Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

PULAU PINANG

Tajuk Tugasan: Penulisan Esei

NAMA
NOMBOR KAD PENGENALAN
KELAS
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH

: JAYNE NG KIA YEE


: 970214135574
: BIMBINGAN DAN
KAUNSELING(PPISMP)
: CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
(GCI 1022)
: ENCIK NASIR BIN YUSOF

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:_______________

Nama penulis

Tarikh

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
subjek Cabaran dan Isu Semasa Dunia saya, Encik Nasir Bin Yusof kerana telah
memberi pertolongan dan nasihat yang banyak dalam melaksanakan kerja kursus
ini. Beliau telah membimbing saya dan rakan sekelas saya akan cara-cara
menjalankan kerja kursus ini dengan penuh kesabaran serta tidak jemu memberi
teknik menyelesaikan masalah apabila kami menyoalkan pertanyaan kepadanya.
Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
sentiasa bersama dengan saya apabila saya mengalami kesukaran dalam membuat
kerja kursus. Semua anggota keluarga saya yang telah menghulurkan sokongan
moral kepada saya apabila saya menghadapi kesusahan. Tanpa mereka, saya tidak
dapat menyiapkan kerja kursus saya dengan lancar.
Tambahan pula, saya ingin menyampaikan penghargaan terhadap rakan-rakan
saya, terutama rakan-rakan sekelas saya yang telah berganding bahu menolong
saya melaksanakan tugasan-tugasan kerja kursus. Kami bagai aur dengan tebing
telah saling membantu dan menempuhi semua halangan yang dialami bersama
apabila kami telah menjalankan tugasan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada sesiapa yang telah sedikit
sebanyak memberi bantuan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus.
Walaupun pertolongan yang diberi adalah sedikit, tetapi bantuan tersebut telah
banyak menyumbang dalam membuat kerja kursus ini.

Isi Kandungan

PERKARA

MUKA
SURAT

Halaman pengakuan

Penghargaan

ii

Isi Kandungan

iii

1.0 Pengenalan

2.0 Pemerdagangan manusia, isu global di dunia dan negara kita, Malaysia

2.1 Punca-punca dan sebab-sebab isu ini berlaku

2.2 Kesan-kesan yang berlaku akibat isu global ini

2.3 Langkah-langkah menangani isu tersebut

3.0 Kesimpulan

Rujukan

1.0

Pengenalan
Mengikut tesaurus laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (2009),
perkataan isu bermaksud persoalan, masalah, perkara, hal, pokok,
perbincangan, tajuk perbualan atau topik. Definisi perkataan global pula
meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat; merangkumi
seluruh kumpulan perkara dan sebagainya, menyeluruh mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2013). Darsawarsa, dalam menempuh arus
modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, isu-isu global makin
menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Antaranya isu global
yang

termasuklah

isu

keganasan

antarabangsa,

ketidakseimbangan

kekayaan dunia dan kemiskinan negara dunia ketiga, isu pemakanan dan
kesihatan, isu alam sekitar, isu kejuteraan generik, dan isu pemerdagangan
manusia.
Tinjauan awal isu keganasan antarabangsa berlaku apabila Amerika
Syarikat diiktirafkan sebagai negara paling berpengaruh dan berkuasa di
dunia yang bertindak balas secara agresif dan militer terutamanya selepas 11
September. Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk mengisytiharkan
perang ke atas pengganas tidak berjaya memperbaiki suasana di negara
serta rantau terbabit, termasuk di Asia Tenggara. Keganasan yang
dipamerkan seperti pengeboman, pembunuhan diri dan penculikan untuk
mencapai tuntutan politik disebabkan oleh penentangan ideologi, kegawatan
ekonomi dan kelemahan pemerintahan. Hal ini menyebabkan pembunuhan
orang yang tidak berdosa dan penderitaan dalam kalangan masyarakat.
Untuk isu ketidakseimbangan kekayaan dunia dan kemiskinan negara
dunia ketiga, negara-negara dunia ketiga menghadapi penguasaan pasaran,
harga bahan mentah dan juga dimonopolikan dalam bidang perdagangan
selepas dijajahi. Hal ini amat membimbangkan kerana selepas negara-negara
dunia ketiga dijajah, malah wujudnya kemiskinan mutlak dan kemiskinan
relatif. Bank Dunia telah menggunakan ukuran pendapatan USD 1.25 sehari
sebagai ukuran kemiskinan untuk negara-negara mundur dan penduduk
negara dunia ketiga berpendapatan lebih kurang daripada jumlah tersebut
dan dianggap hidup dalam kemiskinan ekstrem.
Isu pemakanan dan kesihatan pula dimulakan pada tahun 2007 hingga
2008, dengan kenaikan harga makanan global secara mendadak. Hal ini

