Anda di halaman 1dari 66

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

2015, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Pertama 2015


Hak Cipta Terpelihara.
Tiada dibenarkan bahagian mengeluar ulang cetak mana-mana
bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku di dalam apa jua cara
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Atur Huruf & Reka Letak:


PROGRAFIX SDN. BHD.
No 4, Jalan 4, Kompleks Tok Arau,
02600 Arau, Perlis.
Tel : 012 474 3077
Diterbitkan oleh :
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-979 4428,
Fax : 04-976 3844

Kandungan
KATA ALUAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS

KATA ALUAN TIMBALAN MUFTI

PENGERTIAN HARI KEBESARAN

GALAKAN SUPAYA BERGEMBIRA DENGAN


KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH

HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM ISLAM

Hari Raya al-Fitri dan al-Adha

11

Hari Jumaat

13

Hari Asyura Dan Tasua

21

Hari Arafah

28

Hari-Hari al-Tasyriq

29

Hari Awal Bulan Zulhijjah

33

Hari Akhir Bulan Ramadhan

36

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)

37

10 Akhir Ramadan

40

Hari-hari Cerah

41

Hari Isnin Dan Khamis

42

Bulan-Bulan Haram

43

Bulan Muharram

46

Bulan Syaaban

49

PENUTUP

54

SIDANG REDAKSI

HARI-HARI

YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM

ISLAM

PENASIHAT
Sahibul Fadhilah Haji Roslan Bin Esa
(Timbalan Mufti Negeri Perlis)
KETUA EDITOR
(Pegawai Hal Ehwal Islam)
PENULIS
Ustaz Mohammad Abdul Kadir Bin Sahak
SETIAUSAHA
Rusnani Binti Hasan

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS


SELAKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT
ISTIADAT MELAYU PERLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Segala pujian hanya untuk Allah SWT, selawat dan salam buat
junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan pengikut
baginda.
Alhamdulillah, Beta amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izinNya Beta dapat menyampaikan perutusan ringkas di dalam buku
Panduan Berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam
Cetakan Pertama 2015 ini.
Setinggi-tinggi penghargaan Beta ucapkan kepada Jabatan Mufti Negeri
Perlis di atas usaha menerbitkan buku Panduan Berkaitan Hari-Hari
Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam ini untuk dijadikan sebagai rujukan
kepada umat Islam berdasarkan sunnah Nabi SAW. Bahan bacaan
seperti ini perlu diterbitkan dari semasa ke semasa untuk memberi
panduan dan bimbingan kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri
Perlis agar tidak terpesong dari akidah yang sebenar dan menurut
al-Quran dan al-Sunnah.
Akhir titah, Beta mendoakan agar buku ini dapat memberi manfaat
kepada segenap lapisan masyarakat dan mendapat keberkatan
daripada Allah SWT, InsyaAllah.
$PLQ<D5DEEDO$ODPLQ
Sekian, Wassalam.

DYTM TUANKU SYED FAIZZUDDIN PUTRA


IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL,
D.K., S.P.M.P., P.A.T
RAJA MUDA PERLIS
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
Pada : 29 Januari 2015
DYTM RAJA MUDA PERLIS
Istana Arau, 02600 Arau, Malaysia.

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN MUFTI NEGERI PERLIS


BUKU PANDUAN BERKAITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI DALAM
ISLAM TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS







,
:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah taufik,
hidayah dan inayahnya dapatlah diterbitkan buku Panduan Berkaitan HariHari Yang Ada Kelebihan Di Dalam Islam Cetakan Pertama 2015 untuk
dijadikan rujukan dan panduan di kalangan umat Islam.

Pemilihan hari-hari tertentu untuk disambut dalam ertikata hari sambutan


pada bahasa semata-mata bukan dengan maksud al-Taabbudiy, maka ia
adalah termasuk dalam perkara yang diharuskan, bahkan Allah SWT
membenarkan kita bergembira dengan setiap kelebihan kurnianNya
sepertimana firmanNya di dalam Surah Yunus ayat 58 yang berbunyi:

Maksudnya: Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah


dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih
baik dari apa yang mereka kumpulkan".
Sehubungan itu, buku Panduan berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di
Dalam Islam ini diharapkan dapat memberi panduan dan pencerahan kepada
masyarakat untuk beramal dengan sunnah serta merebut kelebihan-kelebihan
bagi suatu amalan yang jelas ada nas dan dalil yang mengharuskannya.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak Jabatan Mufti
Negeri Perlis selaku urusetia dalam menerbitkan buku Panduan ini dan
kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam
menerbitkan buku Panduan Berkaitan Hari-Hari Yang Ada Kelebihan Di
Dalam Islam Cetakan Pertama 2015 ini. Semoga usaha murni ini diberkati
Allah SWT dan mendapat ganjaran yang baik di sisiNya, InsyaAllah.

SAHIBUL FADHILAH HAJI ROSLAN BIN ESA


(TIMBALAN MUFTI NEGERI PERLIS)

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

1) PENGERTIAN HARI KEBESARAN


Sambutan Hari Kebesaran dalam bahasa Arab
disebut sebagai

Dari sudut bahasa ia merujuk

kepada apa-apa (hari) yang kembali dan berulang


menurut tahun-tahun dan hari-hari. Orang ramai
berkumpul pada hari tersebut, ia merangkumi semua hari
peringatan yang berulang-ulang. Di dalam kamus alWasith dinyatakan

ialah:

Setiap hari yang

disambut, dengan memperingati peristiwa mulia atau


(peristiwa) yang disukai.1 Allah SWT berfirman:




Maksudnya: Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan
kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan
dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya
bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan
yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi
1

Kamus al-Wasith. Pada kalimah

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

kekuasaan Engkau; berilah rezeki kepada kami, dan


Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama".
(al-Maidah: 114)
Di Kamus al-Ghaniy dinyatakan pula

ialah:





Maksudnya: Satu hari untuk disambut dan diperingati
dengan sesuatu peristiwa keagamaan atau sejarah
penting.
Manakala kalimah
8

pada istilah pula, dimaksudkan

kepada Hari Raya al-Fitri dan Hari Raya al-Adha.


Apabila ia dinisbahkan kepada al-Fitri dan al-Adha maka
ia memiliki maksud al-Taabbudiy

. Iaitulah ia

berupa hari yang khusus dan ibadah yang khusus dengan


kaifiyyah yang khusus yang disyariatkan oleh Allah
SWT. 2 Ied dalam kaca mata agama memiliki dua
makna:
Pertama: Makna agama () , iaitulah seperti
pensyariatan solat hari raya pada kedua-dua hari raya,

Lihat lamanweb fatwa United Arab Emirates, fatwa no: 19858


http://www.awqaf.gov.ae/

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

larangan berpuasa, Zakat fitrah pada hari raya al-Fitri


dan ibadah korban pada hari raya al-Adha.
Kedua: Makna sambutan (

) ,

iaitulah

seperti memakai pakaian baharu, ziarah-menziarahi,


berhibur, berseronok dengan perkara yang dibenarkan
agama dan seumpamanya.3
Justeru, mana-mana hari yang dipilih untuk
disambut dalam ertikata hari sambutan pada bahasa
semata-mata bukan dengan maksud al-Taabbudiy, maka
ia adalah termasuk dalam perkara yang diharuskan.
2) GALAKAN SUPAYA BERGEMBIRA DENGAN
KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH
Allah SWT membenarkan kita bergembira
dengan setiap kelebihan kurniaanNya, firmanNya:



Maksudnya: Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan
rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira.
3

