SEMESTER SEPTEMBER
TAHUN 2014
(SMP)
HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
1si Kandung
1.0
Pengenalan
2.0
2.2
3.0
4.0
5.0
6.0
Kesimpulan
M/S
Bibliografi
Lampiran
Pengenalan
Dalam pengajian kursus semester September 2014 ini, tugasan yang diberi adaah
berkaitan kraftangan Melayu. Kraf Tradisional membincangkan kepelbagaian kraf tradisional
bertujuan untuk memahami jenis-jenis kraf yang terdapat di Malaysia. Tugasan ini memerlukan
kami untuk mengupas dan menghuraikan dengan jelas motif ragam hias seni kraf Melayu yang
dipengaruhi oleh alam sekitar, fungsi motif-motif tersebut kepada budaya dan aktiviti
masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan dengan ragam hiasnya.
Kita sering mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraftangan dan kraf
tradisional. Dalam sistem pendidikan Malaysia, kraf tradisional merupakan salah satu bidang
dalam mata pelajaran dunia seni visual. Penerapan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
merupakan salah satu alternatif memperkenalkan seni warisan kepada generasi muda.
Sebagaimana yang kita maklum, masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus
yang diwarisi sejak zaman berzaman seperti tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya
adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap
hasil kerja tangan tradisional ini.
Dalam masyarakat Melayu, kraftangan adalah simbol kepada kehalusan gaya hidup yang
dapat dilihat melalui kehalusan hasil kraf yang dihasilkan. Ia juga dapat menggambarkan
keperibadian atau tingkah laku orang Melayu yang bersifat sabar, tekun, teliti, bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan sekaligus dapat mencerminkan tamadun yang
dicapai oleh nenek moyang kita. Ketamadunan orang Melayu dapat dilihat berdasarkan pelbagai
seni kraf berasaskan sumber alam semulajadi dicipta hasil daripada pemikiran kreatif dan
inovatif mereka. Pada peringkat awalnya, barangan kraf ini dijadikan sebagai barangan kegunaan
harian tetapi akhirnya ia telah menjadi sumber ekonomi yang utama.
Kraf Tradisional
Kraf tradisional adalah kegiatan kerja seni yang dihasilkan menggunakan kemahiran
tangan dan merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita. Kraf tradisional
yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat,
garis, gerak dan warnanya. Ianya dihasilkan menggunakan kaedah reka bentuk dan hiasan
tertentu di samping kepelbagaian bahan yang digunakan dalam penghasilannya. Di Malaysia
terdapat beberapa kraf tradisional seperti batik, tembikar, anyaman, ukiran, tenunan. Lazimnya
kraf tradisional dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai
Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf supaya boleh digunakan atau sebagai bahan yang
indah dengan tujuannya yang berbeza-beza. Seni Melayu adalah penjelmaan unsur-unsur dari
alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Terhasilnya karya-karya ini dengan kuatnya
pengamatan atau pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya
mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam sehingga wujud kelainan dan
keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan Melayu dengan karya seni kebudayaankebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan kelompok masyarakat lain yang
berhampiran dengannya.
1.2
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apaapa barang, yang dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian
(Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979). Kraf tradisional boleh
didefinisikan sebagai perusahaan (kerjaseni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun.
2.0
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan
kraftangan itu memerlukan kepakaran dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan
kraftangan tersebut memerlukan daya estetika untuk memberikan reka bentuk yang indah dan
menarik. Di Malaysia terdapat beberapa kraf tradisional seperti seni batik, tembikar, nyaman,
tenunan songket, ukiran kayu dan tekat. Dalam tugasan ini saya akan mengemukakan empat
kraftangan untuk dikupas mengikut tugasan yang diberikan.
2.1.1 Anyaman
Anyaman merupakan kraf tradisional. Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak
dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara.
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung
kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di manamana. Kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa
bentuk yang digunakan sehari-harian. Anyaman tradisi Melayu mempunyai ragam hias atau
corak berasaskan motif-motif tertentu. Terdapat ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman,
iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang
"berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa
memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai
"gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi
seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.