berlaku apabila ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial wujud dalam


negara miskin dunia. Pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan susut
secara mendadak di negara-negara pengeluar utama dan negara pengeluar
beras terbesar di dunia seperti negara-negara Benua Asia. Malaysia tidak
terlepas daripada krisis ini kerana negara kita juga kekurangan bekalan
makanan. Golongan petani menfesak supaya harga padi dinaikkan sejajar
dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa. Negara-negara
serantau Malaysia juga terjejas dengan kesan-kesan yang dibawa oleh isu
tersebut. Bagi isu kesihatan, influenza A (H1N1) mula dikesan pada tahun
2009 dan ia merupakan krisis kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya
wabak ini hampir ke semua negara. H1N1 sejenis penyakit berjangkit yang
terhasil daripada pencampuran genetik virus influanza babi, burung dan
manusia dan akan menganggu sistem saluran penafasan manusia. Kanakkanak, golongan yang berusia lebih 65 tahun ke atas dan wanita hamil
berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit tersebut.
Isu alam sekitar terjadi kerana faktor semulajadi dan faktor manusia.
Faktor semulajadi ialah seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan,
gempa bumi dan sebagainya manakala faktor manusia ialah pencemaran
yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan. Jenisjenis pencemaran yang terdapat ialah pencemaran udara, pencemaran air
dan pencemaran tanah. Pencemaran-pencemaran tersebut mengancam
kesihatan manusia, flora dan fauna selain merosakkan harta benda.
Isu kejuteraan generik adalah perubahan kod genetik asal dengan cara
tiruan yang berbeza daripada cara pembiakan tradisional dan bertujuan
menyusun semula urutan DNA dalam gen menggunakan kaedah buatan.
Teknik ini mengambil bahan genetik dari satu spesies hidupan untuk
dimasukkan ke dalam satu spesies yang lain. Kerana isu tersebut, ia telah
membawa kesan dari segi etika dan agama serta ketiadaan kawalan dalam
kemusnahan nyawa.
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015), dagang
dalam perkataan pemerdagangan membawa maksud datang (berasal) dari
luar negeri atau dari tempat asing (berkenaan dengan orang dan lain-lain).
Manusia pula membawa definisi makhluk yang mempunyai akal budi, insan,
orang mengikuti Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Mengikuti Akta 670

(2007) pula, pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang


melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan
seseorang

melalui

paksaan,

dan

termasuklah

perbuatan

merekrut,

mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima


seseorang bagi maksud Akta ini.
Kes-kes pemerdagangan manusia kerap memudaratkan dan hal ini
amat membimbangkan semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh untuk
membuktikan pernyataan di atas adalah yang baru-baru ini, pemandu teksi
dipenjara 3 bulan terbabit aktiviti pemerdagangan manusia. Masalah sebegini
amat meningkat sebagai cendawan selepas hujan terutamanya dalam negara
kita, Malaysia. Berdasarkan laporan dari sebuah portal luar negara, negara
Malaysia pernah disenarai sebagai negara ke 8 paling tinggi kes
pemerdagangan manusia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terasa malu
kerana negara kita sebuah negara Islam yang menggunakan agama
rasminya iaitu agama Islam dengan majoritinya rakyatnya juga berbangsa
Melayu dan beragama Islam, tapi tersenarai di tangga ke-8 negara paling
ramai pelacur. Malah dalam hal ini, negara kita tersenarai dengan lebih tinggi
dari negara jiran seperti Thailand sedangkan negara tersebut dianggap
sebagai syurga pelacuran. Tambahan pula, perjumpaan sebuah kem mangsa
pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya di Hutan Simpan Mata
Aye di sini, kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand cukup mengejutkan
apabila keadaannya umpama sebuah perkampungan kecil apabila dilengkapi
pelbagai kemudahan termasuk surau. Dapatlah melihat bahawa betapa pesat
isu pemerdagangan manusia berlaku.
Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini terus menjadikan lebih kronik,
marilah kita lebih memahami akan isu global ini iaitu pemerdagangan
manusia agar kita dapat mengatasi masalah ini dengan lebih efesien dan
efektif.
2.0

