Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN KEPADA TMK DALAM PENGAJARAN

Perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) sudah


pada apa juga bidang pada masa kini sudah terutamantya dalam bidang pendidikan
sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia menjadi alat inovasi utama dalam kehidupan dan
pendidikan masa kini.. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan
TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan proses pengajran dan pembelajaran. Intergerasi teknologi maklumat dan
komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan
pelajar. Ini bermakna teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai wahana
pengajaran pembelajaran dan bukannya belajar tentang teknologi maklumat dan
komunikasi. Peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh pendidik pada abad ini
amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi
melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian serta selari dengan perubahan era teknologi maklumat dan
komunikasi teknologi maklumat dan komunikasi.
Pada masa kini, penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan
memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam
memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan. Perkembangan
pendidikan baharu dalam pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi
memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai
matlamt menjadikan negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai
guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat
(TMK). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi
melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan mendidik dan
membangunkan masyarakat dan negara
Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep
dunia tanpa sempadan memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana
pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif

global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan


maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi pengawalan dan peranan
efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi teknologi maklumat dan
komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran membolehkan murid:
a) meningkatkan kefahaman dan penguasaan murud dalam pembelajaran
b) mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
c) mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau
terlalu mahal untuk dikumpulkan.
d) mencuba atau melaksanakan uji kaji yang sukar, memerlukan perbelanjaan
yang banyak, mustahil atau berbahaya jika dilakukan dengan cara biasa.
e) meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
f) diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara
minimum.
g) meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi mereka.
Untuk memperoleh manfaat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian:
-

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan


pembelajaran perlu dirancang dengan baik atau sebagai aktiviti sampingan

yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.


Guru mesti menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang
bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran.


Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti
pembelajaran yang sesuai.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Di era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengintegrasian bahan berasaskan


teknologi dalam pendidikan mampu membawa perubahan kepada pengajaran guru.
Menurut kenyataan Rozinah Jamaludin (2005), kewujudan kepelbagaian teknologi
sebagai alat bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah
pengajaran guru. Perubahan ini mampu mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf
antarabangsa bagi bersaing di arena globalisasi yang sedang pesat membangun. Oleh
itu, guru perlu bersedia menggunakan bahan TMK bagi merealisasikan impian untuk
melahirkan generasi cerdik pandai yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.
Kaedah pengajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya untuk
menggantikan kaedah konvensional dengan pelbagai cara, terutamanya di dalam
persekitaran bilik darjah yang menggunakan komputer (Nadzrah Abu Bakar, 2007).
Guru perlu lebih bijak mengambil peluang dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna. Hal ini sejajar dengan
tanggungjawab guru untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berfikir
kreatif dan inovatif, penyayang dan berakhlak mulia selaras dengan cabaran masa kini
dan akan datang. Di samping itu, pelajar juga dapat mengintegrasikan kemahiran
komputer secara tidak langsung dalam kehidupan mereka (Ashinida Aladdin, Afendi
Hamat & Mohd Shabri, 2004).
Menurut NorAini Ahmad (2008), pengkaedahan pembelajaran berbantu
komputer membuka ruang kepada pelajar meneroka pembelajaran sendiri, manakala
guru pula bertindak sebagai fasilitator yang mengawal pembelajaran pelajar. Hal ini
membolehkan guru kurang terikat sepenuhnya dengan jadual pengajaran di dalam
bilik darjah ketika mengajar sesuatu mata pelajaran. Perisian PPBK yang dibina telah
bertindak sebagai tutor kepada pelajar kerana perisian tersebut lengkap dengan isi
pengajaran yang diperlukan pelajar. Guru pula bertindak sebagai pemudah cara dalam
proses pembelajaran murid kerana perisian tersebut telah dibina untuk pelajar
meneroka isi pengajarannya sendiri. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
(2003), perisian berasaskan multimedia mengurangkan pembelajaran berpusatkan
guru kerana kaedah ini membuka ruang untuk pelajar meneroka isi pelajaran mereka
secara terbuka. Pendapat Abdul Razak Habib dan Jamaluddin Badusah (1998) pula,
guru-guru percaya bahawa bahawa komputer dapat digunakan sebagai alat bantu
mengajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini

telah menunjukkan bahawa guru menerima impak positif hasil penggunaan perisian
ini kerana dapat membantu mereka beralih kepada kaedah pengajaran yang menarik
dan efektif.
Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya
Komsas seperti PPBK masih belum meluas kerana guru sudah terbiasa dengan
menggunakan kaedah konvensional. Kaedah seperti ceramah dan kuliah digunakan
kerana guru kurang terdedah dengan penggunaan alat bantu mengajar berasaskan
elektronik. Menurut Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi (2008), kaedah
PPBK merupakan sebuah alternatif yang paling baik untuk dijadikan panduan dalam
mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pembangunan perisian
PPBM ini dapat membantu meningkatkan mutu pengajaran guru dan meningkatkan
minat dan kefahaman pelajar dalam pendidikan Bahasa Melayu khususnya Komsas.
Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar
pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi
pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran
berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat
memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Ini disebabkan
terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru-guru pada
hari ini. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa
berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).
Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan
pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada
pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru
Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu
diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis
menggunakan aplikasi perisisan Microsoft Word sepatutnya diberikan perhatian
kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi
teks

serta

dapat

memudahkan

penyuntingan

dilakukan.

Bagi

memastikan

keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga

didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah


penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan
Bahasa Melayu.
Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan
penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan
terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu
dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus
peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering
berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan
sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.

Stallard (1998) pula

menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan


bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang
sering dihadapi.
Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam
menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu
dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi
dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran
sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa
Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam
pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran
yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson
& Hooper, 2004).
Strategi Pengajaran Sastera Bahasa Melayu Kaedah Berbantukan Komputer
PPBK merupakan satu lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang
semakin menjadi satu kaedah yang popluar di kalangan para pendidik. Penggunaan
kaedah PPBK ini adalah seiring dengan kemajuan pesat, tuntutan kerajaan dan celik
IT di kalangan murid-murid. Pada masa kini, jika seseorang pendidik itu tidakn
menggunakan komputer ataupun lebih jelasnya multimedia dalam pengajaran dan
pembelajarannya, ia merupakan suatu perkara yang agak aneh. Sebenarnya terdapat
beberapa kaedah mengajar yang boleh digunakan dengan menggunakan PPBK ini

terutamanya dalam matapelajaran Sastera Bahasa Melayu . Ini adalah termasuk


tutorial, ujian, permainan, simulasi dan tunjukcara. Ini dapat ditunjukkan dalam rajah
di bawah.
1. Tutorial
Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan bagi maksud mempersembahkan
bahan pengajaran baru yang mana ianya mempunyai beberapa langkah-langkah
penerangan yang tersusun (Allesi & Trollip, 1991). Dalam hal ini, PPBK yang dibina
akan bersifat tutorial yang berfungsi sebagai tutor dalam menyampaikan sesebuah
pengajaran. Dengan kata lain kaedah tutorial ini lazimnya digunakan untuk
menyampaikan sesuatu fakta ataupun penerangan menegnai sesuatu perkara kepada
murid. Kaedah ini sesuai digunakan ketika menyampaikan maklumat dan memulakan
sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh PPBK yang boleh
dibangunkan adalah menggunakan MS Word, Power Point, Publisher dan
Authorware. Sebagai contohnya, melalui kaedah tutorial, guru dapat menyediakan
pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk
menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus,
pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga sekaligus boleh menyediakan soalan-soalan
berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan
2. Ujian
Pada masa kini, penggunaan komputer banyak membantu guru di dalam
mengumpulkan maklumat dan data pelajar. Ini sekaligus akan menyenangkan guru
membuat statistik dan pengiraan markah muridnya. Penggunaan kaedah manual
walaupun masih digunakan, namun jika jumlah bilangan murid adalah ramai, maka
kaedah ini tidak lagi begitu sesuai. Dalam hal untuk menyediakan ujian kepada
murid-murid, penggunaan PPBK ini amat membantu. Guru boleh membina PPBK
dengan menggunakan MS Word dan boleh dijalankan baik secara online, kuiz dan
sebagainya. Ujian menggunakan PPBK ini lebuh menarik minat murid dan yang
utama guru boleh menyemak markah murid dengan cepat, pentas dan julat kesalahan
yang kecil.

