Anda di halaman 1dari 17

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENULIS UNTUK MURID TAHUN
1 MELALUI KAEDAH ANSUR
MAJU SECARA BERULANG
OLEH
MALA MURUGAN
GURU KAJIAN TINDAKAN
SJK(T) LADANG TEMIANG RENCHONG

OGOS 2015

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI


KAEDAH ANSUR MAJU SECARA BERULANG
1.0 PENDAHULUAN
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol
bahasa dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu
maksud. Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang
tersusun dan melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Peranan tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu
didedahkan dengan cara penulisan yang betul.
Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul dan
boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak belajar menulis ialah
untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa
dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas; dan
membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang sempurna dalam bentuk
tulisan.
Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak
tugasan mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula
tulisan tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu
murid-murid dalam kelas Tahun Satu menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti
pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.

2.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU


Masalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkan
pengalaman saya yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Tamil kepada murid Tahun Satu semasa di praktikum. Masalah yang menjadi
fokus saya dalam mengajar murid Tahun Satu ini ialah masalah tulisan murid yang tidak
kemas. Masalah wujud khususnya dalam kelas Tahun Satu yang rata-rata muridnya
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapat
beberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses
pembelajaran berbanding rakan-rakan lain.
Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya tidak
menghadapi keciciran. Di sini saya memfokuskan kepada masalah beberapa orang
murid dari kelas Tahun Satu iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk, bengkang
bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz
antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapan gaya
penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel
yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang
tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak
didedahkan dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi.
Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan
yang dihasilkan. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga
dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan peranan yang
penting dalam membaiki tulisan murid. Guru harus mengajar murid cara menulis
dengan kaedah atau teknik yang betul.
Justeru, saya berfikir bagaimana cara untuk membantu murid Tahun 1 ini agar
dapat menulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa
(2005) yang bertajuk Kemahiran menulis secara kaedah ansur maju menunjukkan
bahawa mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan

kaedah ansur maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas,
teratur serta kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, saya memutuskan untuk
menggunakan kaedah ansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid Tahun 1 agar
menjadi kemas dan teratur.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
3.1 FOKUS KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namun
untuk kajian tindakan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan yang
tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awal
semasa awal tahun persekolahan. Hasil ujian mendapati ketiga-tiga murid ini berpotensi
kerana mereka boleh membaca dengan baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan
guru menyemak hasil kerja murid.
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan
menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, saya merancang
beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Saya
merangka beberapa tindakan berdasarkan pembacaan saya mengenai cara perbaiki
tulisan melalui kajian-kajian terdahulu.
Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada tiga orang murid Tahun 1. Rajah 1
menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan. Tinjauan awal
saya mendapati cara ketiga-tiga murid ini memegang pensel adalah salah. Menurut
Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak
menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang
manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan
dalam koordinasi motor.

Rajah 1: Tulisan salah seorang daripada tiga orang murid yang menjadi sasaran untuk
kajian ini.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada
alat tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan
menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor
halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata
pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Menurut Levine, semua ini adalah
faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang tidak cantik.
Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan
peranan yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut
Sassoon (1993) pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada
pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan
menulis huruf mengikut pergerakan yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan
kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat
untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan

yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan
seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan
cara yang betul. Dalam mengajar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang
memberi perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.

3.2 TINJAUAN MASALAH


Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi
mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini
dikenalpasti dalam kalangan murid Tahun 1 iaitu melibatkan seorang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah ansur
maju secara berulang kepada ketiga-tiga murid berkenaan.
Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan
beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar
wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah:
Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam
bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian merupakan
teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat secara berstruktur
dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah untuk dianalisis. Saya
melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid dalam buku latihan mereka, cara
mereka memegang pensel dan postur duduk mereka.

Analisis pemerhatian adalah seperti berikut:


Masalah

Murid A

Murid B

Murid C

1. Postur badan

2. Cara pegang pensel

3. Tulisan sukar dibaca

5. Tulisan bersepah

6. Huruf terlalu dekat

4. Perkataan terlalu
dan condong

7. Huruf besar dan


bercampur dalam
perkataan

rapat

kecil
satu

Didapati, murid A, B dan C mempunyai masalah dalam ketujuh-tujuh masalah yang


disenaraikan dalam borang tersebut.
Temubual Semi Berstruktur
Saya menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran untuk
mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dan untuk
mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah. Temubual semi
struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah dibentuk terlebih dahulu untuk
digunakan sebagai panduan semasa proses temubual. Penemubual bebas untuk
mengemukakan soalan-soalan lain yang tiada dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian
boleh dikatakan bahawa, temubual semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan
temubual tidak berstruktur (Choong Lean Keow, 2011).