Pemerdagangan manusia, isu global di dunia dan negara kita, Malaysia


Isu yang dipilih untuk dibincangkan dalam tugasan ini adalah isu
pemerdagangan

manusia.

Terdapat

beberapa

elemen

yang

perlu

dibincangkan sebelum kita lebih mendalami pengertian pemerdagangan


manusia. Mengikut Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim, Dr Mohd. Aris Othman, Siti

Faithah Abdullah dan Chin Kuang Tiu (2015), pemerdagangan manusia


melibatkan tindakan merekrut, memindah, menyimpan manusia dengan
tujuan untuk melakukan

eksploitasi tertentu seperti menjadikan mangsa

perdagangan sebagai pelacur, menjual organ manusia yang didagangkan,


dijadikan hamba abdi atau buruh paksa. Pemerdagangan manusia juga
membawa definisi perekrut, transportasi, pembelian, penjualan, pemindahan,
penyembunyian atau penerimaan orang mengikuti L.M. Gandhi Lapian dan
Hetty A. Geru. (2006)
Perdagangan manusia berlaku dalam sesebuah negara selain
daripada merentasi sempadan antarabangsa. Pada kebiasaannya, kanakkanak dan kaum wanita yang menjadi mangsa perdagangan manusia,
walaupun tidak dapat dinafikan orang-orang dewasa dan kaum lelaki juga
turut menjadi mangsa perdagangan manusia megikut Eitzen, et. el, (2012).
Mangsa-magsa tersebut diugut, ditipu atau diberi salah guna kuasa secara
kekerasan.
2.1

Punca-punca dan sebab-sebab isu ini berlaku


Antara punca berlakunya fenomena pemerdagangan manusia
dari segi pendidikan adalah kerana kekurangan peluang untuk
menimba ilmu. Mangsa pemerdagangan manusia biasanya berasal
daripada keluarga yang lebih miskin atau tidak mempunyai keupayaan
untuk menyara semua anggota keluarga. Mangsa pemerdagangan
manusia yang berasal dari keluarga sebegini kurang ada peluang
untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Kemiskinan yang
dialami oleh individu tersebut lebih berkemungkinan berlaku kerana
ledakan

pertambahan

penduduk

kerana

kawasan

penempatan

tersebut mempunyai banyak penduduk dan hal ini menyebabkan pihak


kerajaan dan pihak yang berkenaan sukar untuk menyediakan didikan
serta bimbingan yang mencukupi dan hal ini menyebabkan mereka
kurang bercelik dan buta huruf. Walaupun Kebijakan Nasional tentang
Pendidikan dan konstitusi Republik Federal Nigeria tahun 1999 telah
menekankan akses yang sama terhadap pendidikan kepada lelaki dan
perempuan di Nigeria, namun pemerintah federal Nigeria telah
melaporkan pada tahun 2003 bahwa diperkirakan tujuh juta (sekitar