3. Permainan
Permainan pada masa kini seolah-olah telah menjadi trade-mark kepada muridmurid, dan tidak menghairankan jika mereka sanggup menghabiskan wang dan masa
untuk mengunjungi siber-siber. Seorang guru yang berkreativiti dan berinovasi akan
mengambil peluang ini untuk menarik minat murid-murid belajar melalui permainan
dalam komputer. Hampir semua perisian pengajaran dan pembelajaran yang dicipta
memasukkan elemen permainan dalam kandungan perisian rekaan mereka. Kaedah
PPBK ini sangat diminati oleh murid-murid. Kementerian Pendidikan Malaysia (kini
Kementerian Pelajaran Malaysia) pada suatu ketika dahulu telah membelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk membangunkan perisian interaktif dalam mata pelajaran
Matematk dan Sains yang rata-rata mempunyai elemen permainan. Permainan yang
menarik

bertujuan

menaikkan

semangat

dan

keinginan

murid

untuk

belajar. Penggunaan PPBK kaedah permainan ini menaikkan semangat dan keinginan
murid untuk belajar disebabkan aktivitinya berbentuk pertandingan di mana murid
akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan
keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa murid mempelajari sesuatu
kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental,
logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid akan mempunyai
motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK
yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu
keputusan yang hendak diambil oleh murid. Murid pasti akan melakukan pilihan yang
sesuai dan tepat.
4. Simulasi
Thomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan system
yang dimodelkan oleh komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana
keadaan atau sesuatu system itu berfungsi. Contohnya simulasi bagaimana letusan
gunung berapi berlaku, peredaran planet mengelilingi matahari, tanah runtuh dan
sebagainya. Penggunaan PPBK melalui simulasi ini dapat member peluang kepada
pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menguji hipotesis dan sekaligus akan
membolehkan pemahaman murid itu dalam sesuatu sesuatu pengajaran dan
pembelajaran semakin mendalam.

5. Tunjuk cara
Tunjuk cara sebenarnya adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan
kepada murid sesuatu prosedur yang hendak dilakukan. Melaui kaedah ini murid
mampu memahami sesuatu prosedur itu sebelum melakukannya dalam situasi
keadaan sebenar. Tunjuk cara ini amat sesuai digunakan untuk memahami sesuatu
prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan
kekurangan peralatan, terlalu kompleks ataupun yang boleh mendatangkan bahaya
kepada murid-murid. Misalannya, guru dapat menunjukkan kepada murid dengan
lebih jelas lagi bagaimana proses sesuatu kitar semula dijalankan melalui slaid Power
Point. Sememangnya agak menyukarkan untuk membawa murid melawat ke tempat
pengkitaran semula dan melalui kaedah PPBK ini, murid dapat memahami prosedur
tersebut dengan lebih jelas
Kesimpulan
Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya yang
dapat

memotivasikan

pelajar

melakukan

penyelidikan,

menelaah,

menulis

dan meransang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan kini


perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara mentransformkan pendidikan
yang paling efisien dan berkesan. Menurut Ismail (2002), perisian multimedia boleh
menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebabsebab dan kebijaksanaan untuk berjaya.
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia
sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan
yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu
haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masingmasing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam
konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan
bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi
dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada
teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru.
Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid
boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba
baharu. Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan
Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insane kelas
pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem
pendidkan dan kurikulum skeolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan
berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan
lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap
perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan
sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah
yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh
cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam
pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang
diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi
keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan

dalam

perkhidmatan,

penyediaan

bahan

pembelajaran

interaktif,

menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi


yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

Rujukan

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2),
26-30.
Abdul Razak Habib & Jamaluddin Badusah. (1998). Penggunaan komputer untuk
pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 23, 1-14.
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK
(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab sebagai bahasa asing: satu tinjauan awal. GEMA Online Journal of
Language Studies, 4(1), 1-16
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge,
Mass.: Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies
for technology integration. Educational Technology Research and Development, 47
(4), 47-61.
Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher.
Computer Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International
Malaysian Educational Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use:
Cooperating teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on
Technology in Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have
met the enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the
Association for Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October
19-23. (ERIC Document Reproduction Service No. ED485143)
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong:
PTS Publication & Distributors.
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training
course. Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135

Nadzrah Abu Bakar. (2007). English Language activities in computer-based learning


environment: A case study in ESL Malaysian classroom. GEMA Online Journal of
Language Studies, 7(1), 33-49.

NorAini Ahmad. (2008). Tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru bahasa
Melayu sekolah menengah. Kertas projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative
Approach. Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis.
Shah Alam: Karisma Publication.

Anda mungkin juga menyukai