Anda di halaman 1dari 2

BAB 4 Model Polisi Awam

Kegunaan dan Bentuk Model


1. Model boleh dijelaskan sebagai konsep, diagram, graf atau persamaan
matematik
2. Boleh digunakan untuk menjelaskan, menggambarkan atau meramalkan
elemen bagi sesuatu fenomena.
Jenis-Jenis Model
1. Model Deskriptif: menerangkan dan atau meramal sebab dan akibat polisi
awam
Contoh : Laporan Coleman yang menjelaskan tentang prestsi
pelajar yang dinilai bertentangan antara satu sama lain
2. Model Normatif : Menjelaskan, meramalkan dan atau menyediakan
peraturan dan perakuan untuk mengoptimumkan pencapaian atau
perolehan beberapa nilai. Serta membuat cadangan akan suatu cara
untuk mengoptimumkan satu nilai
Contoh: kes untuk mengurangkan kebuluran di negara membangun
3. Model Keras dan Lembut:
Model keras: sesuatu yang nyata dan menjadi lambing sesuatu
Model lembut: hanyalah semata-mata gambaran teori atau
hipotetikal dan hal berkaitan konsep terpenting yang mempunyai
ciri-ciri apa yang menjadi perhatian kita
Kriteria untuk menilai model
1. Model mengikut peraturan dan memudahkan untuk kehidupan politik
supaya public boleh memikirkan tentangnya dengan lebih jelas dan
memahami perhubungan dengan reality
2. Mengenal pasti aspek yang paling penting dalam polisi awam
3. Bersesuaian dengan realiti
4. Menghubungkan sesuatu yang lebih bermakna dalam satu cara yang kita
semua boleh memahaminya
5. Merupakan satu penyiasatan dan penyelidikan terus
6. Mencadangkan satu penjelasan tentang polisi awam
Beberapa contoh model
1. Model Elitis : berdasarkan idea bahawa polisi awam adalah hasil daripada
pilihan dan satu nilai elit yang memerintah
2. Model pluralis
Langkah dalam pembinaan model konseptual
1. Langkah pertama: Memastikan masalah fenomena atau situasi secara
berhati-hati dan memulakannya dengna faktor ( misalnya
membahagikannya yang lebih mudah dan lebih dapat menguruskan
masalah tersebut
2. Langkah kedua: Mendirikan tujuan model
3. Langkah ketiga: Memerhatikan fakta yang berkait dengan situasi atau
fenomena masalah. Cara terbaik untuk memulakannya adalah dengan
membaca semua yang telah ditulis tentang sesuatu fenomena polisi
tertentu

4. Langkah keempat: Menyenaraikan elemen yang berkait dengan tujuan


model. Pilih yang dipercayai paling relevan dengan masalah. Aturkan
elemen yang relevan ini ke dalam rangkaian yang memberi gambaran
kepada strukturan, fungsional dan interaksi berinteraktif yang kukuh.
5. Langkah kelima: Menimbang agregat ini dan fakta yang diberikan relative
dengan tujuan model yang dicadangkan itu. Cuba cari corak ataupun
hubungan antara fakta ini yang akan membantu dalam memenuhi tujuan
tersebut.
6. Langkah keenam: Menghuraikan model yang dibina di mana yang perlu
dan permudahkan mana yang mungkin
Tipologi polisi: membantu seseorang memulakan analisis polisi awam
1. Kriteria untuk menilai tipologi
Inclusiveness ( keterangkuman)
Saling melengkapi ( mutual exclusity
Kesahihan ( validity)
Kebolehpercayaan
Tahap pengukuran
Operasionalisasi
Perbezaan ( differentiation)

BAB 5 Memulakan Agenda

Keadaan masalah polisi : satu kondisi atau sitausi yang mengeluarkan keperluan
atau ketidakpuasan di pihak sebahagian orang yang mana pembetulan atau
penjelasan di perlukan
Jenis Agenda
o Agenda sistematik: isu yang mungkin tertakluk kepada tindakan atau
yang sudah diambil tindakan oleh kerajaan. Dan juga isu global yang
mungkin dipertimbangkan untuk tindakan pihak kerajaan
o Agenda institusi: satu set isu yang jelasnya memerlukan pertimbangan
yang serius oleh badan pembuat keputusan.Juga di rujuk sebagai agenda
awam yang bertentangan dengan agenda sistematik ( agenda poplar),
yang mana mengandungi isu di bawah pertimbangan pihak awam atau
golongan professional
Jenis Isu
o Isu projek : berkaitan dengan prokej yang spesifik atau kedudukan sesuatu
tempat
o Isu polisi: berkait dengan undang-undang spesifik
o Isu sistematik: isu global cthnya PATI, isu kemalangan jalan raya
o Isu baharu: isu yang baru timbul
o Isu Kitaran : isu yang berlaku secara tetap setiap tahun
o Isu yang berulang kali berlaku: ia timbul kembali di sebabkan kegagalan
polisi pilihan sebelum ini