35% dari jumlah total) dari anak-anak Nigeria sekolah dasar usia tidak
terdaftar di sekolah dasar. Oleh sebab itu mereka tidak mempunyai
banyak kemahiran serta ilmu dan akhirnya mereka akan terjebak
dalam perangkap perdagangan manusia.
Selanjutnya itu, masalah dari segi ekonomi juga memainkan
peranan penting dalam wujudnya isu pemerdagangan manusia.
Kadangkala ahli-ahli keluarga dijadikan cagaran semasa membuat
pinjaman wang. Mengikut Cecilia Jeyanthi Victor (2014), adanya yang
dipaksa menjual tubuh mereka demi memuaskan pelanggan kerana
mereka tiada pilihan dan dipaksa melunaskan hutang kepada agensi
terbabit. Keluarga yang berada di kawasan-kawasan kemiskinan yang
kronik tidak dapat menjelaskan hutang mereka kerana faktor-faktor
seperti kekurangan punca kewangan, hasil pertanian yang tidak
menjadi, tanggungan beban kewangan yang berat dan wabak penyakit
yang wujud di kawasan mereka. Apabila keluarga tersebut tidak
berkemampuan melunaskan pinjaman mereka, terdapat satu daripada
ahli-ahli keluarga yang terpaksa diserahkan kepada peminjam wang.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pemerdagangan manusia selalu
berlaku dalam kawasan-kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan
yang tinggi kerana ingin bereskan hutang mereka dan meningkatkan
status kewangan. Kemiskinan dan kedaifan hidup juga menyebabkan
terdapat ibu bapa terpaksa menjual anak-anak kepada broker-broker.
Broker-broker akan membuat janji kosong kepada kedua-dua ibu bapa
bahawa mereka dapat membawa anak-anak memperjuang masa
depan yang lebih baik agar ibu bapa akan lebih yakin untuk
menyerahkan anak-anak kepada mereka tanpa rasa risau atau ragu
kepada mereka. Broker-broker lalu akan menjualkan anak-anak
tersebut kepada kumpulan pemilik hamba (slavesholder) pula.
Akhirnya, ramai yang terjebak dalam aktiviti pelacuran tanpa rela.
Dari segi sosial pula, individu yang tidak berpegangan kuat
terhadap agama masing-masing tidak mempunyai petunjuk hidup dan
mudah terjebak dalam isu pemerdagangan manusia. Mengikut
Viveekdeep Singh (2012), setiap agama mengajar penganutnya tidak
melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai

pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral.


Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan
yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undangundang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini.
Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan
melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak. Memang tidak
boleh dinafikan apabila seseorang penganut agama tidak mengikuti
ajaran agama, maka indivdu tersebut akan lebih mudah terlibat dalam
melakukan perbuatan yang salah dan berdosa. Kerana kekurangan
ajaran dari segi agama, justeru fenomena pemerdagangan manusia
akan berlaku. Mereka akan menjualkan tubuh sendiri kerana
berpendapat cara mencari rezeki ini adalah antara cara termudah dan
paling cepat untuk mendapat keuntungan, tanpa berpendapat bahawa
perlakuan tersebut adalah salah dan berdosa kepada ajaran agama.
Dari

segi

politik,

pihak

kerajaan

negara

yang

kurang

mengukuhkan kuasa undang-undang dan akta-akta akan lebih


mendorong isu ini berlaku. Hal ini kerana kalau akses kepada
sempadan luar negara mudah dan kekangan serta peruntukan untuk
ke luar negara longgar, maka pemerdagangan manusia akan lebih
senang

diwujudkan.

pemerdagangan

Pihak-pihak

manusia

akan

yang
lebih

terlibat

dalam

berangan-angan

isu
untuk

menyeludup ke dalam sesebuah negara dan penjenayah-penjenayah


yang sudah berjaya merentasi sempadan negara akan membuat kecoh
dan menimbulkan banyak masalah terutama masalah gejala sosial di
sana. Sebagai contoh, walaupun kerajaan negara Malaysia telah
menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras
masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan
secara berterusan dan menyeluruh. Hal ini menyebabkan Amerika
Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 dalam senarai negara
yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya.
Beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat
dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang-undang
ini telah menyebabkan kes pemerdagangan manusia berterusan di
negara Malaysia.

2.2

Kesan-kesan yang berlaku akibat isu global ini


Kewujudan isu pemerdagangan manusia telah menyebabkan
kesan-kesan berlaku dari segi politik. Mengikut Viveekdeep Singh
(2012),

Amerika

Syarikat

telah

menggubal

undang-undang

perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan


dan Keganasan 2000. Akta itu telah memperluaskan konsep
perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas
mereka

yang

terlibat.

Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007


(ATIP) bagi menangani isu tersebut. Sejajar dengan pengenalan akta
tersebut, pihak kerajaan telah menubuhkan Majlis Antipemerdagangan
Orang

(MAO)

yang

dan melaksanakan

berfungsi

ATIP.