Penelitian dokumen
Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh murid. Cara ini

digunakan untuk menyokong dapatan sedia ada yang telah diperoleh melalui alat kajian lain.
Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan item senarai semak.

Latihan menulis dalam


buku garis tiga

Baik

Sederhana

Lemah
/

Murid A
Murid B
Murid C

Didapati bahawa hanya murid C sahaja yang dapat membuat latihan penulisan
menggunakan buku garis tiga berada di tahap sederhana manakala murid A dan B
masih berada ditahap lemah (tulisan tidak cantik dan sukar dibaca)
3.3 ANALISIS MASALAH
Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya menggunakan teknik pemerhatian,
temu bual dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian saya mendapati terdapat
empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah tulisan yang tidak kemas
dan teruk seperti cakar ayam. Dalam kajian ini, saya menggunakan foto sebagai alat
pemerhatian.
Seterusnya teknik temubual digunakan untuk mendapatkan data kualitatif. Temubual
kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan soalan-soalan
terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya, membuat transkripsi dan akhirnya
menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula saya gunakan untuk melihat
perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Penelitian
dokumen melibatkan hasil tulisan murid yang bermasalah dalam tulisan mereka dan
boleh dilihat dalam buku latihan mereka.
Kesimpulannya, saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid
khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan tidak kemas serta sukar

dibaca dan tiga orang telah dikenalpasti iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Saya juga telah mengenalpasti punca masalah dan memilih kaedah ansur maju untuk
mengatasi masalah mereka.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
4.1 Objektif Kajian
Kajian dilakukan untuk memastikan tiga orang murid Tahun 1 Bestari ini mampu
memegang pensel dengan betul semasa menulis dan memperbaiki tulisan mereka agar
lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.
4.2 Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Adakah latihan penulisan menggunakan kaedah ansur maju secara berulang
dapat memperbaiki kekemasan tulisan tiga orang murid Tahun 1?
5.0 KUMPULAN SASARAN
3 orang murid Tahun Satu.
6.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Selama beberapa minggu saya mengajar Bahasa Tamil Tahun 1, saya mendapati tiga
orang pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan kemas dan teratur lebih-lebih lagi
dalam menghasilkan tulisan cantik. Ini mungkin disebabkan mereka tidak didedahkan
tentang teknik dan strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Sassoon
(1993), guru kurang memberi penekanan pengajaran menulis di kelas khususnya dari
segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan mengikut pergerakan
yang betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang antara perkataan.
Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid
melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Tulisan amat penting dan merupakan

asas sesuatu pelajaran. Ia merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada seseorang
murid.
Kaedah penulisan menggunakan ansur maju adalah inspirasi yang saya peroleh
daripada kaedah yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005) dan Norizan Binti Esa
(2005). Tiong Houng Ching telah menjalankan kajian terhadap pelajar Tingkatan
Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku
latihan dua garisan. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa
langkah bagi membantu murid-murid menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.
Langkah 1:
Saya menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja
sebanyak 180. Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu
tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis.
Langkah 2:
Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel
dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.

Rajah 2. Cara betul memegang pensel.


Langkah 3:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku
latihan yang sesuai dan selesa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Rajah 3. Kedudukan tangan dan buku semasa menulis.

Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian,
saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki
mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.
Langkah 4:
Murid-murid menulis perkataan secara ansur maju dan berulang menggunakan buku
penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan adalah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 4.

Rajah 4. Contoh latihan tulisan cantik untuk ayat.


Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang saya
terangkan tadi, saya memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari
semasa ke semasa. Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis untuk
melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid.