Lihat lamanweb fatwa United Arab Emirates, fatwa no: 19858


http://www.awqaf.gov.ae/

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari


apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)
3) HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN DI
DALAM ISLAM
Hari kebesaran yang merangkumi maksud agama
dan sambutan hanyalah dua hari raya al-Fitri dan alAdha. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang
diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA:

10











Maksudnya: (Ketika) Rasulullah SAW sampai di
Madinah. Terdapat 2 hari yang disambut oleh penduduk
Madinah4, mereka bermain pada 2 hari tersebut. Lalu
4

2 hari ini seperti yang disebut oleh para ulama yang mensyarahkan
hadis ialah hari al-Nairuz ( )dan hari al-Mihrajan (). alNairuz berasal dari kalimah yang bermaksud baharu, dan kalimah
yang bermaksud hari. Maka al-Nairuz bermaksud hari baharu.
Terdapat beberapa hari yang dinamakan sebagai hari al-Nairuz
(). Namun Muhammad Syams al-Haq al-Azim Abadiy di

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

baginda SAW bertanya: Hari apakah ini? mereka


menjawab: Kami dahulunya bermain (berseronok
dalam 2 hari ini) ketika jahiliyyah. Sabda Rasulullah
SAW: Sesungguhnya Allah telah menukarkan untuk
kamu semua 2 hari yang lebih baik dari 2 hari ini
iaitulah hari al-Adha dan hari al-Fitri.
(HR Abu Daud 1134, Ahmad 3/103. Dinilai Sahih oleh
al-Hakim dan katanya: Berdasarkan syarat Muslim
1/434. Dinilai Sahih al-Albani di dalam Sahih Abi Daud
1134)
Justeru di bawah ini dinyatakan beberapa hari yang ada
nilai kelebihan dan keutamaan samada dari sudut agama
dalam Aun al-Mabud menyatakan ia adalah hari pertama bagi
tahun al-Syamsiyyah. Demikian juga hari al-Mihrajan (),
terdapat berbagai huraian, dikatakan ia juga bertepatan dengan hari
kelahiran Isa di sisi penganut Kristian. (Lihat Aun al-Mabud dan
al-Ayad Abr al-Tarikh, oleh Hasan Nimah). Kedua-dua hari ini
adalah hari yang dianggap agung bagi orang-orang Parsi. Lalu adat
ini diambil oleh orang-orang Arab ketika Jahiliyyah. Ketikamana
agama Islam sampai ke Parsi, di kalangan penduduknya ada yang
masih kekal dengan agama Parsi, lalu kebiasaan ini terus kekal atau
diikuti oleh orang-orang jahil dari kalangan umat Islam. Kerana itu
didapati 2 hari ini banyak disebut di dalam tulisan para ulama dari
mazhab Hanafi. Ini kerana penduduk Parsi dan kawasan sekitarnya
kebanyakan mereka bermazhab Hanafi. Keadaan ini menjadikan
para ulama mazhab Hanafi merupakan ulama yang bersangatan
membuat bantahan terhadap sambutan pada 2 hari ini. Antaranya
Abu Hafs al-Kabir al-Hanafiy berkata: Sesiapa yang memberi
hadiah pada hari al-Nairuz sebiji telur kepada seorang musyrik
sebagai mengagungkan hari tersebut, sesungguhnya dia telah kufur
terhadap Allah Taala dan terbatallah semua amalannya. (lihat
Aun al-Mabud dan al-Tobaqaat al-Saniyyah oleh Taqiyuddin bin
Abd al-Qadir al-Ghizzi w:1005H).

11

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

ataupun peristiwa di dalam Islam. Hari-hari tersebut


ialah:
3.1: Hari Raya al-Fitri dan al-Adha
Iaitulah 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. 2 hari yang
dinyatakan oleh Nabi SAW sebagai hari raya bagi umat
Islam. Disyariatkan menyambutnya dengan melakukan
perkara-perkara berikut, antaranya yang utama:
i)

12

Perbanyakkan bertakbir bermula masuk 1 Syawal


sehingga selesai solat hari raya bagi hari raya alFitri. Manakala bagi hari raya al-Adha bermula
masuknya 10 Zulhijjah sehingga 11, 12 dan 13
Zulhijjah
(hari-hari al-Tasyriq). Daripada alWalid bin Muslim katanya:

Mafhumnya: Aku bertanya kepada al-Auzaie dan


Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua
Hari Raya. Kata mereka berdua : Ya, adalah Abdullah
bin Umar menzahirkan takbir pada Hari Raya al-Fitri
sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat
raya).
6

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

ii)

Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang


paling baik dan berwangi.

Imam Malik RH meriwayatkan sebuah hadith di dalam


al-Muwatto ():


Maksudnya: Bahawasanya Abdullah bin Umar
seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum
beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi Hari
Raya.
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah
bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
iii)

Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah


menuju ke tempat sembahyang hari raya. Anas
bin Malik RA berkata:






..

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada
pagi hari raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan
7

13

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

terlebih dahulu beberapa biji Tamar dan baginda


memakannya dalam jumlah yang ganjil.
(HR al-Bukhari: 953)
iv)

Menunaikan solat hari raya 2 rakaat dan


mendengar khutbah selepasnya.

3.1.1 KESALAHAN KETIKA MENYAMBUT HARI


RAYA
i) Mengkhususkan ziarah kubur pada pagi hari raya.
ii) Bersalaman antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.
iii) Melakukan pembaziran termasuk membeli mercun.
14

3.2: Hari Jumaat


Hari Jumaat memiliki kelebihan dan keutamaan
di dalam Islam. Kelebihan dan keutamaan tersebut
adalah seperti berikut:
i)

Disunatkan membaca surah al-Sajdah dan alInsan dalam solat Subuh hari Jumaat. Abu
Hurairah RA meriwayatkan:

) :
( ) : (

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Maksudnya: Dahulunya Rasulullah SAW di dalam solat


Subuh hari Jumaat sentiasa membaca surah al-Sajdah
dan Hal Ata Ala al-Insan. (HR Muslim)
ii)

Kelebihan solat Subuh Hari Jumaat. Nabi SAW


bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling utama di


sisi Allah ialah solat Subuh hari Jumaat secara
berjemaah. (HR al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman
2790. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah
al-Sahihah)
iii)

Memperbanyakkan berselawat kepada Nabi


SAW sama ada pada malam mahupun pada siang
hari Jumaat. Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya di antara hari-hari kamu
yang paling utama ialah hari Jumaat, maka
perbanyakkanlah berselawat untukku pada para
tersebut. (HR Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah.
9

15

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud


1531)
Baginda juga bersabda:

16

Maksudnya: Perbanyakkanlah berselawat ke atas ku


pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang
berselawat ke atasku sekali, Allah SWT akan berselawat
ke atasnya 10 kali. (HR al-Baihaqi di dalam Syuab alIman 2776. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam alSIlsilah al-Sahihah 1407)
iv)

Merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam.


Nabi SAW bersabda:



Maksudnya: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) adalah
hari raya. Allah menjadikannya untuk umat Islam, maka
sesiapa yang akan pergi menunaikan solat Jumaat,
hendaklah dia mandi terlebih dahulu, jika dia memiliki
10

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

wangian, maka kenakan wangian tersebut dan


hendaklah dia bersiwak. (HR Ibn Majah. Dinilai Hasan
oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah 908)
v)

Baginda Nabi SAW melarang mengkhususkan


puasa pada hari Jumaat dan mengkhususkan
qiyamullail pada malamnya. Baginda bersabda:

Maksudnya: Jangan kamu mengkhususkan malam


Jumaat dengan berqiyamullail berbanding malammalam yang lain dan jangan kamu mengkhususkan siang
Jumaat dengan berpuasa berbanding hari-hari yang
lain. Melainkan bagi sesiapa yang jatuh hari
kebiasaannya berpuasa pada hari Jumaat. (HR alHakim di dalam al-Mustadrak, beliau berkata: Hadis
ini Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
vi)

Merupakan hari yang terbaik berdasarkan sabda


Nabi SAW:


11

17

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Maksudnya: Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat.