Namun

untuk

menyelaraskan

begitu,

walaupun

dasar
Laporan

Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) dilaksanakan oleh Jabatan


Negara, Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16
negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini. Kewujudan ATIP
dan MAO akan membuktikan komitmen negara dalam usaha
membanteras

fenomena

ini.

Persidangan

Serantau

Mengenai

Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di


Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu
antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk
membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat,
kepakaran
Persidangan

dan

undang-undang

Serantau

Mengenai

yang

seragam.

Penyeludupan,

Dengan

ini,

Perdagangan

Manusia dan Jenayah Atara Negara dapat memastikan aktiviti tersebut


dapat dibendung di peringkat permulaan, bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Pemerdagangan manusia bukan sahaja
melanggar hak sesebuah negara malah menimbulkan pelbagai
masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.
Namun

begitu,

ramai

yang

masih

keliru

di

antara

konsep

pemerdagangan manusia. Menurut UN Convention Transnational


Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang
memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan
pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak

tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang


2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan,
pengangkutan,

pemindahan,

pelindungan,

penyediaan

atau

penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.Bagi pengertian


eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala
bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa
perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian
atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ
manusia. Dari penjelasan di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara
antara perdagangan dan penyeludupan manusia. Kesanggupan
mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa
migrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka
mendapat keuntungan berlipat kali ganda di Negara destinasi. Pada
1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York
dengan

menggunakan

kapal

Golden

Venture.

Setiap

mereka

membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen


penyeludupan.

Kebanyakan

mereka

telah

berjaya

mengaut

keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di


negara asal. Pendek kata, terdapat banyak akibat yang terjadi dalam
bidang politik negara kita. Ia akan menjatuh dan mencemarkan imej
negara kerana kekerapan isu ini berlaku menunjukkan negara lemah
dalam mentadbir serta menguatkuasakan undang-undang dan negara
akan dianggap sebagai sarang jenayah.
Kesan

yang

seterusnya

ialah

kesan

dari

segi

sosial.

Pemerdagangan manusia amat meningkatkan kadar gejala sosial yang


ada dalam negara kita seperti kes-kes berpeleseran, pelacuran, seks
bebas dan minum arak kerana galakan penjenayah yang diperdagang
di negara kita. Jenayah yang semakin berleluasa mengancam
keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan
bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut
dan sebagainya. Jika masalah ini tidak dikongkong, malah masyarakat
negara kita akan beranggap bahawa golongan wanita dan kanakkanak ini mudah dihina dan diperdaya serta menindas mereka sebagai
masyarakat kelas kedua yang dilayan dengan kurang hormat dan

sopan. Tambahan pula, kerana masyarakat mengamalkan seks bebas,


penularan

penyakit

berjangkit

akan

menular.

Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan


sebagainya akan semakin berleluasan dalam kalangan masyarakat
apabila masyarakat bebas melakukan hubungan seks. Dengan ini,
kehendak seksual masyarakat akan meningkat dengan drastik dan
akhirnya negara kita akan menghadapi banyak masalah-masalah
gejala sosial. Jenayah pemerdagangan orang boleh mengancam
keselamatan dan keamanan negara kerana ia dapat menyebabkan
peningkatan kes jenayah dalam kalangan masyarakat. Jenayah
pelacuran, seksual, penculikan, dan pembunuhan terhadap wanita dan
kanak-kanak boleh mengancam keselamatan masyarakat hari ini.
Seterusnya, jenayah pemerdagangan orang boleh menyebabkan
keamanan

negara

pemerdagangan

atau

orang

masyarakat
akan

terjejas.

menjalankan

Sindiket

jenayah

kegiatan-kegiatan

perniagaan haram yang lain seperti rumah urut atau pelacuran dan
penyeludupan haram boleh meruntuh nilai sosial masyarakat dan
mengancam keamanan negara. Di samping itu, penjenayah yang
datang untuk mendagangkan manusia atau menjualkan tubuh akan
melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan. Pada
hal ini akan menyebabkan kesan yang seterusnya berlaku iaitu kesan
dari segi kewangan dan ekonomi.
Dari segi kewangan dan ekonomi, isu pemerdagangan manusia
telah banyak mengaut wang Ringgit Malaysia dan hal ini menyebabkan
pendapatan negara semakin menurun dengan ketara. Kerana ramai
yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti
pemedagangan manusia ini, penyaluran wang negara tersebut ke luar
negara semakin banyak. Setiap yang terjadi misti ada akibatnya,
sebagai contoh dari segi ekonomi, ramai yang tidak sedar dan tahu
bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 bilion poun wang mengalir
keluar

negara

akibat

daripada

aktiviti

tersebut.