Batik adalah kraf tradisi yang terkenal di Malaysia. Batik ialah sejenis barangan kraf
yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain atau dilukis. Batik Lukis
biasanya menggunakan motif flora dan fauna dan dilukis menggunakan canting yang mempunyai
corong halus bagi mengalir lilin panas yang bertindak sebagai penebat diantara ruang warna bagi
membentuk corak-corak yang sesuai dengan rekaan yang dihasilkan. Warna akan disapu pada
permukaan kain dengan menggunakan berus warna. Batik terap dihasilkan dengan menggunakan
blok logam yang diperbuat daripada tembaga atau kepingan zink. Untuk menghasilkan corak
pada blog kepingan zink perlu dipateri dengan timah. Blok corak batik juga menggunakan lilin
panas sebagai penebat bagi menghasilkan corak batik blok seperti yang dirancang. Dalam
penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan adanya motif-motif
yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarnakan dengan sempurna. Motif-motif yang
digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional.
2.1.3
Tenunan
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli
antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk
dijadikan sehelai kain. Tenunan berasal dari perkataan tenun (perbuatan) : merupakan kaedah
penghasilan fabrik yang melibatkan bahan asas dan peralatan yang digerakkan oleh tenaga dan
daya fikir manusia . Motif bagi songket dihasilkan di atas kain tenungan tangan. Terdapat lebih
dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional
biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok
.
2.1.4 Ukiran
Ukiran diperbuat daripada kayu, gading atau tanduk yang diukir. Menurut istilah dewan
bahasa: Seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan
menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain.
Lazimnya ukiran digunakan sebagai hiasan yang digunakan pada bangunan, rumah serta
alatan,alat perhiasan dan senjata. Sarung keris dan ulu keris misalnya dihasilkan dengan adunan
seni pertukangan dan ukiran. Kesimpulannya, ukiran kayu adalah kerja mengukir atau
menggores kayu mengikut reka corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat,
pisau, dan sebagainya.
Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair
gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Malahan, keindahan alam itu
diabstrak pula pada seni kraf tradisional. Motifnya diambil dari tumbuh-tumbuhan, manusia,
haiwan dan kosmos (alam semesta yang lebih luas) dilakar dan digarap dengan gagasan,
wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual bangsa Melayu. Penciptaan barang-barang
kraf tradisional memerlukan kepandaian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas
sejak dari proses awal hingga sesuatu hasil kraf tangan itu tercipta. Barang- barang ini kaya
dengan unsur-unsur budaya melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Barangbarang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Tukang pandai
melayu telah menghasilkan bahan-bahan kraf tradisional yang bukan sahaja berguna tetapi juga
dimasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik.
Ragam hias merupakan bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi pola yang
diulang-ulang dalam sesuatu karya kerajinan atau seni. Karya ini dapat berupa tenunan, tulisan
pada kain contohnya batik, songket, ukiran atau pahatan pada katu atau batu. Ragam hias ini
dapat diubahsuai sehingga bentuknya bervariasi. Variasi ragam hias biasanya khas untuk satu
unit budaya pada era tertentu sehingga dapat menjadi petunjuk bagi para sejarahwan atau
arkeologi. Motif didefinisikan sebagai satu imej atau rupa yang dijadikan dasar atau corak pada
sesuatu karya seni tampak. Dalam erti kata lain, satu motif akan diulang atau digabungkan
dengan pelbagai motif untuk menghasilkan corak yang seimbang dan harmoni. Motif merupakan
unsur seni yang paling penting dalam menghasilkan corak pada permukaan kraf tradisional
Melayu. Dalam kraf tradisional Melayu, motif bertindak sebagai penyampai hasrat pemikiran
dan kehendak pengkarya kerana motif itu sebenarnya mengandungi pengertian, kegunaan dan
falsafahnya tersendiri yang boleh memberi kebaikan, pengajaran dan peringatan kepada
masyarakat Melayu.
Motif adalah suatu unit lakaran yang diulang-ulang untuk menghasilkan corak
gubahan yang lengkap dan yang paling menonjol dan sesebuah karya. Ia merupakan
unsur yang penting dan lazimnya mengandungi makna. Motif juga menyerlahkan konsep
dan tema dalam menghasilkan sesuautu karya (Ocvirk, et. al, 2002). Motif juga boleh
ditakrifkan sebagai unsur -unsur visual atau imej dalam sesebuah kerja seni. Penciptaan motif
dalam kraftangan Melayu sememangnya amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Mengikut Ku
Zam Zam (1984 & 1989), alam sekitar merupakan sesuatu yang menjadi sumber penting dalam
penghasilan motif orang Melayu. Kebanyakan corak yang dihasilkan biasanya ada hubungan
harmoni antara kehidupan mereka dengan alam sekeliling. Penghasilan kraf biasanya bertitik
tolak dari rasa kesedaran terhadap keperluan gunaan dan estetika atau keindahan.