Padanya diciptakan Nabi Adam, dimasukkan baginda ke
dalam syurga dan dikeluarkan baginda daripadanya.
(HR Muslim)
vii)

Disunatkan membaca surah al-Jumuah dan alMunafiqun atau al-Ala dan al-Ghasyiah dalam
solat Jumaat. Abu Hurairah RA meriwayatkan:

18

Maksudnya: Bahawa Nabi SAW (di dalam solat) pada


hari Jumaat (kebiasaannya) membaca surah al-Jumuah
dan al-Munafiqun. (HR Muslim)
Al-Nukman bin Basyir pula meriwayatkan:

Maksudnya: Dahulunya Nabi SAW kebiasaannya di


dalam solat dua hari raya dan solat Jumaat membaca
surah Sabbihismarabbikalala dan Hal ataka hadithul
Ghathiah. (HR Muslim)
12

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

viii)

Dituntut mandi, bersiwak dan berwangian pada


hari Jumaat.
Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: Sesiapa yang akan pergi menunaikan solat
Jumaat, hendaklah dia mandi terlebih dahulu, jika dia
memiliki wangian, maka kenakan wangian tersebut dan
hendaklah dia bersiwak. (HR Ibn Majah. Dinilai Hasan
oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah 908)
ix)

Sunat bersegera atau datang awal ke masjid dan


memperolehi kelebihan. Nabi SAW bersabda:




13

19

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Maksudnya: Apabila hari Jumaat, terdapat para


malaikat yang berada di pintu-pintu masjid, mereka
mencatit sesiapa yang awal dan yang awal. Maka
perumpamaan orang yang awal ke Jumaat seperti
seorang yang menghadiahkan seekor unta. Kemudian
seperti seorang yang menghadiahkan seekor lembu.
Kemudian seperti seorang yang menghadiahkan seekor
kambing.
Kemudian
seperti
seorang
yang
menghadiahkan seekor ayam. Kemudian seperti seorang
yang menghadiahkan sebiji telur. Apabila imam keluar
untuk berkhutbah, para malaikat akan menutup buku
catitan mereka dan duduk mendengar peringatan.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
20

x)

Wajib diam ketika mendengar khutbah Jumaat.


(HR al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda:




, ,



, ,




Maksudnya: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,
mengenakan wangian jika ada, memakai pakaian yang
14

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

paling baik. Setelah itu keluar menuju ke masjid, lalu dia


menunaikan solat dua rakaat, dan dia tidak menyakiti
seseorang yang lain, setelah itu dia diam apabila imam
keluar (bermula khutbah) sehingga selesai sembahyang.
Maka untuknya kaffarah (penghapusan dosa) antara
Jumaat yang satu lagi.
xi)

Membaca surah al-Kahfi. Hal ini berdasarkan


hadis:


Maksudnya: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi
pada hari Jumaat, terdapat cahaya yang meneranginya
di antara dua Jumaat. (HR al-Baihaqi 3/249 dan alHakim di dalam al-Mustadrak 2/368. Ibn Hajar berkata
di dalam Takhrij al-Azkar: Hadis Hasan. Lihat Faidh alQadir 6/198. Dinilai Sahih juga oleh al-Albani di dalam
Sahih al-Jami 6470)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Saied alKhudri RA:


15

21

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Maksudnya: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi


pada malam Jumaat, terdapat cahaya yang menerangi
di
antaranya
dengan
al-Bait
al-Atiq.
(HR al-Darimi 3407. Dinilai Sahih oleh al-Albani di
dalam Sahih al-Jami 6471)
Waktu disunatkan membaca surah al-Kahfi ialah
sepanjang hari Jumaat, ia bermula setelah tenggelam
matahari pada hari Khamis sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari Jumaat.
Kata al-Munawi:

" : " "


22

" " "



Maksudnya: Kata al-Hafidz Ibn Hajar di dalam
Amalinya: Demikian itu terdapat di dalam beberapa
riwayat (dengan): Hari Jumaat. Manakala sebahagian
riwayat lain dengan: Malam Jumaat. Dan dihimpunkan
kedua-duanya ia memaksudkan sehari semalam.
(Lihat Faidh al-Qadir 6/199)

16

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Al-Munawi juga berkata:


Maksudnya: Maka disunatkan membacanya pada hari
Jumaat demikian juga pada malamnya seperti yang
dinaskan oleh al-Syafie (6/198)
xii)

Terdapat waktu yang dimustajabkan doa. Waktu


penghujung hari Jumaat. Berdasarkan hadith
Nabi SAW.:






Maksudnya: Sesungguhnya pada hari Jumaat, ada satu
waktu5 tidak menepati waktu itu seorang muslimpun
yang sedang menunggu waktu solat6 dan dia memohon
5

Jumhur ulama berpendapat waktu yang dimaksudkan ialah saatsaat akhir hari Jumaat, iaitulah selepas Solat Asar hari Jumaat
sehingga tenggelamnya matahari. Di samping itu ada juga
pandangan lain dalam masalah ini.
6
Kalimah diterjemahkan kepada orang yang sedang
menunggu waktu solat, kerana perbuatan duduk menunggu waktu
solat dinamakan juga sebagai solat sebagaimana hadith yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. yang berkata:

17

23

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

kepada Allah sesuatu perkara, melainkan Allah akan


perkenankan permohonannya itu.7
xiii)

Hari berlakunya kiamat. Nabi SAW bersabda:

24




- :




: :


) :


:
(



) :


:


: :
(


Maksudnya: Aku (Abu Hurairah) berkata kepada Abd Allah bin
Salam: Ceritakan kepada-ku tentangnya (iaitu tentang waktu
mustajab doa pada hari Jumaat), lalu Abd Allah bin Salam bekata:
Ia saat/waktu akhir pada hari Jumaat. Lalu aku berkata:
Bagaimana ia pada saat akhir hari Jumaat?, sedangkan
Rasulullah SAW. telah bersabda: Tidak menepati waktu itu oleh
seorang muslim, dan dia sedang bersolat. Sedangkan pada waktu
itu (selepas Asar) waktu tidak boleh menunaikan solat? Lalu Abd
Allah bin Salam berkata: Bukankah Rasulullah SAW. pernah
bersabda: Sesiapa yang duduk menunggu solat, dia (seolah-olah)
berada di dalam solat sehingga dia mendirikan solat. Lalu aku
menjawab: Bahkan demikianlah, Kata Abd Allah bin Salam:
Itulah ia. (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih
Abi Daud). Di samping itu kalimah itu juga boleh difahami
membawa maksud doa, kerana al-Solah dari sudut lughah membawa
maksud doa. Wallahu Alam.
7
H.R. al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.

18

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Maksudnya: Dan tidak akan berlakunya kiamat


melainkan pada hari Jumaat. (HR al-Bukhari dan
Muslim)
3.3: Hari Asyura Dan Tasua
Tidak ada sebarang amalan yang memiliki
kelebihan

untuk

dilakukan

pada

hari

Asyura

MELAINKAN PUASA seperti yang thabit di dalam


beberapa hadith Nabi SAW, antaranya satu hadith dari
Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki
bertanya kepada Nabi SAW tentang (kelebihan) puasa
Asyura.