Keadaan

ini

menyebabkan berlakunya kerugian yang besar terhadap negara dan


ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan
menjejaskan ekonomi negara kita. Fenomena ini akan membawa

kesan negatif seperti kerugian negara dari segi tukaran wang asing
dan keuntungan negara asal pekerja asing ini selain daripada
membebankan kewangan negara, merugikan negara dari segi
kerancakan perniagaan serta melemahkan kerancakan ekonomi di
negara Malaysia.
Seterusnya, pemerdagangan manusia akan membawa kesan
dari segi pendidikan pula. Oleh sebab ketara berlakunya isu
pemerdagangan manusia ini di segelintir kawasan negara-negara,
terutamanya di negara-negara yang lebih miskin, sistem pendidikan di
negara-negara tersebut akan semakin menjadi renggang. Memang
tidak boleh dinafikan bahawa pendidikan amat penting dalam
mengasuh anak-anak murid yang bakal menjadi pedoman negara
masa depan kita, namun kerana perbuatan pemerdagangan manusia
semakin terjadi, maka pelajar-pelajar akan berpendapat bahawa
pemerdagangan manusia adalah cara yang mudah untuk mencari
rezeki dan mereka akan menganggap perbuatan ini tidak bersalah.
Oleh itu, mereka akan terikut-ikut untuk melibatkan diri dalam isu
pemerdagangan

manusia

kerana

mereka

terdorong

untuk

mengamalkan sedemikian dan mengabaikan pelajaran mereka. Hal ini


akan meruntuhkan sistem pendidikan kerana semua anak-anak murid
tidak terikut dalam peraturan

sekolah masing-masing dan sistem

pengajaran dan pembelajaran akan terjejas kerana banyaknya murid


yang mengabaikan pelajaran mereka untuk memperdagang diri. Tetapi
yang

lebih

membimbangkan

ialah

oleh

sebab

adanya

isu

pemerdagangan manusia, malah adanya pemilik hamba yang menculik


anak-anak pelajar untuk didagang dan dijual kepada orang sebagai
buruh paksa dan ekploitasi seks secara komesial bagi lelaki.
2.3

Langkah-langkah menangani isu tersebut


Antara langkah dari segi politik yang boleh digunakan bagi
mengatasi isu ini ialah penguatkuasaan undang-undang. Sebagai
contoh,

Akta

Perlindungan

Mangsa

Penyeludupan

dan

Keganasan 2000 serta Akta Antipermerdagangan Orang 2007 perlu

dikuatkuasakan agar dapat mengatasi masalah isu pemerdagangan


manusia. Hukuman yang lebih kuat boleh dikenalkan selain daripada
mengenakan denda yang tinggi kepada penjenayah. Selain itu, pihak
kerajaan juga boleh menggunakan koordinasi antara kementerian bagi
mengurangkan

kadar

berlaku

pemerdagangan

manusia.

Pihak

kerajaan boleh mengadakan rundingan bersama negara-negara sejiran


seperti negara-negara Perhimpunan Bangsa-bangsa Asia Tenggara
(ASEAN) bagi mengatasi masalah ini. Operasi rondaan secara
berjadual