Elemen alam sekitar yang menjadi motif penting dalam kraftangan Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu elemen alam sekitar flora, fauna dan kosmos. Motif
elemen alam sekitar flora iaitu motif bunga ialah motif yang paling popular digunakan dalam
kraftangan Melayu. Motif-motif kraf tradisional yang memanfaatkan elemen flora, fauna dan
kosmos ini bukan sahaja memaparkan nilai estetika malah mengandungi pendidikan moral
dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Jelasnya, elemen-elemen alam
sekitar flora, fauna dan kosmos telah digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan cara
(gaya) yang sungguh unik iaitu dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam setiap
elemen alam sekitar yang digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai estetika
hasil daripada kekreativitian pengkarya mengeksploitasi rupa bentuk elemen-elemen alam
sekitar terbabit.
Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini
terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa
sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Oleh itu kita
boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat
10
Akar-akar menjalar
Bunga
berbaling
Bunga berbaling
(variasi)
11
Motif berasaskan flora seperti pucuk rebung, bunga tanjung, bunga gorek,
bunga cengkeh, bunga telepok, bunga lawang dan bunga kunyit, bunga
baling-baling, bunga cina, bunga tampuk berembang dan bunga tampk
manggis.
(ii)
Motif berasaskan fauna seperti lawi ayam, kuda laut, dada kaki lapan, kupukupu, ayam jantan, burung merak, siku keluang besar, siku keluang kecil dan
gigi belalang
12
(iii)
2.2.3
Motif Ukiran
Motif juga terdapat dalam ukiran di mana motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran
flora, seni khat, fauna, awan larat, koskos dan geometri. Bagi ukiran yang bermotifkan flora dari
segi daun adalah seperti bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, pucuk paku dan ringgit
manakala ukiran yang bermotifkan flora dari segi bunga adalah cempaka, kemunting, lawang,
ros, manggis dan lain-lain.
Antara motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran ialah flora, seni khat, fauna,
awan larat, kosmos dan geometri.
(a) Flora
(i)
Daun: bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya,
ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku,
piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.
(ii)
ketumbit,
kecubung,
kundur,
kala
bukit,
kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung,
matahari, cengkih dan lain-lain.
(c) Fauna
(i) itik pulang petang
(d) Awan Larat - awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin
sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.
(e) Kosmos- Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.
13
2.2.4
Motif Anyaman
Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama pokok-pokok dan sesetengah motif
songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan
raja-raja seperti seri kaya dan tepung talam.
Ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula
terbahagi kepada dua susunan bunga penuh
daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan
meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif
rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan
teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motifmotif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan
bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif
'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
14
3.1
Fungsi Motif
Motif menjadi unsur visual yang utama dalam karya seni dan ia juga
merupakan imej yang dihasilkan bagi mengindahkan sesuatu hasil kraftangan termasuk
tekstil. Pereka bentuk motif dalam penghasilan kraftangan biasanya mendapat ilham
daripada alam persekitarannya. Kraftangan tanpa corak-corak motif akan dilihat lesu
ataupun hambar. Terdapat pelbagai motif yang biasa digunakan sebagai ragam hias senireka
corak kraf tekstil tardisional Malaysia. Jelasnya, elemen-elemen alam sekitar flora, fauna dan
kosmos telah digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan cara (gaya) yang sungguh
unik iaitu dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam setiap elemen alam sekitar
yang digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai estetika hasil daripada
kekreativitian pengkarya mengeksploitasi rupa bentuk elemen-elemen alam sekitar terbabit.
Motif dari alam semulajadi yang dipilih menjadi fungsi hiasan bagi mengindahkan hasil kraf.