25

Nabi SAW menjawab:


Maksudnya: Aku mengharapkan Allah mengampunkan
dosa setahun sebelumnya. (HR Muslim)
Para ulama umat Islam telah bersepakat menyatakan
puasa Asyura ini termasuk di dalam sunnah yang thabit
dari Nabi SAW. Disunatkan bagi setiap muslim
19

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

melaksanakannya. Ia adalah hari yang kesepuluh


Muharram. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram
yang dikenali sebagai puasa Tasuaa. Hal ini berdasarkan
hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA
yang berkata:
Ketika Nabi SAW berpuasa pada hari 'Asyura, dan
baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya."
Para
Sahabat
berkata:
"Wahai
Rasulullah,
sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orangorang Yahudi dan Nasara." Lalu Nabi SAW bersabda:

26





Maksudnya: "Maka pada tahun hadapan insyaALLAH
kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan."
Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak sempat datang
tahun hadapan, Nabi SAW diwafatkan. (HR Muslim
1134)
Adakah Kelebihan-kelebihan yang lain?
Tidak ada kelebihan lain pada hari Asyura melainkan
puasa sahaja. Jika ada yang mendakwa terdapat
kelebihan-kelebihan lain, ia datang dari sumber yang

20

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

tidak sahih dari Nabi SAW. Sebagai contoh satu riwayat


yang dikatakan hadith:

Maksudnya: Sesiapa yang meluaskan keluarganya


pada hari Asyura, Allah akan meluaskan untuknya
sepanjang tahun.
Hadith ini adalah diriwayatkan dalam beberapa bentuk,
namun satupun daripadanya tidak sahih seperti yang
telah dijelaskan oleh al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali di
dalam Latoif al-Maarif (113).
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata:
Demikian itulah kesemua jalan-jalan hadith ini,
berlegar dengan periwayat-periwayat yang Mungkar
dan Majhul, barangkali juga mereka dari kalangan
orang-orang yang memusuhi Hussain RA yang
memalsukan hadith kelebihan memberi makan, memakai
celak dan selainnya pada hari Asyura sebagai
bertentangan dengan Syiah yang menjadikan hari ini
hari kesedihan terhadap Hussain RA yang telah dibunuh
pada hari tersebut.
(Tamam al-Minnah : 411-412)
21

27

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Perkara

yang

sama

juga

terhadap

kelebihan

menghidupkan malam Asyura atau solat sunat 4 rakaat


padanya, ziarah kubur pada hari Asyura dan sebagainya
yang bersumberkan

hadith tidak sahih. Sebahagian

orang ada juga yang mendakwa pada hari Asyura inilah


berlakunya taubat Nabi Adam, berlabuhnya perahu Nabi
Nuh atas bukit al-Juudi, kembalinya Nabi Yusuf kepada
Nabi Yaakub, selamatnya Nabi Ibrahim daripada api dan
sebagainya, semua ini diriwayatkan daripada hadithhadith yang palsu.(Sila lihat al-Fatawa al-Kubra. 2/24828

249)
Sejarah Puasa 'Asyura
'Aisyah R.'anha berkata, Maksudnya: "Ketika Jahiliyyah,
orang-orang Quraisy berpuasa pada hari 'Asyura,
demikian juga Rasulullah SAW berpuasa pada hari
tersebut, apabila baginda berhijrah ke Madinah baginda
berpuasa pada hari 'Asyura dan baginda menyuruh
(orang ramai) berpuasa pada hari 'Asyura. Apabila
difardhukan

Ramadan,

baginda

meninggalkan

(kewajipan) puasa 'Asyura, siapa yang hendak berpuasa


22

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

dia berpuasa dan siapa yang tidak mahu dia tidak perlu
berpuasa pada hari Asyura." (HR al-Bukhari dan
Muslim)
Hadith ini menunjukkan orang-orang Jahiliyyah dari
dahulu membesar dan memuliakan hari 'Asyura dengan
mereka

melaksanakan

puasa

pada

hari

tersebut.

Demikian juga Nabi SAW berpuasa pada hari tersebut


dan baginda berterusan berpuasa sehinggalah berlakunya
hijrah. Selepas berlakunya hijrah baginda SAW ke
Madinah,

di

peringkat

awalnya

baginda

telah

mewajibkan puasa pada hari 'Asyura. Inilah pendapat


yang sahih dari dua pendapat ulama berdasarkan arahan
Nabi. (Sila lihat Risalah fi Ahadith Syahr Allah alMuharram, oleh al-Syeikh Abdullah bin Soleh alFauzan)
'Aisyah R.'anha berkata lagi, maksudnya: "Adalah umat
Islam dahulunya berpuasa 'Asyura sebelum difardhukan
Ramadan,

hari

tersebut

adalah

hari

orang-orang

Jahiliyyah menyelimuti Ka'bah (dengan kain selimut),


apabila Allah SWT menfardhukan Ramadan, Rasulullah
23

29

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

SAW bersabda: "Siapa yang hendak berpuasa 'Asyura,


maka

berpuasalah,

siapa

yang

tidak

hendak,

tinggalkanlah." (HR al-Bukhari dan Muslim)


Salamah

bin

al-Aqwa' (

RA

pula

meriwayatkan, maksudnya: "Bahawasanya Nabi SAW


telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia
pada hari 'Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari
tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum
makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan
30

(teruskan berpuasa)." (HR al-Bukhari)


Apabila difardhukan puasa Ramadan pada pertengahan
tahun kedua hijrah, maka dimansuhkan hukum wajib
puasa pada hari 'Asyura dan kekal hukumnya sebagai
sunat. Puasa 'Asyura ini tidak diwajibkan melainkan
pada peringkat awal hijrah iaitulah pada tahun pertama
sehingga pertengahan pertama tahun kedua hijrah.
Setelah daripada itu, pada tahun kesepuluh hijrah Nabi
SAW berazam untuk berpuasa 'Asyura beserta dengan
hari sebelumnya iaitu hari kesembilan Muharram yang
disebut sebagai al-Tasua ( )agar berbeza dengan
24

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Ahl al-Kitab yang juga berpuasa pada hari 'Asyura


sahaja.
Kata Ibn 'Abbas RA, maksudnya: "Ketika Nabi SAW
sampai ke Madinah, baginda melihat orang-orang
Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda
bersabda: "Hari apakah ini (di sisi kamu)?" Orang-orang
Yahudi menjawab : "Hari ini adalah hari yang baik.
Allah telah memenangkan Musa dan Bani Israil pada
hari ini daripada musuh mereka (Fir'aun dan kaumnya).
Lalu Musa berpuasa pada hari ini ('Asyura)." Sabda Nabi
SAW : "Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding
kamu semua (orang-orang Yahudi)." Lalu baginda
berpuasa pada hari tersebut ('Asyura) dan mengarahkan
(para Sahabat) berpuasa padanya." (Hadith riwayat alal-Bukhari dan Muslim)
Ibn 'Abbas RA pula berkata, maksudnya: Ketika Nabi
SAW berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh
para sahabat berpuasa padanya." Para Sahabat berkata :
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang
dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu
25

31

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Nabi SAW bersabda: "Maka pada tahun hadapan


insyaAllah kita akan berpuasa (bermula) pada hari
kesembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak
sempat datang tahun hadapan, Nabi SAW diwafatkan
(oleh Allah SWT .)."
(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)
Galakan Berpuasa Pada Hari 'Asyura
Abu Qatadah berkata, Nabi SAW telah ditanya tentang
puasa pada hari 'Asyura, baginda bersabda, yang
32

bermaksud: "Ia (puasa 'Asyura) menghapuskan dosa


setahun yang lalu." Dalam riwayat yang lain bermaksud:
"Dan puasa hari 'Asyura, aku mengharapkan agar Allah
SWT menghapuskan dosa setahun sebelumnya."
(HR Muslim)
Hadith ini menunjukkan kelebihan puasa pada hari
'Asyura, iaitulah hari yang kesepuluh dalam bulan
al-Muharram.