7.0 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang saya akan gunakan untuk menghasilkan
data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku
dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa akan
saya gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur
dan bukti dokumen.
Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk
mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam
pemerhatian, saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat
maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui
pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan tiga orang murid tersebut di samping
memerhati cara mereka menulis.
Saya juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya telah
menemubual guru Bahasa Melayu mengenai tulisan ketiga-tiga murid terbabit untuk
mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka bersetuju dengan kajian
ini dan menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha saya membaiki tulisan ketiga-tiga
murid tersebut.
Selain itu, saya juga akan menemu bual ketiga-tiga murid tersebut tentang
keselesaan mereka menulis dengan postur badan dan cara mereka memegang pensel
dengan betul. Saya juga akan bertanyakan sama ada latihan berbentuk garis tiga
membantu mereka menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas.
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga akan memperolehi data
daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya
menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada
teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Untuk kajian ini, dokumen yang saya kutip
adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.

8.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Di sini saya akan menganalisis data berdasarkan perkembangan tulisan ketiga-tiga


murid tersebut selepas mereka dibiasakan dengan cara memegang pensel dan postur
badan yang betul semasa menulis serta menulis berpandukan latihan penulisan
bergaris tiga. Saya akan menggunakan borang penyemakan tulisan seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 1 untuk menyemak hasil tulisan mereka dari semasa ke
semasa.
Tulisan
Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai)

Gred

Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai)


Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai)
Menyerupai huruf lain
Tarikh
Jadual 1: Borang penyemakan tulisan
Tulisan

Gred A

Gred B

Gred C

Sederhana. Penulisan
Kecondongan
tulisan (bukan
tulisan berangkai)

Baik. Penghasilan
tulisan murid tidak
mempunyai sebarang
kecondongan

yang dihasilkan murid


sederhana kerana
masih terdapat
sebarang
kecondongan dalam

Lemah. Keseluruhan
hasil penulisan huruf
murid condong dan
terlalu condong.

Baik. Perkataan-

penulisan mereka.
Sederhana. Masih

Lemah. Keseluruhan

Perkataan terlalu

perkataan yang

terdapat perkataan-

Perkataan-perkataan

rapat (bukan tulisan

dihasilkan dalam

perkataan yang ditulis

dalam sesuatu

berangkai)

penulisan tidak terlalu terlalu rapat dalam

penulisan ditulis

Huruf-huruf terlalu

rapat.
Baik. Keseluruhan

sesuatu penulisan.
Sederhana. Masih

dengan rapat.
Lemah. Keseluruhan

dekat (bukan tulisan huruf-huruf yang

terdapat huruf-huruf

huruf-huruf dalam

berangkai)

dihasilkan dalam satu

yang ditulis terlalu

sesuatu penulisan

penulisan tidak

dekat dalam sesuatu

ditulis terlalu dekat.

mempunyai sebarang

penulisan.

huruf-huruf yang
terlalu dekat dan
mempunyai jarak
yang sesuai diantara
huruf-huruf.

Huruf menyerupai
huruf lain

Baik. Tiada sebarang

Sederhana. Masih

huruf yang

terdapat huruf yang

menyerupai huruf lain

menyerupai huruf lain

dalam sesuatu

dalam sesuatu

penulisan

penulisan.

Lemah. Keseluruhan
huruf dalam sesuatu
penulisan selalu dan
kerap diulang
kesalahannya dalam
sesuatu penulisan.

Jadual 2: Kriteria pemberian gred.


Penyemakan tersebut berdasarkan kriteria pemberian gred seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 2 di atas.

9.0 KESIMPULAN
Dapatan dari kajian yang dijalankan oleh saya terbukti menunjukkan latihan
menulis yang kerap atau latih tubi dan memperbetulkan cara memegang pensel mereka
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan kumpulan sasaran secara positif

serta teknik ini dapat membuat murid menulis perkataan dengan kemas. Kenyataan ini
dapat dikukuhkan lagi dengan borang penyemakan tulisan yang telah dijalankan ke
atas mereka. Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam
proses P & P. Hasil dari kajian yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat
menjelaskan bahawa latihan menulis yang kerap atau latih tubi dan memperbetulkan
cara memegang pensel mereka dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan
kumpulan sasaran secara positif. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan
sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian,
wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih
berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa
yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara
tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti
yang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya
telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masa
terluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan.

10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Pengkaji

menyarankan

bahawa

murid

bukan

hanya

memerlukan

satu

pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian
mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka

mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan.
Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran
diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan
yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri
daripada mereka yang cepat merasa bosan.