Selain itu motif juga menjadi berfungsi estetika. Fungsi estetika dalam konteks seni
kraf dan pertukangan orang Melayu ialah dalam erti kata kesempurnaan pembuatan hasil
tangan dalam segi keindahan visualnya yang sesuai dengan fungsi barangan yang dicipta oleh
pembuat. Bukan semua peninggalan hasil kraftangan mempunyai nilai estetika yang tinggi
15
Selain itu motif alam sekitar yang dipilih juga menjadi fungsi simbolik yang
mengandungi unsur-unsur simbolik berkaitan dengan kehidupan rohaniah manusia. Simbol
didefinisikan oleh Needham yang dipetik oleh Othman Yatim (1989), sebagai sesuatu yang
mewakili sesuatu perkara yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa simbolisme adalah penting
kerana ia bertujuan menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia
untuk mematuhi dan mengenali nilai-nilai yang patut ada untuk mereka hidup bersama-sama.
Di dalam kraf tradisional Melayu, motif bersimbolik kebanyakannya terdiri dari jenis
fauna dan kosmos yang dipercayai dapat memberi ketenangan hati, kebahagian dalam hidup dan
keagungan Tuhan yang mencipta alam semesta. Motif bunga tanjung yang paling popular dalam
kraf tradisional Melayu adalah simbol kepada selamat datang kepada tetamu atau kedatangan
tetamu ke rumah mereka sangat dialu-alukan. Kebanyakan motif bunga berbentuk bulat yang
melambangkan alam semesta. Motif awam larat memperlihatkan sifat kehalusan budi pekerti
manakala liuk-lintuk daunnya melambangkan sopan-santun orang Melayu. Motif ini juga
simbolik kepada sifat Tuhan yang tiada permulaan dan tiada pengakhirannya manakala motif
sulur bayung melambangkan pemusatan kepada suatu kuasa yang maha tinggi martabatnya.
4.0
Sumber alam semulajadi seperti flora dan fauna yang terdiri dari berjenis-jenis bungaungan, daun-daun, pokok-pokok menjadi inspirasi kepada pereka bentuk motif. Hidupan hutan
juga menjadi sumber idea kepada pereka bentuk motif yang mengubah suai dan
melakukan penggayaan imej-imej fauna seperti unggas dan haiwan. Antara bentuk-bentuk
motif yang biasa terdapat dan diguna pakai dalam seni kraf Melayu termasuklah kupu-kupu,
siput, keluang, itik, ikan, gajah dan lain-lain lagi. Penggunaan flora dan fauna sebagai sumber
motif ada lah didapati sangat sesuai dan diterima pakai oleh masyarakat Melayu. Sumber motif
dari kosmologi iaitu alam geografi dan cakerawala yang terdiri daripada gunung ganang,
16
Untuk proses mengadaptasi pula pereka menggunakan pengalaman yang ada untuk
mengadaptasi sumber dari alam semulajdi kepada barangan kraftangan kerana kebanyakan
barangan kraftangan ini mempunyai bahan dan teknik penggunaan yang berbeza seperti kain
batik, songket, tekad
cakerawala yang banyak diaplikasikan dalam ukiran kayu. Motif ini biasanya diletakkan di
bahagian tebar layar, perabung dan atap sesuai dengan kedudukan sebenarnya di dalam sistem
cakerawala (bahagian atas). Terdapat pelbagai nama motif awan seperti awan telipuk, awan
boyan, awan semayang, awan selipat, awan jawa dan awan larat. Dipercayai motif-motif ini
adalah pengamatan tukang-tukang ukiran kayu terhadap pergerakan awan yang berserakan di
langit. Awan-awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk
kepulan-kepulan awan yang indah.
5.0
17
Ciri yang paling penting dalam kehidupan masyarakat tradisional adalah kebergantungan
mereka terhadap lingkungan alam sekitarnya. Aktiviti masyarakat tradisional berkait rapat
dengan penempatan awalnya yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan di tepi-tepi sungai,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan ini dijadikan sebagai sumber motif pada kraf. Pada masa itu,
hutan memainkan peranan penting sebagai sumber rezeki utama untuk membekalkan hasil hutan
seperti rotan, kayu-kayan, hasil pemburuan dan juga tempat tinggal haiwan. Hutan juga dapat
membekalkan keperluan harian seperti sayuran tradisi, bahan perasa, ulam-ulaman, bahan ubatan
tradisional dan juga buah-buahan. Selain itu, cakerawala turut diberi perhatian oleh masyarakat
dahulu. Pemerhatian kepada bentuk-bentuk awan memberi panduan kepada mereka dalam
menjalani kehidupan harian, contohnya seperti menentukan musim hujan. objek-objek alam
semulajadi yang mempunyai keindahannya tersendiri menjadi motif di dalam kraf tradisional
orang Melayu dalam kehidupan harian mereka. Kesemua teknik menghasilkan motif itu adalah
bergantung kepada bahan yang digunakan oleh pengkarya. Kesesuaian teknik, peralatan dan
bahan adalah penting bagi memastikan karya yang dihasilkan sempurna, halus dan tinggi mutu
seninya. Sebagai contoh, untuk menghasilkan motif-motif dalam kerja seni ukiran, kemahiran
melukis, mengukir dan memahat diperlukan bagi menghasilkan pola corak ukiran yang
sempurna.