Kelebihannya ialah dihapuskan dosa

setahun yang lalu. Jabir bin Samurah RA berkata,


maksudnya: "Rasulullah SAW mengarahkan puasa hari
26

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

'Asyura dan memberi galakan puasa pada hari tersebut


dan baginda memberi perhatian dalam melakukannya."
(HR Muslim)
Puasa adalah seutama-utama amalan di sisi Allah SWT.
Puasa sunat sama seperti amalan-amalan sunat lain yang
berperanan

menampung

kebarangkalian

adanya

kekurangan ketika melakukan perkara-perkara yang


fardhu. Di dalam sebuah hadith Qudsi, Nabi SAW
bersabda tentang permasalahan solat,

maksudnya:

"Firman Allah SWT tabaraka wa ta'ala: "Lihatlah,


apakah bagi hambaku itu ada (pahala) dari amalan sunat?
Maka sempurnakanlah dengannya apa yang berkurangan
dari amalan fardhunya, kemudian lakukan seperti itu
terhadap semua amalannya."
(HR Tirmizi dari Abu Hurairah secara Marfu', katanya
Hadith Hasan)
3.4: Hari Arafah
i) Merupakan salah satu dari hari-hari al-Malumat (

yang disebut di dalam al-Quran:


27

33

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM


Maksudnya: untuk mereka menyaksikan berbagai
manfaat bagi mereka, dan supaya mereka menyebut
nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan.
(al-Hajj: 28)
Kata Ibn Abbas RA: Hari-hari yang telah ditentukan
(al-Ayyam al-Malumat) itu adalah 10 hari awal dalam
bulan Zul Hijjah.

34

ii) Hari ini disambut dengan melakukan ibadah puasa


bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Ketika
Nabi SAW ditanya tentang puasa hari Arafah baginda
bersabda:


Maksudnya: (Ia) menghapuskan dosa setahun lalu dan
setahun akan datang. (HR Muslim)
iii) Hari raya bagi umat Islam. Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: Hari Arafah, hari Nahr (hari korban) dan
hari Tasyriq adalah hari raya kita ahli Islam.
(HR Abu Daud. Sahih al-Albani)
28

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

3.5: Hari-Hari al-Tasyriq


Hari-hari al-Tasyriq ( )ialah pada 11, 12

dan 13 Zulhijjah. Ia termasuk di dalam hari raya bagi


umat Islam. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Hari Arafah, Hari al-Nahr (10 Zulhijjah)


dan hari-hari al-Tasyriq adalah hari raya kita umat
Islam, ia adalah hari dibolehkan makan dan minum.
(HR Abu Daud di dalam Sunannya dan dinilai Sahih
oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)
Ia merupakan hari yang diharamkan berpuasa. Nabi
SAW pernah mengutus Abdullah bin Huzafah (

)dengan menaiki tunggangannya pada hari-hari


Mina (hari-hari al-Tasyriq), lalu beliau berteriak kepada
orang ramai dengan berkata:


Maksudnya: Jangan seseorang dari kalangan kamu
yang berpuasa, kerana sesungguhnya ia (hari-hari alTasyriq) adalah hari-hari makan dan minum.
29

35

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

(HR Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Irwa


al-Ghalil)
Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Hari-hari Mina (al-Tasyriq), adalah harihari makan, minum dan mengingati Allah.
(HR Muslim dengan Syarah al-Nawawi Kitab alSiyam Bab Tahrim Saum Ayyam al-Tasyriq)

36

Sebahagian para ulama yang mensyarahkan hadis ini


menyebut hadis ini merupakan isyarat bahawa makan
dan minum pada hari raya dan hari-hari al-Tasyriq
diperintahkan bagi tujuan dapat membantu manusia agar
terus berzikir kepada Allah dan mentaatiNya. Inilah
kesempurnaan syukur nikmat seseorang kepada Allah
dengan menjadikan nikmat-nikmat kurniaan Allah untuk
melakukan ketaatan kepadaNya.
Inilah yang diperintahkan oleh Allah SWT, firmanNya:

30

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, makanlah


dari rezki yang baik-baik yang Kami (Allah) berikan
kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benarbenar kepada-Nya kamu menyembah. (al-Baqarah: 172)
Maka sesiapa yang menjadikan nikmat kurniaan Allah
untuk bermaksiat kepadaNya, maka mereka merupakan
orang-orang yang mengkufuri pemberian nikmat
daripadaNya. (Lihat Latoif al-Maarif: 504)
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah:

--

Maksudnya: Kesyukuran itu terbina di atas 5 kaedah:
kerendahan diri orang yang bersyukur kepada Allah
SWT, kecintaannya kepada Allah, pengakuan menerima
nikmat daripada Allah, Memuja Allah atas nikmat yang
dikurniakan, dan nikmat itu tidak digunakan untuk
perkara yang dibenci Allah SWT. (Madarij al-Salikin
2/244)
Hari-hari al-Tasyriq ini merupakan hari-hari al-Madudat
yang disebut di dalam al-Quran:

31

37

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM


Maksudnya: dan berzikirlah (dengan menyebut nama
Allah) pada hari-hari madudat (hari-hari al-Tasyriq).
(al-Baqarah: 203)
Abu Musa al-Asariy berkata di dalam khutbahnya pada
hari al-Nahr:





38

Maksudnya: Selepas hari al-Nahr (10 Zulhijjah) ada


tiga hari yang disebut oleh Allah sebagai hari-hari alMadudat yang tidak ditolak permintaan doa di
dalamnya, oleh itu pohonlah keinginan kamu semua
kepada Allah Azza wa Jalla. (Lihat Tafsir al-Tobari
4/203-206, dan Latoif al-Maarif 503)
Oleh yang demikian, ketika hari-hari al-Tasyriq amat
digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, berdoa dan
bertakbir kepada Allah SWT. Sama ada takbir alMuqayyad yang dilakukan selepas menunaikan solat
fardhu mahupun takbir al-Mutlak yang dilakukan tanpa
mengira waktu dan tempat sehingga tenggelamnya
matahari pada 13 Zulhijjah. Sama ada selepas
32

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

sembahyang, di pasar, di rumah, di masjid, di jalan-jalan


dan lainnya.
3.6: 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah
i) Memiliki kelebihan berdasarkan firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan malam-malam yang sepuluh. (alFajr: 2) kata Ibn Abbas RA: Sesungguhnya hari-hari
itu adalah 10 hari awal bulan Zulhijjah. Kata Ibn
Kathir: Dan ia Sahih.
ii) Memiliki kelebihan berbanding hari-hari lain dalam
setahun berdasarkan hadis Nabi SAW:

- -
:
- - -
Maksudnya: Tiada suatu amalan baik yang lebih suci
dan lebih besar pahalanya di sisi Allah, yang dilakukan
oleh seseorang berbanding hari 10 Adha (10 hari awal
bulan Zulhijjah) ditanya kepada baginda: Tidak juga
33

39

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

jihad fi sabilillah azza wajalla? Baginda menjawab:


Tidak juga jihad fi sabilillah, melainkan seorang lelaki
yang keluar membawa diri dan hartanya (berjihad) lalu
dia tidak membawa pulang sesuatupun lagi selepas
daripada itu. (HR al-Darimiy. Sanadnya dinilai Hasan
oleh al-Albani di dalam Irwa al-Ghalil)
Antara amalan yang boleh diperbanyakkan pada 10 hari
awal bulan Zulhijjah ini ialah:
1. Perbanyakkan Tasbih, Tahlil, Tahmid dan Takbir
berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Umar
RA, Nabi SAW bersabda:
40





Maksudnya: Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi
Allah dan yang lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan
amalan soleh berbanding hari-hari ini, iaitulah sepuluh
hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu
perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan
Takbir. (HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih
oleh Ahmad Syakir)

34

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

2. Menzahirkan takbir di merata-rata tempat sebagai


menzahirkan keagungan Allah SWT. Allah
berfirman:
Maksudnya: Supaya mereka menyaksikan berbagai
manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut
nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki
yang Allah telah berikan kepada mereka berupa
binatang ternak (al-Hajj: 28)
Kebanyakan ulama berpandangan Hari-hari yang telah
ditentukan yang disebut di dalam ayat ialah sepuluh
hari awal dalam bulan Zulhijjah berdasarkan riwayat
daripada Ibn Abbas RA.
Antara lafaz takbir yang boleh diucapkan pada sepuluh
hari awal Zulhijjah ialah:

Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,


tidak ada sembahan melainkan Allah, Allah Maha Besar
dan bagi Allah segala pujian.
Galakan memperbanyakkan takbir, tasbih dan bertahmid
ini bukan bermakna ia dilakukan dalam bentuk
berkumpulan, sebaliknya ia dilakukan sendirian oleh
35

41

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

setiap orang di setiap tempat sebagai menghidupkan


sunnah Nabi SAW.
3. Disunatkan berpuasa pada hari Arafah iaitulah pada
Sembilan (9) Zulhijjah. Daripada Hunaidah bin
Khalid, daripada Isterinya daripada sebahagian isteri
Nabi SAW yang berkata:

42

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW akan berpuasa


pada Sembilan Zulhijjah, hari Asyura dan tiga hari
dalam setiap bulan: Isnin pertama setiap bulan dan
pada dua hari Khamis. (HR al-Nasaie 4/205 dan Abu
Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi
Daud 2/462)
4. Secara umumnya boleh memperbanyakkan amalan
soleh selama sepuluh hari awal Zulhijjah yang telah
dimuliakan oleh Allah SWT, seperti berpuasa,
menunaikan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir,
bersedekah, berbuat baik kepada kedua orang tua,
menghubungkan silaturrahim, menyuruh melakukan
kebaikkan, membanyakkan bertaubat, mencegah
kemungkaran dan seumpamanya.
36

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

5. Menyembelih korban pada hari-hari korban sebagai


beribadah kepada Allah SWT.
3.7: 10 Hari Akhir Bulan Ramadhan
A-isyah R.anha meriwayatkan:



Maksudnya: Adalah Nabi SAW bersungguhsungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan
Ramadan, tidak seperti malam-malam yang lain.
(HR Muslim)
Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah RA:

"

Maksudnya: Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang
akhir,
baginda
menghidupkan
malamnya,
membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.
Perkataan mengikat kainnya membawa maksud
menjauhi jima dan bersungguh memberi tumpuan
kepada ibadah.
37

43

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)


Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam alQadr, Allah berfirman:
Demi
kitab
(al-Quran)
yang
menjelaskan,
sesungguhnya Kami menurunkannya pada satu malam
yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang
memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala
urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di
sisi Kami, sesungguhnya Kami yang mengutuskan rasulrasul. (al-Dukhan: 2-5)

44

Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan alQuran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf
seperti Ibn Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah,
Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang
diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).
Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:


" "


"

38

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Maksudnya: Allah
Taala
mengkhabarkan,
Ia
menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah
malam yang diberkati yang difirmankan Allah azza wa
jalla:
(Maksudnya)
Sesungguhnya
kami
menurunkannya (al-Quran) pada malam yang
diberkati. Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di
dalam bulan Ramadan seperti firman Allah taala:
(maksudnya) Bulan Ramadan, yang diturunkan
padanya al-Quran.
(Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr)
Firman Allah yang bermaksud: Pada malam itu
dijelaskan
segala
urusan
yang
penuh
hikmah,membawa maksud diturunkan pada malam
tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap
makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia,
sengsara dan sebagainya.
Oleh itu, yang dimaksudkan dengan Lailah al-Qadr
ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk
tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada
di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada
malam tersebut, untuk tempoh setahun.
Kelebihan malam al-Qadr
1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn Abbas RA
mengatakan:
39

45

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

46

Maksudnya: Allah menurunkan al-Quran kali pertama


secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil
izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan
secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa
dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.
(Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529)
2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari
1000 bulan (Surah al-Qadr: 3)
3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam
yang diberkati. (al-Dukhan: 3)
4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril
bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.
5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang
menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:

40

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Maksudnya: Sesiapa yang menghidupkan malam alQadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan
mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan
baginya dosa-dosa yang telah lalu.
(al-Bukhari dan Muslim)
Bilakah berlakunya malam al-Qadr
1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Bersungguhlah mencari malam al-Qadr


pada 10 malam yang akhir dalam bulan
Ramadhan. (HR al-Bukhari)

2. Sepuluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:


Maksudnya: Bersungguh-sungguhlah mencari malam
al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.
(HR al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21,
23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.
41

47

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Beritikaf Pada 10 Akhir Ramadan


Pensyariatan i'tikaf thabit di dalam al-Quran, al-Sunnah
dan ijma' para ulama. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Dan telah Kami perintahkan kepada
Ibrahim dan Ismail : "Bersihkanlah rumah-Ku untuk
orang-orang yang tawaf, yang beri'tikaf, yang rukuk dan
yang sujud." (al-Baqarah : 125)
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya : "Dan janganlah kamu mencampuri mereka
itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam
masjid." (al-Baqarah : 186)
48

Di dalam hadith pula, 'Aisyah R.'anha berkata:


Maksudnya ; "Adalah Nabi SAW sentiasa beri'tikaf pada
10 hari akhir bulan Ramadan sehingga baginda
diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian isteri-isteri
baginda beri'tikaf selepas kewafatan baginda."
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Terjadinya ijma' para ulama atas pensyariatan i'tikaf ini
dinukilkan oleh ramai ulama seperti al-Nawawi di dalam
al-Majmu', Ibn Qudamah di dalam al-Mughni dan
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Syarh al'Umdah.
Syeikh Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz berkata di dalam
42

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Majmu' al-Fatawa : Maksudnya) : "Tiada keraguan,


I'tikaf di masjid adalah satu amalan untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT, (dilakukan) dalam bulan
Ramadan adalah lebih afdhal (lebih utama) dari bulanbulan yang lain, ianya disyariatkan di dalam bulan
Ramadan dan selain Ramadan."
3.8: Hari-hari Cerah ()
Hari-hari yang dimaksudkan ialah pada 13, 14 dan 15
hari bulan bagi setiap bulan. Dinamakan hari-hari ini
sebagai hari-hari cerah kerana malam harinya terang
disinari cahaya bulan. Nabi SAW menggalakkan umat
Islam berpuasa sebanyak 3 hari dalam setiap bulan.
Kebanyakan ulama berpandangan tiga hari tersebut ialah
pada hari-hari cerah ( ) ini. Ia berdasarkan hadis
Nabi SAW yang berkata kepada Abu Zar:

Maksudnya: Wahai Abu Zarr, jika kamu berpuasa


dalam satu bulan 3 hari, maka puasalah pada 13, 14 dan
15 haribulan. (HR Ahmad, al-Nasaie dan al-Tirmizi,
beliau juga berkata: Hadis Abu Zarr ini adalah hadis
Hasan)