dan

intensif

antara

Malaysia

boleh

dijalankan

dan

perkongsian teknologi dari aspek keselamatan boleh diwujudkan


antara negara satu sama yang lain. Mengikut Menteri Luar, Datuk Seri
Anifah Aman (2015), negara kita dan negara-negara ASEAN
mengiktiraf betapa dinamiknya isu-isu di rantau ini dan juga sentiasa
berubah dan bersetuju untuk mengambil pelbagai langkah bagi
menangani ancaman dan cabaran berkenaan secara rundingan
dengan semua negara anggota ASEAN, rakan dialog dan negaranegara yang menyertainya. Menurut Viveekdeep Singh (2012), Pihak
kerajaan juga perlu memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi
kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk
kesempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada
jenayah perdagangan manusia. Kementerian berkenaan mengadakan
kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota
keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan
warga asing bagi tujuan tertentu.
Kita juga boleh membendung isu pemerdagangan manusia dari
segi pendidikan.Dari aspek pendidikan, kita boleh membahagikannya
kepada dua jenis iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal merupakan pendidikan dari persekolahan. Pihak
sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dan
mengaitkannya dalam sukatan pelajaran ataupun subjek-subjek yang
diajar di sekolah seperti Pendidikan Moral. Sebagai contoh, dalam
subjek Pendidikan Moral, topik-topik yang berkaitan dalam menangani
masalah ini seperti penyayang dan harga diri perlu dititik berat dan
ditekankan. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mengetahui maklumat-

maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon 999


semasa ternampak kejadian pemerdagangan manusia berlaku. Ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan tidak formal
dengan

menyalurkan

ajaran

agama

yang

secukupnya

dan

memantaukan anak-anak mereka supaya mengurangkan risiko-risiko


berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia. Ibu bapa sewajarnya
memberi perhatian yang penuh dan kasih sayang yang cukup perlu
dicurahkan kepada anak-anak agar anak anak akan dibawa besar
dengan baik dan cukup berdisiplin. Ajaran agama juga akan
menjauhkan anak-anak daripada melakukan tabiat yang berdosa.
Dengan asuhan yang lebih holistik, pasti masalah pemerdagangan
manusia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dapat ditangani.
3.0

Kesimpulan
Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak faktor yang
menyebabkan isu pemerdagangan manusia berlaku dan isu tersebut telah
membawa kesan-kesan dalam pelbagai aspek iaitu kesan dari segi politik,
segi

ekonomi,

segi

sosial

dan

segi

pendidikan.

Oleh

itu,

untuk

membanteraskan isu-isu tersebut, semua pihak harus berganding bahu untuk


mengatasi isu ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Marilah kita
bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengurangkan kadar isu
pemerdagangan berlaku dan seterusnya berusaha ke arah kemajuan demi
keamanan dan kesejahteraan hidup.

Rujukan
1. Amdun Husain. (2015) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Cecilia Jeyanthi Victor. (2014, Mac 4). Kaum lelaki Malaysia, malulah. Negara
kita lubuk bagi pelacur. Dicapai pada 10 Ogos 2015 dari
http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kaum-lelaki-Malaysia-malulah-Negara-kita
-lubuk-bagi-pelacur#sthash.wpzauOsz.dpuf
3. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2009). Laman web rasmi Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dicapai dari 10 Ogos 2015 dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=isu
4. Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim, Dr Mohd. Aris Othman, Siti Faithah Abdullah, Chin
Kuang Tiu. (2015). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

5. Eitzen, D.S., Baca Z. M. et el.. (2012). Social Problems, Census Update. Boston:
Ally Bacon.

6. Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala


Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. L.M. Gandhi Lapian, Hetty A. Geru. (2006). Trafiking Perempuan dan Anak.

Penanggulangan Komprehensif Studi Kasus: Sulawesi Utara. Indonesia:


Yayasan Obor Indonesia.

8. Sinar Harian Online. (2015, Ogos 6). AMM: Isu serantau dibincang secara
konstruktif. Dicapai pada 10 Ogos 2015 dari
http://www.sinarharian.com.my/nasional/amm-isu-serantau-dibincang-secarakonstruktif-1.416960

9. Viveekdeep Singh. (2012). Faktor Individu Menyebabkan Berlakunya Masalah


Penyeludupan

Manusia.

Dicapai

pada

10

Ogos

2015

dari

https://www.scribd.com/doc/99099139/Faktor-Individu-Menyebabakan
-Berlakunya-Masalah-Penyeludupan-Manusia#scribd.

10. United Nation. (2004). United Nations Convention Against Transnational


Organized Crime and the Protocols Thereto. Vienna: Vienna International
Centre.

11. Sharilfuddin Saari. (2015, Julai 15). Kem mangsa pemerdagangan manusia
terbesar didedah. Utusan Online. Dicapai pada 10 Ogos 2015 dari
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kem-mangsa-pemerdagangan
-manusia-terbesar-didedah-1.103101

Anda mungkin juga menyukai