18
Kajian ini juga mendapati bahawa motif-motif kraf tradisional bukanlah untuk
memaparkan keindahan semulajadi semata-mata tetapi ia turut menggabungjalinkan
pendidikan dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Pendidikan tradisional bagi
masyarakat Melayu lama disebarkan melalui lisan oleh orang-orang tua. Fungsi pendidikan
ketika itu ialah bagi membolehkan individu tertentu mengatur cara hidup di samping
mengamalkan nilai-nilai murni bagi melahirkan sebuah masyarakat yang aman damai. Tukangtukang seni khasnya ukiran kayu banyak mengaplikasikan pendidikan moral secara visual iaitu
motif ukiran berdasarkan sifat-sifat binatang yang ada pengajaran baik dan buruknya. Ukiran
yang telah siap akan diletakkan di tempat yang strategik untuk peringatan seisi rumah.
Begitulah keistimewaan bangsa Melayu lama dalam menghargai alam semulajadi dan
melahirkan kepekaan mereka terhadap alam sekitar yang diciptakan Tuhan. Pelbagai nama
bunga, haiwan dan kosmos digubah bentuknya agar sesuai digunakan sebagai motif dalam kraf.
Ternyata orang Melayu zaman dahulu mempunyai pengetahuan yang amat kaya tentang namanama bunga yang ada di persekitaran mereka. Mereka bukan sahaja rapat dengan alam sekitar
tetapi mengetahui kegunaan objek-objek alam semulajadi itu yang boleh mendatangkan pelbagai
faedah kepada mereka. Bunga ator, kerak nasi, gedong, ketamguri, asam batu, sarung cekak dan
cabit antara tumbuhan-tumbuhan yang kurang dikenali oleh generasi kini yang amat popular dan
berguna kepada masyarakat Melayu lama.
19
Hubungan erat antara orang Melayu dengan alam sekitar, serta kepekaan mereka dalam
meneliti kehidupan dan peredaran alam sekitar, seperti tumbuhan memberikan peluang kepada
mereka untuk memindahkan keindahan alam sekitar itu kepada ragam hias dalam tradisi seni
rupa. Misalnya motif, jalur, warna dan seumpamanya banyak menyatakan hubungan mereka
dengan tumbuhan. Tumbuhan memberikan mereka kepuasan dan keharmonian jiwa. Kepekaan
mereka dalam meneliti alam sekitar membolehkan mereka memindahkan secara terperinci
sesuatu itu kepada media lain. Misalnya, keindahan pada daun, ranting dan bunga yang dapat
diteliti dari urat-uratnya. Justeru, hasil seni rupa Melayu merupakan manifestasi daya kreatif dan
pemikiran manusia Melayu.
20
sebagai
Suatu
Othman Mohd. Yatim, 1989 Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Othman Mohd. Yatim. 1979. Keramik Asing Dalam Budaya Melayu. Dewan Bahasa & Pustaka:
Raja Ahmad Aminullah & A.Rahim Abdullah. 1999. Isu-Isu Cabaran Tradisi & Seni Sezaman;
Dialog Budaya, Sastera & Seni Rupa. Perak Darul Ridwan: Yayasan Kesenian Perak.
Selvanayagam, Grace Impan. 1981. Kain Songket Patterns in Peninsular Malaysia. Kuala
Lumpur: University of Malaya.
Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan
BahasaDan Pustaka
Siti Zainon Ismail. 1986. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ahmad Jamal. 1993. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Yusman Ayob & Mohamed Roselan Malek. 1995. Kraftangan Dan Seni Bina Tradisional.
Petaling Jaya: Penerbitan Prisma Sdn. Bhd.
(255 pp)
21