43

49

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Kelebihan bagi puasa 3 hari ini pada setiap bulan ini


adalah seperti berpuasa selama setahun.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

50

Maksudnya: Daripada Ibn Milhan al-Qaisiy daripada


bapanya yang berkata: Dahulunya Rasulullah SAW
mengarahkan kami berpuasa pada hari-hari cerah
iaitulah pada 13, 14 dan 15 hari bulan, beliau berkata:
Baginda bersabda: Puasa pada hari-hari itu seperti
berpuasa setahun. (HR Abu Daud, al-Nasaie, Ibn
Majah dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di
dalam Sahih Abi Daud 2449)
3.9: Hari Isnin Dan Khamis
Pada hari Isnin dan Khamis akan dibentangkan amalan
kepada Allah SWT. Maka pada dua hari ini disunatkan
berpuasa berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA,
Nabi SAW bersabda:

44

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Maksudnya: akan dibentangkan amalan-amalan pada


hari Isnin dan Khamis, maka daku (Rasulullah SAW)
suka ketika dibentangkan amalanku aku berpuasa.
(HR al-Tirmizi dan katanya: Hadis Hasan Gharib)
4.0 Bulan-Bulan Haram
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

45

51

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di


sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan
langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang
dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama
yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri
kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya.) (al-Taubah: 36)
Bulan-bulan Haram ialah Zulkaedah, Zulhijjah, alMuharram dan Rejab berdasarkan sebuah hadis daripada
Abu Bakrah RA bahawa Nabi SAW ketika berkhutbah
dalam peristiwa Hajjatul Wada baginda bersabda:
52






Maksudnya: Sesungguhnya zaman telah berlegar
sepertimana pada hari Allah menciptakan langit dan
bumi. Satu tahun adalah 12 bulan, di dalamnya terdapat
4 bulan haram (yang dimuliakan), 3 darinya berturutan
iaitulah Zulkaedah, Zulhijjah, al-Muharram dan Rejab
Mudhar yang terletak di antara bulan Jumada
(Jamadilakhir) dan Syaaban.
46

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

(HR al-Bukhari, bilangan 1741, al-Hajj, Bab al-Khutbah


Ayyam Mina. dan Muslim, bilangan 1679, al-Qasamah,
Bab Tahrim al-Dimaa)
Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

...
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan jangan
melanggar kehormatan bulan-bulan Haram
(al-Maidah: 2)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jangan
melanggar kehormatan bulan-bulan haram iaitulah
jangan melanggar kehormatan-kehormatan bulan-bulan
haram yang diarahkan oleh Allah untuk dimuliakannya,
dan ditegah dari melakukan penderhakaan di dalamnya.
Justeru hendaklah diberi perhatian tentang kemuliaan
bulan-bulan yang dimuliakan ini. Perlu dihindarkan
sebarang maksiat dan dosa, kerana perlakuan dosa dan
maksiat yang dilakukan dalam tempoh masa yang
dimuliakan akan dilipat-gandakan kesalahannya.
Firman Allah SWT:



47

53

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Maksudnya: dan jangan kamu semua menzalimi diri


sendiri di dalam bulan-bulan yang haram (yang
dimuliakan) tersebut. (al-Taubah: 36)
Allah SWT melarang menzalimi diri iaitulah melakukan
kesalahan dan dosa di dalam bulan-bulan yang
dimuliakan. Sedangkan penderhakaan dilarang tanpa
mengira masa. Namun apabila dikhususkan sebutan
larangannya dalam bulan-bulan yang mulia ini, Ia
mengandungi isyarat dilipat-gandakan dosa terhadap
kesalahan yang dilakukan di dalamnya.
Qatadah RH berkata:
54

(Firman Allah yang bermaksud): dan jangan kamu


semua menzalimi diri sendiri di dalam bulan-bulan yang
haram (yang dimuliakan) tersebut. (al-Taubah: 36)
Kerana sesungguhnya menzalimi diri sendiri (dalam
bulan-bulan yang haram) adalah lebih besar dosa dan
kesalahannya berbanding apa-apa yang dilakukan
dalam bulan yang lain, sekalipun menzalimi diri dalam
semua keadaan itu adalah besar kesalahannya, namun
Allah
berhak
melebihkan
apa-apa
yang
dikehendakiNya. (Lihat Tafsir al-Tobariy 14/239)

48

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

4.1 Bulan Muharram


Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah

RA

Nabi

SAW

bersabda,

Maksudnya:

"Seutama-utama puasa selepas Ramadan adalah puasa


dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama
solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."
Di dalam hadith di atas, Nabi SAW menyebut bulan
Muharram sebagai bulan Allah bagi menandakan
kemuliaan dan kelebihannya. Ini kerana Allah dan Rasul
tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan
sebagai tanda kelebihan dan kemuliaannya berbanding
yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang
merujuk kepada Kaabah.
Hadith ini secara jelas menunjukkan kelebihan bulan
Muharam termasuk kelebihan puasa di dalamnya
menduduki tempat yang kedua selepas kelebihan puasa
dalam bulan Ramadan. Kelebihan ini difahami dari sudut
kelebihan bulan Muharram untuk dilakukan puasa sunat
di dalamnya berbanding bulan-bulan yang lain selepas
49

55

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

Ramadan. Adapun kelebihan berpuasa dari sudut harihari tertentu, terdapat beberapa hari yang lebih utama
berpuasa di dalamnya berbanding hari-hari dalam bulan
Muharram, iaitulah seperti puasa pada hari 'Arafah dan
puasa enam hari dalam bulan Syawal. Kedua-dua hari ini
lebih utama berpuasa berbanding hari-hari dalam bulan
Muharram.
Bulan Muharram juga merupakan salah satu bulan yang
dimuliakan (haram) di dalam Islam. Perkara ini seperti
56

yang disebut oleh Allah SWT di dalam ayatNya:


Maksudnya: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah
ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada
waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang
lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan yang empat itu" (al-Taubah: 36)
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah,
Nabi SAW bersabda: Maksudnya: "Satu tahun itu ada
dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari
yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah,
50

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadilakhir dan


Syaaban."
(H.R. al-Bukhari dan Muslim)
Mudhar adalah nama satu kabilah Arab, disandarkan
bulan

Rejab

kepadanya

untuk

menghilangkan

kesamaran. Ini kerana ada perbezaan antara Bani


Mudhar dan Bani Rabi'ah dalam menentukan kedudukan
bulan Rejab. Bani Mudhar meletakkan bulan Rejab
antara Jamadilakhir dan Syaaban, manakala Bani Rabi'ah
menjadikan kedudukan itu untuk bulan Ramadan.
Oleh kerana itu, Nabi SAW menyandarkan bulan Rejab
kepada Mudhar, sebagai isyarat kedudukan Rejab yang
diletakkan oleh Bani Mudhar itulah yang sebenarnya.
Dikatakan juga sebab disandarkan Rejab kepada Bani
Mudhar kerana mereka membesarkan bulan Rejab ini
lebih dari bulan-bulan yang lain. Ini berbeza jika
dibandingkan dengan kabilah-kabilah yang lain. Selain
itu dikatakan juga disebabkan orang-orang Arab
menamakan Rejab dan Syaaban sebagai dua bulan Rejab
(). Ada juga pendapat yang mengatakan Nabi SAW
51

57

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

menyandarkan

Rejab

kepada

Mudhar

disebabkan

Jamadilakhir dan Rejab dinamakan sebagai dua bulan


Jamadain dan dinamakan Syaaban sebagai Rejab. (Sila
lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi)
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu
" (al-Taubah: 36)
Ayat ini menunjukkan perbuatan menganiayai diri
58

(melakukan dosa) yang dilakukan di dalam empat bulan


yang dimuliakan ini lebih berat dan lebih besar dosanya
berbanding bulan-bulan yang lain.
Qatadah ( )berkata: "Sesungguhnya penganiayaan
diri

di

dalam

bulan-bulan

haram

lebih

besar

kesalahannya dan dosanya berbanding bulan-bulan yang


lain, dalam keadaan penganiayaan diri (melakukan dosa)
itu dalam semua keadaan adalah satu kesalahan yang
besar, akan tetapi Allah membesarkan sesuatu dari
urusannya apa yang dikehendakinya." (Tafsir Ibn Kathir)
52

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Apakah

Disunnahkan

Puasa

Muharram

Keseluruhannya?
Dari sudut zahir hadith, seolah-olah menunjukkan
kelebihan

puasa

Muharram

adalah

puasa

pada

keseluruhannya atau puasa sebulan penuh. Namun


sebahagian ulama memahami hadith-hadith tentang
kelebihan keseluruhan bulan Muharram ini sebagai
galakan memperbanyakkan puasa dalam di dalamnya,
dan bukan bermaksud berpuasa penuh di dalam bulan
Muharram. Kefahaman ini berdasarkan kepada perkataan
'Aisyah R'anha:
Maksudnya: "Tidak pernah aku melihat Rasulullah SAW
menyempurnakan puasa sebulan (penuh) sama sekali
melainkan dalam bulan Ramadan, dan tidak pernah aku
melihat baginda lebih banyak berpuasa dalam satu
bulan berbanding Syaaban." (HR Muslim)
4.2 Bulan Syaaban
Bulan Syaban adalah bulan yang dimuliakan di dalam
Islam. Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita cara53

59

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

cara yang sewajarnya dilakukan bagi mendekatkan diri


kita kepada Allah SWT di dalam bulan Syaaban ini. Di
dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah
RAnha katanya:

60

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW berpuasa


sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka, dan
baginda berbuka sehingga kami menyangka baginda
tidak berpuasa, dan tidaklah aku pernah melihat
Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan
melainkan dalam bulan Ramadan, dan tidaklah pernah
aku melihat baginda paling banyak berpuasa
berbanding bulan Syaaban.
Di dalam riwayat Imam Muslim ada disebut:


Maksudnya: Adalah (Baginda SAW) berpuasa dalam
bulan Syaaban keseluruhannya, baginda berpuasa
54

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

dalam bulan Syaaban melainkan sedikit sahaja (yang


baginda tidak berpuasa).
Berdasarkan hadith ini dan hadith-hadith yang lain,
segolongan ulama seperti Ibn al-Mubarak ( ) dan
selainnya berpendapat bahawasanya Nabi SAW tidak
menyempurnakan puasa sebulan penuh di dalam
Syaaban, sebaliknya baginda hanya berpuasa
kebanyakan hari dalam bulan tersebut. Pendapat Ibn alMubarak ini dikuatkan dengan beberapa bukti antaranya:
1. Hadith di dalam Sahih Muslim daripada Aisyah
Ranha:


61

Maksudnya: Tidak aku ketahui baginda (SAW) pernah


berpuasa sebulan sepenuhnya melainkan dalam bulan
Ramadhan.
2. Hadith daripada A-isyah juga katanya:

Maksudnya: Tidak pernah aku melihat Baginda (SAW)


berpuasa sebulan penuh semenjak sampai di Madinah
melainkan dalam bulan Ramadan.
55

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

3. Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn


Abbas katanya:

Maksudnya: Tidaklah
Rasulullah
SAW
berpuasa sebulan penuh selain Ramadan.

pernah

4. Kerana itu Ibn Abbas RA memakruhkan puasa penuh


sebulan melainkan Ramadan. Ibn Hajar al-Asqalani
berkata di dalam Fathul Bari:

62



Maksudnya: Adalah puasa sunat baginda (SAW) dalam
bulan Syaaban lebih banyak berbanding puasa sunat
baginda dalam bulan selain Syaaban, dan baginda
berpuasa dalam kebanyakan hari dalam bulan
Syaaban.
Bulan Syaaban adalah bulan yang diangkat amalan
kepada Allah SWT
Daripada Usamah bin Zaid RA katanya: Aku bertanya:
Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau
berpuasa dalam mana-mana bulan seperti engkau
56

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

berpuasa dalam bulan Syaaban. Jawab Baginda: Bulan


Syaaban itu, bulan yang manusia lalai daripadanya, dia
diantara bulan Rejab dan Ramadan, ianya satu bulan
yang diangkat di dalamnya amalan-amalan kepada
tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku diangkat
dalam keadaan aku berpuasa.
(HR al-Nasaie, lihat Sahih al-Targhib wa al-Tarhib)
Ibn Rajab RH berkata:








Maksudnya: Puasa dalam bulan Syaaban, lebih utama
daripada puasa dalam bulan-bulan haram yang lain,
kerana seutama-utama puasa sunat ialah yang hampir
dengan Ramadan, sebelum atau selepas Ramadan.
Jadilah kedudukan puasa itu seperti kedudukan sunat
rawatib solat fardhu sebelum dan selepas solat fardhu,
ianya menampung apa-apa kekurangan dalam solat
57

63

PANDUAN
PANDUAN BERK
BERKAITAN
AITAN HARI-HARI
HARI-HARI YANG
YANG ADA
ADA KELEBIHAN
KELEBIHAN
DI
DI DALAM
DALAM ISLAM
ISLAM

fardhu. Demikian juga puasa sebelum dan selepas


Ramadan, sepertimana sunat rawatib lebih utama
daripada solat sunat mutlak yang lain, kerana itu jadilah
puasa sebelum Ramadan dan selepasnya lebih utama
daripada puasa yang lebih jauh dari Ramadan.
PENUTUP
Allah

SWT

Tuhan

Yang

Maha

Pencipta,

Dia

menciptakan setiap sesuatu. Dia menciptakan manusia,


malaikat, malam dan siang, hari dan waktu. Setelah itu
Dialah juga memilih dan melebihkan sebahagiannya dari
64

yang lain. Firman Allah SWT:


Maksudnya: dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia
kehendaki dan memilihnya. (al-Qasas: 68)
Allah melebihkan Nabi Muhammad SAW berbanding
manusia yang lain, melebihkan Bumi Mekah berbanding
bumi yang lain, melebihkan Jibrail berbanding malaikat
yang lain, demikian juga Dia melebihkan sebahagian
waktu berbanding waktu yang lain.

58

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

Jika seseorang insan mahu memikirkan perkara ini,


sudah cukup untuk
dia merasai kebesaran dan
keagungan Allah SWT. Seterusnya menjadikan dia
seorang hamba yang sentiasa tunduk dan taat kepada
penciptanya Allah SWT.
Justeru seseorang muslim sewajarnya membesar dan
memuliakan hari-hari yang dilebihkan oleh Allah SWT
sesuai dengan petunjuk dan contoh dari Nabi
Muhammad SAW. Kerana tiada petunjuk dan contoh
yang lebih baik berbanding petunjuk dari baginda.
Semoga risalah ini dapat dijadikan panduan kepada umat
Islam dalam persoalan hari-hari yang ada kelebihan di
dalam Islam.
65

Wallahu alam.

59

PANDUAN BERK AITAN HARI-HARI YANG ADA KELEBIHAN


DI DALAM ISLAM

66

Anda mungkin juga menyukai