yang berterusan dan mempelbagaikan
pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa telah, sedang dan akan diteruskan dengan giat. Ini bertujuan

memberi dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan generasi pelajar bagi


persediaan masa depan dalam arus globalisasi teknologi maklumat.
Selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, diharapkan para guru
mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk
diaplikasikan ke dalam kaedah pengajaran mereka.
Pengajaran bahasa berbantukan komputer wajar dijadikan suatu kaedah
pengajaran kerana kaedah ini dilihat mampu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, aktif, kreatif, menarik, afektif seterusnya akan mencapai
objektif yang disasarkan.

Rujukan
Allee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.
Boston: Butterworth-Heinemann.
Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:
Routledge.
Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The cognitive
domain. London: Longmans.
Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:
Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.
Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of
Educational Research, 53, 445-459.
Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology
Research and Development, 42, 21-29.
Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn &
Bacon.
Harasim, L. (1989). Online Education: A New Domainh dlm. Mason, R. Dan
Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance
Education. Oxford: Pergamon Press.

Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4. New
Jersey: Prentice Hall International.
Laudon. K.C., Traver. C. G. Dan Laudon, J.P. (1996). Information Technology and
Society (Edisi2). Cambridge: Course Technology, Inc.
Mason (1989). An Evaluation of Cosy an Open University Courseh dlm. Mason, R.
Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance
Education. Oxford: Pergamon Press.
Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri
Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM
Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru
Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.
Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai